Selasa, 3 April 2018

My Enemy, My Love


MY ENEMY, MY LOVE

Oleh Atiqah Asfah




"DISINI cinta, Disana cinta, Benarkah..Disana rindu, Disini rindu, Sejiwa..Disini sayang, Disana sayang, Sekata.."

"Akak!! Dahlah janganlah nyanyi lagi lagu itu, penatlah hari-hari dengar lagu sama.. Rimas tahu tak!!" Jerit Suhana daripada ruang tamu kepada kakaknya yang sedang memasak di dapur..

"Cemburulah tu sebab suara akak sedap, cakap sajalah.. Tak payah nak cakap tak sedaplah apalah.." ujar Sarah bersama senyuman, dia membawa bekas yang berisi nasi goreng yang baru sahaja dia siap masak sebentar tadi dan meletakkannya di atas meja makan..

Suhana tidak membalas kata-kata kakaknya itu, dia berguling-guling di lantai rumah sambil ketawa berdekah-dekah.. Terasa seperti tubuhnya digeletek sahaja mendengar bicara Sarah sebentar tadi..

Sarah menjeling adiknya tajam, kakinya perlahan melangkah ke ruang tamu, suara adiknya yang kuat bergema itu membuatkan langkahnya menjadi semakin laju..

"Baik kau berhenti sekarang sebelum roh kau berpisah daripada badan!!" Keras suara Sarah memberi peringatan..

"Kejap kak, lawak sangat apa yang akak cakap tadi.. Tak boleh tahan.." ujar Suhana, tiada tanda yang dia mahu berhenti ketawa buat masa itu..

Sarah mengetap bibirnya geram melihat telatah adiknya itu, kakinya laju menendang badan adiknya yang sejak tadi asyik berguling-guling ke sana, ke sini itu..

"Adoi!! Sakitlah kak, apa ni main terajang orang!!" Jerit Suhana kuat sambil memegang dahinya yang terhentak ke dinding akibat daripda tendangan kakaknya sebentar tadi..

Giliran Sarah pula yang ketawa melihat adiknya menggosok dahinya itu..

"Tahu sakit!! Gelakkan orang lagi, siapa suruh.. Inipun kau dah kira untung tau yang akak tendang sikit saja, kalau boleh akak nak tendang kau sampai Uganda ke Namibia ke?? Tenang sikit hidup akak.." ujar Sarah lalu kembali semula ke dapur untuk menyelesaikan kerjanya..

Sarah yang sedang leka membasuh itu tiba-tiba mengerutkan dahi, dia menjenguk ke ruang tamu untuk melihat apa yang sedang adiknya lakukan.. Matanya menangkap kelibat Suhana yang masih terduduk  di tepi dinding, tempat di mana dia terhantuk sebentar tadi..

'Aik marah dengan aku ke??' Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, pelik melihat Suhana yang hanya diam sahaja.. Bukan seperti kebiasaannya, pasti Suhana akan mengejarnya sehingga ke dapur untuk membalas perbutannya semula..

Sarah menghabiskan basuhannya sebelum menghampiri adiknya yang asyik tertunduk sahaja daripada tadi..

"Su.. Kau marah dengan akak ke?? Alah, akak gurau sajalah, kau ni macamlah tak biasa.." ujar Sarah sambil menepuk-nepuk bahu adiknya itu..

Namun Suhana masih tidak memberi respon apa-apa kepadanya, Sarah menjadi serba-salah.. Tubuh ditundukkan untuk melihat wajah adiknya itu dan apa yang dilihat membuatkan dia tersentak.. Tubuh Suhana diraih dan dipeluk erat..

"Maafkan akak, akak bermaksud apa-apa.. Akak cuma bergurau saja tadi.." ujar Sarah, tangannya tidak henti menepuk-nepuk belakang tubuh adiknya..

Setelah hampir seminit, barulah kedengaran bunyi esakan daripada Suhana.. "Su menyusahkan akakkan?? Su memang selalu menyusahkan akak sahaja sejak ibu dan ayah pergi.. Maafkan Su.."

Kata-kata Suhana membuatkan Sarah mengeratkan pelukannya.. 'Ya Allah, aku terlepas cakap..'

"Su tak pernah susahkan akak, Su adalah tanggungjawab akak, Su adalah satu-satunya adik akak, daranh daging akak yang akak ada dekat dunia.. Maafkan akak, akak cuma bergurau saja tadi.." pujuk Sarah kepada adiknya, macam manalah dia boleh lupa yang adiknya itu amat mudah terasa hati semenjak kematian kedua orang tua mereka 4 bulan yang lalu..

"Memang Su selalu menyusahkan semua orang!! Kalau bukan sebab ikutkan kehendak Su yang nak pergi pantai, mesti ibu dan ayah takkan tinggalkan kita.. Kita takkan jadi yatim piatu kak.." suara Suhana kedengaran lemah..

"Astaghfirullah hal azim.. Apa yang kau cakap ni Su, itu semuanya takdir Allah Su.. Su tak boleh cakap macam itu.. Akak minta maaf Su, dah Su tak boleh menangis macam ini lagi.. Arwah ibu dan ayah mesti tak suka kalau mereka tengok anak mereka lemah macam ini.. Dah berhenti menangis, kita makan ya.." ujar Sarah sambil mengelap air mata Suhana yang tidak henti-henti mengalir itu..

"Pergi dapur, cuci muka.. Lepas itu kita makan ya.." arah Sarah kepada Suhana apabila tangisan Suhana sudah reda sedikit.. Suhana mengangguk dan bangun daripada tempat duduknya..

Sarah memandang langkah adiknya yang kelihatan lemah itu, dia mengigit bibir menahan rasa sedih apabila terkenangkan arwah ibu dan ayahnya..

'Ya Allah, aku pohon kepada-Mu agar Engkau berikan kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini.. Aku bersyukur Ya Allah kerana kau masih memberi peluang untuk Suhana untuk terus hidup..' ucap Sarah didalam hatinya.. Sungguh jika nyawa adiknya turut diambil 4 bulan dulu, mungkin dia juga seperti adiknya, lemah dan mudah terasa.. Namun kerana izin Allah, adiknya masih diberikan nyawa dan merupakan sumber kekuatan kini..


SUHANA menunduk sahaja sejak dia dan Raihana dipanggil oleh pengetua akibat mereka bergaduh di dalam kelas ketika waktu mata pelajaran terakhir apabila tiada cikgu yang masuk disebabkan ada mesyuarat. Dia menggigit bibir sahaja apabila pengetua menyatakan bahawa kedua ibu bapa atau penjaga akan dipanggil. Hatinya sudah resah memikirkan yang dia akan menganggu kerja kakaknya.

"Suhana, kakak kamu tak sampai lagi ke??" Tanya Encik Amali a.k.a pengetua sekolah Suhana.

Suhana mencebik perlahan mendengar persoalan Encik Amali sebentar tadi. Sudah terang benderang kakaknya tak muncul lagi, sahlah belum sampai!!

"Belum.." jawab Suhana acuh tak acuh..

Encik Amali menggelengkan kepalanya melihat gelagat Suhana itu, dia memandang pula Raihana yang sedang duduk disebelah abangnya yang sudah datang hampir 20 minit itu..

Bunyi ketukan dipintu membuatkan Suhana terus berpaling, jantungnya sudah memulakan pelbagai irama. Takut jika yang mengetuk itu adalah kakaknya.. Namun melihat kelibat Cikgu Liza yang masuk, membuatkan Suhana menarik nafas lega..

"Kenapa cikgu Liza??" Tanya Encik  Amali..

"Kakak Suhana dah sampai.." ujar Cikgu Liza, wajah Suhana sudah berubah pucat..

Sarah melangkah masuk ke dalam pejabat dengan riak wajah risau, matanya terus terarah kepada wajah Suhana yang pucat lesi itu apabila melihat dirinya.

"Sarah??" Suara yang memanggil nama Sarah dengan nada terkejut itu menyebabkan Sarah berpaling.. Dan kini dia pula yang terkejut..

"Rafael!!"


SARAH mengetap bibirnya apabila melihat lelaki yang sedang duduk dihadapannya itu. Lelaki yang sudah   hampir 6 tahun tidak berjumpa kini adalah abang kepada Raihana, budak yang bergaduh dengan adiknya Suhana..

"Tak sangka pula yang Encik Rafael dan Cik Sarah saling kenal antara satu sama lain, jadi mudahlah urusan kita.." ujar Encik Amali sambil tersenyum..

