CERITA CINTA
Oleh Atiqah Asfah
Semua mata tertumpu kepada lima orang
lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam Café.. Kelima-lima lelaki itu
merupakan pemain basketball untuk
Kolej Elit, mereka sangat terkenal kerana masing-masing memiliki wajah
yang memang menjadi perhatian perempuan-perempuan..
“Oi, korang pandang apa tu hah??” tanya Nur
Iffah Syakirah kepada dua rakan perempuannya yang sedang khusyuk memandang
tempat lain, sehingga kehadirannya disitu tidak diperasan oleh mereka..
“Kau ni.. Janganlah kacau, kitaorang tengah
tengok mamat-mamat hensem ni..” balas Aina, manakala seorang lagi kawanku Karina
masih lagi leka memandang jejaka berlima itu..
“Huh, korang ni.. Dah-dahlah asyik nak
tengok lelaki-lelaki tu, diaorang bukannya pandang orang macam kita ni..
Lagipun kita masuk sini bukan nak bercintan-cintun ok, ingat kita ada mak ayah
yang bersusah-payah masukkan kita kat sini.. Jangan di sebabkan cinta,
pelajaran ke mana, mak ayah kita ke mana..” Nur Iffah Syakirah sudah memulakan
bebelannya..
Aina dan Karina dengan pantas menutup
telinganya.. “Dah-dahlah kau membebel nek Iffah oi.. Sakit telinga aku dengan
Aina mendengar bebelan kau tu..” Karina bersuara..
“Ha’ah, dah banyak kali dah nek Iffah
membebel dekat kitaorang, penatlah kitaorang asyik kena ceramah je..”
“Korang ni, aku cakap untuk kebaikan korang
tau.. Aku nasihatkan korang sebab korang ni jelah sahabat aku yang paling aku
sayang.. Aku tak nak korang berdua terluka disebabkan cinta, terleka disebabkan
cinta.. Lebih baik kita fokus belajar.. Kalau ada jodoh adalah, kalau tak ada
tak payahlah kita terhegeh-hegeh..” lembut suara Nur Iffah Syakirah bersuara..
Itulah sikap dia.. Dia tidak mudah untuk
melenting, marah sesuka hati.. Hatinya amat lembut, tapi tak bermakna dia
lemah.. Dia sudah diajar dari kecil lagi oleh mak dan ayahnya, sentiasa menjaga
akhlak dengan sesiapapun.. Tak kiralah orang jahat atau orang baik, kita tetap
kena bersikap baik dengan mereka, itulah pesanan mak dan ayahnya yang selalu
diingatinya..
“Alah, kitaorang nak tengok je pun.. Bukan
nak buat apa-apa pun, dah diaorang berlima tu hensem sangat” balas Karina..
“Entah, bukan kitaorang nak ngorat diaorang
pun.. Just tengok-tengok je, lagipun memang lumrah manusiakan suka
tengok benda yang cantik dan hensem..” Aina turut menyokong kata-kata Karina..
“Aku tahu, tapikan lebih baik kita siapkan assignment
kita yang berlambak tu, kan lebih berfaedah.. Lagipun kalau kita tengok muka
diaorang tu lebih baik kita tengok muka mak ayah kita,dapat pahala..” Nur Iffah
Syakirah masih berbicara dengan lembut.. Dia bukannya orang yang suka memaksa
orang lain, tapi selagi dia mampu memberikan nasihat, dia akan cuba semampunya
untuk menasihati orang lain..
“Oklah, kitaorang salah dan kitaorang
takkan buat lagi..” kata Aina dan Karina serentak, masing-masing dah mengangkat
tangan tanda mengalah..
Nur Iffah Syakirah tersenyum.. “Aku minta
maaflah kalau kau terasa dengan kata-kata aku tadi.. Tapi aku cuma taknak kita
terlalu taksub memuji orang lain, sedangkan Allah lebih berhak menerima pujian
tu, kerana Dialah yang mencipta semua yang ada di dunia ni..”
“Kitaorang tahu, kau sayang kitaorang sebab
tulah kau selalu nasihatkan kitaorang..” Aina berkata sambil memeluk bahu Nur
Iffah Syakirah..
