PLAYBOY DAH JATUH CINTA
Oleh Atiqah Asfah
“Kahwin?? Apa yang mama dengan papa merepek
ni?? Siapa yang nak kahwin??” tanya Tengku Nur Sabrina atau lebih gemar
dikenali dengan nama Sabrina itu..
“Apa yang merepeknya?? Takkanlah nak kahwin
tu hal yang merepek?? Apalah Rina ni!!” ujar Tengku Syahir..
“Yelah Rina, betul apa yang papa kamu cakap
tu.. Siapa yang nak kahwin?? Rina tanya macam papa dengan mama ada anak lain
selain Rina je.. Mestilah papa dengan mama nak kahwinkan Rina, takkanlah nak
kahwinkan anak orang lain pula..” Tengku Shima pun bersuara..
Sabrina membulatkan matanya.. “Rina?? Mama
dengan papa nak jodohkan Rina?? Are you kidding me?? Is it
true??”
“Of course dear.. Mana
pernah papa dengan mama main-main..”
Sabrina mengigit bibirnya mendengar
kata-kata mamanya.. “Dengan siapa?? Rina kenal ke?? Anak kawan mama or
papa??” tanya Sabrina bertalu-talu..
“Rina kenal, dulu masa kecil-kecil Rina
selalu main dengan dia bila dia datang sini.. Anak kawan papa..”
Berkerut dahi Sabrina cuba mengingati siapa
gerangan yang disebutkan oleh Datin Isma itu.. “Itukan masa Rina kecil..
Sekarang Rina dah besar, manalah Rina nak ingat siapa orangnya..” ujar Sabrina
setelah lama berfikir..
“Anak Uncle Rizmanlah.. Takkan Rina
tak ingat..” celah Tengku Syahir..
“Anak Uncle Rizman?? Si Ameer tu
ke??” tanya Sabrina laju..
“Hah kenal pun..”
“Seriously mama, papa?? Si Ameer tu
yang mama dengan papa nak kahwinkan dengan Rina??” Sabrina bertanya tidak
percaya..
“Yelah..
Uncle Rizman kamu tu mana ada anak lain selain Ameer..”
“No, Rina tak setuju.. Takkanlah
mama dengan papa nak kahwinkan Rina dengan playboy bajet hensem tu?? Pleaselah,
Rina tak nak!!” bantah Sabrina..
Tengku Shima dan Tengku Syahir memandang
antara satu-sama lain.. Sebelum Tengku Syahir bersuara..
“Rina cubalah rapat-rapat dengan dia,
manalah tahu kalau dia suka dengan Rina lepas tu nak berubah ke..”
“Kalau dia tak berubah juga macam mana??
Lagipun apa jaminan mama dengan papa yang dia akan berubah kalau Rina rapat
dengan dia?? Rina dengan dia pun dah lama tak jumpa, last jumpa tak
salah Rina 17 tahun yang lalu.. So, mesti susah..”
“Sayang, cuba fikir positif sikit.. Belum
apa-apa Rina dah cakap macam tu, cubalah dulu..” lembut suara Tengku Shima
memujuk anaknya itu.. Dia tahu, keras-keras hati Rina pun ada lembutnya kalau
dipujuk..
“Tapi mama..”
“Rina, betul apa yang mama kamu cakapkan
tu.. Cuba dulu, oklah papa bagi Rina masa untuk kena-kenal dengan dia..” Tengku
Syahir mencelah..
“Maksudnya??” Sabrina mengerutkan dahi..
“Papa dengan mama bagi Rina masa 3 bulan,
Rina cuba juga untuk rapat dengan Ameer.. Pergilah ikut mana dia pergi,
cakaplah Uncle Rizman yang suruh.. Tapi kalau dalam 3 bulan tak ada
perubahan juga, perkahwinan batal tapi kalau dalam 3 bulan Ameer dah jatuh
cinta dengan Rina, kahwin!! Amacam?? Ok???” tanya Dato’ Syahir..
Sabrina memejamkan matanya seketika, cuba
untuk berfikir.. Setelah lama berfikir dia mengangkat wajah dan memandang
kearah orang tuanya.. “Ok!! Rina setuju!!”
*****
“Rina ingat ya, jumpa dengan Ameer cuba kenal-kenal, jangan
buat benda lain!!” Tengku Syahir awal-awal dah bagi amaran, bukan dia tak tahu
perangai anak perempuannya itu.. Kalau tak diingatkan, pasti Sabrina bukan
pergi berjumpa dengan Ameer, entah-entah dia pergi melancung ke tempat lain..
