Ahad, 11 Mac 2018

Pemilik Hati Saya

PEMILIK HATI SAYA

Oleh Atiqah Asfah




 “Arissa Sofia?? Alya Hazwani??” tanya Amirul Aiman kepada mamanya Datin Amy, matanya tidak terlepas memandang gambar Arissa Sofia dan Alya Hazwani yang diberi oleh Datin Amy kepadanya..

“Ya.. Arissa Sofia anak Tengku Sufian dan Alya Hazwani anak Tan Sri Khalid.. Dua-dua ni yang mama rasa paling dekat dengan kriteria yang Amir nak..” balas Datin Amy..

“Kriteria?? Apa kriteria yang Amir nakkan yang ada pada diaorang?? Tengok gambar macam tak ada apa-apa yang istimewa pun..”

“Dah gambar je, memanglah tak ada istimewanya.. Kalau dah jumpa barulah tahu apa yang istimewanya diaorang ni.. Amir pergi jumpa diaorang ya..” pujuk Datin Amy..

“Malaslah, buat apa?? Lagipun esok Amir sibuk, banyak kerja yang Amir kena settle kan..” Amirul aiman pantas menolak..

“Alah, belum jumpa lagi.. Dah cakap malaslah, mama tak kira.. Esok Amir kena jumpa Arissa Sofia dengan Alya Hazwani, then choose the one that you like most..” Datin Amy susah tidak memujuk sebaliknya dia memberikan arahan..

“Mama.. Pleaselah jangan buat Amir macam ni, Amir banyak kerja kena buat, appointment pun banyak yang Amir kena attend..”

“Mama dah settlekan benda tu semua awal-awal lagi, jadi Amir tak payah risau.. Lagipun Amir jumpa diaorang bawa jalan-jalan lepas tu baliklah..”

“Yelah tu, Amir kena jumpa seorang lepastu seorang lagi.. Lamalah jadinya..” rungut Amirul Aiman, diamemang paling malas nak keluar berjalan, apatah lagi dengan perempuan, mesti lama..

“Siapa kata Amir pergi jumpa seorang-seorang?? Amir jumpa dua orang sekali gus, double girlfriend dalam satu date..”

Amirul Aiman membulatkan matanya mendengar bicara Datin Amy, yang dirasakan tak masuk akal itu.. Takkan dua-dua sekali dalam satu pertemuan?? Tak pernah dibuat orang langsung..

“Yang tak pernah dibuat orang itulah kita buat, baru nampak lain daripada lain..” Datin Amy bersuara tiba-tiba bagai mengetahui apa yang berada di fikiran anak lelakinya itu..

Amirul sudah mengerutkan dahinya, pening dia dengan mamanya itu, tapi melihat kesungguhan Datin Amy mengaturkan pertemuan antara dia dan 2 orang perempuan itu membuatkan dia mengetap bibir.. “Yelah.. Yelah, Amir pergi!!” Amirul Aiman mengalah, karang tak ikut ada yang tak nak bercakap seminggu pula kang..

Datin Amy sudah mengukir senyuman, senyuman bahagia.. Harap-haraplah pertemua ini menjadi, sudah bertahun dia teringin mempunyai cucu, nak tunggu Amirul Aiman mencari menantu untuknya?? Susah!! Jadi lebih baik dia yang buat anaknya tu berjumpa dengan 2 perempuan yang dirasakan sesuai dengan Amirul Aiman.

*****

Amirul Aiman melangkah masuk ke Secret Recipe, dimana tempat yang telah dibuat oleh Datin Amy untuk dia ber‘dating’.. Matanya tertancap pada wajahnya yang pernah di lihat nay melalui gambar yang diberi oleh Datin amy, membuatkan dirinya dapat mengetahui bahawa perempuan itu adalah Alya Hazwani..

Amirul aiman terus melangkah ke meja yang diduduki oleh Alya Hazwani itu.. Alya Hazwani ketika itu sedang memakai tudung labuh berwarna pink dan dipadankan dengan baju kurung berwarna merah hati..