“Ha’ah, kau tak jemu pun nasihatkan
kitaorang.. Dan kau je yang sudi melayan karenah kitaorang ni.. Thank you so
much!!” Karina turut memeluk bahu Nur Iffah Syakirah..
Nur Iffah Syakirah tersenyum gembira, dia
pun memeluk bahu kedua sahabat kesayangannya itu..
*****
Dari jauh Lisa selaku ketua pasukan sorak
Kolej Elit memerhatikan gelagat Nur Iffah Syakirah dan kawan-kawannya itu..
Saat itu, beberapa ahli kumpulan pasukan sorak Lisa, Adira dan Eryka sedang duduk bersama dengan
ahli pasukan basketball..
“Adam, kau tengok tiga orang perempuan
tu..” ujar Lisa sambil menunjukkan kearah Nur Iffah Syakirah dan
kawan-kawannya..
“Kenapa pun dengan diaorang tu??” tanya
Adam Syafiq a.k.a ketua bagi pasukan basketball Kolej Elit..
“Kau tak nak kenakan budak-budak tu ke??
Macam yang selalu kau kenakan dekat perempuan-perempuan lain..” balas Adira
untuk Lisa, dia tahu pastinya fikiran dia dan Lisa sama..
“Malaslah, dah banyak kali dah aku kenakan
perempuan macam tu..” balas Adam Syafiq acuh tak acuh..
“Ini bukan calang-calang perempuan, Adam
oi.. Ini perempuan yang agak berduri sikit..” Eryka turut bersuara..
“Banyak dah perempuan yang kau cakap
berduri-duri ni, tapi sekali aku senyum sikit semua cair..” Adam Syafiq berkata
dengan selamba, bukan dia nak sombong, tapi itulah hakikatnya..
“Adam, cuba kau tengok betul-betul.. Aku
rasa perempuan ni memang lain daripada yang lainlah..” ujar Kamal sambil
memaksa Adam Syafiq untuk memandang kearah perempuan yang mereka sebutkan dari
tadi..
“Apa yang bezanya!!?? Sama je..”
“Kau tengok yang pakai tudung pink tu, yang
duduk tengah- tengah..” Aidil terus
memanjangkan tangannya tepat menunjukkan kearah Nur Iffah Syakirah..
“Perempuan yang aku tackle sebelum
ni pun ada yang pakai tudung juga.. Sama jelah..” Adam Syafiq masih tetap
dengan keputusannya..
“Adam, trust me.. Kali ni,
kalau kau nak tackle awek tu, mesti payah habis.. Percayalah..” Akim
mencelah..
“Ha’ah wei, aku dengar ada beberapa orang
lelaki dah try ngorat dia.. Semua tak berjalan..” Zaidi turut menyokong
kata-kata kawan-kawannya yang lain..
“Seriously??” tanya Adam Syafiq
sambil matanya diarahkan kepada perempuan yang asyik diperkatakan itu..
“Yes!!” serentak semua
kawan-kawannya berkata..
“I’ll try my best..”
Mendengar sahaja kata-kata Adam Syafiq yang
lain sudah bersorak keriangan.. “Ini barulah Adam Syafiq, Playboy yang
tak pernah gagal membuat perempuan-perempuan patah hati!!!”
Adam Syafiq tersenyum sambil mengangkat
keningnya.. ‘Susah sangat ke nak tackle perempuan macam tu??’
*****
Nur Iffah Syakirah berlari-lari anak untuk
ke perpustakaan, dia ingin meminjam beberapa buku untuk dibuat sebagai
rujukan.. Aina dan Karina pula hanya mengelengkan kepala mereka, itulah tabiat
Nur Iffah Syakirah sedari mereka bersahabat lagi..
Kalau perempuan lain sukakan Shopping
Mall, tapi Nur Iffah Syakirah terbalik.. Dia lebih suka membaca
buku-buku,tak kiralah buku apa-apapun.. Pasal pelajaran ke, cinta ke, seram ke,
semua dia suka.. Kalau pergi Shopping Mall pun bukan dia cari
baju, dia pergi ke MPH nak borong buku…
Sedang Nur Iffah Syakirah berlari-lari
tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang, menyebabkan dia terjatuh..