"Memang mudah, tak payah nak siasat-siasat dah.. Kita dah boleh tahu siapa yang pembuli dan diapa yang dibuli sekarang ini.." ujar Rafael sambil tersenyum sinis, matanya tidak lepas memandang wajah Sarah yang kelihatan tidak keruan itu..

"Maksud Encik Rafael??" Encik Amali mengerutkan dahi apabila mendengar kenyataan Rafael tadi..

"Kalau pengetua nak tahu, dulu dia dan saya pun selalu dipanggil ke pejabat akibat asyik bergaduh.." kenyataan Rafael itu membuatkan semua mata tertumpu kepadanya kecuali Sarah yang asyik merenung lantai..

"Pergaduhan yang sentiasa tercetus disebabkan oleh dia yang asyik mencari gaduh!!" Kata Rafael sambil jari telunjuknya diarah kepada Sarah. Kali ini semua mata tertumpu kepada Sarah pula..

"Jadi Encik nak kata yang Suhana yang mulakan pergaduhan dengan Raihana.." Encik Amali berkata untuk kepastian..

Rafael hanya tersenyum sahaja sambil mengangkat bahunya, dia tidak mahu menjawab soalan itu kerana dia tahu semua sudah tahu jawapan yang bakal diucapkan..

Suhana memandang Sarah yang tertunduk itu, hatinya sakit melihat kakaknya itu tidak langsung membangkang untuk membela dirinya mahupun diri kakaknya sendiri..

"Woi!! Mulut longkang kau baik sikit ya!! Kalau betul pun kakak aku ini pernah buli kau dulu.. Tak bermakna kali ini aku juga yang mulakan pergaduhan!! Adik kau yang tak puas hati dengan aku!! Dia yang mulakan semua ini!!" Jerit Suhana kuat, wajahnya kelihatan merah menahan marah, tangannya digenggam erat cuba untuk mengawal dirinya..

"Kau jangan nak buat cerita ya Su.. Kau dengar tak yang dulu kakak kau tu pembuli!! Sahlah perangainya turun dekat kau!! Adik dengan kakak sama saja perangainnya, macam hantu!!" Raihana turut bersuara apabila Suhana dengan selamba meninggikan suara dengan abangnya..

Suhana tidak membalas, tetapi kakinya laju melangkah kearah Raihana, benteng kesabarannya sudah runtuh mendengar mulut Raihana yang murai itu. Tangannya sudah diangkat tinggi untuk menyerang Raihana..

"Suhana!!" Tinggi suara Encik Amali memanggil nama Suhana apabila dia melihat apa yang cuba dilakukan oleh muridnya itu..

Namun suara Encik Amali sedikit pun tidak menakutkan Suhana, malah langkahnya semakin laju.. Dia tidak peduli lagi dengan pandangan guru-guru atau murid-murid lain terhadap dirinya.. Walau dia berkata betul pun, tiada siapa yang akan mempercayainya.. Semua sudah menganggap dia jahat, dialah yang bersalah!!

Rafael sudah berdiri untuk melindungi adiknya daripada serangan Suhana yang kelihatan sedang menggila itu..

"Suhana.."panggil Sarah perlahan, namun suaranya mampu untuk membuat Suhana berhenti melangkah, Suhana berpaling memandang kearah Sarah..

"Minta maaf dengan Raihana dengan Encik Amali.." arah Sarah tanpa memandang wajah Suhana yang pastinya tidak akan bersetuju dengan arahannya itu..

"Apa yang akak cakap ini?? Akak percayakan diaorang?? Akak tak percayakan Su?? Su tak mulakan kak, dia yang cari gaduh dulu!! Tiba-tiba dia cakap pasal ar..." belum sempat Suhana menghabiskan kata-katanya, Sarah pantas memintas dan kata-kata Sarah berjaya membuatkan Suhana terdiam tanpa kata..

"Su cakap Su tak nak susahkan akakkan?? Tolong dengar cakap akak??" Pinta Sarah, matanya memandang tepat kearah Suhana yang sudah kehilangan kata itu..

Wajah Suhana tiada riak, dia berpusing memandang kearah Encik Amali dan menundukkan kepalanya..

"Saya minta maaf pengetua, disebabkan sikap saya yang kurang ajar sebentar tadi ataupun sebelum ini.. Saya janji yang saya takkan buat hal lagi dan takkan jejakkan kaki saya ke pejabat ini lagi.." ujar Suhana sebelum dia berpusing kearah Raihana dan Rafael..

"Aku minta maaf dengan kau dan abang kau atas kelakuan aku.. Aku janji aku takkan kacau kau lagi, aku takkan buat apa-apa dekat kau lagi.. Aku minta maaf kalau sepanjang kita sekolah aku ada cari gaduh dengan kau dan aku harap sangat ini kali terakhir kita bergaduh.. Harap kau tak ada masalah dengan kata-kata aku ini.." setelah habis berkata, Suhana terus keluar daripada pejabat tanpa langsung memandang kearah Sarah..

Sarah memandang sayu langkah adiknya itu, air matanya mengalir itu diseka laju.. Matanya memandang kearah Encik Amali, Rafael dan Raihana yang kelihatan tercengang itu..

"Saya minta maaf dengan kelakuan adik saya, walaupun hakikatnya saya tahu bukan adik saya yang mulakan pergaduhan ini.." ujar Sarah..

"Kau nak cakap adik aku yang bersalah ke apa!!??" Bentak Rafael mendengar bicara Sarah itu..

Sarah memandang Rafael tanpa rasa gentar, dia tersenyum..

"Saya kenal adik saya dan saya rasa pengetua pun tahu perangai adi saya kan??" Ujar Sarah sambil memandang kearah Encik Amali..

Encik Amali terdiam, pastinya dia tahu.. Suhana adalah salah seorang pelajar yang cemerlang, dia merupakan pelajar terbaik untuk setiap tingkatan sejak 4 tahun dulu dan merupakan pelajar contoh.. Namun semenjak awal tahun ini, Suhana berubah seratus-peratus, tidak lagi seperti dahulu dan ini menyebabkan semua guru dan pelajar lain agak kurang senang dengan sikapnya, apatah lagi keputusan ujian satunya yang amat menegecewakan..

"Saya tahu yang dia sudah banyak berubah, sehinggakan boleh kata semua kejayaan dia sebelum ini hanya menjadi kenangan apabila ditutup kesalahan dan perangainya sejak awal tahun ini.. Tapi saya tak salahkan Suhana ataupun pihak sekolah sebab saya tahu yang sayalah yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini.. Saya tak pandai jaga dan didik Suhana dengan sebaiknya, semenjak kematian ibu bapa kami akhir tahun lepas, saya tak pernah cuba memahaminya.. Saya yang salah.."

Riak wajah Encik Amali sudah berubah, begitu juga dengan Raihana apabila mendengar perihal kematian kedua orang tua Suhana..

"Saya tahu pihak sekolah atau kawan-kawannya yang lain tak tahu pasal kematian ibu bapa kami, sebab Suhana sendiri tidak mahu hal itu diberitahukan.. Tapi melihat keadaan yang berlaku sekarang, saya tahu saya tak boleh berdiam lagi.. Sekurang-kurangnya pihak sekolah perlu tahu sebab kenapa adik saya berubah sebegitu sekali.. Saya minta maaf, saya akan pastikan saya jalankan tanggungjawab saya supaya Suhana akan berubah seperti Suhana yang dulu.. Saya minta diri dulu.." Sarah melangkah keluar dengan laju, dia perlu mencari Suhana..


SARAH memeluk tubuh Suhana sebaik sahaja dia melihat adiknya itu sedang bersandar di kereta Myvi kuning miliknya.. Suhana hanya membiarkan sahaja perlakuan kakaknya, wajahnya kekal beku tanpa riak apa-apa..

"Akak minta maaf sangat, akak tak berniat langsung nak lukakan hati kau.. Akak tahu akak yang tak berikan perhatian dekat kau, akak punca kau jadi macam ini.. Maafkan akak.."

Suhana menolak tubuh Sarah.. "Jadi akak memang tak percayakan Su?? Akak memang anggap Su yang mulakan pergaduhan itu??"

Sarah memandang wajah adiknya yang jelas menunjukkan riak tidak puas hati, dia tersengih..