“Assalamualaikum..” Amirul Aiman memberi salam setelah dia sampai dimeja Alya Hazwani..

“Waalaikumussalam..” jawap Alya Hazwani dengan nada yang lembut..

“Awak seorang je?? Seorang lagi belum sampai ke??” tanya Amirul Aiman sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Alya Hazwani..

“Haah, dari tadi memang saya seorang sahaja kat sini..”

Amirul Aiman sudah mengerutkan dahinya, aik first time nak jumpa takkan dah nak datang lewat kot??

“Awak tak tahulah bila Arissa Sofia tu akan datang??”

“Tak, saya disuruh datang pukul 9 kat sini dan saya tak tahulah kalau yang lain datang lambat ataupun awal..”

Amirul Aiman memandang kearah jam tangannya.. 9.02 pagi, dia pun sudah lewat hampir 2 minit.. “Takpelah, kita cakap-cakap saja dulu.. Arissa tu datang ke tak datang ke?? Itu hal lain..”

Alya Hazwani hanya mengangguk tanda faham dengan apa yang Amirul Aiman katakan..

*****

“Dia ni memang tak nak datang agaknya, dah pukul 10 pagi, batang hidung pun tak nampak..” ujar Amirul Aiman apabila sampai sekarang kelibat Arissa Sofia tidak kelihatan..

“Sabarlah, mungkin dia dalam perjalanan atau ada masalah ke.. Itu sebab dia lambat datang..” Alya Hazwani cuba untuk memujuk Amirul Aiman yang sudah kelihatan seperti menahan marah..

“Saya tahu, tapi mana boleh dia datang lewat sampai macam ni sekali, kalau nak lambat pun at least informlah dekat kita dulu, ini tak..”

“Assalamualaikum, sorry lambat ada hal tadi..” suatu suara telah mencelah bicara Amirul Aiman dan duduk terus di sebelah Alya Hazwani.. Perempuan itu memakai baju muslimah lambuh berwarna hitam biru dan dipadankan dengan tudung labuh biru cair..

“Waalikumussalam..” jawab Alya Hazwani dan Amirul Aiman serentak..

“Arissa Sofia??” tanya Amirul Aiman kepada perempuan yang baru tiba itu..

“Yup, nama aku Arissa Sofia.. Just call me Rissa or Sofia but usually people call me Rissa..” ujar Arissa Sofia dengan muka tak bersalah..

“Oh, Arissa Sofia, can I know how time exactly now??” tanya Amirul Aiman..

10 minutes after 10 a.m.

“Oh, what time that you should be here??”

“9 a.m.”

So??” Amirul Aiman sudah mengangkat keningnya sambil matanya tajam memandang kearah Arissa Sofia..

I’m sorry.. I know this is my fault, I shouldn’t be late..” Arissa Sofia terus meminta maaf, dia tahu yang dia dah lambat, bukan lambat je, tapi betul-betul lambat dah!!

It’s okay if you know that is your fault, but if you want to say sorry.. Don’t say it just to me, say sorry to her too..” balas Amirul Aiman sambil menunjukkan kearah Alya Hazwani yang sedang duduk berhadapan dengannya itu..

“Maafkan saya..” Arissa Sofia terus meminta maaf kepada Alya Hazwani, dia mengikut sahaja arahan Amirul Aiman, malas dia bertekak sebabkan hal kecil sahaja, baik dia ikut sahaja apa yang Amirul Aiman tu nak..

“Tak apa, saya tak kisah..” balas Alya Hazwani sambil tersenyum memandang kearah Arissa Sofia.. Arissa Sofi membalas senyuman Alya Hazwani..

“Oklah we go straight to the point.. Kita dah tahukan yang saya telah disuruh oleh mama saya untuk keluar dengan awak berdua dan pilih salah seorang daripada awak untuk menjadi isteri saya..” Amirul Aiman terus bersuara..