“Adui..” perlahan Nur Iffah Syakirah
mengadu kesakitan..
“Awak ok??” tanya Adam Syafiq, dia cuba
untuk membantu Nur Iffah Syakirah untuk bangun tetapi dengan laju Nur Iffah
Syakirah menepis..
“Maaf, kita bukan mahram, lagipun saya
boleh bangun sendiri..” ujar Nur Iffah Syakirah, taknaklah pula ada orang
terasa hati sebab dia menepis sebegitu..
Bukan dia sengaja, tangannya yang laju menepis, mungkin sebab dia memang tak
suka dipegang oleh orang bukan mahram.. Bagi dia, selagi dia boleh buat dia
akan buat sendiri tak perlu menyusahkan orang lain..
Adam Syafiq terkedu seketika, dia hanya
melihat Nur Iffah Syakirah yang sudah berdiri itu..
“Sorrylah, saya tak tersengaja tepis
tangan awak.. Sakit ke???” tanya Nur Iffah Syakirah, takut-takutlah kalau dia
tertepis kuat sangatkan..
“Eh, tak adalah.. Tak sakit pun..” balas
Adam Syafiq..
“Oklah, kalau macam tu saya nak pergi dulu
ya.. Sorry lagi sekali sebab saya lari-lari sampai terlanggar awak..
Saya minta diri dulu ya..” Nur Iffah Syakira berkata sambil tersenyum manis..
“It’s okay..” Adam Syafiq
memerhatikan Nur Iffah Syakirah yang sudah melangkah pergi itu, dia bagaikan
terkaku untuk meneruskan perjalanannya.. Dia macam tak nak Nur Iffah Syakirah
melangkah pergi, dia ingin berbicara lagi dengan Nur Iffah Syakirah..
‘Kenapa?? Kenapa dengan aku ni??!!’ Adam
Syafiq melangkah pergi dengan laju daripada situ, sambil tangannya memegang
dadanya.. Jantungnya bagai tak nak berhenti berdegup, bukannya dia berlari laju
sangat, tapi kenapa jantungnya berdegup dengan laju??
*****
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam.. Eh, awak.. Tak sangka
kita berjumpa lagi, awak buat apa kat sini??” ramah Nur Iffah Syakirah
bertanya.. Dia sedang membaca buku di tasik berhampiran dengan Kolej Elit,
manakala Aina dan Karina sedang membeli air..
“Saya saja-saja je nak jalan-jalan kat
sini.. Tak sangka pula boleh jumpa dengan awak..” ujar Adam Syafiq membalas
pertanyaan Nur Iffah Syakirah..
“Oh, saya memang suka belajar dekat sini..
Sambil-sambil tu boleh hirup udara segar..”
“Oh ya lupa nak kenalkan diri saya.. Saya
Muhd Adam Syafiq, just call me Adam..”
“Nama saya Nur Iffah Syakirah, panggil
Iffah boleh, panggil Syakirah pon boleh..”
“Awak tak bosan ke asyik baca buku??” tanya
Adam Syafiq, sepanjang dia memerhatikan Nur Iffah Syakirah, dia selalu perasan
yang perempuan itu selalu membawa buku kemana-mana sahaja..
“Saya memang suka baca buku, boleh
tambahkan pengetahuan.. Kenapa awak tanya???” Nur Iffah Syakirah bertanya
sambil tersenyum memandang kearah Adam Syafiq..
“Taklah, biasanya perempuan kan suka dengan
barang kemas, shopping, tapi awak suka baca buku pula..”
“Saya pun tak tahu kenapa saya lebih suka
membaca daripada buat semua yang perempuan lain suka buat tu.. Mungkin sebab
dari dulu lagi mak dan ayah saya sudah ajarkan saya untuk hidup sederhana..
Lagipun saya rasa tak berbaloi habiskan beratus-ratus untuk barang kemas je..
Kalau baju tu bolehlah, untuk pakaikan..”
“Mak dan ayah awak memang selalu nasihatkan
awak ya??”