"Su, kau berubah tiba-tiba, keputusan kau jatuh teruk, kau yang merubah pandangan kawan-kawan dan cikgu-cikgu kau terhadap diri kau sendiri.. Kau tak jelaskan, mengapa kau berubah, mengapa kau hilang fokus, pasti semua orang tak faham.. Cuba kalau kau cakap perkara sebenar, semua orang akan cuba bantu kau.." ujar Sarah tanpa sedikit pun memberi ruang untuk adiknya mencelah..

Suhana tertunduk mendengar kata-kata Sarah itu..

"Kenapa kau tak pernah beritahu pihak sekolah atau kawan-kawan kau yang ibu dan ayah dah tiada?? Kenapa kau tak jelaskan sebab perubahan kau??" Tanya Sarah sambil membelai kepala adiknya lembut..

Suhana mengetap bibir..

"Kau takut kalau diaorang semua tahu.. Kau terpaksa mengaku dan terima hakikat bahawa ibu dan ayah kita memang dah meninggal??" Sejurus berkata demikian, Suhana mula menangis teresak-esak..

Sarah tersenyum, dia tahu apa yang dikatakan tadi betul.. Suhana masih cuba menidakkan hakikat yang ibu dan ayah mereka sudah pergi meninggalkan mereka berdua..

Sarah mengelap air mata Suhana yang semakin deras mengalir, setiap kali dilap pasti akan laju lagi bagai tiada tanda mahu berhenti..

"Bila akak suruh kau minta maaf dengan Raihana tu, tak bermaksud akak salahkah kau dik.. Akak suruh sebab akak tahu yang semua ini takkan berlaku kalau akak ambil tindakan awal dengan beritahu perkara sebenar dekat pihak sekolah agar mereka tidak akan buat spekulasi sendiri.. Akak silap sebab tidak boleh anggarkan perkara macam ini akan berlaku, akak anggap enteng perkara ini hingga akak lupa yang adik akak seorang ini merupakan tokoh pelajar, budak pintar, harapan sekolah yang sentiasa menjadi tumpuan sehingga sebesar zarah pun kesalahan yang kau buat orang akan pandang.. Jadi mungkin sebab itu ianya menjadi penyumbang kepada kesedihan dan kesakitan kau hingga kau lemah dik.."

"Akak suruh kau minta maaf tadi, sebab kau tak pernah jujur dengan akak dan pihak sekolah.. Kau terlalu takut dengan kenyataan hingga kau menidakkannya, kau ambil keputusan untuk berdiam diri dan memendam rasa.. Kau fikir macam itu sebab kau tak nak menyusahkan orang lain, tapi kau tak sedar yang susah sekarang ini bukan lagi orang lain, malah diri kau sendiri.. Sedar tak sekarang kau yang membuang jauh diri kau yang sebenar sehingga orang lain pandang kau sebelah mata tanpa sedikit pun ingat tentang jasa yang telah kau taburkan..” Sarah berkata sambil tersenyum melihat Suhana yang memandang sayu kearahnya, air matanya diseka dengan belakang telapak tangan..

"Su minta maaf kak, sebab Su tak beritahu perkara ini dekat akak dan tak cerita tentang arwah ibu ayah dekat pihak sekolah.. Mungkin betul cakap akak, Su yang salah sebab tak jujur.." ujar Suhana perlahan, dia sedar kesilapannya yang merumitkan keadaan..

"Kalau tahu salah, cepatlah minta maaf dekat akak.." kata Sarah sambil membuat muka serius..

Suhana mengerutkan dahinya.. "Kan dah minta maaf tadi.."

"Bukan yang itu, yang ini.. " ujar Sarah seraya mendepangkan tangannya..

Suhana tersenyum melihat gelagat kakaknya itu, terus dia memeluk tubuh kakaknya itu, Sarah membalas pelukan adiknya itu erat..

"Janji dengan akak ya.. Jangan ubah diri kau lagi, redha dengan apa yang dah berlaku.. Arwah ibu dengan ayah pasti sedih kalau tahu yang kau berubah macam ini, kau budak pandai, jangan sia-siakan kelebihan yang kau ada sebab kesedihan kau tu.. Ingat kau ada akak lagi, kau bukan sebatang kara dik..". Lembut suara Sarah membisikkan kata-kata itu kepada Suhana..

Suhana mengangguk tanda dia berjanji untuk berubah kepada dirinya yang asal.. Dia tahu, dia sepatutnya redha dan ikhlas dengan pemergian ibu dan ayah mereka bukannya berdiam diri sahaja dan tidak pernah memberitahu tentang kematian orang tuanya seolah-olah menidakkan fakta yang satu itu..


RAIHANA memandang sayu dua beradik yang sedang berpelukan di  hadapan sekolah saat kereta abangnya melepasi kawasan tersebut..

"Kenapa Rai??" Tanya Rafael melihat wajah  adiknya yang kelihatan muram itu..

"Tak ada apa-apa.." balas Raihana, dia tersenyum hambar kearah abangnya menutupi kecelaruan didalam hatinya..

Rafael mengerli sekilas kearah adiknya, dia tahu adiknya itu ada menyembunyikan sesuatu daripadanya dan dia tahu hakikat bahawa adiknya itu yang memulakan pergaduhan dengan Suhana, Namun apa sebab adiknya itu dia tidak tahu.. Apabila mengetahui Sarah adalah kakak Suhana, pantas dia bersuara agar kesalahan Raihana tercampak kepada Suhana, apatah lagi dia masih tak berpuas hati apabila dibuli dengan Sarah dahulu, apa lagi peluang itu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membalas dendam kononnya.. Sedangkan dia tahu, dia sendiri tak suka dengan apa yang dia lakukan dan kenyataan yang diucapkan oleh Sarah tadi tentang orang tuanya yang telahpun pergi, menambahkan rasa serba-salahnya, mungkin perkara yang sama dirasakan oleh Raihana..


SARAH memandang kearah jamnya untuk kali ke sepuluh..Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu kerisauan yang melanda dirinya kini, memikirkan yang dia sudah lewat dua jam dari masa yang dia janjikan kepada adiknya..

“Pak Cik, cepat sikit boleh tak?? Dah petang ni, takut adik saya seorang diri kat sana..” pinta Sarah kepada pak cik yang sedang memandu teksi itu, sungguh memandang kearah luar tingkap yang pandangannya semakin kelam itu amat merisaukan dirinya..

“Sabar Cik, pak cik mana boleh bawa laju sangat.. Kat sini jalan kampung, karang pak cik kena saman..  balas pak cik itu, sekali gus membuatkan debaran di jantung Sarah semakin kuat..

Sarah mengetap gigi kuat mendengar jawapan pak cik itu, nak dimarah memang betul apa yang dikatakannya, karang tak pasal-pasal mereka bertambah lambat kalau disaman.. Sarah menampar pipinya, kesal kerana terlupa untuk mengisi minyak kereta yang menjadi sebab dia tergesa-gesa sekarang ini..

‘Ya Allah, perliharalah adikku dari sebarang musibah mahupun malapetaka.. Lindungilah dia Ya Allah..’ doa Sarah perlahan..


BERLARI-LARI anak Sarah mendapatkan Suhana yang sedang menantinya di perhentian bas di hadapan sekolah, dia bersyukur apabila melihat ada pelajar lain yang bersama dengan adiknya itu, jadi tidaklah dia risau sangat..

“Maaf Su, akak lambat.. Kereta akak habis minyak tadi..” Sarah terus menyatakan sebab dia lambat mengambil adiknya sejurus tubuhnya berhadapan dengan Suhana..

Suhana memandang wajah Sarah pelik.. “Kenapa akak termengah-mengah ni?? Akak marathon ke apa??”

Sarah hanya mengelengkan kepalanya.. “Teksi yang akak naik tadilah, tiba-tiba berhentikan akak tengah jalan..”

“Kenapa?? Akak gesa dia ke sampai dia naik angin??” berkerut dahi Suhana mendengar jawapan kakaknya itu..

“Tak adalah, dia kata isteri dia nak beranak.. Jadi dia tinggalkan akak kat simpang sana tu.. Nasib baik dekat, kalau tak akak paksa juga dia hantar akak sampai sini..”

Suhana tergelak mendengar bicara Sarah.. “Akak kena tendang keluar dari teksi.. Seriously..”

“Bukan kena tendang ya, akak yang offer diri turun.. Muka pak cik tu gelabah sangat, kesian akak dibuatnya..” Sarah menerangkan keadaan sebenar kepada adiknya yang masih terbahak-bahak itu..

“Habis tu kita nak balik naik apa ni??” Tanya Suhana..

Sarah dah tergelak jahat.. “Marathonlah apa lagi..”