Arissa Sofia dan Alya Hazwani hanya menganggukkan kepala tanda faham..

So, saya akan buat macam nilah.. Saya ikut sahaja mana awak nak pergi, dimulakan dengan Alya lepas tu kita pergi tempat yang Rissa nak pergi pula.. Macam mana ok??”

“Saya ikut saja..” balas Alya Hazwani..

“Saya pun..” Arissa Sofia pun menyokong kata-kata Amirul Aiman..

*****

Amirul Aiman, Alya Hazwani dan Arissa Sofia melangkah keluar daripada Masjid At-Taqwa.. Mereka baru sahaja melakukan solat sunat dhuha seperti yang di inginkan oleh Alya Hazwani..

“Ok, ada tempat lain yang awak nak pergi??” tanya Amirul Aiman kepada Alya Hazwani..

“Hmm, kalau boleh saya nak pergi ke taman, biasanya saya akan ke taman untuk meluangkan masa..”

“Apa yang biasa awak  buat kat sana??”

“Berjoging, bersenam, ataupun membaca buku.. Kalau nak baca buku kat sana memang tempat yang paling best, tenang saja..”

Amirul Aiman tersenyum mendengar penjelasan Alya Hazwani.. Suka dia mendengar suara Alya Hazwani yang lembut itu.. Tiba-tiba matanya tertumpu pada Arissa Sofia..

“Rissa?? Sibuk sangat ke sampai tak boleh lepaskan henset tu.. Asyik dengan henset saja dari tadi..” agak sinis Amirul Aiman bertanya kepada Arissa Sofia..

Arissa Sofia hanya memandang Amirul Aiman dengan muka tak kisah, ada saja yang lelaki itu nak mengomel..

“Bolehlah tahan sibuk juga.. Kenapa awak nak menyibuk ke??” balas Arissa Sofia dengan sinis juga, dia memang pantang orang bercakap dengannya sebegitu.. Bukan dia ada buat salah yang besar pun, henset ini pun baru sahaja dipegangnya sebentar tadi, dah nak mengomel..

Amirul Aiman menjeling Arissa Sofia yang selamba badak sahaja membalas kata-katanya sebentar tadi.. Macam ni ke nak dijadikan isteri??

Alya Hazwani sudah mengelengkan kepalanya, dia memang tak pernah berjumpa dengan Arissa Sofia, tapi dia tahu Arissa Sofia itu sebenarnya baik.. Itu yang selalu dikatakan oleh kedua orang tuanya.. Arissa Sofia merupakan anak yang taat dan mendengar kata orang tua.. Mungkin Arissa Sofia ada sebab sendiri kenapa perwatakannya langsung tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh kedua orang tua Alya Hazwani..

*****

“Awak nak pergi mana Rissa??” tanya Amirul Aiman kepada Arissa Sofia setelah mereka bertiga telah pergi ke tempat-tempat yang Alya Hazwani suka.. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat fardu Zohor..

Arissa Sofia sudah tersenyum.. “Apa kata kita pergi makan dulu lepas tu we’ll go to shopping mall!!” ujar Arissa Sofia dengan nada gembira..

Alya Hazwani sudah tersenyum melihat gelagat Arissa Sofia.. Tiba-tiba saja kelihatan seperti Arissa Sofia bersemangat.. Manakala Amirul Aiman sudah buat muka, ei menyampah pula aku dengan minah ni!! Pakai saja tudung, tapi lebih suka pergi ke shopping mall daripada pergi ke rumah Allah..

*****

“Awak rasa Rissa tu macam mana orangnya??” tanya Alya Hazwani kepada Amirul Aiman, ketika itu mereka sedang berjalan-jalan di shopping mall.. Arissa Sofia sudah hilang masuk ke dalam kedai-kedai yang ada di shopping mall itu..

“Entahlah, saya belum kenal dia sangat pun..” balas Amirul Aiman acuh tidak acuh..