Dah arif sangat dia dengan perangai anaknya itu..
Sabrina mengeluh sambil kakinya laju
melangkah untuk ke Restoran Bonda di mana Ameer berada.. Kata-kata papanya tadi
membuatkannya lemah semangat.. Sampai sahaja dihadapan restoran itu, matanya
meliar mencari dimana Ameer berada.. Setelah lama dicari, dia dapat melihat
Ameer sedang duduk sekelompok dengan 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan..
Sabrina mengetap gigi geram.. ‘Mama dengan
papa ni pun satu, cakaplah dengan mamat playboy tu yang aku nak jumpa
dia.. Ini tak, boleh pula suruh aku jejak mamat playboy tu sendiri,
lepas tu suruh kenal-kenal even depan kawan-kawan mamat playboy
tu!! Tak patut betul kang tak pasal-pasal aku dapat title perigi cari
timba!!’ rungut Sabrina didalam hati, tapi kakinya tetap melangkah kearah Ameer
dan kawan-kawannya itu..
Sabrina terus mengambil kerusi kosong di
meja bersebelahan dengan meja Ameer kemudian dengan selambanya dia duduk hujung
meja bersebelahan dengan Ameer.. Suasana yang riuh tadi bertukar senyap, semua
mata tertumpu kearah Sabrina..
Sabrina buat muka blur sahaja, malu
tak malu itu letak tepi.. Sekarang ni dia kena fokus untuk ‘kenal’ dengan mamat
playboy tu!!
“Excuse me?? Ini tempat kitaorang ya..”
tegur salah seorang daripada perempuan yang bernama Anne, manakala yang lain
masih memandang kearah Sabrina..
“Saya tahu!!” balas Sabrina selamba..
“So??”
“Saya malas nak panjangkan cerita, kita straight
to the point jelah.. Sebalum tu saya kenalkan diri saya
dulu.. Nama saya Tengku Nur Sabrina bt Tengku Syahir, umur 25 tahun.. Bekerja
di SS Holdings, saya baru sahaja habis belajar, 2 tahun yang lepas.. Saya tak
tahu sama ada ibu dan ayah awak, Ameer Syazwan bin Dato’ Rizman dah bagitahu
awak atau belum, yang pasti kita bakal dikahwinkan..” ujar Sabrina panjang
lebar..
Ameer atau nama panjangnya Ameer Syazwan
itu memandang tajam kearah Sabrina.. “Apa yang kau merepek ni??”
“Saya tak merepek, saya cakap benda yang
betul.. Uncle Rizman dengan aunty Solehah yang suruh saya
kenal-kenal dengan awak..”
Tiba-tiba kedengaran hilai tawa daripada
kawan-kawan Ameer kedengaran.. “Oh no!! Playboy dah kena kahwin??
It’s so funny..” ujar Kamal salah seorang kawan Ameer..
“Siapa kata aku nak kahwin?? Dengan
perempuan macam ni?? Jangan buat lawaklah!!” ujar Ameer sinis..
“Betul tu.. Apa nama kau tadi?? Sabrina
ya.. Hmm, kesiannya kau ni, kau tak tahu ke yang Ameer ni suka perempuan yang
cantik, seksi, comel.. Bukan bertutup litup macam kau tu..” Perempuan bernama Fida
itu bersuara dengan sombong..
Sabrina tersenyum sinis.. “Maksudnya
perempuan yang tak ada maruah tayang body sana sini macam tak ada duit
nak beli kain tu ke??” tanya Sabrina selamba, tapi kata-katanya itu agak
kasar.. Nak buat macam manakan memang sikap semula jadi dia suka cakap lepas..
“Kau jangan nak kurang ajar eh!!” jerit
Fida kuat..
Sabrina hanya menjuihkan bibirnya.. “Tak
payahlah jerit kuat-kuat, saya bukannya pekak lagi..”
“Kau!!” Fida sudah bangun, dia ingin meluru
kearah Sabrina tapi sempat dihalang oleh Azman seorang lagi kawan Ameer yang
kebetulan duduk disebelah Fida..
“Aku ingat perempuan bertudung ni tahu nak
hormat orang, rupanya tak.. Macam tak ada beza pun bertudung ke tak..” sinis
Ameer bersuara..
“Saya bukan tak nak hormat orang.. Tapi,
saya tak suka orang banding-banding apa yang saya pakai.. Macam apa yang dia
pakai tu dah cukup baik je..” Sabrina masih bersuara dengan nada perlahan..
“Memang pakaian aku dah cukup baik, lagi
mahal daripada pakaian kau!!” jerit Fida..