Suhana mencebik bibir mendengar jawapan kakaknya itu, tak puas hatilah tu kena gelak oleh dia sebentar tadi..

“Akak ni, Su cakap betul-betul akak main-main pula.. Rumah kita 10 kilometer dari sini tau kak.. Agak-agaklah ya pun kalau nak marathon..”

Sarah gelak.. Belum sempat dia menjawab ada suara yang mencelah..

“Kau nak tumpang aku ke??”

Sarah memandang kearah suara itu, baru dia perasan yang orang yang duduk bersama adiknya tadi adalah Raihana and of course ‘enemy’ dia pun ada sekali..

“Diaorang ada buat apa-apa dekat kau ke??” bisik Sarah sambil menarik adiknya ke belakang, matanya tak lepas memandang Rafael yang sedang bersandar di kereta Audi R8 berwarna putih miliknya.. ‘Fuh kereta mahal siot..’ sempat hati Sarah berbisik..

Rafael dah menjeling Sarah tajam, geram melihat reaksi Sarah itu, macamlah dia dan adiknya orang jahat..

“Adoi.. Kau kenapa dik cubit akak, sakit lah..” adu Sarah apabila tangan ketam adiknya itu dah mula menjalar dibelakang tubuhnya..

“Akak ni, diaorang dah punya baik nak teman Su tunggu akak, akak buat macam diaorang orang jahat pula..” Suhana sudah membulatkan matanya..

Sarah terpinga-pinga, terkedu mendengar bicara adiknya.. Bukan baru bulan lepas mereka dipanggil sebab buat hal ke??

“Daripada kau buat muka macam itu, baik kau dengan adik kau tumpang kereta aku.. Dahlah lama aku habis masa ni tunggu kau, takkanlah sekarang nak tunggu wayar dalam otak kau bersambung pula.. Karang solat maghrib pula kita kat sini..” sinis suara Rafael membuatkan Sarah terus memandang kearahnya..

Thanks sebab sudi temankan adik aku tadi, but untuk tumpang kau it’s okay.. Kitaorang boleh naik teksi..”

“Boleh tak letak tepi ego kau sekejap.. Adik kau dah tunggu DUA JAM and kau nak suruh dia tunggu lagi?? Berapa jam pula kali ni??” Rafael dah menaikkan seoktaf suaranya..

Raihana menepuk tubuh abangnya perlahan, tahu abangnya penat.. Yelah baru balik daripada outstation terus ambil dia dan terpaksa tunggu lama untuk menanti kehadiran Sarah.. Rafael mandengus perlahan..

“Akak, jomlah tumpang kami.. Insya Allah, kami taka da niat jahat..” Raihana bertutur perlahan, mencuba untuk memujuk Sarah..

Sarah memandang kearah Suhana, Suhana sudah membuat reaksi ‘tumpang sajalah..’.. Sarah mengeluh, bukan dia tak nak tumpang tapi mengikutkan keadaan hubungan mereka yang tak pernah baik membuatkan dia serba-salah untuk menyusahkan Raihana dan Rafael..

“Maaf, aku..” belum sempat Sarah bersuara, hujung lengan bajunya ditarik kuat oleh Rafael, sekelip mata dia sudah berada dalam kereta Audi R8 milik lelaki itu..

Raihana dan Suhana tergamam melihat tindakan drastik Rafael itu.. Manakala Rafael, mengarahkan mereka dengan ekor mata untuk masuk ke dalam kereta..


RAFAEL memandu laju kereta Audi R8nya menyusuri jalan, matanya sekali-sekala melirik kearah Sarah yang sibuk memandang keluar tingkap, dia tersengih..

“Aik, takkan merajuk kut..” Rafael bersuara untuk memecahkan kesunyian yang sejak tadi menghuni keretanya itu..

Sarah merengus kuat, matanya tajam menjeling Rafael.. “Tak ada masa aku nak merajuk dengan orang macam kau..”

“Dah tu, apasal asyik diam saja.. Adik-adik kita pun sampai takut nak bersuara tu hah..” ujar Rafael merujuk kepada Suhana dan Raihana yang berdiam diri itu..

“Hmm, aku tak tahu nak cakap apa, we’re enemy right..”

“Aku tak rasa aku pernah declare yang kita ni musuh..”

“Lepas apa yang aku dah buat??”

Rafael tersenyum.. “Apa yang kau dah buat??”

Sarah kembali memandang ke luar tingkap, mengelak untuk menjawab soalan Rafael.. Bukan tak nak jawab, lelaki itu sudah ada jawapan, tapi sengaja ingin bertanya..

Rafael tergelak melihat reaksi Sarah itu.. “Ok, kau tak payah jawab soalan tadi.. Can we talk about anything else?? Bosanlah..”

“Macamlah kita ada benda lain nak dicakapkan..”

“Apa kata kalau kita cakap pasal macam mana kau nak hantar adik kau ke sekolah esok??” mendengar bicara Rafael membuatkan Sarah membulatkan matanya, dia memusingkan badan ke belakang untuk memandang Suhana..

“Akak lupa!! Macam mana erk, esok kau cuti boleh tak?? Rilekslah hari jumaatkan..”

Suhana sudah membuat muka.. “Akak esok ada report card, akak tak nak ambil result adik akak ke??” Suhana mengingatkan Sarah tentang result untuk peperiksaan pertengahan tahunnya..

Sarah mengetap bibir, dia lupa yang dia sudah berjanji dengan adiknya untuk datang untuk melihat keputusan adiknya.. Masalah, masalah..

“Kau boleh minta aku untuk tolong kau..” Rafael sudah mengangkat keningnya sambil menjeling kearah Sarah untuk melihat reaksi perempuan itu..

Sarah mengeluh.. “Boleh tak kalau kau hantar aku ke stesyen min…”

Nope..”

Sarah mengetap bibirnya geram, tadi kata boleh minta tolong.. Mangkuk punya mamat..

“Apa kata kalau aku ambil adik kau esok dan hantar adik kau dan adik aku ke sekolah.. Ambil result pukul 8 biasanya, jadi pukul 8 aku datang ambil kau pula, kita pergi sekolah adik-adik kita.. Habis selesai semuanya, kita jalan-jalan..”

Deal!!” kuat suara Raihana dan Suhana bersuara.. Sarah menjeling adiknya itu..

Wait a minute, apasal kereta aku tak ada dalam senarai yang aktiviti yang kau cakap tadi..”

“Alah, lepas jalan-jalan kita pergi settle kau punya keretalah..”

“Kau tak solat jumaat ke??”

“Bukannya kita nak round satu dunia pun.. Paling-paling makan, jalan-jalan kejap, lepas tu baliklah..”

“Kau tak kerja??” Tanya Sarah, setahu dia habis sahaja belajar lelaki itu terus bekerja di syarikat milik keluarganya.. Lainlah dia baru habis belajar, masih mencari kerja lagi..

Half day..”

“Huh.. Tak menyusahkan kau ke?? Kita ni bukannya rapat sangat sampai nak jalan-jalan bagai.. Kau tolong aku ni pun satu miracle tau..”

Rafael mengelengkan kepalanya.. “Kau tahu tak?? Yang tak rapat sekarang ni dengan aku, kau saja.. Adik kau ok je dengan aku, kan Su??” Tanya Rafael..

“Haah, abang Rafael baik sangat kak..” jawapan Suhana membuatkan Sarah kembali memusingkan badannya..

“Akak, setiap petang Su selalu pergi rumah diaoranglah.. Su jadi tutor Rai, kan Rai..”

“Haah kak, hubungan kitaorang dah oklah sekarang..” Raihana pula menjawab..

Sarah mengerutkan dahinya.. “Apa yang akak tak tahu ni??”

“Sebab adik aku dengan adik kau bergaduh.. Aku rasa sama dengan sebab kau dengan aku bergaduh dulu..”

Sarah terdiam.. “Sebab yang sama?? Maksudnya sebab Su lagi pandai dari Rai?? Macam mana Rafael lagi pandai dari akak??”

Mereka bertiga tergelak serentak mendengar bicara Sarah itu..

“Lebih kuranglah.. Dan mereka pun berhenti bergaduh sebab yang sama macam kita tau..”

Wajah Sarah berubah pucat, dia menundukkan wajahnya.. Perasaan bersalah kembali merantai jiwanya.. Masih jelas dalam ingatannya apabila dia kelihatan begitu gembira apabila result trial SPM Rafael sangat teruk, dia menyampah apabila Rafael begitu di puja dan di sanjung akibat kepandaiannya itu, dia sempat mengejek Rafael lagi.. Namun apabila dia mengetahui sebab keputusan Rafael begitu teruk adalah disebabkan sehari seminggu sebelum peperiksaan mak dan ayah Rafael meninggal akibat kemalangan pesawat apabila mereka ingin berlepas ke luar negara atas urusan kerja arwah ayah Rafael..

Paling membuatnya kesal adalah satu sekolah sudah heboh, namun hanya dia sahaja yang tidak mengetahui hal itu, sehingga dia masih sempat menyakiti hati lelaki itu..  Atau lebih tepat, apa-apa pun perihal lelaki itu dia tak nak langsung ambil tahu akibat kebencian yang di tanam di dalam diri apabila pelajar lain sering dibanding-bandingkan dengan Rafael akibat kepintarannya itu.. Hanya Tuhan saja yang tahu apabila dia mendapat tahu kebenarannya, itu pun lepas result SPM diumumkan dan untuk kali pertama dia tumpang gembira apabila lelaki itu mendapat anugerah pelajar terbaik SPM..

“Rilekslah, the past is in the past okay..”

“Sekurang-kurangnya adik-adik kita tak jadi macam kita kan.. Diaorang sedar lebih awal yang sikap dendam atau benci tak bawa ke mana.. Sebab itulah sekarang mereka buang sikap itu dan cuba untuk jadi kawan.. So, aku harap kita pun boleh jadi macam itu juga..” sambung Rafael lagi..

“Takkan sama Raf.. Sekurang-kurangnya, adik-adik kita sekarang dah saling memaafkan antara satu sama lain.. Tapi a.. Aku tak pernah.. Tak pernah minta maaf dekat kau pun..” Sarah mengetap bibir menahan air mata yang sudah mula mengalir di tubir matanya itu..

Rafael tersenyum.. “Walaupun kau tak pernah minta maaf, tak bermakna aku tak maafkan kau..”

Sarah memandang Rafael untuk mendapatkan kepastian.. Rafael tersengih..

“Macam mana kau nak expect aku untuk bencikan orang yang aku suka??”

Sarah tercengang.. Suhana dan Raihana sudah mula membuat bising, mereka kelihatan gembira dengan pengakuan Rafael itu..

“Aku cuba sedaya upaya untuk tarik perhatian kau tahu tak.. Aku minta cikgu untuk bagi aku bimbing kumpulan kau untuk hampir semua subjek.. Aku minta cikgu untuk buat kelas tambahan waktu cuti sebab aku nak study group dengan kau.. Aku selalu masuk kelas kau waktu rehat untuk ajar budak-budak lelaki kelas kau, hanya sebab nak tengok muka kau.. Aku cuba untuk menonjolkan diri depan kau, tapi sampai ke akhirnya kau hanya pandang aku sebelah mata..” jelas Rafael..

Makin ternganga mulut Sarah dibuatnya.. “Aku ingat kau nak menunjuk!! Seriously, aku tak tahu itu sebabnya..”

Rafael mengerli memandang kearah Sarah yang kelihatan amat terkejut itu..

“Kau tahu tak, aku sedih gila bila tengok keputusan trial aku.. Tapi kau tahu tak, kata-kata kau buat aku sedar.. Kau ingat tak apa kau cakap??” saja Rafael bertanya, ingin menguji ingatan Sarah..

“Aku cakap apa??” Tanya Sarah balik, serius dia tak ingat..

Rafael dah buat muka geramnya.. “Kau ni, itulah kali pertama kau akap direct terus dekat aku.. Sebelum ni kalau kau nak cakap kau pass kat orang lain.. Takkan kau tak ingat, aku ingat tau sampai sekarang!!”

Sarah mengerdipkan matanya, terkejut melihat Rafael membuat muka seperti itu.. Dia tersenyum, ingatkan marah sebab apa, rupanya sebab dia tak ingat percakapan secara terus mereka untuk kali pertama..

“Aku ingatlah, kata-kata aku tulah yang menyebabkan aku rasa serba-salah dengan kau sampai sekarang.. Aku takkan pernah lupa Raf..”

“Apalah kau ni, kata budak pandai.. Tapi ini saja yang kau dapat?? Seriuslah...” Sarah terdiam, dia tidak mampu untuk menyambung kata-katanya lagi, air matanya sudah mengalir laju tanpa sempat ditahan..

“Seriuslah, kalau aku jadi mak ayah kau, aku akan kecewa gila.. Apalah perasaan mak ayah kau kalau tahu ini saja yang kau dapat!!” sambung Rafael dan itu menambahkan lagi esakan Sarah..

“Aku minta maaf, aku minta maaf Raf..”

“Jangan menangis, aku tak suka tengok kau menangis.. Aku ingatkan kau perkara itu, bukan untuk buat kau serba-salah.. Tapi sebab aku nak kau tahu, kau buat aku sedar yang aku tak boleh terlalu terkongkong dengan perasaan sedih, kalau mak ayah aku tahu yang result aku teruk sebab aku tak boleh terima kenyataan tentang pemergian mereka, mesti mereka akan bersedih.. Kata-kata kau aku pegang sampai sekarang Sarah, sebab itulah aku taknak adik-adik kita jadi macam kita dulu..”

Sarah memandang kearah Suhana dan Raihana.. Kedua wajah itu tersenyum girang memandang kearahnya, seperti ingin menunjukkan tiada lagi salah faham atau kebencian diantara mereka.. Sarah memandang pula kearah Rafael yang sedari tadi asyik melirik kearahnya..

“Boleh ya terima aku.. Tak nak gaduh dah..”

Sarah mengelap air matanya dengan belakang tangan.. “Terima kau sebagai apa??”

“Alah akak buat-buat tak faham pula..” Suhana dah mula bersuara untuk mengusik kakaknya itu..

“Entah, punya panjang bercerita tadi sampai kita jadi penonton tak berbayar pun tak tahu lagi ke..” Raihana dah mula tumpang sekaki..

“Kau nak terima aku sebagai apa??” Tanya Rafael kembali dan perkara itu menambahkan bahang diwajah Sarah..

Rafael tergelak melihat wajah Sarah yang sudah memerah itu.. “Calm down Sarah, kalau kau nak terima aku sebagai kawan dulu pun tak apa.. Aku pernah tunggu kau hampir 10 tahun, apalah sangat kalau nak tunggu lagi beberapa bulan, kan adik-adikku sekalian..”

“Ya!!!”

Sarah kerut dahi.. “10 tahun??” sekarang umur mereka 23 tahun, maksudnya umur 13 tahun lelaki itu dah mula sukakannya..

I only need one second to falling in love with you..”

Suhana dan Raihana dah mula bersorak di belakang mendengar ayat jiwang Rafael..

“Kau ni, muda-muda dah gatal..” ujar Sarah, untuk menutup malunya..

“Dah tu kau nak aku buat macam mana, pandang kau buat kali pertama saja hati aku dah cakap yang kau jodoh aku tahu tak..” Sarah terus tundukkan wajahnya, manakala tangan sudah menutupi telinganya, sungguh dia tak sanggup dengar apa-apa lagi, malunya sudah tidak tertanggung dan itu mengundang tawa mereka yang lain..


SARAH tersenyum melihat Raihana dan Suhana saling bergurau sesama sendiri, tiada lagi perasaan benci dan dendam.. Tidak dia sangka, yang rakan study group waktu petang adiknya itu adalah Raihana.. Dia tidak pernah tahu bahawa mereka dah mulai rapat, sehinggalah keretanya buat hal dua minggu lepas, kalau tak mesti dia tak tahu sampai sekarang yang adiknya itu sudah rapat dengan Raihana dan ‘enemy’nya itu..

Dia tak sangka, keadaan yang dianggap akan menjadi lebih serius apabila dia bertemu kembali dengan orang yang di’buli’ rupanya tidaklah seteruk mana.. Malahan adiknya mendapat kawan baru adalah dan hubungan dia dan Rafael yang dia anggap sudah tiada harapan, walaupun sebagai kawan rupanya masih dapat terjalin..

“Akak!!” jerit Suhana..

“Apa??”

“Orang panggil dari tadi, asyik tersengih saja.. Agak-agaklah kalau nak ingatkan ‘orang’ itu, adiknya kat sini kot..”

Sarah menjeling adiknya itu, mulut kalau kena cili padi ni sedap ni..

“Alah, aku tak kisah pun.. Kalau kat rumah aku pun, abang aku sebiji macam kakak kau Su.. So, akak tak payah risaulah, Rai tak kisah pun.. Rai lagi suka akak dengan abang Raf..” Raihana mencelah..

“Fulamak akak, dah dapat green light lah akak.. Apa lagi, jalanlah..”

Sarah menarik nafas sedalam-dalamnya, geram apabila diperli oleh budak berdua itu..

“Korang ini banyak cakap sanagt ni, apa dah siap kerja sekolah korang?? Dari tadi bergelak-ketawa saja dari tadi akak dengar..” Sarah mengubah topik mereka, malas dia nak layan budak berdua itu..

Raihana menepuk bahu Suhana.. “Kakak kau memang suka tukar channel ya bila malu..”

Suhana gelak.. “Memang, padahal dalam hati berdebar-debar setiapa kali si ‘dia’ dibangkitkan..”

Sarah sudah mengambil bantal kecil yang terletak elok di sofa sebelum berlari mengejar kedua rakan baik yang tak habis-habis menyakatnya itu.. Habis satu rumah mereka bertiga tawaf, bunyi hon kereta menghentikan gelak-tawa mereka..

Prince Charming dah sampai..” serentak Suhana dan Raihana berlari keluar dari rumah..

Sarah pula tercengang, tidak tahu ingin melangkah keluar atau tidak..


RAFAEL tersenyum melihat Sarah yang sedang melangkah keluar, ingatkan tidak sudi melihatnya tadi..

“Abang, Rai masuk kejap nak ambil barang..”

“Kejap Rai, aku ikut sekali..” Suhana berlari mengikut langkah Raihana..

Sarah memandang gerak-geri mereka dengan ekor mata, sengajalah itu nak tinggalkan dia berdua dengan Rafael..

“Awak apa khabar??” Rafael memulakan perbualan, kalau nak suruh Sarah.. Hmm, jadi tengkoraklah dia menunggu gamaknya..

“Alhamdulillah, sihat saja.. Awak??”

“Alhamdulillah, saya pun sihat saja.. Tengok awak makin bertambah sihat saya..”

Sarah tergelak.. “Awak ni, ada pula macam tu.. Kerja ok ke?? Makin busy nampaknya..”

“Kerja Alhamdulillah ok, tapi hati saya saja tak ok..” Rafael dah buat muka sedih..

“Kenapa??” Raut risau sudah terpancar diwajah Sarah..

Rafael tersenyum.. “Mestilah sebab saya rindukan awak..”

“Rafael!!” Sarah bersuara tegas, dia cuba untuk menghilangkan bahang diwajahnya saat itu, pasti sudah merah pipinya..

Rafael diam, dia memandang wajah Sarah dengan sayu..

“Awak akan rindu saya tak kalau saya pergi jauh??”

Sarah mengangkat keningnya.. “Maksud awak??”

“Jangan buat-buat tak faham soalan saya Sarah..”

Sarah menggaru kepalanya, tidak tahu jawapan apa yang sesuai untuk diberikan.. “Awak nak saya bagi jawapan apa??”

“Jawapan ikhlas dari hati awak..”

“Kalau awak nak jawapan ikhlas, jawapannya.. Saya takkan rindukan awak..”

Rafael mengeluh perlahan.. lembut suara Sarah memberikan jawapan, namun hatinya ibarat dibelah dengan pisau yang sangat tajam, sakitnya..

Sarah senyum.. “Saya tak tahu kalau saya akan rindukan awak atau tidak sebab awak belum pernah pergi jauh dari saya.. Ya kita tak pernah pergi jauh antara satu sama lain.. Rumah awak dekat saja dengan saya, beza beberapa blok saja, cuma mungkin baru jodoh kita untuk bertemu sekarang selepas 5 tahunnya kita saling tak berjumpa..”

Rafael menanti dengan sabar bicara Sarah, walaupun hatinya terasa sakit sebentar tadi.. Namun entah mengapa, hatinya masih mengharapkan satu jawapan yang akan sekurang-kurangnya dapat ditampal dekat luka hatinya ini..

“Hakikatnya…”

“Jom abang kita balik..” Raihana terus menarik tangan abangnya untuk ke kereta setelah mengambil barangnya..

Rafael terkedu apabila tubuhnya tiba-tiba ditarik.. “Sabarlah, abang tengah cakap dengan kak Sarahkan..”

“Cepatlah abang kata tadi nak singgah beli bahan dapurlah apalah.. Macamlah tak ada hari lain nak cakap dengan kak Sarah.. Gatal tu simpan sikit ya abang..” ujar Raihana sambil mencubit lengan abangnya, tubuh abangnya ditolak masuk ke kereta..

“Akak, Rai balik dulu ya..” Raihana terus mencapai tangan Sarah lalu menyiumnya..

“Elok-elok ya..” Sarah tersenyum, dia membelai kepala Raihana yang sudah dianggap sebagai adiknya sendiri itu..

“Insya Allah akak..” balas Raihana..

“Bai Rai, bai abang Raf..” Suhana turut melambai dua beradik itu..

“Bai..” Raihana membalas lambaian Suhana..

Sarah memandang kearah Rafael yang tersenyum kearahnya, dari riak wajah lelaki itu dia dapat menduga yang lelaki itu ingin menuntut jawapan daripada dirinya yang tergantung tadi.. Sarah hanya tersenyum..



“SARAH kau nak pergi mana??”

Sarah tak menjawab laju langkahnya menjauhi lelaki itu, hatinya yang mula terbuka untuk menerima kehadiran lelaki itu sejak pengakuan lelaki itu dua bulan yang lalu seakan-akan sudah jatuh terhempas ke tanah sehingga pecah berderai..

“Sarah, listen to me..”
Sarah tetap diam, tangannya menarik tangan Suhana yang baru keluar dari tandas bersama dengan Raihana, sempat dia menitipkan pesan kepada Raihana..

“Maaf Rai, akak dengan Su kena balik dulu.. Lain kali ya kita jumpa, nanti Rai dengan Su tetapkan tarikhnya..” usai berkata Sarah mencium dahi Raihana yang sudah dianggap adiknya sendiri itu dan berlalu pergi.. Raihana hanya menganggukkan kepalanya, dia terpinga-pinga..

“Sarah!!”

Sarah tetap tidak mengendahkan panggilan Rafael yang sudah beberapa kali melaungkan namanya agar dia berhenti, tiada sebab atau alasan yang munasabah untuk dia mendengar penjelasan itu lagi..

“Akak, abang Raf panggil tu..” Sarah menjeling adiknya tanda menyuruhnya diam sahaja.. Namun mana pernah adiknya seorang itu mendengar katanya..

Suhana pantas merentap kuat tangannya sehingga terlepas daripada pegangan Sarah.. Sarah terhenti, dia memandang dengan riak tidak percaya.. Suhana sudah berlari kearah Rafael dan Raihana..

Mata Sarah memandang tajam kearah Rafael dan kelibat perempuan yang sedang menghampiri lelaki itu, perempuan yang sama dilihat bergelak ketawa dengan lelaki itu di restoran tadi, siap bertepuk tampar lagi.. Dan yang tak boleh tahannya apabila lelaki itu siap tersenyum menunjukkan sebuah kotak baldu merah kearah perempuan itu, tak payah nak tanyalahkan, dia sendiri sudah boleh agak apa yang ada dalam kotak baldu itu..

‘Kenapalah aku bodoh sangat, terus saja percaya dia!! Cakap cinta, suka.. Sekali siap nak lamar perempuan lain depan aku.. Argh!!’ jerit hati Sarah..

“Su, balik sekarang!!” tegas Sarah bersuara, memandang kearah adiknya.. Suhana mengeleng laju tanda tidak mahu mengikut katanya..

“Kenapa degil sangat ni??”

“Akak janji dengan Su nak jalan-jalankan?? Akak kata nak belanja Su dengan gaji pertama akakkan!!?? Dah tu kenapa tiba-tiba tarik Su macam tu, dahlah akak genggam kuat, sakit tahu tak!!” bentak Suhana..

Sarah terkedu, tidak sangka yang genggamannya terlalu kuat sehingga menyakitkan adikya.. Sarah melangkah laju kearah Suhana..

“Maaf akak tak..” belum sempat Sarah menghabiskan katanya, Suhana dan Raihana sudah berlari jauh darinya, melihat wajah mereka berdua yang sudah ketawa riang itu membuatkan Sarah tersedar yang dia telah ditipu.. Sarah mengetap bibirnya geram, dia ingin berpaling namun Rafael pantas menarik begnya..