“Habis tu saya??” tanya Alya Hazwani lagi..

“Kalau awak saya rasa, awak baik, sopan santun.. Apa lagi?? Hah, cantik, lemah-lembut.. Banyak lagilah..” balas Amirul Aiman bersungguh-sungguh, ya itulah yang dia rasa saat itu, dia suka dengan perwatakan Alya Hazwani, memang sesuai kalau nak dibuat isteri..

Alya Hazwani tersenyum.. “Awak boleh je agak macam mana saya walaupun kita baru kenal.. Takkanlah awak tak boleh agak perwatakan Arissa..”

Amirul Aiman terdiam.. “Entahlah, tapi secara jujurnya saya tak berapa suka dengan dia.. Yelah, macam tadi kita pergi taman, masjid dan macam-macam tempat yang tenang.. Tapi dia?? Boleh pula tiba-tiba ajak pergi shopping mall yang sesak dengan ramai orang ni..” ujar Amirul Aiman dengan jujur..

“Mana boleh macam tu Amir..”

“Apa yang tak boleh??”

“Awak tak boleh cakap macam tu bila awak tak betul-betul perhatikan Arissa tu..” balas Alya Hazwani..

“Saya memang selalu perhatikan dia.. Asyik berkepit dengan henset sahaja dari tadi..”

Alya Hazwani mengeleng-gelengkan kepalanya.. “Nampak sangat awak tak ambil tahu dan tak perhatikan Arissa dengan betul-betul tadi.. Kalau awak nak tahu, Arissa lah orang pertama yang ajak kita ke masjid untuk solat zohor tadi bila kita terleka sekejap masa tu.. Dia juga yang tadi mengimamkan solat saya, lepas tu tadi kami lambat sikitkan?? Sebab Arissa, dia ajak saya untuk membaca Al-Qur’an katanya dia telah dididik dari kecil untuk membaca Al-Qur’an setiap kali lepas solat hatta satu muka surat sekali pun..”

“Dan kalau awak nak tahu masa awak beli aiskrim dekat taman tadi.. Saya sempat tanya dia kenapa dia nampak lain.. Didepan awak dia kelihatan seperti seorang yang tak peramah, tak ambil tahu pasal orang lain.. Tapi dibelakang awak, dia menjadi orang yang sebaliknya.. Awak tahu dia balas apa??”

Amirul Aiman mengeleng..

“Dia bagitahu saya, bukan dia tak peramah tapi dia memang susah untuk bercakap dengan orang lain apatah lagi yang baru dia kenal dan bukan dia tak nak ambil tahu tentang apa yang awak dan saya cakapkan.. Tapi dia taknak menganggu kita masa kita tengah berbual sebab tu dia lebih suka mendengar.. Sebaliknya bila dia dengan saya, sebabkan saya ni agak peramah, jadi dia pun cepat ok dengan saya dan dia banyak bercerita dengan saya tentang diri saya bila awak tak ada.. Jadi sekarang, boleh tak awak buang fikiran negatif awak tentang dia??” tanya Alya Hazwani..

Amirul Aiman diam sahaja, dia tidak tahu untuk membalas apa.. Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh Alya Hazwani itu, maknanya tanggapan dia pada Arissa memang dah jauh tersasar..

*****

“Kat sini rupanya korang berdua.. Penat tau saya pusing-pusing cari korang..” ujar Arissa Sofea yang tiba-tiba mucul di hadapan Amirul Aiman dan Alya Hazwani yang sedang bercakap itu..

Sorrylah, sepatutnya kitaorang cakap yang kitaorang tunggu awak kat sini, tapi terlupa pula nak call awak tadi..” kata Alya Hazwani..

“Tak apalah, saya tak kisah pun..”

“Banyaknya barang awak beli?? Awak nak buat apa dengan barang-barang ni semua??” tanya Alya Hazwani apabila matanya melihat tangan Arissa Sofea yang penuh dengan beg plastik..

“Saya nak bagi barang-barang ni dekat adik-adik saya.. Saya dah janji nak bagi diaorang hadiah minggu lepas..” Arissa Sofia tersenyum sahaja sedari tadi..

“Adik-adik?? Bukan ke awak ni anak tunggal??”

“Adik-adik saya dekat Rumah Anak Yatim Sri Ehsan..” Arissa Sofia memberitahu siapa adik-adik yang dimaksudkannya tadi..

Mendengar kata-kata Arissa Sofia membuatkan Alya Hazwani memandang kearah Amirul Aiman yang tidak lepas daripada memandang kearah Arissa Sofia sedari tadi.. Alya Hazwani tersenyum..

*****

“Macam mana?? Amir dah buat keputusan ke??” tanya Datin Amy yang tiba-tiba muncul di bilik Amirul Aiman..

“Entahlah mama..”

“Aik, takkan masih tak ada jawapan?? Masuk hari ni dah dua bulan tau Amir kenal-kenal dengan diaorang..”

“Amir tahu, tapi Amir masih berbelah-bahagi untuk membuat keputusan sama ada Alya Hazwani atau Arissa Sofea..” semenjak mengenali Arissa Sofia dengan lebih dekat, barulah dia tahu bahawa Arissa Sofia memang sangat baik..

Masih lagi terbayang-bayang di ingatannya bagaimana Arissa Sofia melayan anak-anak Yatim di Sri Ehsan dua bulan lepas.. Memang seperti seorang kakak yang amat mengasihi adik-adiknya.. Semenjak itulah dia sedar tentang kebenaran yang dikatakan oleh Alya Hazwani.. Dia hanya memandang Arissa Sofia dari satu sudut sahaja, tidak dari sudut yang lain..

“Buatlah solah istikharah Amir, In Sha Allah.. Allah mudahkan jalan untuk anak mama ni..” balas Datin Amy sambil tangannya mengusap lembut kepala anak lelakinya itu..

“Insya Allah mama..”

Datin Amy memandang anak lelakinya itu sambil tersenyum manis. Dia tahu fikiran anaknya itu sedang bercelaru, nak dipilihkan takut tak suka.. Jadi lebih baik pilihan itu diletakkan di tangan Amirul Aiman sendiri.. Pastinya dia lebih tahu apa yang dia hendak dan tidak..

*****

Amirul Aiman memandang Datin Amy dengan senyuman yang mekar sehingga pelik mamanya itu dibuatnya..

“Dah kenapa dengan anak mama seorang ni?? Pelik saja mama tengok..”

Amirul Aiman masih lagi tersenyum.. “Mama, Amir dah tahu siapa yang amir nak pilih dan menjadikan dia sebagai isteri Amir..”

Datin Amy sudah tersenyum gembira mendengar bicara anak lelakinya.. Mulutnya tidak henti-henti mengucap syukur.. Gembira akhirnya penantiannya selama ini akan berakhir jua, hasratnya ingin menerima seorang lagi anggota dalam keluarganya kelak akan tercapai.. ‘Syukur Ya Allah dengan rahmat-Mu ini.. Alhamdulillah’

*****

Amirul Aiman berjalan dengan perlahan kearah isterinya yang sedang leka menyidai kain di halaman belakang rumah.. Sampai sahaja dibelakang isterinya, terus tangannya dipanjangkan memeluk tubuh isterinya itu..

“Aik?? Isteri abang ni tak terkejut ke??”

“Tak.. Mana mungkin sayang terkejut, kalau abang duduk dua batu jauh dari sayang pun.. Sayang boleh kenal bau abang.. Apatah lagi hanya setakat sedepa sahaja jaraknya, kacang saja..”

Amirul Aiman tersenyum mendengar bicara isteri kesayangannya itu.. “Bau badan abang pun sayang boleh bau walaupun dari jauh?? Memang sayang betul erk sayang kat abang..” Amirul Aiman mengeratkan lagi pelukannya..

“Memanglah sayang, sayang sangat dekat abang.. Sebab abang adalah imam sayang, suami yang sangat baik untuk sayang dan seorang pebimbing untuk sayang.. Eh, ada lagilah.. Bakal ayah kepada anak-anak yang sayang akan lahirkan, peneman sayang sampai muka berkerut dan peneman sayang hingga ke syurga, Insya Allah..”

“Abang pun sayang sangat dekat isteri abang yang comel ni.. Isteri abang yang terima abang seadanya, isteri abang yang selalu ada dekat dengan abang dan selalu memberikan sokongan untuk abang.. Ibu kepada anak-anak abang yang tak terkira ramainya nanti, kesayangan abang dunia dan akhirat..”

Arissa Sofia memusingkan badannya menghadap Amirul Aiman.. Bibirnya mengukirkan senyuman manis untuk suaminya itu..

“Tak sangkakan yang kita ni rupanya berjodoh..” ujar Arissa Sofia sambil mengelus rambut suaminya..



Amirul Aiman tersenyum, suka apabila dimanjakan sebegitu oleh isteri tercinta.. “Memanglah, kalau sayang tak buat perangai dulu.. Sah kita terus kahwin, tak payah nak kena buat pilihan bagai..” ujar Amirul Aiman lalu mencium dahi isterinya itu..

Arissa Sofia tergelak mendengar bicara Amirul Aiman itu.. “Sayangkan pemalu, mestilah sayang nak berteman.. Tapi itulah abang jual mahal sangat, garang sangat.. Takut sayang nak tegur..”

Giliran Amirul Aiman pula ketawa apabila Arissa Sofia sudah mula memuncungkan bibir diakhir bicaranya.. “Itulah siapa suruh datang lewat masa first time kita jumpa.. Mahu taknya abang dah fikir yang buruk pasal sayang..”

“Yelah tapi tak payahlah garang-garang.. Lepas itu kutuk sayang belakang, kecil tau hati ini..” ujar Arissa Sofia, merujuk kepada situasi apabila dia meninggalkan Alya Hazwani bersama dengan suaminya bersendirian, walau hakikatnya dia berada dekat dengan mereka atas permintaan Alya Hazwani sendiri..

“Lain kali jujurlah dengan abang.. Cakap yang sayanglah perempuan yang dijodohkan dengan abang.. Ini tak, suruh si Alya itu untuk jadi pelakon tambahan dalam lakonan kita.. Mahu taknya abang berbelah bahagi.. Sayang pun tak layan abang sangat masa itu, Alya saja yang nak bercakap dengan abang..”

“Yelah, awal-awal abang dah sound sayang, tak ke menggigil sayang ketakutan dibuatnya.. Lagipun sayang tahulah abang tak selesa kalau terpaksa berjumpa sayang empat mata sahaja, itu yang sayang suruh mama buat macam itu.. Sayang tak nak wujudkan suasana tidak selesa untuk abang..” ujar Arissa Sofia jujur.. Dia buat semua itu kerana dia tahu personality suaminya dan dirinya sendiri adalah sama, masing-masing diajar untuk menjaga ikhtilat antara kaum berlainan jenis, tiba-tiba kena berjumpa atas dasar perkahwinan yang dirancang.. Pastinya masing-masing akan berasa tidak selesa..

Amirul Aiman tersenyum gembira mendengar jawapan yang diberi oleh isterinya itu.. Gembira apabila dia dapat mengetahui kepentingannya diutamakan walau hakikatnya mereka masih belum ada apa-apa hubungan.. Gembira apabila kepentingan agama didahulukan berbanding kisah cinta yang belum tentu akan berkekalan..

“Tapi, nasib baik tau abang pilih sayang.. Cuba kalau abang pilih Alya, macam mana?? Tak ke kempunan sayang nak bersuamikan lelaki hensem macam abang??” tanya Amirul Aiman sahaja ingin menguji perasaan isterinya itu..

Arissa Sofia tersenyum.. “Kalau itu jodoh abang dengan dia, sayang takkan menghalang atau sedikit pun rasa kecewa.. Sayang redha dengan apa yang Allah tetapkan, sayang ikhlas dengan semua perancangan-Nya.. Saat sayang mengutarakan rancangan sayang dengan mama abang.. Sayang dah terima segala keputusan yang bakal abang buat dengan rela hati..”

Amirul Aiman menarik tubuh isterinya kedalam dakapannya, sungguh dia gembira dengan keputusan yang dibuat.. Bukan dia tidak sudi untuk memperisterikan Alya Hazwani, namun dia tahu Allah telah menetapkan jodohnya bersama Arissa Sofia.. Wajah Arissa Sofia yang muncul setelah dia membuat solat istikharah masih terpancar jelas di benak fikirannya, dia yakin dengan keputusan yang dibuat..

Alhamdulillah, sangkanya dia telah melukakan sekeping hati seorang perempuan akibat perkahwinannya itu.. Namun perancangan Allah melebihi segalanya dan menjangkau daripada fikiran hamba-hamba yang lemah ini.. Sejurus sahaja dia dan Arissa Sofia berkahwin, Alya Hazwani turut menerima pinangan daripada kawan lamanya yang baru sahaja menghabiskan pembelajaran di Mesir dan sedang dalam rancangan untuk menyambung PhD.. Insya Allah, jika tiada halangan, mereka akan berkahwin Insya pada bulan depan..



"Thanks abang, sebab abang sudi terima sayang dengan seadanya.. Sudi jadikan sayang isteri abang yang sah.."ujar Arissa Sofia lembut, sungguh dia berasa sangat bersyukur apabila Amirul Aiman datang ke rumahnya dengan membawa rombongan, sangkanya Alya Hazwani yang menjadi pilihan, namun jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Allah..

Amirul Aiman mengusap kepala isterinya dengan lembut.."Sama-sama sayang, abang pun nak berterima kasih sebab sayang nak terima abang dalam hidup sayang.. Walaupun abang dulu jahat sikit dengan sayang.."

"Jahat sikit?? Bukan jahat banyak ke??" Gurau Arissa Sofia..

"Yelah abang jahat.." Amirul Aiman berkata dengan nada merajuk..

"Alah merajuk pula suami sayang ni.. Abang, sayang terima abang seadanya sepertimana abang terima sayang seadanya.. Sayang terima abang juga kerana sayang yakin, abang adalah jodoh sayang.."

Tersenyum Amirul Aiman mendengar bicara isterinya itu.. "Abang terima sayang pun sebab abang yakin, sayanglah pemilik hati abang.."

Arissa Sofia terus memeluk erat tubuh suaminya itu.. Alhamdulillah, Allah telah mempersatukan dia dan Amirul Aiman.. Harap jodoh mereka akan kekal dunia hingga akhirat..

Tamat

2 ulasan:

  1. Best.. Keep it up!! ����

    BalasPadam
  2. Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.

    Sangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
    Bonus yang tersedia saat ini
    Bonus new member Sportbook 100%
    Bonus new member Slot 100%
    Bonus new member Slot 50%
    Bonus new member ALL Game 20%
    Bonus Setiap hari 10%
    Bonus Setiap kali 3%
    Bonus mingguan Cashback 5%-10%
    Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
    Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
    Bonus Referral
    Minimal deposit hanya 10ribu

    EBOBET juga menyediakan berbagai layanan transaksi deposit dan withdraw Bank Lokal terlengkap Indonesia seperti Bank BCA - Bank BNI46 - Bank BRI - Bank Mandiri - Bank Danamon - Bank Cimb Niaga, OVO, Deposit via Ovo. Deposit via Dana, Deposit via Go Pay, Telkomsel dan XL.

    Situs :EBOBET
    WA : +855967598801

    BalasPadam