Sabrina tersenyum.. “Cukup baik?? Dapat ke
pakaian kau menutupi aurat-aurat kau?? Mahal?? Dapat ke pakaian kau yang mahal
tu selamatkan kau daripada azab di akhirat kelak??” Sabrina balas dengan tegas,
cukup pantang dia kalau orang bermegah-megah dengan pakaian yang tak menutup
aurat itu..
Fida terkedu..
“Stop it!! Kau cakap jelah
apa yang kau nak, tak payah nak cari pasal kat sini pula..” Anne pula
bersuara..
“Fine.. Disebabkan papa dan mama aku
dah bagi aku misi untuk buat kau jatuh cinta dengan aku dalam masa 3 bulan, jadi
aku kenalah kenal dengan kau.. Jadi mulai hari ni, aku akan ikut kau pergi ke
mana sahaja.. Dating dengan girlfriends kau, keluar jalan-jalan
dengan kawan-kawan kau or ke mana-mana tempat lain yang kau nak pergi..
Tapi kau jangan risau kalau dalam 3 bulan kau masih tak jatuh cinta dengan aku,
kita tak payah kahwin...”
“Kau ni memang tak tahu malu ke??” tanya
Ameer..
Sabrina hanya menjungkitkan bahunya.. Gila
tak malu?? Tapi orang tua punya pasal, terpaksalah aku berkorban, walaupun
kalau boleh aku nak larikan diri je sekarang ni..
*****
Sabrina memandang kearah Ameer dan
kawan-kawannya, matanya tertumpu pada Fida dan Anne seketika, waktu itu dia
sudah ingin pulang ke rumahnya.. Sabrina mengeluh, dia kembali ke tempat Ameer
dan kawan-kawannya melepak..
“Kau buat apa lagi kat sini?? Tadi kata dah
nak balik??!!” tanya Ameer sedikit kasar, rimas pula dia melihat perempuan yang
tiba-tiba muncul dihadapannya dan kawan-kawannya itu..
“Memanglah aku nak balik, tapi aku belum
minta maaf lagi..”
“Oh, kau nak minta maaf kat aku ke?? Yelah
dah menganggu hidup aku sepanjang hari ni..” tanya Ameer sedikit sinis..
Sabrina membuat muka.. “Oh please!!
Aku takkan pernah minta maaf dengan kau, sebabnya bukan aku yang nak buat semua
tu ok.. Aku buat sebab orang tua aku dan kau!! Nak harapkan kau pikat aku??
Memang takkan jalanlahkan.. Lagipun aku bukannya nak sangat dengan kau!! And
sepatutnya kau yang kena minta maaf dengan aku tau!! Tak pasal-pasal aku yang
kena ganggu hidup kau, semuanya sebabkan kau ni buaya darat!! Huh!!”
Muka Ameer sudah berubah riak.. “Kau
berambus sekarang, semak pula aku tengok kau kat sini lama-lama!!”
“Memang aku dah nak berambus pun, tapi
lepas aku dah minta maaf..” Sabrina terus mengalihkan pandangannya kepada Anne
dan Fida, malas dia nak layan si Ameer tu, lama-lama boleh jadi gila tahu tak!!
“Aku minta maaf sebab aku dah cakap
kasar-kasar dengan korang berdua, aku emo sikit tadi, yelah kena paksa pikat
lelaki gila..”
“Hoi!!”
Sabrina hanya menjeling Ameer yang menjerit
apabila dikata lelaki gila.. “Aku tahu aku tak berhak nak judge korang, I’m
so sorry.. Anggaplah yang kita gaduh tadi tu gurau-gurau je, aku tak naklah
sebabkan kelakuan aku tadi buat korang benci pula dengan aku.. Sorry
ok??”
Fida memandang Anne, Anne pula memandang
Fida, mereka tersenyum..
“Taklah, kitaorang yang sepatutnya minta
maaf..” ujar Anne..
“Entah, lagipun kitaorang yang mulakan
tadi..” Fida pula menyambung.
“Sorry..” Fida dan Anne bersuara
serentak..
Sabrina tersenyum.. “Ok, friends??”
tanya Sabrina sambil menghulurkan tangannya kepada Fida dan Anne..
“Friends..” Fida dan Anne menyambut
huluran tangan Sabrina, mereka tersenyum lagi.. Mereka dapat melihat keikhlasan
daripada mata Sabrina ketika diamenghulurkan tangan, nampaknya Sabrina bukanlah
teruk mana yang disangkakan tadi..
“Oklah, kita jumpa lagi esok.. Friends!!