We need to talk..”

No, we’re not!!” Sarah berusaha untuk menarik begnya, sebelum suara perempuan yang dianggap kekasih Rafael bersuara..

“Awak dah salah faham Sarah, I’m not like what you’re thinking..” ujar perempuan itu lembut..

It’s okay, saya tak marahkan awak.. Saya marahkan diri saya sebab percayakan ‘enemy’ saya sendiri!!”

Perempuan itu ketawa.. “Seriously Raf.. Baru akak faham kenapa Raf susah betul nak terima tawaran akak untuk ke New Zealand, she is so adorable!!”

Sarah terdiam.. Dia memandang wajah Rafael dan perempuan itu silih berganti..

“Akak minta maaf sebab tak perkenalkan diri akak terlebih dahulu.. My name is Riana, kakak sulung Rafael dan Raihana..”

Sarah terus memandang ke lantai, tidak tahu untuk membuat reaksi apa saat itu dan dia juga tidak berani melihat riak wajah Rafael..

“Maaf, saya dah salah faham.. Saya minta diri dululah..” Sarah bersuara setelah hampir tiga minit tiada bicara daripada Rafael mahupun Riana.. Namun panggilan Rafael menghentikan langkahnya..

“Sarah, can you don’t turn away from me again??”

Sarah tidak tahu mahu berpusing kembali atau teruskan berjalan sebelum tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan.. Riana sudah berdiri di hadapannya dengan senyuman..

“Sarah, boleh tak awak bagi peluang dekat adik akak?? Boleh tak awak cuba percayakan ‘enemy’ awak yang akak rasa sudah mula bertakhta dekat hati awak??”
Sarah memandang Riana, dia tunduk..

Don’t worry my dear.. Sepanjang tempoh 10 tahun ni, hanya awak seorang sahaja yang berjaya buat Rafael tak tentu arah tau.. Kalau tak percaya awak cuba tengok sendiri..”

Sarah cuba untuk berpusing namun dihalang oleh Riana..

“Sebelum itu, akak harap sangat yang Sarah boleh jaga adik akak.. Walaupun dia lelaki, kadang-kadang dia juga mudah terluka.. Akak pergi dulu temankan adik-adik kita, kau orang berbincang elok-elok ya..” usai berbicara Riana melangkah pergi dengan senyuman, dia mengenyitkan mata kearah Sarah, Sarah tersengih..

Sarah menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya, dia berpusing untuk melihat kearah Rafael, riak wajah Rafael yang kelihatan tidak pucat itu membuatkan Sarah risau..

“Raf, are you okay??”

Of course I’m not okay and you know why!!”

Sarah kerutkan dahi, baru tadi dia lihat lelaki itu kelihatan ceria, kenapa sekarang lelaki itu kelihatan begitu pucat..

You’re not okay, wajah awak pucat sangat Raf..”

It’s because of you!!”

Sarah terkedu.. “Why me??”

“Sarah, ini dah kali kedua awak berpaling dari saya.. Awak tahu tak betapa risau dan gementarnya saya bila awak keluar dari restoran tadi.. Saya panggil awak banyak kali tapi awak langsung tak berpusing..” Rafael meluahkan rasa hatinya, kerisauan yang amat bergunung dalam dirinya..

“Kali kedua??”

Rafael diam, matanya memandang tajam kearah Sarah.. Sarah membalas pandangan tajam Rafael, dia perlukan kepastian, apa lagi yang dia tak tahu dan apa lagi yang terlindung daripada pengetahuannya selama ini..

“Masa keputusan SPM, saya naik pentas.. Awak pandang saya dengan mata berair, awak tahu tak betapa risaunya saya saat itu.. Belum sempat saya turun, awak dah pusing dan pergi macam itu sahaja.. Awak tahu tak betapa sakit hati saya saat itu?? Macam awak terlalu kecewa dengan kejayaan saya tahu tak..”

“Awak gila ke?? Saya banggalah dengan awak, masa tu kan saya dah cakap yang hari itu baru saya tahu tentang ibu dan bapa awak.. Saya serba-salah, jadi saya pergi sajalah..”

“Kalau awak bangga kenapa tak cakap tahniah?? Kalau serba-salah kenapa tak minta maaf?? Kenapa awak pergi macam itu saja, macam saya ini tak ada perasaan??” Rafael masih ingin menagih jawapan daripada Sarah, hari ini semua harus terungkai!!

“Mana saya tahu awak ada perasaan dekat saya?? Ada awak cakap??!! Dan saat itu saya dapat rasakan yang awak terlalu benci tengok saya sebab perangai dan mulut puaka saya ini.. Then, do you expect me to stay??” Sarah menjawab dengan tegas, sudah banyak kali diberitahu takkan tak faham lagi..

Rafael diam, keluhan dilepaskan.. Sarah pula masih memandang Rafael tanpa perasaan..

“Ok, kalau dulu awak tak tahu perasaan saya, awak pergi tanpa bicara.. Tak ada kata maaf, atau tahniah.. Ok, saya cuba faham, walaupun sejujurnya saya harap sangat awak untuk datang dan ucapkan sesuatu dan bukannya berpaling dan pergi macam itu sahaja..” lembut suara Rafael dan renungannya itu membuatkan Sarah berpaling, tidak sanggup dia menatap sepasang mata milik Rafael itu..

“Tapi bagaimana dengan sekarang?? Setelah tahu perasaan saya, setelah tahu isi hati saya.. Kenapa awak pergi dan berpaling lagi?? “ soalan Rafael itu membuatkan Sarah tersentak.. Kenapa aku lari??

“Sa.. Saya..”

Rafael memintas Sarah.. “Awak tak percayakan saya?? Awak anggap saya permainkan awak?? Sampai saya panggil awak banyak kali pun, awak tak nak pandang saya..”

Sarah diam, sungguh dia tidak ada jawapan untuk soalan itu.. Kenapa dia lari?? Dia tak tahu!!!

“Boleh tak kalau saya anggap yang awak cemburu tengok saya mesra dengan perempuan lain, sedangkan perempuan itu sebenarnya kakak saya sendiri..” Nada mengharap Rafael itu membuatkan Sarah mengetap giginya kuat..

“Boleh tak kalau saya anggap yang hati awak dah mula terbuka untuk saya?? Untuk terima saya lebih daripada seorang kawan??”

Sarah memandang Rafael geram.. “Awak nak anggap saya macam itu?? Awak tahu tak yang itu bermakna saya dah mula suka dan cintakan awak, my enemy??!! Yang selama ini saya kutuk, saya hina kerana saya anggap awak berlagak, suka menunjuk.. Sekarang awak nak saya mengaku, malulah saya..”

“Tolonglah, letakkan perasaan malu awak sekali ini sahaja.. Beritahu saya perasaan awak sebenar..” pinta lelaki itu lagi..

“Kalau saya cakap perasaan saya sebenar lebih kepada saya terasa yang saya dikhianati oleh seorang KAWAN dan tak lebih dari itu, apa awak nak buat..”

Rafael tertunduk, sebelum mempamerkan senyuman hambar seakan-akan menunjukkan yang dia amat terasa hati dengan kata-kata Sarah..

“Nampaknya saya akan kecewa untuk kali kedua..”

Sarah diam..

“Maaf kerana saya beranggapan yang awak akan terima saya lebih dari kawan.. Saya terlalu overacting dan maaf kalau itu buat awak tak selesa..”

Sarah tetap diam tanpa bicara.. Rafael mengeluh..

“Kenapa awak suka mengeluh?? Awak tahukan mengeluh itu tak elok..”

Rafael memandang Sarah sekejap sebelum berpaling kearah lain.. “Keluhan saya semua sebab awak..”

“Apa??” Sarah bertanya apabila suara lelaki itu seakan-akan berbisik, jadi dia tidak beberapa dengar dengan sebaiknya..

Rafael mengeleng tanda tidak ada apa- apa.. Wajah lelaki itu beku tanpa perasaan, nampaknya lelaki itu amat terasa kali ini apabila Sarah menegaskan hubungan tidak lebih daripada seorang kawan..

“Awak masih nak dengar jawapan saya hari itu??”

Rafael tetap menggelengkan kepalanya, nampaknya lelaki itu cuba mengelak daripada terluka lagi..

“Hakikatnya, masa awak dekat dengan saya pun saya..”

“Sudah Sarah!! Saya taknak dengar apa-apa, tolong jangan bagi saya harapan palsu atau apa-apa saja.. Saya nak balik..” Rafael memintas, hatinya sudah cukup sakit saat ini dan dia tidak ada niat untuk menambah kesakitannya.. Rafael sudah menjauhi Sarah..

“Saya akan rindu awak Rafael!! Hakikatnya walau awak dekat dengan saya pun, saya tetap dah rindukan awak.. Namun untuk merasa rindu dekat awak bila awak pergi jauh, saya tak nak dan saya takkan.. Sebab saya tak nak dan tak mahu awak pergi jauh dari saya!!” jerit Sarah kuat, luahan hati yang disimpan selama ini terlontar kuat.. Semuanya sebab dia takut melihat Rafael menjauh darinya..

Rafael berhenti melangkah..

“Tadi kakak awak ada sebut pasal New Zealand.. Itu ke tempat jauh yang awak maksudkan?? Kalau itu, saya minta dan merayu pada awak Raf, tolong tolak pelawaan kakak awak itu..”

“Untuk awak tolak cinta saya lagi?? Untuk awak berpaling daripada saya lagi??” Rafael berpusing dan melontarkan pertanyaannya..

Sarah menggeleng, dia menarik nafas panjang.. “Untuk ubah musuh kepada kawan dan kawan kepada cinta yang sah..”

Rafael termangu, mata dikelipkan beberapa kali..

“Maaf sebab tak berlaku jujur dengan awak.. Ya saya cemburu tengok awak mesra dengan perempuan lain, walau itu kakak awak sekali pun, dan ya saya dah mula buka hati saya untuk awak Raf..”

“Sakit hati saya sebab awak hulurkan cincin kepada perempuan lain dan bukan pada saya cinta ’10 tahun’ awak ni..”

Rafael tersengih.. “Jadi awak nak saya hulurkan cincin ini dekat awak ke??” Tanya Rafael sambil menunjukkan kotak baldu merah yang ada ditangannya..

Wajah Sarah sudah memerah, dia sempat berkata sesuatu sebelum berlari laju dari situ.. Rafael terkedu, jantungnya berdegup laju, senyuman terukir tanpa dipinta..

“Saya masih ada wali iaitu atuk saya, saya tak nak bercinta atau berkenalan!! Saya nak bercinta lepas kahwin!! Kalau berani nak tawan hati saya, jumpa wali saya dulu!!”

Rafael menjerit kegembiraan, beban yang selama ini dirasa menghentak bahunya seakan-akan telah jatuh ke tanah, dia berasa sangat lega saat itu..\



“ABANG termenung apa ni??”

Rafael tersenyum.. “Adalah, sibuk saja nak tahu..”

“Aik, teringatkan si ‘dia’ ke??”

“Kalau abang ingat si ‘dia’ pun kenapa??” Rafael mengangkat keningnya, senyuman tidak lekang dibibirnya..

“Yelah, ingatlah si ‘dia’ itu.. Ingatlah puas-puas..”

Rafael sudah tergelak melihat reaksi si isteri yang sudah memuncung dan semakin menjauhinya itu.. Tubuh Sarah dipeluk kuat..

“Lepaslah, tadi kata nak ingat si ‘dia’ sangat, pergilah..” Sarah berusaha menolak tangan sasa si suami yang erat memeluknya itu..

“Alah, isteri abang ni merajuk ke?? Si ‘dia’ yang abang maksudkan ada depan mata abanglah, buat apa abang pandang yang lain, kalau yang depan mata abang ni yang dah berjaya tawan hati abang??”

Sarah menyembunyikan senyumannya, dia tetap cuba menolak tangan suaminya.. Rafael memusingkan tubuh isterinya agar memandang kearahnya..

“Abang asyik terfikir si ‘dia’ sebab abang masih fikirkan cara..”

“Cara??”

Rafael memandang Sarah dengan pandangan yang redup.. “Hmm, cara untuk menawan si ‘dia’..”

Sarah senyum.. “Abang tak dapat tawan ‘dia’ lagi??”

Rafael menganggukkan kepalanya, tangannya mengelus lembut rambut si isteri yang berjuntai itu..

“Aik kata budak pandai, takkanlah tak boleh tawan..” Sarah cuba memprovok suaminya..

“Masalahnya, si ‘dia’ itu tak beberapa pandai, tu yang lambat dia dapat signal tu..” selamba Rafael membalas bidasan isterinya..

Sarah mencebik.. Rafael ketawa..

“Dahlah, malas nak cakap dengan abang..” Sarah menolak tubuh suaminya dengan kuat, sebelum berlari.. Namun, setiap geraknya  seperti dapat dibaca sang suami, belum sempat kaki berlari, tangan kanannya di genggam kemas..

Sarah tidak memusingkan badannya, tetapi tangan kirinya sibuk menepis tangan Rafael daripada menggenggam tangan kanannya..

Rafael terus menarik tubuh Sarah dan sekali lagi Sarah terperangkap daam pelukan si suami..

“Abang sayang Sarah..”

Sarah tersenyum simpul..

“Abang cintakan Sarah..”

Sarah membalas pandangan suaminya sebelum menyorokkan wajahnya dibalik dada bidang si suami..

“Abang nak Sarah jadi pelengkap hidup abang..”

Sarah membalas pelukan Rafael erat..

“Pandang abang sayang..” pinta Rafael lembut, Sarah mengangkat kepalanya perlahan-lahan..

Rafael tersenyum saat matanya bertentang dengan sepasang mata si isteri..

“Abang masih belum berjaya tawan hati isteri abang ke??”

Sarah diam..

“Sayang, jawablah..” gesa Rafael..

Sarah membuat muka serius, wajahnya didekatkan dengan wajah Rafael.. Rafael hanya diam melihat gelagat isterinya itu..

“Sarah!!” Rafael memanggil si isteri yang sudah lepas daripada pelukannya, tindakan Sarah masih membuat dia terkedu.. Ciuman di kedua pipi dan dahinya secara mendadak itu membuatkan jatuhnya berdegup kuat, macam dia dah berlari merantau satu dunia saja..

Sarah tersengih melihat reaksi sang suami yang dianggap begitu comel dimatanya, namun langkahnya untuk menjauhi Rafael masih diteruskan..

“Argh..” terjerit Sarah dibuatnya apabila tubuhnya sudah melayang ke udara..

“Jadi abang dah berjaya tawan hati sayang??” Tanya Rafael lembut..

Sarah berpura-pura memandang kearah lain, sengaja tidak menjawab persoalan si suami..

“Sarah.. Answer me please..” lembut suara Rafael meminta jawapan dari isterinya yang tercinta itu.. Dahi Sarah dicium..

Sarah tersenyum.. “Kalau Sarah kata belum..”

“Abang akan berusaha sedaya-upaya untuk buat Sarah tertawan dengan abang..” Rafael tersenyum menggoda ketika memberikan jawapan itu..

Sarah menundukkan kepalanya, malu pula apabila Rafael sudah membuat suara seksinya itu..

“Abang akan buat apa-apa saja demi sayang..” Rafael berkata seraya mencium kedua belah pipi Sarah..

“Abang akan pikat sayang, sampai sayang bukan saja tertawan tapi jatuh cinta dengan abang..” sekali lagi Rafael menunduk untuk mencium Sarah..

Sarah pantas menutup mulut Rafael, dia seperti boleh agak di mana sasaran suaminya lepas itu.. Rafael mengangkat keningnya..

“Yelah, abang tak payah susah-susah.. Sarah dah tertawan dengan abang pun..” Sarah cepat-cepat memberikan jawapan kepada Rafael..

Rafael masih memandangnya dengan riak tidak berpuas hati, Sarah menggigit bibirnya, mulutnya didekatkan dengan telinga Rafael..

“Abang dah tawan hati Sarah.. Walaupun Sarah bukan macam abang yang hanya perlukan satu saat untuk jatuh cinta atau tertawan dengan Sarah.. Tapi abang, jujur dari hati.. Saat akad telah dilafazkan, hati dan jiwa Sarah milik abang seorang..” bisik Sarah lembut..

Rafael tersenyum mendengar bicara ikhlas isterinya itu.. Jawapan untuk soalannya telahpun terjawab.. Sarah menundukkan wajahnya apabila Rafael memandangnya dengan pandangan gatal pula kali ini.. Rafael tersenyum melihat pipi isterinya yang sudah kemerahan itu..

I love you my enemy!!” Rafael berkata sambil matanya tajam memandang kearah Sarah..

Sarah tersenyum gembira, dia memaut erat leher suaminya sebelum bersuara.. “Love you too my enemy!!”


TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan