YOU’RE
MINE
Oleh Atiqah Asfah
MATA Amanina melilau melihat komik-komik yang tersusun elok di atas
rak di kedai buku itu. Senyuman manis terukir apabila komik yang dicari telah
pun dijumpai..
"My Secret Bodyguard, My Secret Boyfriend dan My Secret Buddy karya Kaoru.."
bisik Amanina perlahan, komik yang selama ini diidami sudah pun berada di
tangannya..
Amanina melangkah keluar daripada kedai buku dengan perasaan yang
sangat teruja, inilah pertama kali dia membeli komik dengan duit hasil usahanya
sendiri..
'Nampaknya tak sia-sia aku kerja sambilan, tak adalah asyik minta
duit umi dengan abi saja' bicara hati Amanina..
Tiba-tiba bulu romanya seperti meremang apabila fikirannya melayang
memikirkan umi dan abinya.. 'Matilah aku kalau umi dengan abi tahu aku guna
duit gaji pertama aku untuk beli komik..'
Sedang leka berjalan sambil bernyanyi tiba-tiba Amanina dikejutkan
dengan suara seperti orang bergaduh, kepala Amanina menjenguk untuk mengintai
dari mana suara itu datang.. Apabila
kelibat beberapa lelaki di belakang bangunan yang terpencil itu dilihat,
Amanina terus menyorok.
Amanina cuba mengintai sekali lagi, dia dapat melihat ada tiga
orang lelaki sedang membelasah seorang lelaki.. Mata cuba dibesarkan lagi untuk
melihat keadaan sebenar, namun senyuman daripada lelaki yang dibelasah itu
membuat Amanina mengerutkan dahinya, namun tatkala mata lelaki yang dibelasah
itu bertembung dengannya, Amanina pantas menyembunyikan dirinya..
'Gila agaknya lelaki itu, dah kena belasah macam nak mati pun
senyum lagi.. Agak-agaknya dia nampak aku tak tadi??' bicara hati Amanina..
Amanina memandang sekali lagi kearah lelaki-lelaki yang sedang
bertarung itu, macamlah ada orang yang nak tengok, pukul macam nak menang piala
emas... Kalah pemain gusti.. Amanina mengigit bibirnya, nak tolong ke tak nak??
Kalau tak tolong mati anak orang nanti, tapi muka macam minta maut saja.. Biar
sajalah, orang nak mati buat apa aku masuk campur..
Amanina sudah mula untuk melangkah pergi, namun tiba-tiba
langkahnya terhenti.. Tapi kalau lelaki itu mati dan aku tak tolong dia macam
mana?? Dahlah dia nampak muka aku, kalau dia hantui aku macam mana??
Amanina sudah mulai ragu-ragu untuk pergi, hatinya mahu sahaja
meninggalkan tempat itu, namun kakinya sedari tadi terpaku di situ dan tidak
mahu bergerak.. Seperti menyuruhnya untuk menolong lelaki itu..
Amanina menarik nafas sedalam-dalamnya.. "Nina!! Now or never!!"
"Argh!!" dengan sekuat hati, Amanina berlari kearah
lelaki-lelaki yang sibuk membelasah itu..
Amanina dapat melihat mereka berhenti seketika daripada membelasah
lelaki itu dan memberi tumpuan pula kearahnya, namun dia tetap menguatkan
semangatnya, kakinya laju meluru kearah mereka.. Mata dipejamkan dan dia cuba
merempuh mereka..
"Bush!!" Amanina masih memejamkan matanya, giginya
diketap untuk menahan kesakitan akibat rempuhannya sebentar tadi.. Namun, rasa
pelik menyelebungi fikirannya.. 'Apasal tak rasa sakit?? Aku rasa orang yang
aku rempuh tadi besar dah macam badak saja, tapi kenapa tak rasa sakit
langsung?? Rasa lembut adalah.. Dan kenapa ada bau busuk??'
Bau busuk yang semakin kuat, sudah mula memenuhi ruang pernafasan
Amanina, mata yang tadi terpejam dibuka sepantas mungkin, matanya menjadi
terbeliak melihat tubuhnya sudahpun dipenuhi dengan sampah!!
'Aku rempuh sampah?? Bukan orang??' perlahan-lahan Amanina
memusingkan badannya dan muncul wajah-wajah lelaki yang kononnya hendak
di'rempuh' tadi..
"Eh, maaflah bang, kacau kerja abang pula.. Hmm, sebenarnya
saya tak sengaja lalu dekat sini, ingat nak lalu jalan ni cepat sikit sampai
rumah, tak sangka pula ter'ganggu' abang.." ujar Amanina sambil
tersipu-sipu malu..
Wajah 'abang-abang' itu kelihatan serius memandang kearah Amanina,
Amanina mengetap bibir.. Namun tiba-tiba wajah mereka tersengih jahat.. Amanina
menelan air liur dengan perit, apa maksud senyuman itu??
"Abang, rasanya tak eloklah kalau perempuan macam saya dengan
empat orang lelaki ini.. Tak manis orang tengok, walaupun masih
terang-benderang lagi, tapi mulut orang mana kita boleh tutupkan.. Jadi, saya
minta diri dululah.." Amanina pantas melangkah namun langkahnya tidak berjaya menjauhi kumpulan lelaki itu apabila
tangannya direntap sehingga badannya kembali menghadap mereka..
"Takkan dah nak pergi kut cik adik yang manis?? Alang-alang
nak balik rumah cepat, apa kata abang teman??" Ujar salah satu lelaki yang
berbadan besar macam badak itu..
"Tak apalah bang saya boleh balik sendiri.." ujar Amanina
sambil tersengih kecil, tangannya sudah menggeletar ketakutan..
"Janganlah macam itu, takkanlah abang-abang yang hensem macam
ni nak teman pun tak nak terima?? Tolak rezeki itu namanya.." ujar seorang
lelaki yqng kedua...
"Tak apa bang, saya memang tak perlukan teman, saya dah biasa
dah lalu sini.. Jadi saya tahu selok-belok laluan kat sini, abang tak payahlah
susah-susah.." sekali lagi Amanina menolah pelawaan lelaki-lelaki itu..
"Eh, mana boleh macam itu.. Adik dah kacau kerja abangkan,
jadi adik kena ganti rugilah.." lelaki ketiga pula bersuara..
Mereka bertiga semakin mendekati Amanina, Amanina pula seakan-akan
terkaku badannya tidak boleh bergerak, wajahnya dingin akibat ketakutan yang
teramat mencengkam dirinya.. Namun belum sempat lelaki-lelaki itu menyentuh
Amanina, tiba-tiba lelaki yang dibelasah teruk tadi bangun menjadi benteng
pertahanan menghalang mereka daripada terus mara..
"Don't touch her, she is
mine.." bicara lelaki itu ibarat angin halus yang lalu di cuping
telinga Amanina, dia langsung tidak boleh menghadamnya akibat rasa takut yang
semakin menggila..
Disaat Amanina sudah pasrah, tiba- tiba entah bagaimana lelaki yang
tadi kelihatan lemah akibat dipukul teruk oleh tiga 'badak' itu memberi satu
pukulan yang padu kepada ketiga-tiga lelaki itu dan sekelip mata lelaki-lelaki
itu rebah..
Amanina yang menyaksikan keadaan itu terkulai layu apabila kakinya
seperti sudah tiada daya untuk menampung berat badannya akibat perkara yang
baru dilaluinya itu.. Belum sempat hati Amanina kembali normal, lelaki yang
menyelamatkannya tadi pula berpusing dan melutut sambil memandang tajam kearah
Amanina, jantung Amanina kembali berdegup laju..
Lelaki itu mengangkat tangannya dan menghalakan kearah wajah
Amanina, Amanina pula sudah memejamkan matanya.. 'Apa semua ini?? Keluar mulut
harimau, masuk mulut buaya??'
"Ahh!!" dengan sekuat tenaga, Amanina mencampak plastik
yang berisi komik-komik yang baru dibelinya kearah lelaki yang ingin memegang
wajahnya itu.. Bukan itu sahaja, Amanina terus menendang kuat perut lelaki itu
dan berlari laju meninggalkan kawasan itu..
AMANINA memandang kedua ibu bapanya dengan pelbagai perasaan, tidak
tahu dia bagaimana nak menjelaskan perasaannya saat itu.. Sungguh yang dia
tidak percaya dengan keputusan yang dibuat oleh umi dan abinya itu..
"Nina tak setuju!! Nina tak setuju!! Macam mana umi dengan abi
boleh terfikir untuk buat keputusan macam itu tanpa fikir tentang perasaan
Nina?? Pendapat Nina??" Amanina meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan
umi dan abinya..
"Ini semua untuk kebaikan Nina sayang, lagipun umi yakin dia
adalah jodoh Nina.." ujar umi sambil menggosok tangan Amanina..
"Ya Nina, betul cakap umi.. Takkanlah umi dan abi buat
keputusan yang akan merosakkan hidup Ninakan??" Abi pula cuba memujuk
Amanina..
"Umi, abi.. Tolonglah jangan buat Nina macam ni, biarlah Nina
buat keputusan Nina sendiri.." giliran Amanina pula memujuk orang tuanya
itu..
Umi dan abi memandang sesama sendiri, mereka seperti sedang
berinteraksi secara telepati agaknya.. Lama juga mereka berbuat seperti itu
sebelum umi bersuara..
"Nina jumpa dia dulu, apa-apa pun keputusan Nina, Nina kena
jumpa dia dulu.. Lepas Nina dah jumpa dia,
kenal hati budi baru Nina buat keputusan.. Itu saja yang umi dan abi
boleh bagi pilihan dekat Nina, boleh ya Nina.." ujar umi dengan sekali
nafas..
Amanina memandang wajah orang tuanya yang kelihatan berharap itu
sebelum mengeluh perlahan, dia mengangguk tanda setuju, walaupun dia tahu
kata-kata orang tuanya itu bukan pilihan tetapi lebih kepada arahan..
"Alhamdulillah.." ucap umi dan abi serentak, senyuman
yang terukir dibibir kedua orang tuanya berjaya membuatkan Amanina turut
tersenyum..
MATA Amanina melilau melihat orang yang keluar masuk ke dalam KFC
sedari tadi, matanya turut mengelir kearah jam ditangan beberapa kali..
"Janji melayu betullah!! Ini yang malas keluar dengan orang
macam ini, cakap nak jumpa lunch hour, ni dah nak pukul 3 petang.." rungut
Amanina geram, nasib baiklah dia dah solat Zohor terlebih dahulu..
Baru Amanina berkira-kira hendak bangun daripada tempat duduknya,
tiba-tiba muncul seorang lelaki yang segak dengan sut tuxedo lengkap duduk di
kerusi berhadapan dengan tempat duduknya..
Amanina memandang lelaki yang sedang buat muka selamba duduk
depannya itu tanpa rasa, walhal hatinya dah mula buat marathon 1500 km dah.. 'Hensem, smart,
kemas, mata biru!!'
"Adib??" Tanya Amanina untuk mendapat kepastian adakah
lelaki dihadapannya itu adalah lelaki yang ditunggunya..
"Yes.." ujar lelaki yang bernama Adib itu sambil memandang
tajam kearah Amanina..
Amanina cuba mengawal perasaan, entah kenapa hatinya rasa tidak
keruan pula apabila lelaki itu tidak lepas daripada memandang wajahnya..
"Saya rasa awak tahu kenapa kita berjumpakan?? Jadi saya tak
nak berdolak-daliklah, saya akan terus kepada tujuan utama sahaja.. Saya rasa
awak mesti tak setuju dengan rancangan mak ayah kita ini kan?? Jadi, lebih baik
kita berterus terang dengan mereka.."
"Rancangan?? Maksud kau??" Tanya Adib sambil matanya
masih tidak lepas memandang kearah Amanina..
Amanina mengetap bibir.. "Awak tahu maksud sayakan!!"
"Nope, aku tak faham
langsung.. Semua yang kau cakap satupun aku tak boleh nak hadam.."
Bicara Adib membuatkan Amanina berdecit, Amanina memberikan
senyuman sinis kepada lelaki yang tidak celik sedari tadi matanya memandang
kearah Amanina..
"Our marriege!!"
"Kenapa dengan perkahwinan kita??" Tanya Adib seperti
tiada masalah langsung dengan perkataan kahwin..
"Awak tanya kenapa?? Awak dengan saya, kita tak kenal
langsung!! Dan tiba-tiba umi dan abi saya cakap diaorang terima pinangan
keluarga awak.. Kita kena kahwin tanpa rela dan cinta!!" suara Amanina
sedikit tinggi akibat rasa geramnya kepada lelaki itu yang menganggap apa yang
mereka sedang alami itu perkara biasa..
"Apa yang kau merepek ni?? Tanpa rela dan cinta?? Siapa yang
nak kahwin tanpa rela dan cinta??" Adib melontarkan pertanyaan itu kepada
Amanina dan menyebabkan Amanina menghentak meja dengan kuat akibat geram.
"Siapa lagi kalau bukan awak dan saya!!" Ujar Amanina,
masih cuba untuk mengawal nada suaranya..
"Kau tak rela nak kahwin dengan aku?? Kau tak cintakan
aku??" Tanya Adib sambil mengangkat keningnya..
Amanina tersenyum apabila lelaki dihadapannya itu kelihatan sudah
faham dengan apa yang sedang mereka bincangkan.. "Ya, saya.."
"Dan kau ingat aku kisah dengan semua tu??" Ujar Adib
dengan senyuman sinis sambil badannya di majukan kehadapan menyebabkan jaraknya
dengan Amanina menjadi dekat..
Amanina pantas menjarakkan kedudukan mereka, matanya terbeliak
kerana terkejut dengan tindakan drastik yang dibuat oleh Adib itu sekaligus dengan
jawapan yang diberikan..
"A.. Apa maksud awak??" Tergagap-gagap Amanina inginkan
kepastian dengan apa yang baru didengarinya tadi..
Senyuman lelaki itu membuatkan Amanina meremang, tiba-tiba sahaja
lelaki itu mengeluarkan sesuatu dan meletaknya diatas meja..
Amanina memandang benda yang diletak diatas meja itu dengan dahi
yang berkerut, matanya cuba menganalisa benda yang berada di atas meja itu..
Tanpa berkata apa-apa Amanina terus berlari keluar daripada KFC itu tanpa
langsung menghiraukan Adib..
Adib hanya tersenyum sahaja melihat Amanina berlari keluar,
senyuman bertambah lebar melihat benda yang ditinggalkan oleh Amanina..
LANGKAHNYA semakin laju, seiring dengan nafasnya yang mula menjadi
tidak teratur akibat larian yang dilakukan secara tiba-tiba itu.. Sesekali Amanina
akan memandang ke belakang untuk memastikan dia tidak diikut..
Setiba di keretanya, Amanina menarik nafas, dia cuba untuk
menstabilkan pernafasannya semula, tangannya yang menggigil digenggam erat..
Apabila dia berasa sudah sedikit tenang, dia cuba mencapai beg tangannya untuk
mencari kunci kereta..
Apabila merasa tangannya seperti tidak dapat mencapai beg yang
sentiasa tersangkut di bahu, Amanina cuba melihat dan ketika itulah baru dia
perasan yang beg, kunci dan telefonnya berada diatas meja makan di KFC, dia
mengetap bibir, mata dipejam..
"Cari ini ke??" mendengar suara seseorang, Amanina terus
membuka matanya.. Senyuman terukir apabila melihat beg tangannya sudah berada
diatas kereta.. Namun, senyuman itu hanya
terukir sekejap sahaja, Amanina tidak berani pusing belakang apabila
terasa seperti figura orang lain dibelakangnya..
Tersentak Amanina apabila ada tangannya yang menghentak pintu
keretanya, Amanina pantas cuba melepaskan diri dari belah kiri.. Namun,
usahanya sia-sia apabila sekali lagi ada tangannya yang menghalang, kini dia
benar-benar tiada jalan keluar..
"Kenapa kau asyik larikan diri?? Hmm, kau takut dengan aku
ke??" Tanya suara dibelakangnya dengan lembut..
Amanina memeluk tubuhnya, dia terlalu takut.. Dia tidak tahu apa yang
perlu dilakukan saat itu..
"Kau ingat tak dulu apa yang aku pernah cakap??"
Amanina mengeleng laju, dia tak tahu apa yang lelaki itu cuba
maksudkan..
"Kau ni memang pekaklah, takkanlah nak aku ulang banyak kali..
Dengar ni, ini terakhir kali aku akan ulang!!" Keras suara itu memberi
arahan..
Amanina menganggukkan kepalanya menunjukkan yang dia akan mendengar
apa yang akan diperkatakan oleh lelaki itu..
"Rela?? Cinta?? Aku tak perlukan semua itu!! Aku pernah cakap
dulu ya, she is mine.. Kau faham tak
maksudnya.."
Sekali lagi Amanina menggelengkan kepalanya, badannya semakin
terketar-ketar.. Sungguh dia terlalu takut saat ini..
"Maksudnya, kau aku punya.. Tanpa rela ataupun cinta!! You're MINE!!" sekali lagi lelaki
itu menghentakkan tangannya di kereta Amanina seiring dengan suaranya yang kuat
itu..
Serentak itu Amanina terkulai, kakinya sudah lemah.. Air mata yang
ditahan sedari tadi mengalir keluar dengan deras sekali, dia terlalu takut..
'Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini, aku terlalu takut Ya Allah,
perliharalah aku.. Umi, abi, tolong Nina..' rintih Amanina didalam hati..
Seperti dejavu lelaki itu melutut dihadapan Amanina, dia
menghalakan tangannya kearah muka Amanina..
Amanina memejamkan matanya, semuanya sama.. Lelaki itu adalah
lelaki sama yang ingin ditolongnya 5 tahun lepas, lelaki yang sama membuatkan
dia terjelopok akibat terlalu terkejut dan takut, lelaki yang dibaling dengan
komik dan ditendang olehnya.. Dia lelaki itu, lelaki itu dia!!
Sentuhan lembut di pipi, membuatkan esakan Amanina bertambah kuat..
Namun, sentuhan yang dirasakan bukan sentuhan tangan seseorang itu, perlahan-lahan
Amanina membuka matanya..
Mata Amanina bertembung dengan panahan mata Adib dan mengejutkan
Amanina adalah benda yang menyentuh pipinya adalah tisu yang dihulurka oleh
Adib..
"Lap air mata tu!!" Arah Adib, Amanina perlahan-lahan
mengambil tisu dari tangan Adib, matanya tertancap pada benda yang diletakkan
oleh Adib diatas meja di KFC yang membuatkan dia berlari tanpa membawa apa-apa
tadi..
Plastik yang berisi komik yang dicampak kepada Adib 5 tahun lalu
untuk menyelamatkan dirinya, kononnyalah.. Sekali lagi dengan laju Amanina
mengambil plastik itu dan ingin menghentak kepala Adib.. Namun tindakannya
seperti sudah dapat dibaca, serangannya kali ini dipatahkan dengan mudah oleh
Adib..
"Kau ingat pisang akan berbuah dua kali??" Tanya Adib
sambil merampas plastik berisi komik itu daripada tangan Amanina..
Amanina meringkuk sambil menundukkan kepalanya, kali ini dia terus
menangis tanpa henti..
"Woi!! Janganlah menangis!!" Jerkah Adib..
Namun hal itu hanya menyebabkan tangisan Amanina semakin kuat,
terhenjut-henjut tubuh Amanina apabila hingus mula memenuhi hidungnya,
menyukarkan dia untuk bernafas..
"Dahlah, kau ni macam budak kecil sajalah.." sekali lagi
Adib bersuara..
"Ke.. Kenapa awak cari saya lagi?? Dulu saya dah cuba tolong
awakkan?? Kenapa awak buat macam ni dekat saya??" Amanina bertanya meminta
penjelasan..
"Kan aku dah cakap tadi sebab kau aku punya!!"
"Awak gila ke?? Saya bukan milik siapa-siapa!! Siapa cakap
saya milik awak!! Tolonglah lepaskan saya, janganlah buat saya macam ini.."
pujuk Amanina dalam esaknya..
"Aku takkan lepaskan kau lagi!!"
"Adib!! Boleh tak kalau awak fikirkan perasaan orang lain??
Boleh tak awak jangan ikut kepala awak saja?? Awak tahu tak betapa traumanya
saya dengan kejadian 5 tahun lepas, sekarang awak nak cuba ulang perkara yang
sama??!!" Jerit Amanina kuat, saat ini dia sangat menyesal kerana
meletakkan keretanya dikawasan yang agak tersorok, kini walaupun dia menjerit
sekuat manapun, kemungkinan besar ada orang yang akan mendengar adalah tipis..
"Trauma??"
Amanina memandang Adib, apabila Adib cuba menghulurkan tisu lagi,
Amanina pantas menepisnya dengan kuat..
"Amanina??" Wajah Adib kelihatan terkejut dengan gerakan
drastik Amanina itu..
"Jangan sebut nama saya!! Jangan berani awak sebut nama saya!!
Saya benci awak!! Saya tahu saya lemah, saya penakut tapi saya cuba untuk bantu
awak tahun dulu.. Ta... Tapi kenapa ini balasan yang awak berikan dekat saya??
Apa salah saya??" Lemah suara Amanina menuturkan perkataan itu..
Adib memandang wajah Amanina yang kelihatan amat takut saat itu,
dia serba-salah..
"Jangan menangis.." ujar Adib perlahan.. Namun, tiada
tanda bahawa Amanina mahu menghentikan tangisannya..
"Tolong berhenti menangis Nina.." pinta Adib sekali lagi
apabila Amanina masih tidak mahu berhenti menangis..
"Amanina tolong berhenti menangis, aku merayu dekat kau..
Jangan menangis lagi, tolong jangan menangis.. Aku minta maaf, maafkan aku
kalau aku buat kau takut.."