And crazy boy!!” Sabrina terus melangkah pergi setelah masalahnya
selesai..
Ameer mengetap bibir geram apabila dia
sekali lagi dikatakan lelaki gila.. Tetapi tiba-tiba dia tersenyum, tak pernah
ada perempuan yang mengutuknya depan-depan, perempuan yang bernama Sabrina itu
memang lain daripada yang lain.. Lagipun dia suka apabila Sabrina berani
meminta maaf, walaupun bukannya dia yang mulakan dulu..
“Wow, playboy in love??” Kamal
bersuara..
“Shut up!!” kata-kata Ameer disambut
dengan gelakan dari kawan-kawannya..
*****
Sabrina duduk hadapan Ameer yang sedang
makan itu.. Ameer mengangkat wajahnya memandang kearah Sabrina..
“Kau ni kenapa hah?? Masuk hari ni dah
dekat sebulan kau asyik ikut aku ke hulur ke hilir, kau tak ada kerja ke apa??”
“Tak ada.. Sebab papa aku asyik suruh aku
kenal dan rapat dengan kau je.. Terpaksalah aku ikut..”
“Yelah tu, ke kau dah jatuh cinta dengan
aku??” ujar Ameer sambil tersenyum, sudah hampir 3 minggu dia kenal dengan
Sabrina, rupanya Sabrina ni friendly juga.. Baik, lembut, sopan, cuma
kalau dah marah je jadi hulk.. Malah kawan-kawannya si Azman, Kamal,
Fida dan Anne pun sudah mula rapat dengan si Sabrina ni.. Anne dan Fida juga
sudah mula berpakaian yang sedikit tertutup, mungkin sebab dah sedar agaknya..
“Aku?? Jatuh cinta dengan kau?? Kau buat
lawak ke apa??” Sabrina terus berpura-pura untuk ketawa mendengar soalan
daripada Ameer itu..
“Manalah tahu kau cintakan aku, yelah aku
ni kan hensem..” Ameer sudah mula perasan, masuk bakul angkat sendiri.. Semakin
lama Sabrina mengenali Ameer, semakin dia tahu yang Ameer memang suka perasan!!
“Papa aku bagi masa 3 bulan untuk buat kau
suka aku.. Bukan buat aku suka kau!!” balas Sabrina tidak mahu mengalah..
“Samalah tu, kalau dua-dua dah jatuh cinta
barulah boleh kahwin.. Maksudnya kalau aku jatuh cinta dengan kau dan kau jatuh
cinta dengan aku, barulah kita boleh kahwin…”
“Pleaselah.. Siapa nak jatuh cinta
dan kahwin dengan kau?? Lagipun girlfriends kau yang berlambak tu nak
letak mana??” Sabrina menjelirkan bibirnya kearah Ameer.. Dia cuba untuk
menutup kegelisahannya, entah kenapa hatinya ber dub dab sahaja sedari tadi..
“Kaulah!! Kalau pasal diaorang kau jangan
risaulah, tahulah aku nak handle..” Ameer berkata sambil tersenyum
manis..
“Malaslah aku nak layan kau, banyak sangat
merapunya, dah tercabut agaknya wayar dalam otak kau tu.. Aku keluar dulu nak
ke 7 eleven kejap, nak beli wayar baru untuk kepala kau tu..”
Sabrina terus keluar dari situ dengan laju..
Wajah Sabrina yang mula merah itu
membuatkan dia tidak boleh berhenti tersenyum apatah lagi melihat Sabrina
melarikan diri membuatkan senyumannya makin melebar, dia sendiri tidak tahu
kenapa..
‘Mungkin kau dah jatuh cinta dengan dia
kut..” akalnya bersuara..
‘Maybe..’ hatinya masih tidak mahu
membuat keputusan, tapi sejujurnya Sabrina banyak mengajarnya sepanjang sebulan
mereka berkenalan.. Jadi rasanya tak salahkan kalau playboy sepertinya
jatuh cinta??
*****
Sabrina, Ameer dan kawan-kawan Ameer yang
lain sudah berkumpul bersama-sama di Restoran Bonda tempat kegemaran si Ameer
itu.. Sudah hampir 2 bulan lebih berkenalan menyebabkan mereka sudah seperti
kawan sahaja..
“Rina.. Kau belum berjaya buat Ameer jatuh
cinta dekat kau ke??” tanya Fida sambil mengangkat keningnya..
“Ha’ah, aku tengok kau dengan Ameer macam
dah rapat.. Belum ada apa-apa ke??” Anne pula bersuara..