“Ha’ah, mak dengan ayah saya selalu
nasihatkan saya supaya jaga pergaulan, jaga aurat, jaga maruah, jaga akhlak,
macam-macam lagilah..”
“Oh, mesti diaorang sayang sangat dengan
awak..”
“Memanglah, sekarang ni mereka cuma ada
saya je.. Sayalah satu-satunya anak mereka..”
“Sebelum ni awak ada adik-beradik yang lain
ke??”
“Saya ada kakak dulu, tapi dah meninggal
dunia.. Kemalangan dengan tunangnya tahun lepas..” perlahan suara Nur Iffah
Syakirah menuturkan kata-katanya itu..
“Saya minta maaf, saya tak tahu..”
“It’s okay.. Saya tak kisah pun,
benda dah jadikan..”
“Awak tak sedih ke??”
“Tipulah kalau saya kata saya tak sedih..
Pastinya saya sedih, saya kehilangan kakak saya.. Tapi saya tahu kesedihan saya
tak boleh menandingi kesedihan mak dan ayah saya sebab itu anak mereka yang
mereka besar sejak 25 tahun dulu.. Mak dan ayah saya redha menerima ujian ini,
jadi kenapa saya tak boleh kan??”
“Apa perasaan awak kalau awak sebatang
kara??”
“Saya sendiri tak tahu, tapi saya rasa saya
akan sedih.. Bukan senang nak hidup dekat dunia tanpa orang tua.. Tapi, saya
yakin yang saya takkan lemah sebab mak dan ayah saya dah didik saya dari kecil
lagi, untuk redha dengan setiap cubaan dan dugaan yang tertimpa kepada kita..
Lagipun Allah takkan berikan ujian yang hamba-hamba-Nya tak mampu untuk hadapi
dan Allah ada perancangannya tersendiri..”
“Hmm, saya cemburu dengan awak..” suara
Adam Syafiq sudah mulai perlahan..
“Kenapa?? Apa yang ada pada saya sehingga
awak cemburu dengan saya?? Saya rasa saya tak ada apa-apa yang istimewa pun
sampai awak boleh cemburu dengan saya..”
“Ada, ada banyak benda yang saya cemburu
dengan awak, walaupun kita baru kenal.. Tapi mendengar apa yang awak cakapkan
dari tadi, cukup buat saya cemburu.. Awak tabah, awak sabar, awak tak terlalu
ikutkan perasaan sedih awak.. Malah awak yakin yang Allah dah tentukan
semuanya, yang Allah takkan bagi ujian yang tak mampu hamba-hamba-Nya hadapi..”
“Awak pernah kehilangan seseorang ke??”
Adam Syafiq tersenyum hambar.. “Saya
sebatang kara..”
Nur Iffah Syakirah terkedu… “I’m so
sorry..”
“Takpe, awak tak perlu minta maaf… Macam
yang awak cakap semua benda dah jadi pun.. Thanks Akira, sebab awak saya
sedar saya tak sepatutnya terlalu bersedih.. Saya tak sepatutnya sakitkan
perasaan orang lain disebabkan saya bersedih, saya sepatutnya redha sebab papa
dan mama saya selalu didik saya untuk redha dengan apa yang berlaku.. Thanks
so much Akira..”
“Awak pernah lukakan perasaan orang lain??”
“Awak tahukan saya ni playboy.. Saya
selalu pikat perempuan kemudian saya tinggalkan mereka, saya permainkan
perasaan mereka.. Dulu saya tak macam ni, tapi selepas mama dan papa saya dah
tak ada, saya berubah.. Saya dah tak ingat dengan semua didikan yang diberikan
kepada saya.. Saya terlalu mengikutkan perasaan je..”
“Hmm, baguslah kalau awak dah sedar.. Saya
tumpang gembira untuk awak Syafiq..”
“Syafiq??”
“Tak salahkan?? Awak panggil saya Akira,
saya panggil awak Syafiq..”
Adam Syafiq yang tadinya bersedih tersenyum
terus.. “Memang tak salah pun.. Oh ya, boleh tak kalau Syafiq nak jadi kawan
Akira?? Tanya Adam Syafiq..
“Eh, mestilah boleh.. Akira bukannya pilih
kawan, siapa yang nak kawan dengan Akira, Akira kawan je dengan diaorang..
Kalau Syafiq tak kisah nak kawan dengan Akira, Akira pun tak kisah kawan dengan
Syafiq..”
Mendengar bicara masing-masing membuatkan
mereka ketawa serentak.. Tetapi hanya
sekejap sahaja apabila ada suara yang berdehem.. Mereka terus berpaling melihat
dimana suara berdehem itu muncul..
“Aina, Rina..”
“Bercinta ke??” tanya Aina dan Karina
serentak..
“Mana adalah, aku dengan Syafiq berbual je
tadi..”
Adam Syafiq terus bangun.. “Saya pergi
dululah, maaf menganggu.. Oh ya, Akira kalau ada masa kita berbual-bual lagi
ya..”
“In Sha Allah..” mendengar sahaja kata-kata
Nur Iffah Syakirah, Adam Syafiq pun beredar dari situ..
Aina dan Karina memandang tajam kearah Nur
Iffah Syakirah..
“Aku berbual je dengan dia.. Seriously!!”
Aina dan Karina ketawa setelah meliha wajah
Nur Iffah Syakirah yang kelihatan mula pucat itu.. “Rileklah Iffah kitaorang
tak kisahlah..” Aina berkata kemudian memeluk bahu Nur Iffah Syakirah seperti
selalu..
“Entah, macam kau cakap.. Kalau ada jodoh,
adalah kalau tak ada,maknanya tak ada.. Dah jodoh kau dengan dia, kitaorang tak
kisah..”
“Kitaorang kawan jelah..”
“Kawan ke kekasih ke.. Kitaorang tak
kisah..” Karina dan Aina terus memeluk tubuh sahabat karib mereka itu.. Nur
Iffah Syakirah pun membalas pelukan sahabat-sahabatnya itu, dia tersenyum..
*****
Adam Syafiq tersenyum memandang kearah Nur
Iffah Syakirah yang sedang leka membaca buku-buku di per
“Amacam?? Dah dapat tackle belum??”
tanya Aidil kepada Adam Syafiq.. Aidil merupakan kawan yang paling rapat dengan
Adam Syafiq..
Adam Syafiq hanya berdiam diri sahaja..
“Tak dapat lagi?? Dah dekat 4 bulan dah,
takkanlah tak dapat lagi.. Aku tengok kau dah rapat dengan minah tu, takkanlah
belum sangkut lagi.. Biasanya 2 minggu kau dah dapat, minggu depan Lisa dah
suruh kau malukan dia..”
“Aku takkan malukan sesiapa lagi..”
“Maksud kau??”
“Bukan aku yang tackle dia, tapi aku
rasa dia yang dah tackle aku..” Adam Syafiq tersenyum sendiri mendengar
kata-katanya..
“Apa??!!” Aidil mengerutkan dahinya, tapi
seketika sahaja..
“Aku tumpang gembira.. So, minggu depan
macam mana??” Aidil bertanya lagi..
“Tak ada lagi acara memalukan orang.. Aku
rasa aku nak propose dia..”
Aidil tersenyum, inilah pertama kali dia
melihat senyuman yang benar-benar ikhlas terukir diwajah Adam Syafiq, pastinya
kawannya itu benar-benar dilamun cinta dan dia sendiri akan bantu Adam Syafiq
untuk mendapatkan cintanya itu..
*****
Adam Syafiq dan geng basketballnya
tidak lupa dengan 3 orang ahli pasukan sorak menunggu kedatangan Nur Iffah
Syakirah dan rakannya yang dua orang itu dicafe dimana selama ini itulah tempat
mereka mengenakan setiap perempuan yang dipikat oleh Adam Syafiq.. Setelah
hampir beberapa minit menunggu…
“Maaf sebab buat korang semua menunggu..”
ujar Nur Iffah Syakirah sambil menundukkan kepalanya.. Aina dan Karina turut
berbuat demikian..
“Takpe,
bukan lama sangat pun Syafiq tunggu Akira.. Kawan-kawan Syafiq pun tak
kisah..” gurau Adam Syafiq..
Kata-kata Adam Syafiq membuatkan semua mata
kawan-kawan dia memandang kearahnya.. Mereka terkejut mendengar Adam Syafiq
mengelarkan dirinya Syafiq, sedangkan semua tahu yang Adam Syafiq memang tak
suka orang lain memanggilnya Syafiq, sesiapa yang memanggilnya Syafiq pasti
akan dimarahnya.. Panggilan Syafiq itu merupakan panggilan arwah mama dan papa
Adam Syafiq untuk dirinya, jadi Adam Syafiq tak suka orang lain memanggilnya
dengan panggilan Syafiq..
“Nasib baik tak lama.. Akira ingat Syafiq
tunggu lama tadi..” Nur Iffah Syakirah juga bergurau sebelum dia duduk dikerusi
yang kosong diikuti Aina dan Karina..
“Korang ni betul-betul bercinta ke??” tanya
Lisa..
“Hah??” Nur Iffah Syakirah sudah
mengerutkan dahinya..
“Gaya korang macam korang betul-betul
bercinta.. Adam, kau betul-betul cintakan dia ke??” tanya Kamal pula..
“Apa maksud korang??” tanya Nur Iffah
Syakirah..
“Takkan kau tak tahu?? Kitaorang suruh Adam
untuk rapat dengan kau then tackle kau sampai kau jatuh cinta
dengan dia.. Lepastu clash..”Eryka menjelaskan keadaan sebenar..
Nur Iffah Syakirah memandang kearah Adam
Syafiq yang sedang tersenyum tu… Mukanya
jelas berubah.. “Hebat awak Syafiq.. Awak cakap awak dah berubah..” sungguh hatinya sakit, walaupun hakikatnya mereka idak pernah pun cakap bahawa mereka ada hubungan, namun hubungan sahabat yang disangka terjalin rupanya hanya satu permainan!!??
Adam Syafiq tidak menjawab..
“Tapi tak apa, saya tahu manusia boleh
berubah.. Tapi perubahan perlukan masa betulkan.. Jadi, kali ni saya maafkan
awak..”
Adam Syafiq masih mendiamkan dirinya tanpa
membalas kata-kata Nur Iffah Syakirah..
“Tapi saya nak berterima kasih sebab awak
tak buat sampai saya abaikan pelajaran saya hanya sebab awak, kalau tak mungkin
susah saya nak maafkan awak..” Memang dia bersyukur, sekurang-kurangnya dia
tidak mengabaikan pelajaran hanya untuk seorang lelaki..
“Oklah kalau itu je yang korang nak cakap,
saya minta diri dulu..” lirih suara Nur Iffah Syakirah, tipulah kalau dia tak
sedih, tak marah.. Dia rasa semua tu, tapi dia malas untuk mendengar apa-apa
lagi, dia takut dia yang terlebih bersedih nanti..
“Nur Iffah Syakirah..” panggil Adam Syafiq
lembut..
Nur Iffah tak jadi untuk berdiri, dia
membalas pandangan Adam Syafiq.. “Ya Muhd Adam Syafiq, what can I help you??”
“Can you be my wife??”
“What do you mean
by that??” Nur Iffah Syakirah mengerutkan dahinya, sungguh dia
tak faham dengan perangai Adam Syafiq itu..
“Memang sebelum ni niat saya untuk
permainkan perasaan awak.. Tapi sejak saya mengenali awak, saya rasa saya dah
jatuh cinta dengan awak.. Sepanjang 4 bulan lebih kita berkenalan, sikap awak,
akhlak awak, cara awak menjaga batas-batas pergaulan… Semuanya membuatkan saya
jatuh cinta dengan awak.. Saya cintakan awak Akira..” ikhlas Adam Syafiq
bersuara mengungkap perasaannya..
“Macam mana saya nak tahu awak betul-betul
ikhlas??” tanya Nur Iffah Syakirah tegas..
Adam Syafiq tak menjawab sebaliknya dia
menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nur Iffah Syakirah..
“Apa ni??”
“Encik Bakri..”