Esakan Amanina semakin perlahan, mendengar Adib yang memintanya
dengan ikhlas agar tidak menangis lagi dan permohonan maaf daripada Adib
berjaya membuatkan dia mula memperlahankan esakannya.. Namun, melihat keadaan
Adib, Amanina terus terdiam tanpa kata..
"Maafkan aku Amanina, maafkan aku.." ucap Adib
berkali-kali..
"Ke.. Kenapa??"
Pandangan mata mereka bertaut, Amanina tidak lepas memandang wajah Adib
yang kelihatan merah itu..
"Kenapa awak menangis??" Keluar jua soalan yang hendak
disoal sebentar tadi..
ADIB memandang wajah Amanina, begitu juga Amanina.. Hampir sepuluh
minit mereka dalam keadaan seperti itu tanpa ada bicara diantara mereka..
"Kenapa awak menangis??" Sekali lagi Amanina bertanya
apabila soalannya tadi tidak berjawab..
"Sebab aku buat kau takut sampai kau menangis.."
Amanina mengerutkan dahinya mendengar penjelasan Adib itu..
"Sebab aku ulang kembali peristiwa 5 tahun lalu, yang buat kau
trauma.." sekali lagi Adib bersuara apabila Amanina tidak berkata
apa-apa..
"Kalau awak tak nak saya menangis.. Kenapa awak buat macam
tadi?? Takutkan saya dengan kenangan dulu??" Tanya Amanina..
"Aku terlalu teruja dapat jumpa dengan kau setelah 5 tahun
lamanya, aku cuma nak kau ingat aku.. Kau langsung tak cam aku tadi, jadi aku
ingat dengan cara ini kau dapat cam aku.."
"Tak ada cara lain dah ke yang awak boleh guna?? Sampai kena
guna cara macam tadi??" Tegas Amanina bertanya..
"Aku risau bila kau tak ingat aku langsung, apatah lagi bila
umi dan abi cakap kau macam tidak setuju untuk berkahwin dengan aku.."
"Wait, apa dia?? Umi
dan abi?? Awak maksudkan umi dan abi saya??"Adib mengangguk tanda
mengiyakan kata-kata Amanina sebentar tadi..
"Sejak 3 tahun lepas, aku dah mula contact diaorang.. Lepas sahaja ingatan aku pulih, aku terus upah penyiasat untuk cari kau.." kata Adib apabila Amanina kelihatan tidak
mengerti..
"Kejap hilang ingatan?? Awak hilang ingatan??" Raut wajah
Amanina kelihatan sangat terkejut apabila mendengat bicara Adib..
Adib tersenyum.. "Lepas kau campak komik kau dekat aku dan
tendang aku, kepala aku terhentak dekat jalan tar.. Ada sedikit retakan dekat
kepala aku, mungkin kesan daripada pukulan lelaki-lelaki itu dan bila kepala
aku terhentak dekat jalan tar, I'm lost..
Sebab itulah aku hilang ingatan dan lambat tahu lokasi kau sekeluarga.."
Amanina buat muka tak percaya.. "Saya punca awak hilang
ingatan??"
"Salah satu punca.." ujar Adib sambil tersenyum..
"Kenapa awak senyum?? Masa awak kena pukul kenapa awak
senyum??" Ya, itulah soalan yang ingin ditanyakan dari dulu..
Senyuman Adib kelihatan hambar.. "Sebab aku memang nak mati
pun masa itu.."
Amanina tersentak.. "Kenapa??"
"Sebab aku tiada alasan untuk teruskan hidup, aku tiada
siapa-siapa dah, mak dan ayah aku dah mati.."
"Awak gila?? Awak tak ingat tuhan ke?? Macam mana awak boleh
terfikir macam tu sekali??"
Sekali lagi Adib tersenyum.. "Awak ada nampak wajah saya ini
daripada keluarga yang berlatarkan Islam ke??"
Soalan Adib menyedarkan Amanina, ya matanya biru, wajahnya
kacukan?? Tidak wajahnya memang wajah orang barat, tiada langsung kacukan yang
menunjukkan wajah Adib ada kacuk dengan orang Melayu..
"Jadi kalau saya tak tolong awak masa tu?? Awak memang dah
rancang nak mati??"
Tiada jawapan hanya senyuman manis diberikan.. Menggeletar tubuh
Amanina, dia tahu jawapannya meskipun Adib hanya tersenyum sahaja..
"Jadi kenapa awak selamatkan saya dan tak jadi nak mati??"
"Sebab aku dah jumpa alasan untuk aku hidup.."
Amanina menggeleng tanda tidak faham dengan kata-kata Adib..
"Aku nampak ketakutan kau, aku ingatkan kau akan pergi macam
orang lain pergi tinggalkan aku.. Tapi apa yang kau buat sebaliknya, walaupun
kau taklah banyak membantu.. Namun fakta yang kau cuba lawan diaorang sebab nak
selamatkan aku buatkan aku sedar, bahawa aku masih perlu hidup.. Walau aku
kehilangan tak bermakna aku pun perlu hilang, masih ada lagi orang yang risau
dan sayangkan aku.."
"Jadi mak dan ayah awak sekarang??"
"Diaorang mak cik dan pak cik akulah, bila aku dijumpai hilang
ingatan dulu, diaoranglah yang datang dan cakap dengan aku yang diaorang akan
ambil aku jadi anak angkat dan jaga aku macam anak diaorang sendiri.."
Amanina tersenyum, tidak sangka bahawa lelaki yang dulu dia lihat
tersenyum ketika dipukul, menunggu matilah katanya.. Kini kelihatan kuat dan
semangat untuk berjuang..
"Tapi awak bukan muslim, jadi tak guna kalau awak gilakan
saya.. Lagipun saya tak suka jadi sebab awak teruskan hidup.."
"Siapa kata aku bukan muslim dan kau adalah punca aku teruskan
hidup??" Adib bertanya sambil mengangkatkan keningnya..
"Sejak aku kenal umi dan abi, aku kenal Islam.. Umi dan abi
adalah mentor aku sekeluarga dalam mengenali Islam.. Lebih kepada orang yang
Allah hantar untuk membantu aku sekeluarga dalam menerima hidayah-Nya.. Dan
Alhamdulillah dua tahun lepas aku sekeluarga menjadi Islam.."
"Ya, kau adalah punca untuk aku teruskan hidup 5 tahun dulu
sampailah dua tahun lepas.. Namun kini alasan aku hidup adalah untuk perjuangan
Agama Islam, demi Allah dan demi Rasulullah, manakala kau aku nak jadikan
pendamping yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar, jalan yang
diredhai.." tulus sungguh Adib berbicara..
Amanina tersenyum.. "Saya suka jawapan awak.."
"Yang mana satu??"
"Semua"
AMANINA memandang Adib yang sedang tersenyum melayan karenah
anak-anak abangnya yang memang manja-manja itu.. Sejak dari lelaki itu datang
ke rumahnya tadi, lelaki itu masih tidak dapat rehat..
Amanina tersenyum melihat kesabaran Adib, lelaki itu tidak langsung
mengeluh atau menunjuk riak penat langsung.. Walaupun sebenarnya dia tahu
lelaki itu sangat penat, yelah baru balik daripada Sabah terus ke sini kerana keluarga
kami mahu berbincang..
Jujur dia tidak sangka, Adib mempunyai sikap yang penyayang seperti
itu.. Lain sungguh dengan diri Adib yang sebenar 5 tahun yang lepas dan masa
mula mereka berjumpa semula 3 bulan lalu.. Sehinggakan rasa takut yang pernah
menghantuinya dulu hilang begitu sahaja kerana dalam tempoh perkenalan mereka,
Adib berjaya membuatkan dia berasa tenang dan selamat..
"Hazim, Haura.. Dah jangan kacau Uncle Adib lagi, kesianlah
dekat uncle Adib dari tadi korang buli dia.." Amanina terus mengambil tempat duduk
bersebelahan dengan anak-anak buahnya itu, tangannya menarik tangan Hazim dan
Haura daripada terus memaksa Adib bermain dengan mereka..
"Alah, Pak Su tak cakap apapun.. Mak Su je yang
lebih-lebih.." rungut si kecil Hazim yang baru berumur 5 tahun itu..
Manakala si Haura yang berusia 3 tahun itu dah bercakap dengan nada pelatnya
seperti memarahi Amanina kerana menganggu sesi bermain mereka..
Amanina tersengih melihat reaksi anak-anak buahnya itu.. Namun,
perkataan Pak Su yang diucapkan Hazim merubah riak wajah Amanina.. Apabila dia
memandang kearah Adib, lelaki itu hanya melemparkan senyuman sahaja, Amanina
melarikan wajahnya daripada pandangan Adib..
Tiba-tiba sahaja Hazim dan Haura berlari masuk ke dalam rumah,
apabila nama mereka dipanggil oleh abang Amanina, Amanina juga turut bangun
untuk beredar..
"Tak salahkan kalau diaorang pangiil saya Pak Su?? Ke awak tak
selesa??" Tanya Adib lembut.. Sejak kejadian mereka menangis hari itu,
lelaki itu tiba-tiba menukar cara panggilannya..
Amanina diam, dia tiada jawapan untuk soalan yang diajukan
kepadanya itu..
"Awak masih tidak boleh terima saya?? Hari inikan hari yang
awak kena bagi jawapan dekat orang tua kita, tapi kalau awak masih tak boleh
terima saya.. Saya redha Nina, tapi boleh awak izinkan Hazim dan Haura tetap
panggil saya Pak Su??" Masih lembut lagi Adib menuturkan bicaranya meminta
izin kepada Amanina..
"Kenapa sikap awak lain daripada dulu dan masa kita berjumpa
balik hari itu??" Tanya Amanina tiba-tiba, hatinya pelik dengan sikap
lelaki itu dan dia perlukan jawapan..
Adib tersenyum.. "Sayakan dah pernah bagi jawapan kat
awak.."
"Tapi saya masih tak boleh terima, awak buat macam itu sebab
awak nak saya ingat awak?? Pelik!! Kenapa awak perlu takutkan saya macam itu
sekali??" Amanina masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan
Adib..
"Jawapan saya takkan berubah Nina, saya nak awak ingat saya..
Sebab Allah dah kirim awak untuk tiupkan semangat untuk saya teruskan hidup..
Kalau dulu saya anggap awak penyelamat, tapi sekarang... Awak sudah bertakhta
di hati saya, pelik sangat ke kalau saya nak orang yang saya cinta mengingati
saya balik??"
"Saya tahu dulu saya cakap yang saya nak awak walau tanpa
cinta dan rela.. Tapi itu cuma untuk saya tenangkan hati saya, sebab awak tak
setuju dengan lamaran keluarga saya.." lirih suara Adib menuturkan
ucapannya..
"Boleh tak kalau lain kali guna cara yang lembut sikit??"
Adib tersenyum hambar.. "Akan adakah lain kali??"
Amanina melihat raut wajah Adib yang kelihatan gusar itu, tanpa
kata Amanina terus melangkah masuk ke dalam rumah, manakala Adib semakin
tertunduk pilu..
"ABANG!! Komik yang Nina nak tu ada tak??" Tanya Amanina
sambil berlari turun daripada tangga untuk menuju kearah suaminya..
"Sayang!! Bahayalah, sayangkan tengah mengandung, mana boleh
lari macam tu.." Adib juga berlari kearah isterinya, tangan isterinya
disambut agar Amanina tidak jatuh.. Mukanya diseriuskan..
Amanina hanya tersengih sahaja mendengar kata-kata suami
tercintanya itu..
"Alah, kandungan ni baru 2 bulan.. Jadi kadang-kadang Nina
lupa, sorrylah abang.." ujarnya
sambil mencium pipi Adib untuk meredakan amarah suaminya itu..
Adib memandang wajah Amanina, isterinya itu sedang cuba membuat
muka comel, akhirnya tercetus tawa daripada mulut Adib, dia memang tak boleh
nak merajuk atau marah lama-lama dengan isterinya seorang itu..
"Sebelah kanan saja?? Yang kiri ni macam mana??" Tanya
Adib sambik menunjukkan pipi kirinya pula..
Amanina tersenyum, dia terus bergerak untuk mencium pipi kiri
suaminya.. Adib tersenyum, laju tangannya memeluk isterinya itu..
"Pipi dah.. Hmm, mana lagi yang belum ya??" Tanya Adib
sambil mencium dahi isterinya sekaligus mengeratkan lagi pelukannya..
Amanina pantas mencubit tangan suaminya.. "Jangan nak mengada,
cepatlah mana komik yang Nina minta.."
Adib tersenyum sambil menghulurkan satu plastik besar kepada
isterinya.. Amanina mengerutkan dahi, tapi tangan tetap menyambut huluran
suaminya, bulat matanya melihat isi-isi didalam beg plastik itu..
"Wah, ada novel fixi, novel remaja, novel cinta, komik, ada
buku tazkirah juga.. Ini yang sayang abang lebih ni.." ujar Amanina lalu
memeluk erat suaminya..
"Macam mana abang tahu??" Tanya Amanina, semua novel yang
dibeli suaminya itu adalah novel-novel yang memang dia inginkan..
"Mana taknya abang tahu, malam-malam mengigau sebut nama
novel.. Pergi rumah umi dan abi cerita pasal novel itu dan ini.. Orang lain
mengidam makanan, isteri abang ni mengidam buku.. Jadi kenalah abang turutkan
jugakan permintaan pemaisuri hati abang ni.." ujar Adib sambil mengelus rambut
isterinya dengan lembut..
“Terima kasih abang sebab sudi layan karenah Nina.. Mesti abang
penatkan?? Dahlah sibuk dengan kerja, lepas itu kena layan ragam Nina pula..
Kesian abang..” ujar Amanina, plastic yang berisi buku diletakkan ke lantai,
tangannya melingkar di pinggang suaminya dan dipeluk erat..
“Sama-sama sayang.. Penat?? Tipulah kalau abang kata abang tak
penat, tapi abang lagi rela penat layan karenah isteri abang yang tercinta
ini.. Sayang sudi terima abang dulu pun abang dah bersyukur, setakat layan
ragam sayang ni, kacang sajalah..” ujar Adib sambil membalas pelukan isterinya
itu..
“Maafkan Nina abang kalau Nina menyusahkan abang..” ujar Amanina
perlahan, matanya dah mula berair, risau kalau ragamnya menyusahkan sang
suami..
Adib meleraikan pelukan mereka, wajah isterinya ditatap sambil
tersenyum.. Tangannya laju mengelap airmata isterinya yang sudah mula mengalir
itu.. “Sensitif betul isteri abang seorang ini sejak mengandung ini.. Tak
apalah sayang, abang tak kisah, susah abang sekarang ini tak sesusah saat
isteri abang lahirkan zuriat kita ini..” ujar Adib sambil memegang perut
isterinya yang sudah mula membesar itu..
“Abang yang sepatutnya minta maaf, abang tak boleh nak luangkan
masa dengan sayang sebab sibuk sangat dengan kerja.. Mesti sayang abang
sunyikan..” ujar Adib lalu mencium dahi isterinya lama..
“Tak adalah, Nina tak sunyi pun.. Anak kitakan ada temankan Nina
bila abang dekat pejabat..” ujar Amanina, senyuman sudah terukir diwajahnya,
tangannya mendarat di tangan si suami yang sedang memegang perutnya..
Adib duduk melutut, kepalanya menjadi setara dengan perut Amanina..
“Patutlah mama nampak happy saja, rupanya sebab baby selalu teman
mama masa papa dekat pejabat ya.. Terima kasih baby sebab tolong jagakan
mama untuk papa..” Adib mencium perut isterinya itu dengan penuh kasih, sungguh
dia amat sayangkan Amanina dan zuriat yang terkandung diperut isterinya itu..
“Ah..” terjerit kecil Amanina apabila tubuhnya tiba-tiba terapung,
kakinya sudah tidak mencecah lantai..
“Abang!! Apa abang buat ni??” Tanya Amanina, apabila dia perasan
kenapa dia menjadi superwoman tiba-tiba ini.. Wajah suaminya yang sedang
tersenyum memandangnya membuatkan Amanina mengerutkan dahi..
“Abang nak bagi hadiah dekat isteri abang..” bisik Adib ditelinga
isterinya, tubuh isterinya yang didukung itu dipegang kemas, manakala tangan
isterinya erat memeluk lehernya..
“Alah abang jangan nak mengada, Nina nak baca bukulah abang..”
rengek Amanina, apabila suaminya itu sudah tersenyum miang..
Adib membuat muka kecewa mendengar bicara sang isteri.. “Yelah buku
lagi penting daripada abang..”
“Alah.. Ok, Nina tak baca buku.. Abang nak apa, cakap saja, Nina
ikut..” ujar Amanina cuba memujuk kekasih hati yang sudah mula nak merajuk
itu..
Muncul senyuman diwajah Adib mendengar kata-kata isterinya itu..
“Betul ni?? Sayang nak buat apa-apa saja yang abang nak..”
Senyuman semakin melebar apabila melihat anggukan isterinya itu,
sekali lagi dahi Amanina dicium, gembira melihat reaksi isterinya itu.. Tubuh
isterinya dibawa menaiki tangga dengan berhati-hati.. Kaki Adib diarahkan
kearah pintu bilik mereka.. Dengan lembut tubuh isterinya itu di letakkan ke
katil, matanya tajam memandang kearah Amanina..
“Abang nak apa??” Tanya Amanina, wajah isterinya yang lurus itu
membuatkan Adib terus membuat muka serius..
Adib tidak bersuara, dia menghulurkan plastik yang berisi buku
kearah isterinya.. Amanina mengerutkan dahinya..
“Nak buat apa???”
“Tadi sayang kata nak baca buku, sayang bacalah..” ujar Adib..
Amanina sudah membuat muka sedih.. “Abang merajuk ke?? Janganlah
macam ini, maafkan Nina, janganlah merajuk..” ujar Amanina, risau jika dia
telah melukakan hati Adib..
Adib tersenyum melihat wajah muram isterinya itu.. “Tak adalah
sayang, abang tak merajuk pun.. Abangkan kata nak bagi hadiah dekat sayang.. So,
hari ini sayang tak payah masak, biar abang yang masak.. Hari ini, abang nak
sayang rehat saja, tak payah buat apa-apa, abang yang akan buat semuanya..”
ujar Adib..
Barulah wajah Amanina kembali ceria.. “Abang tak merajuk dengan
Nina??”
“Ya sayang.. Takkanlah abang nak merajuk dengan sayang abang
seorang ini.. Sayang tak pernah sakitkan hati abang, buat apa abang nak
merajuk..”
“Tapi tak susahkan abang ke?? Tak apalah, Nina masih boleh tolong
sikit-sikit..”
“No!! Hari ini Nina rehat saja, biar abang yang buat
semuanya, Ninakan isteri abang jadi taka da istilah susah-menyusahkan ni..”
“Terima kasih abang, kenapalah abang sanggup buat macam ini untuk
Nina, terharu Nina dibuatnya..” ujar Amanina, sekali lagi air matanya gugur,
sungguh dia terharu dengan kesanggupan Adib, bukan dia tidak tahu Adib sangat
sibuk sekarang dengan kerja di pejabatnya itu, apatah lagi suaminya itu baru
balik daripada outstation, pasti lagi banyak kerja yang tertangguh..
Adib tersenyum.. “Kenapa isteri abang ini asyik menangis saja.. Sebab
pembawakan anak ya?? Sayang, abang tak kisahlah.. Abang buat semua ini untuk
isteri abang bukan untuk orang lain, dah jangan menangis..”
Adib memegang kedua pipi isterinya itu lalu di angkat untuk
memandang kearahnya.. “Sama-sama sayang.. Kenapa abang sanggup buat semua ini??
Sebab abang selalu cakapkan dengan sayang.. You’re mine, abang sanggup
buat apa-apa saja untuk kesayangan abang ini..”
“Sayang jangan menangis lagi tau, sayang baca buku-buku ini
sekejap.. Abang pergi masak makanan untuk sayang.. Tunggu abang tau..” ujar
Adib, dia mencium kedua belah pipi isterinya itu lalu berlari keluar daripada
bilik..
Amanina mengelap air matanya sambil tersenyum melihat gelagat
suaminya itu, bahagia di hati tidak dapat terungkap dengan kata.. Tiba-tiba
kepala Adib terjengul di sebalik pintu membuatkan Amanina terkejut..
“Abang!!” ujar Amanina sambil memegang dadanya akibat terkejut..
Adib tersengih.. “Sorry sayang, lupa nak cakap.. I love
you because of Allah..”
Amanina tergelak.. “Yelah, I love you too and of course because
of Allah..”
“Yeah!! Baru best nak masak, dah dapat semangat dari isteri
tercinta..” kata-kata Adib yang sudah hilang kelibatnya itu membuatkan Amanina
kembali tergelak, sungguh hatinya sudah menjadi hak mutlak Adib..
Amanina tersenyum, dia bersyukur dikurniakan suami sebaik Adib, dia
tidak menyesal keputusannya untuk menerima lamaran Adib dulu.. Masih segar
dalam ingatannya wajah Adib yang kelihatan sangat sedih apabila dia masuk ke
dalam rumah tanpa bicara apa-apa.. Dan masih kekal dalam ingatan wajah suaminya
itu ketika dia berkata setuju untuk berkahwin, siap buat sujud syukur lagi..
Saat itu dia tahu keputusan yang dibuatnya adalah betul dan dah
memang jodoh mereka untuk bersama.. Walaupunnya pertemuan mereka agak haru-biru
dan macam gila sikit.. Namun kalau dah jodoh, dimanapun mereka melangkah, jauh
manapun mereka berlari.. Akhirnya, Allah akan pertemukan juga disuatu tempat,
masa, keadaan.. Janji Allah itu pasti, jadilah maka jadilah ia..
TAMAT
Merkur Super Lightweight Merkur Super Lightweight - CCASino.com
BalasPadamThis super-lightweight Merkur Super Lightweight deccasino double edge Safety Razor is a lightweight kadangpintar design with a very comfortable choegocasino grip. Adjustable handle for a