“Buat Ameer jatuh cinta?? Korang berdua ni
buat lawak ke?? Aku tak pikat dia pun, aku cuma ikut dia je or tanya apa
yang dia suka apa yang tak” balas Sabrina, cinta?? Macam lawak sahaja bunyinya,
bukan dia pikat si Ameer tu pun..
“Memanglah, tapi aku tengok kau dengan
Ameer macam sweet je tau, macam dah boleh kahwin..” Azman pun berkata..
“Entah!! Tak payah tunggu 3 bulanlah,
kahwin je terus..” ujar Kamal..
Ameer sudah tersenyum.. “Aku on je..
Kalau boleh sekarang ni juga aku nak kahwin..” kata-kata Ameer membuatkan
kawan-kawannya bersorak..
Sabrina membulatkan matanya.. “Kau jangan
nak buat lawak kat sini boleh tak.. Karang orang tua kita dengar, sekarang ni juga
diaorang kahwinkan kita!!” balas Sabrina sambil menjegilkan matanya..
“Biarlah orang tua kita dengar pun, boleh
kahwin terus.. Lagipun mesti kau tak sabar nak bersuamikan lelaki terkenal
seperti aku ni..”
“Playboy terkenal maksud kau??”
Sabrina berkata sambil tersenyum kearah Ameer, sengaja dia memperbetulkan
semula ayat lelaki itu..
“Playboy pun playboylah asal
terkenal dan hensem sudah..” Tak habis-habis perasan si Ameer ni!!
“Dahlah, stop main-main ok..”
Sabrina sudah mula mengalah, dia sebolehnya tidak mahu bercakap tentang hati
dan perasaan.. Takut sendiri yang sedih nanti apabila hatinya dah mula
menharap..
“Siapa kata aku main-main??” mendengar
bicara Ameer itu membuatkan Sabrina dan yang lain-lain pantas memandang kearah
Ameer, wajah Ameer kelihatan serius sambil matanya tajam memandang kearah
Sabrina..
“Apa maksud kau ni Ameer?? Dah-dahlah pun
kalau nak bergurau dengan aku.. Aku datang sini nak makan, bukan nak layan kau
punya ayat-ayat manis kau tu.. Kita dah jadi kawankan, takkan dengan aku pun
kau nak main-main..” ujar Sabrina perlahan..
“Aku taknak untuk cuma jadi kawan kau, aku
nak hubungan kita lebih dari itu.. Memang itu yang orang tua kita nak pun kan??
Kau percaya atau tidak, kau kena dengar, sebab inilah pertama kali aku cakap ni
dekat seorang perempuan.. Aku cintakan
kau Sabrina, aku cintakan kau setulus hati aku..”
“Ini bukan masa yang tepat untuk main-main
Ameer, ini bukan benda yang kau fikir boleh dibuat main.. Ini menyangkut soal
hati dan perasaan tau tak!! Perasaan aku, perasaan kau dan perasaan orang tua
kita!!”
“Aku bukan main-main Sabrina!! Aku cintakan
kau setulus hati aku!! Aku tak nak tahu benda lain, yang aku nak tahu kau
cintakan aku atau tak, sama ada kau terima aku atau tidak, itu je!! Tolonglah
jawab, aku nak jawapan yang ikhlas dari hati kau!!”
Sabrina memandang kearah Ameer, wajah Ameer
yang kelihatan ikhlas itu membuatkan hatinya berbelah bagi.. Dia takut kalau
Ameer hanya ingin mempermainkan dia sahaja, dia takut untuk terluka!!
“Please Sabrina.. Give me
an answer, do you love me or not..”
sekali lagi Ameer berkata, nadanya seperti berharap sangat.. Memang dia sangat
mengharap sekarang ni, hatinya betul-betul dah suka dengan Sabrina..
“Aku.. Jawapan aku..” Belum sempat Sabrina
menghabiskan kata-katanya pelayan yang ingin menghantar air ke meja itu dengan
tidak sengajanya terjatuhkan air jus kearah Sabrina.. Dengan laju Sabrina
bangun, tindakannya itu menyebabkan tubuhnya terhentak sedikit ke meja sebelum
terjatuh..
Sabrina sudah memejamkan matanya tapi
tiba-tiba dia merasa ada tangannya yang menyambutnya, pantas matanya dibuka..
Seketika matanya bertembung dengan mata Ameer, tapi dengan laju Sabrina
membangunkan dirinya.. Belum sempat dia ingin berkata sekali lagi tragedi
menimpa dirinya, pipinya ditampar kuat oleh seseorang..
Sabrina menahan rasa sakit sebelum
tiba-tiba tudungnya ditarik.. “Jadi kaulah punca Ameer tinggalkan aku!! Tak
sedar diri!! Dahlah buruk, hodoh ada hati nak rampas boyfriend orang!!”
jerit seorang perempuan yang entah dari mana munculnya itu sambil tangannya
masih kuat menarik tudung Sabrina..
“Apa ni Katty??!! Stop it!!”
jerit Ameer yang kelihatan terkejut melihat Katty salah seorang ex girlfriendsnya
itu muncul secara tiba-tiba.. Memang semenjak hatinya sudah mula terpaut dengan
Sabrina, dia sudah meminta putus dengan girlfriendsnya yang berlambak
itu..
Katty buat tak kisah, kawan-kawan Ameer
yang lain cuba untuk memisahkan Katty dan Sabrina namun mereka tak mampu
disebabkan genggaman Katty yang terlalu kuat mencengkan tudung Sabrina,
manakala Sabrina masih kuat mencengkam tudungnya supaya tudung tidak terbuka..
Katty masih lagi tidak mahu melepaskan
Sabrina walaupun sudah ditarik beberapa kali.. Sabrina sudah tidak tahan, dia
takut auratnya akan terbuka kalau keadaan berterusan seperti itu, dengan sekuat
tenaganya, tangannya dihayunkan laju ke wajah Katty.. Pang!! Terjatuh Katty
akibat tamparan yang sangat kuat daripada Sabrina itu..
“Kurang ajar!!” Katty menjerit marah, bila
bibirnya sudah mengalir cecair merah.. Katty bangkit untuk mendapatkan Sabrina..
Ameer yang melihat Katty mulai bangkit
pantas menghalang Katty dari terus mendekati Sabrina.. “Dah Katty!! Cukup!!”
jerit Ameer..
“I takkan berhenti selagi I
tak puas hati.. Perempuan ni dah tampar I, dia dah rampas you
daripada I.. I takkan berdiam diri!!” Katty juga tidak mahu
mengalah..
“Apa yang you merepek ni?? I
tinggalkan you bukan disebabkan perempuan ni.. I tinggalkan you,
sebab I tak suka dengan you!! I tak pernah suka dengan you!!
I selama ni cuma main-mainkan you jelah!!”
“Apa maksud you?? Jadi selama ni you
main-mainkan I??” Katty kelihatan semakin membara..
“I tak percaya, you cintakan I..
Ini mesti disebabkan perempuan tak guna ni!! Mesti dia dah hasut you
untuk tinggalkan I!! Selama dia selalu ikut you pergi mana-mana,
mesti dia yang buatkan you minta putus dengan I!!” Katty sekali
lagi ingin meluru kearah Sabrina..
“Tak!! Dia macam you juga, dia
terlalu bodoh kerana percayakan I, percaya yang I cintakan dia..
Sedangkan sekelumit cinta pun I tak ada untuk dia, sama macam you.. I
pun tak cintakan you.. I ni playboy, I hanya nak
kenakan you all, just that!! Tapi you all
yang bodoh sebab percayakan I!!”
“Sampai hati you buat I macam
ni.. I cintakan you Ameer, I really love you!!”
Katty sudah mula mengalirkan air mata..
“Itu masalah you, siapa suruh you
bodoh sangat percayakan I?? Lagipun you sendiri tahukan yang I
ni playboy?? So, kenapa you cintakan I..” ujar Ameer sinis
sekali..
“I hate you!! I hate you
Ameer!!” Katty menjerit kuat sebelum berlari keluar daripada Restoran Bonda
itu..
Ameer hanya memandang sahaja Katty berlari
keluar daripada situ.. Setelah bayang-bayang Katty
sudah tidak kelihatan, dengan
pantas dia berpusing untuk mendapatkan Sabrina..
“Rina are you okay??” Ameer terus
bertanya setelah dia sampai disisi Sabrina..
Sabrina hanya diam.. Pang!!
“Aku menyesal sebab kenal dengan lelaki tak
guna macam kau.. Sepatutnya aku tak kenal lelaki licik macam kau ni!! Yang
hanya tahu menyakitkan hati perempuan!! Bodoh??? Ya aku bodoh!! Bodoh sebab aku
hampir terima kau tadi, bodoh sebab aku sudah mula cintakan kau!! Tapi kau
jangan risau, orang bodoh ni takkan pernah muncul dalam hidup kau lagi.. Kau tak
payah tunggu 3 bulan, mulai hari ini!! Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku!!”
ujar Sabrina, air matanya turut mengalir..
Sungguh dia amat terluka, kata-kata Ameer
tadi amat menyakiti hatinya.. Tadi bukan main lagi Ameer menyatakan cinta,
rupa-rupanya semua tu hanya main-main sahaja.. Tipulah kalau dia kata dia tak
sedih, dia amat sedih, kecewa, bengang, semua ada.. Sabrina terus berlari
keluar dari Restoran Bonda, dia sudah tak nak terluka cukup sekali..
“Rina!! Sabrina!! Bukan itu yang aku
maksudkan, kau dah salah faham!!” Ameer menjerit memanggil nama Sabrina,
pipinya yang sakit ditampar tidak dihiraukan.. kelibat Sabrina sudah mulai
hilang.. Ameer terduduk.. ‘Kau dah salah faham Rina.. Aku tak maksudkan macam
tu..’
*****
Hampir sebulan lepas kejadian di Restoran
Bonda itu berlaku dan sudah hampir sebulan jugalah Sabrina tidak berjumpa
dengan Ameer.. Sabrina duduk termenung di taman yang berada dibelakang halaman
rumahnya..
“Hari ni adalah hari terakhir, hari
terakhir untuk buat Ameer jatuh cinta dengan aku.. Hari terakhir, sebelum aku
bebas daripada berkahwin dengan playboy macam Ameer.. Hari ni akan
mengakhirkan semuanya, mengakhirkan sesuatu yang tak sepatutnya aku mulakan..”
Sabrina bersuara perlahan..
“Tak.. Hari nilah semuanya akan bermula,
hari ni adalah hari yang Ameer akan ucapkan sekali lagi yang dia amat mencintai
Tengku Nur Sabrina bt Tengku Syahir seikhlas hatinya, hari inilah hari yang
akan mengikat Tengku Nur Sabrina bt Tengku Syahir dengan Ameer, hari inilah
yang akan memulakan semuanya yang sepatutnya dimulakan dari dulu lagi..”
Sabrina terus memusingkan badannya mencari
dari mana datangnya suara itu, suara yang amat dikenali itu.. Tapi tiada
sesiapa pun yang berada di situ..
“Sabrina, maafkan saya.. Saya tak pernah
berniat untuk sakitkan hati awak, maafkan saya kalau kata-kata saya tempoh hari
membuatkan awak terluka.. Saya cuma tak nak Katty apa-apakan awak, itu sahaja..
Saya taknak orang yang saya cintai terluka, maafkan saya sebab tak fikirkan
pasal perasaan awak, tapi saya sendiri tak tahu kenapa laju je saya cakap semua
benda itu.. Mungkin sebab saya takut dia cederakan awak, mungkin saya takut
apa-apa jadi dekat awak.. Tapi percayalah, saya tak langsung berniat untuk buat
awak sakit hati atau untuk kenakan awak.. I’m really love you, Sabrina”
Sabrina mula tersenyum, walau dia tidak
tahu di si empunya suara, tapi dia yakin itu adalah suara milik Ameer, suara
orang yang sudah mula mengisi ruang di hatinya kini..
“Mungkin awak dah tak nak percayakan saya,
tapi saya tak boleh tipu diri sendiri.. Sepanjang 2 bulan kita berkenalan, saya
belajar macam-macam dari awak.. Awak membuatkan hati saya yang dulunya tertutup
untuk menerima cinta, kini ia dibuka untuk menerima cinta, tapi cinta untuk
awak sahaja.. Selama ni saya cuba menidakkan cinta saya, tapi saya tak boleh
sebab hati saya asyik mengatakan yang dia mencintai awak sepenuh hati, hanya
awak..”
Sabrina tertunduk, dia terdiam tak tahu
untuk membalas apa..
“Tengku Nur Sabrina bt Tengku Syahir, saya
tahu awak juga mencintai saya.. Jadi yang saya ingin tahu sekarang ini.. Su,
ehem-ehem..” kedengaran Ameer berdehem seketika..
Ameer menarik nafas sebelum menghembusannya
perlahan.. “Sudikah awak menjadi yang halal untuk saya selama-lamanya??”
Sabrina mengigit bibir sebelum bersuara..
“Saya maafkan awak dan saya ingin minta maaf.. Saya tak sepatutnya melulu
menampar awak tanpa sebab, mesti pipi awak sakit sangatkan.. Walaupun saya tak
tahu, mana awak sekarang ni sama ada ini betul awak atau ilusi, saya cuma nak
cakap yang… Saya sudi!!”
“Yeah!! Tahniah!!” habis sahaja Sabrina
berkata, kelihatan orang tuanya, orang tua Ameer dan kawan-kawan Ameer muncul
dari dalam rumah sambil menepuk tangan dengan kuat..
“Ameer mana??” hanya itu sahaja yang
membuatkan Sabrina tertanya-tanya, macam mana semua orang boleh ada di sini,
tapi Ameer tidak ada???
“Atas ni!!” mendengar suara Ameer tadi
menjerit membuatkan Sabrina memandang keatas.. Ameer sedang berada di atas
pokok, dia terus melompat ke bawah..
“Adoi..” jerit Ameer bila dia terjelopok
jatuh ke bawah..
“Eh ok tak ni??” tanya Sabrina risau..
“Sakitlah takkan ok pula..” rungut Ameer..
“Tahu pun sakit, yang gatal pergi naik atas
tu siapa suruh?? Dah tu main lompat-lompat macam katak pula tu..”
“Ada ke kita disamakan dengan katak?? Ish,
tak nak kawanlah macam tu..” Ameer sudah memuncungkan bibirnya..
“Merajuk pula??”
“Mana tak merajuk Rina oi.. Hampir sebulan
dia praktis nak panjat pokok tau nak pujuk kau, alih-alih kau cakap dia katak,
mahu tak sentap..” Anne mencelah tiba-tiba..
Sabrina tersenyum.. “Kenapa kau tukar
panggilan kita?? Bukan ke kita dulu beraku kau je??” tanya Sabrina tiba-tiba..
“Mestilah, kita dah nak kahwin mana boleh
cakap beraku kau.. Tak sweetlah..”
“Habis tu awak saya tu sweet ke??”
“Itu sementara je.. Nanti lepas kahwin
dengan saya, awak kenalah panggil saya abang..” balas Ameer..
“Abang?? Tak nak hubby??”
Ameer dah membulatkan matanya.. “Eh, kalau
nak panggil hubby pun apa salahnya..” laju sahaja Ameer berkata..
“Hah, senang je rupanya nak pujuk awak
ni..” mendengar kata-kata Sabrina membuatkan dia mencebikkan bibirnya, ingatkan
betul-betul..
“Ameer.. Terima kasih awak sebab sudi
terima saya, terima kasih awak sebab pilih saya dan bukan girlfriends
awak.. Terima kasih awak sebab awak sanggup bersusah payah untuk saya, terima
kasih sebab buat benda yang saya sendiri tak jangka yang playboy macam
awak sanggup buat, hanya untuk saya..”
Ameer membalas pandangan Sabrina.. “Itulah
orang kata berhati-hati kalau playboy dah jatuh cinta, awak sendiri tak
jangka apa yang bakal playboy tu buat.. Tapi awak sangat malang dapat playboy
macam saya sebab playboy ni, bukan kenakan awak tapi playboy ni
akan ikat awak sampai awak dah tak boleh lepas lagi..”
Sabrina tersenyum.. “Boleh kalau awak tak
nak lepaskan saya, tapi awak kenalah ikat saya dengan ikatan sah dulu.. Kalau
lambat takut awak terpaksa lepaskan saya..”
Ameer memandang Sabrina sebelum memandang
kearah Tengku Syahir dan Tengku Shima.. “Uncle, aunty.. Jangan
bagi Sabrina kat orang lain tau, nanti hujung minggu Ameer ajak daddy
dengan mummy pergi meminang..”
“Yelah, uncle dengan aunty
takkan bagi Sabrina dekat orang lain.. Bagi dekat Ameer je!!”
“Mummy dengan daddy dah
bersediakan nak pinang Sabrina, hujung minggu ni?? Tanya Ameer, takut-takut tak
jadi je..
“Yelah, Ameer.. Mummy dengan daddy
dah bersedia lama dah dari 3 bulan yang lepas lagi..” ujar Aunty
Solehah, dai tersenyum, suaminya Uncle Rizman turut mengukirkan senyuman,
akhirnya anak mereka dah jumpa cinta yang sebenarnya, tak adalah orang gelar
anaknya playboy lagi lepas ni..
Ameer sudah memegang dadanya lega.. Sabrina
yang melihat Ameer berbuat sedemikian sudah tersenyum gembira, dia yakin Ameer
benar-benar mencintainya..
Anne, Fida, Azman dan Kamal sudah ketawa
melihat Ameer yang kelihatan takut, takut Sabrina terlepas dekat tangan orang
lain.. Orang tua Sabrina dan orang tua Ameer berpandangan sesama mereka sebelum
tersenyum gembira..
‘Saya cintakan awak Ameer!!’ uit, siapa
cakap tu?? Hihihi..
Tamat!!
❤
BalasPadam