Nur Iffah Syakirah terus mengambil telefon
bimbit Adam Syafiq setelah mendengar nama ayahnya disebut..
“Assalamualaikum.. Ayah??”
“Waalaikumusalam.. Iffah, apa khabar??
Sihat??”
“Alhamdulilah, Iffah sihat.. Mak dengan
ayah sihat??”
“Alhamdulilah, mak dengan ayah pun sihat
je, Iffah..”
“Ya??”
“Ayah dah dengar semuanya nak… Tadi Adam
telefon ayah dan buka pembesar suara.. Adam betul-betul ikhlas dengan kamu, dia
telefon ayah sejak 3 bulan yang lalu, dia selalu bertanyakan khabar mak dengan
ayah..”
“Kenapa Iffah boleh tak tahu ni??” Nur
Iffah Syakirah menghalakan pandangan kearah Adam Syafiq.. Adam Syafiq hanya
tersenyum..
“Adam kata jangan beritahu Iffah dulu, dia
nak betul-betul mengenali Iffah sebelum dia buat keputusan.. Dia awal-awal lagi
minta izin dengan ayah untuk lebih mengenali Iffah.. Dia ikhlas dengan kamu
Iffah, terimalah dia.. Mak dengan ayah pun suka dia..”
“Tapi ayah..”
“Ayah yakin kamu juga sukakan diakan..
Yakinlah Iffah, kalau dia hanya nak main-main, tak mungkin dia sanggup untuk
menelefon ayah dan mak selalukan.. Hanya lelaki yang betul-betul ikhlas sahaja
yang mampu melakukan semua tu..”
“Ayah.. Iffah sayang ayah dengan mak,
terima kasih ayah..” ujar Nur Iffah sambil tersenyum, tahulah dia yang Adam
betul-betul tulus..
“Nur Iffah Syakirah, sudikah awak berkahwin
dengan saya??” tanya Adam Syafiq tiba-tiba..
Nur Iffah Syakirah terkaku seketika, tetapi
bunyi suara ayahnya berdehem membuatkan dia sedar dari lamunannya.. Dia
tersenyum.. “Kalau awak benar-benar ikhlas, datanglah ke rumah mak dah ayah
saya..”
“Alhamdulilah..” dapat didengari jelas oleh
Nur Iffah Syakirah suara mak dan ayahnya yang mengucapkan syukur..
Adam Syafiq sudah tersenyum sambil mulutnya
tak sudah-sudah mengucapkan kata-kata syukur kepada Illahi…
Kawan-kawan Adam Syafiq tersenyum, mereka
telah disuruh oleh Adam Syafiq untuk berlakon yang kiranya Adam Syafiq memang
nak kenakan Nur Iffah Syakirah, tetapi sebenarnya Adam Syafiq nak bagi mudah
jelaskan semuanya sahaja, sebab tulah sampai call ayah mertua.. Eh
silap, bakal ayah mertua..
Aina dan Karina sudah memeluk Nur Iffah
Syakirah, mereka turut tumpang gembira dengan berita gembira itu..
“Pandai awak rancang semua nikan.. Berpakat
dengan kawan-kawan awak dengan mak ayah saya sekali pula tu..”
Adam Syafiq tersenyum sahaja mendengar
bicara Nur Iffah Syakirah.. “Sebab saya tahu kalau saya berpakat dengan
kawan-kawan saya je, mesti awak dah pergi dah tadi.. Sebab tulah saya berpakat
dengan mak dan ayah mertua saya..”
“Oi, oi.. Belum kahwin lagi, jadi masih
bakal mertua lagi ya..” balas Encik Bakri yang masih ada dalam talian ketika
itu..
Yang lain terus ketawa setelah mendengar
bicara Encik Bakri..
“Sabarlah Adam oi, nanti kau kahwinlah
dengan si Iffah ni, jadi tak payahlah nak gelojoh sangat..” kata-kata Aidil membuatkan semuanya kembali
ketawa semula..
Nur Iffah Syakirah memandang Adam Syafiq,
begitu juga Adam Syafiq, mereka saling berbalas pandangan sebelum masing-masing
tersenyum..
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan