CHILDISH
LOVE
Oleh Atiqah
Asfah
Iman Damia sudah melangkah keluar dari bilik kuliah, mukanya kelihatan
sungguh bengang saat itu.. Linda yang merupakan kawan baik Iman Damia pantas
berlari mendapatkan sahabatnya itu..
“Iman, tunggulah aku.. Janganlah jalan laju-laju sangat, penat aku nak
kejar ni..” ujar Linda sambil kakinya laju melangkah untuk menyangi langkah
Iman Damia..
“Diamlah kau!! Malas aku nak layan kau, kau pun sama je macam yang
lain-lain tu!!” marah Iman Damia sambil kakinuya semakin laju dihayunkan untuk
menjauh dari Linda..
“Iman, boleh tak kau jangan merajuk macam ni?? Bukannya salah aku pun
kan, aku mana tahu yang kau akan dipasangkan dengan si Arif Zafran tu.. Kalau
aku tahu, aku awal-awal buat team dengan kau..” Linda cuba untuk memujuk
Iman Damia, dia tahu pastinya sahabatnya itu sedang marah yang teramat sangat,
mana taknya terpaksa satu kumpulan dengan musuh ketatnya si Arif Zafran tu..
“Yelah tu, entah-entah kau dengan yang lain-lain tu memang dah pakat nak
buat aku satu team dengan mamat bajet hensem tu!!”
“Mana ada, aku ni kan bestfriend kau, takkan aku sanggup buat kau
macam tu.. Lagipun Saiful dah cakap dulu nak satu team dengan aku,
manalah aku sanggup nak menolak..”
“Memanglah kau tak sanggup menolak, buah hati kau kan.. Lepas tu biarkan
aku dapat team dengan mamat sengal tu!!”
Linda memandang langkah Iman Damia yang semakin laju.. Haish, pening dia
dengan perangai Iman Damia itu.. Bila dengan orang lain ok je, baik je.. Tapi
kalau dengan si Arif Zafran tu punyalah menyampah, benci.. Siap dipanggil mamat
bajet hensemlah, mamat sengal lah, benci sangat agaknya..
Si Arif Zafran tu pun satu, suka sangat mengusik dan mengenakan Iman
Damia, mana Iman Damia tak membenci lelaki itu?? Bila berjumpa bergaduh, bila
terpandang menjeling, bila terdengar nama je, nak muntah.. Haish, dah tak faham
dia dibuatnya..
“Sebab si Arif tu je, tak pasal-pasal aku yang kau marah.. Benda ni
bukan salah aku seratus peratuskan!!” bentak Linda, geram pula dia bila dia
pula yang dimarahi sedangkan bukannya dia yang salah.. Dah Iman Damia dan Arif
Zafran sahaja yang belum memilih kumpulan, sebab tulah Prof Zahidah menyuruh
mereka membuat satu team.. Cuba kalau buat team awal-awal, tak
adalah masalah sangat..
Iman Damia memberhentikan langkahnya dan mengalihkan pandangannya ke
belakang, dapat dia melihat Linda sudah melangkah laju membelakanginya.. ‘Dia
yang merajuk ke aku?? Haish, susah pula dapat kawan yang kuat merajuk ni..’
rungut Iman Damia, tapi kakinya laju berlari mendapatkan Linda..
“Yelah sorry, aku tahu semua ni bukan salah kau seorang.. Aku pun
salah, aku dah tahu yang si Arif Zafran tu memang malas nak cari team
sendiri, tapi aku tak cari team sendiri awal-awal.. So, aku yang salah.. I’m so
sorry..” lembut suara Iman Damia memujuk..
Linda hanya membalas dengan jelingan sahaja..”Tahu takut!! Lain kali tak
payahlah nak marah aku lebih-lebih..”
“Yelah-yelah, aku salah..” Iman Damia sudah mengalah, malas pula dia nak
bergaduh-gaduh ni..
Linda merupakan satu-satunya kawan yang dia ada di kolej ini,
satu-satunya yang sudi menjadi kawan kepada orang miskin macamnya, jadi dia tak
nak lah hubungan mereka rosak disebabkan hal kecil sahaja.. Lagipun bila dia
dihina atau dikeji, Lindalah yang selalu membelanya dan memarahi mereka yang
menghina dirinya.. Ramai jugalah yang agak takut dengan Linda.. Juara tali
pinggang hitam dalam taekwando kot..
Linda tersenyum, bukannya susah nak pujuk si Iman Damia ni, kalau kena
gaya hilanglah merajuk kawan baiknya itu..
*****
“Arif!! Kau tak kisah ke kena satu team dengan musuh ketat kau
tu??” tanya Khairul kawan baik Arif Zafran..
“Nope, aku lebih suka adalah, bolehlah aku seksa minah tu..”
balas Arif Zafran dengan senyuman sinisnya.. Selama ni memang dia suka membuli
perempuan yang bernama Iman Damia, hanya Iman Damia sahaja perempuan yang suka
dibuli, sebabnya dia sendiri tidak tahu..
“Kau jangan kejam sangat Arif.. Kesian aku tengok budak tu, asyik kena
buli je dengan kau, sejak dia masuk kolej ni sampailah sekarang, kau tak
habis-habis kena kan si budak Iman tu..”
“Biarlah, dah aku suka buli budak macam dia, manalah aku boleh abaikan
hobi aku yang satu tu..”
Khairul mengeleng-gelengkan kepalanya.. “Arif, baik kau ubah perangai
kau tu, jangan buatkan orang fikir kau ni budak nakal or budak jahat!!”
Arif Zafran hanya mengangkat bahunya dan berlalu sahaja, malas dia ingin
melayan bicara Khairul itu..
*****
Masuk kali ini, sudah beberapa kali Iman Damia memandang kearah jam
tangannya.. Dari jarum jam menunjukkan pukul 3 petang hinggalah jarum jam itu
menunjukkan pukul 3.45 petang..
“Ni yang aku malas nak satu team dengan mamat sengal tu!! Janji
pukul berapa datang pukul berapa??!!” gumam Iman Damia perlahan, nasib baiklah
dalam perpustakaan, kalau tak dah lama dia terpekik-pekik kat sini..
‘Sabar Iman, sabar.. Mamat tu sengaja je nak cari pasal dengan kau, dia
kan memang suka tengok kau susah.. Jadi kau sabar je..’ ujar akalnya cuba
memujuk hatinya yang sudah mula membara itu..
Sekali lagi setelah dirasakan masa sudah semakin berlalu Iman Damia
melihat kearah jam tangannya.. 4 petang!!! Laju tangannya mengambil telefon BlackBerry
nya yang berada di meja dan menghantar mesej kepada Arif Zafran..
-Assalamualaikum, Encik Arif Zafran?? Kau dekat mana sekarang ni?? Kau
tahukan hari ni kita ada perbincangan tentang assignment yang Prof
Zahidah bagi..- Iman
Setelah menunggu hampir 3 minit baru mesejnya dibalas oleh Arif Zafran..
-Waalaikumussalam, ya Cik Iman Damia.. Aku dekat luar kolej sekarang ni
dan aku tahu yang hari kita patutnya ada perbincangan, tapi sorrylah aku
tak boleh pergi.. Busy!!-
Terkaku Iman Damia membaca mesej yang dikirim oleh Arif Zafran itu.. Busy??
Dia kata dia busy??!!!
-Kalau busy kenapa tak call or mesej awal-awal.. Kau tahu
tak dekat sejam aku tunggu kau!! Agak-agaklah pun kalau kau benci aku pun, tak payah
lah sampai kau buat aku terpaksa tunggu kau yang takkan muncul tu!!-
Habis sahaja membalas mesej Arif Zafran, Iman Damia terus mematikan
hensetnya.. Malas dia nak layan lelaki biul macam Arif Zafran itu, menyakitkan
kepala sahaja.. Iman Damia memandang kearah buku-buku yang telah sudah-payah
dicarinya tadi.. Hatinya sakit tiba-tiba mengenangkan dengan selambanya Arif
Zafran mengadakan pertemuan mereka petang ini dan dengan selambanya sahaja
lelaki itu membatalkan pertemuan mereka..
‘Kau ingat kau seorang je ke yang sibuk?? Aku tak?? Oi banyak lagilah
kerja yang kena aku buat terpaksa aku tangguh sebab nak jumpa mangkuk ayun
macam kau ni!! Buat sakit hati je!! Masalahnya kalau sekali bolehlah aku
maafkan ini dah dekat 4 kali dia buat macam ni! Dia ingat aku tunggul apa?? Tak
ada perasaan!!??’ jerit Iman Damia di dalam hati..
*****
“Awak dengan diaorang nak buat surprise?? Untuk Iman?? Biar betul
ni?? Bukan awak dengan kawan-kawan awak ni tak berapa nak ngam dengan si Iman
tu ke??” tanya Linda kepada Saiful, Khairul dan Arif Zafran..
“Awak tak percayakan saya ke??” soalan dibalas soalan oleh Saiful, sakit
pula hatinya melihat kekasih hatinya itu bagai tidak mempercayainya..
“Bukan saya tak percaya awak.. Tapi peliklah, tiba-tiba je awak nak ajak
Iman makan sama dengan kita, lepas tu nak buat surprise untuk dia.. Bukan
ke selama ni awak benci sangat kalau dia ikut kita makan sama-sama.. Sampaikan
awak merajuklah kononya dengan saya hari tu sebab saya ajak dia..” ujar Linda,
bukan dia tidak mahu mempercayai Saiful..
Tapi, Saiful dan kawan-kawannya berdua tu bukannya rapat dengan Iman
Damia, jadi dia susah nak percaya bila mereka nak ajak Iman Damia makan bersama
dengan mereka.. Bukannya dia tak suka kalau Iman Damia turut serta, cuma dia
tak suka kalau Iman Damia dikenakan oleh mereka bertiga yang sememangnya nakal
tu..
Ingat lagi dulu bila Saiful merajuk dengannya sebab membawa Iman Damia
turut serta dalam acara makan malam mereka.. Dekat seminggu jugalah si Saiful
tu merajuk dengannya.. Kalau tak kerana Iman Damia nak juga dia mengamuk dengan
Saiful kerana membuat perangai didepan kawan baiknya Iman Damia..
“Alah itu dulu, sekarang saya ok je..”
“Betul ke??” tanya Linda untuk mendapatkan kepastian..
“Ya, saya takkan buat benda pelik-pelik.. Saya just nak buat surprise
je..” ujar Saiful bersungguh-sungguh..
“Ok saya call dia, tapi kalau awak buat benda pelik-pelik siap
awak!!” tegas Linda bersuara, dia tak tahu sama ada Saiful ingatkan dia
main-main atau tak.. Yang pasti apa yang dia katakana tadi adalah benar, kalau
ada diantara mereka yang buat sesuatu dekat Iman Damia, dia takkan duduk diam!!
“Ok!!”
Arif Zafran dan Saiful sudah berpandangan sesama sendiri setelah melihat
Linda sedang menelefon Iman Damia.. Manakala Khairul sudah mengeleng-gelengkan
kepalanya melihat Saiful dan Arif Zafran..
*****
Iman Damia memandang kearah café, dapat dilihat jelas Saiful dan Linda
yang sedang menunggu kehadirannya.. Tapi yang membuatkan langkahnya terhenti
apabila dia melihat Khairul dan si mamat sengal itu turut berada di situ.. Iman
Damia cuba menenangkan dirinya dan melangkah kearah mereka berempat..
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam..”
“Eh Iman, duduklah..” Linda terus menarik kerusi disebelah kanannya yang
kosong untuk dan menyuruh Iman Damia untuk duduk disitu..
Iman Damia hanya menurut.. Wajahnya dingin sahaja, menandakan moodnya
tidak berada dalam keadaan baik.. Mana nak baik kalau ada mamat sengal tu dekat
sini!!
“Korang cakap-cakaplah dulu, aku nak ke tandas kejap..” ujar Linda
tiba-tiba..
“Ok..” Linda terus beredar dari situ, mungkin sudah tak tahan barang
kali..
“Eh korang dah siap ke assignment yang Prof Zahidah bagi?? Minggu
depan dah kena hantar..” tanya Saiful tiba-tiba..
“Group aku dah siap..” Khairul pantas menjawab..
“Aku belum lagi, masih belum sempat nak buat.. Busy..” balas Arif
Zafran dengan wajah selambanya..
“Eh korang kena siapkan cepatlah, tinggal beberapa hari lagi.. Karang
tak sempat siap..” Saiful terus bersuara..
Iman Damia ingin bersuara tetapi tiba-tiba dia terdiam bila dia dapat
merasakan sesuatu yang basah mengalir diatas tudungnya..
“Ops.. I’m sorry, I tak perasan yang you ada dekat
sini, I ingat tak ada orang, tu yang I buang air I yang
lebih-lebih tu dekat sini.. I’m really sorry..” ujar
Marry, perempuan yang paling hot sekali di kolej itu..
Saiful dan Arif Zafran sudah ketawa melihat wajah dan tudung Iman Damia
sudah dibasahi dengan air jus tembikai.. Hilaian ketawa mereka bertiga
mengundang beberapa pasang mata memandang kearah mereka..
“Iman?? You ok tak?? Ke you nak lagi??” habis sahaja
berkata Marry sekali lagi menuang air jus berperisa oren ke kepala Iman Damia..
Iman Damia tertunduk malu, malu bila dia dipermalukan sebegitu sekali,
malu apabila semua mata memandang kearahnya sambil menggelakkan dirinya.. Teruk
sangat ke menjadi anak orang miskin sampai macam ni sekali mereka memperlakukan
dirinya??
Linda yang kebetulan baru keluar dari tandas melihat kejadian yang
menimpa Iman Damia, dengan serta merta marahnya naik mendadak.. Dia merentap
kuat tangan Marry..
“Apa yang kau fikir kau buat ni!!” jerit Linda lantang, pantang dia
melihat kawannya diperlakukan seperti itu..
“Wow, rilekslah.. I cuma nak gurau-gurau dengan Iman ni
je, bukannya I nak buat pelik-pelik pun..” balas Marry sambil tersenyum
sinis..
“Rileks?? Kau cakap..”
Kata-kata Linda terhenti bila Iman Damia bangun secara tiba-tiba, wajah
Iman Damia kelihatan merah kesan menangis.. Iman Damia tidak bersuara
sebaliknya dia mengeluarkan sesuatu daripada begnya dan mencampakkannya keatas
meja.. Kemudian dia terus berlari pergi dari situ..
Linda sudah bergerak untuk mendapatkan Iman Damia tetapi suara Marry
menghentikan langkahnya.
“Eleh rilekslah Linda, dia tu bukan sesiapa dengan you pun, tak
payahlah you ambil kisah dengan dia sangat.. Tak penting pun, lagipun
apalah yang dia ada untuk berkawan dengan anak jutawan macam you ni..”
Sejurus sahaja Marry berkata dengan laju pipinya mendapat habuan
daripada Linda.. Tamparan yang kuat itu membuatkan semua terpegun..
“Linda!!” jerit Saiful dengan kuat, sakit hatinya melihat Linda sesuka
hati sahaja menampar Marry yang merupakan kawan baiknya itu..
“Penting sangat ke Iman itu pada awak?? Apa yang Iman tu dah buat untuk
awak sampai awak nak sangat ambil kisah pasal dia??!!” tanya Saiful dengan
kasar..
Mata Linda yang tajam membalas pandangan Saiful, sesikit pun dia tak
gentar dengan pandangan Saiful yang bagai mengamuk itu..
“Habis tu, penting sangat ke minah ni pada awak?? Apa yang minah ni dah
buat dekat awak sampai awak nak ambil kisah sangat pasal dia??” Linda tidak
menjawab soalan Saiful, tapi menanyakan balik soalan yang sama kepada Saiful..
Saiful kelihatan terkedu mendengar suara Linda yang lantang bertanyakan
soalan kepadanya. Tidak pernah Linda berkata dengan kuat sebegitu kepadanya
selama ini..
“Awak marah bila saya sakiti awak punya kawan?? Habis tu takkan saya nak
senyum sahaja melihat kawan saya dimalukan seperti itu??” mendatar Linda
bersuara, nadanya seperti orang yang hendak menangis sahaja..
“Awak tanya saya kenapa Iman penting pada saya?? Kenapa saya selalu
ambil kisah pasal Iman?? Sebab Iman, Iman selalu ada dengan saya disaat saya
suka mahupun disaat saya duka.. Iman bagaikan kakak saya yang selalu ada untuk
menasihatkan diri saya setelah mama saya meninggal.. Iman selalu ambil kisah
pada saya, selalu memujuk saya kalau saya teringatkan arwah mama, selalu cuba
untuk menunjukkan yang dia kuat dihadapan saya.. Sedangkan dia sendiri sudah
tidak mempunyai ibu bapa..” Linda berkata dengan perlahan, air mata sudah tidak
berhenti mengalir daripada tubir matanya..
“Kalau awak nak tahu, arwah mama saya merupakan kawan baik kepada arwah
ibu Iman.. Disebabkan terhutang budi dengan keluarga saya, ibu dengan ayah Iman
ingin bekerja di rumah saya tanpa gaji, walaupun papa dan mama cuba untuk
memberikan gaji, mereka tetap tak nak menerimanya.. Sehinggalah suatu hari,
bila arwah mama saya dan arwah ibu bapa Iman meninggal di dalam satu
kemalangan.. Saya sedih saya menangis, tapi Iman ada dan selalu memujuk saya..
Sedangkan kalau tidak disebabkan arwah mama saya yang tiba-tiba teringin sangat
nak keluar jalan-jalan, pastinya ibu bapa Iman tidak akan meninggal dunia,
tetapi Iman tidak pernah sesekali pun mengungkit hal itu.. Sebabkan semua itu..
Sebabkan itulah saya cuba sedaya upaya saya untuk jaga hati dan perasaan dia,
sebab saya dan anggap dia sebagai kakak saya sendiri..” Linda menggelap air
matanya yang tidak berhenti-henti mengalir sedari tadi itu..
Mereka yang berada di café itu pun kelihatan semuanya terkedu,
terutamanya Saiful, Arif Zafran, Khairul dan Marry..
“Li.. Linda..” Saiful cuba untuk bergerak mendapatkan Linda yang sudah
menangis teresak-esak itu.. Tetapi Linda tiba-tiba mengangkat tangannya,
menghalang Saiful daripada menghampirinya..
“Mulai hari ni, there’s
nothing between you and me ..” habis sahaja bersuara Linda terus
pergi meninggalkan Saiful..
*****
Linda memandang Iman Damia yang sudah menangis teresak-esak di sebuah
bangku di taman Villanya itu, hatinya terasa sakit melihat penderitaan yang
dialami oleh sahabatnya itu.. Dia berasa sangat kecewa apabila kesakitannya
yang dialami oleh Iman Damia kali ini terjadi disebabkan oleh Saiful, yang
kononnya kekasih hidup dan matinya itu..Dengan perlahan Linda melangkah kearah
Iman Damia, tangannya melingkar ke bahu Iman Damia seraya tubuh sahabat yang
sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri itu didakap erat..
Linda cuba untuk menyalurkan sedikit kekuatan kepada Iman Damia yang
selama ini tidak pernah menunjukkan kesedihan, nampaknya benteng kesabaran Iman
Damia sudah runtuh, jiwanya sudah rapuh.. Semua disebabkan oleh dirinya
sendiri, kelekaannya dalam bercinta menyebabkan Iman Damia terluka.. Perasaan
bersalah semakin mencengkam jiwanya apabila esakan Iman Damia semakin kuat..
“Maafkan aku Iman, maafkan aku.. Semua ini salah aku, tolong jangan
menangis lagi.. Aku minta maaf sangat..” lembut Linda berbicara agar dapat
memujuk hati sahabatnya yang sudah terluka teruk itu..
“Apa salah aku Linda?? Apa salah aku sampai aku diperlakukan macam ini??
Kenapa semua orang benci aku?? Kenapa semua orang tak boleh terima aku??
Salahkah aku sebab dilahirkan sebagai orang yang tidak berduit?? Salahkah aku
Linda??” lirih suara Iman Damia menuturkan kata-katanya, sungguh dia sudah
penat berlagak kuat, hatinya dah penat untuk memendam rasa, mukanya sudah penat
untuk mengukir senyuman palsu, dia sudah tidak larat lagi dengan lakonan ini..
Linda mengeratkan lagi pelukannya, air matanya turut mengalir mendengar
bicara Iman Damia itu, dia tahu sesakit mana pun hatinya saat ini, belum tentu
dapat menandingi kesakitan yang dirasai oleh Iman Damia..
“Kau tak salah, kau tak buat apa-apapun.. Yang salah itu mereka, mereka
yang berlagak hebat dan kaya.. Mereka yang sombong dan angkuh dengan kekayaan
sehingga alpa dan leka bahawa semua ini adalah pinjaman sementara daripada
Allah, takkan kekal pun.. Sekarang ini kau jangan fikirkan mereka itu, kau
menangislah sahabat, jangan kau pendam perasaan kau itu lagi, menangislah
sepuas-puasnya..” ujar Linda, tangannya menepuk belakang Iman Damia untuk
menenangkan jiwa kacau sahabatnya itu..
Iman Damia menghamburkan sepuas-puasnya kesedihan yang dibendung selama
ini, tanpa berselindung.. Dia menangis tanpa menghiraukan sesiapa, dia ingin
meluahkan segalanya tanpa memendam apa-apa lagi.. Untuk kali ini dia ingin
menjadi lemah agar lain kali dia akan bertambah kuat untuk menghadapi
semuannya..
Linda tersenyum, sekurang-kurangnya kali ini dia sudah melihat Iman
Damia menangis, akhirnya sahabatnya itu berlaku jujur dengan dirinya sendiri..
Menangis apabila sedih dan bukannya memasang senyuman walaupun hakikatnya
hatinya dirobek-robek.. Selama ini dia terlalu leka akibat Iman Damia pandai
menutup kesedihannya, disebabkan itu kini dia perlu ada disisi Iman Damia untuk
memberikan sahabatnya itu semangat, sebagaimana yang sering dilakukan Iman
Damia untuk dirinya..
“Iman, kau tak perlu risau lagi.. Aku dengan Saiful dah taka da apa-apa..”
kata Linda apabila tangisan Iman semakin reda..
Iman Damia pantas menolak tubuh Linda, matanya memandang Linda tidak
percaya.. Hubungan akrab mereka semenjak kecil lagi, dia tahu ini adalah kali
pertama Linda betul-betul serius dengan seseorang dan orang itu adalah Saiful..
Adakah disebabkan dia Linda mengambil keputusan untuk melupakan kekasih hatinya
itu??
Linda tersenyum memandang Iman Damia yang jelas memancarkan riak wajah
menagih jawapan.. “Bukan sebab kau atau sesiapa, aku buat keputusan ini atas
kehendak diri aku sendiri.. Aku tak nak ada hubungan dengan seseorang yang
tidak tahu menghargai apa yang aku sayang, aku tak nak ada hubungan dengan
seseorang yang meletakkan darjat mengatasi sifat kemanusiaan.. Aku tak nak
semua itu, apa guna kalau suka sama suka sekali pun, tapi dia tidak pandai menjaga
akhlak dan kelakuannya..”
Iman Damia ingin memeluk Linda semula, namun ditahan laju oleh Linda..
Linda hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.. Iman Damia mengerutkan dahi..
“Air mata yang mengalir dari mata aku ini, adalah air mata kesedihan
kerana aku tak boleh nak jaga kau macam mana kau jaga aku.. Bukan air mata
disebabkan aku sedih kerana aku putus dengan si Saiful itu.. Macam yang aku
cakap dia tiada kriteria yang aku nak, masa yang aku bagi untuk dia berubah sudah
terlalu banyak, jadi ini adalah keputusan yang aku buat setelah dia asyik
mengejar ego dan kemewahannya..”
“Takkan kau tak sedih sedikitpun?? Dia lelaki pertama yang berjaya
menarik perhatian kau, yang berjaya mengetuk hati kau yang selama ini dikunci
dengan manga besi yang paling kuat sekali??” tanya Iman Damia dengan nada
bergurau..
“Nope!! Aku lebih sedih dengan sikap dia daripada berputus dengan
dia..” ujar Linda dengan yakin tanpa ada sedikit rasa ragu-ragu dalam
bicaranya..
“Kalau dia dah berubah dan nak dekat kau balik??” tanya Iman Damia
sekali lagi, ingin memastikan hati sahabatnya itu..
“Kalau dia dah berubah sekalipun, aku tetap takkan terima dia!!” laju
Linda meletakkan noktah dalam kata-katanya.. Iman Damia mengerutkan dahi sekali
lagi tanda tidak faham dengan kata-kata Linda..
Linda tersengih, mengerti yang Iman Damia tidak faham dengan
perlakuannya.. Sekejap kata tak suka dengan kelakuan si Saiful itu, tetapi
kalau berubah tetap tak hendak.. “Iman, aku dah anggap kau macam kakak aku tahu
tak?? Macam mana aku nak terima seseorang yang tak boleh terima kakak aku?? Selagi
dia tidak minta maaf dengan kau dan terima kau sebagai sahabat aku, kakak aku..
Selagi itu aku tak boleh terima dia walaupun dia dah berubah jadi baik mana sekalipun..
Iman Damia tersenyum mendengar bicara Linda, syukur dia apabila dia suda
tiada ibu bapa lagi, keseorangan dan sebatang kara, namun masih ada orang yang
sudi menganggapnya sebahagian daripada ahli keluarga..
‘Ya Allah, Engkau tabahkanlah hamba-Mu yang lemah lagi hina ini.. Engkau
kuatkanlah aku untuk menghadapi segala ujian dan cabaran yang Engkau berikan.. Engkau
berilah kebahagiaan kepada aku dan keluarga Linda Ya Allah.. Sesungguhnya Engkaulah
tempat aku memohon pertolongan dan perlindungan Ya Allah..’ bisik hati Iman
Damia perlahan, sesungguhnya sebaik-baik tempat mengadu adalah dengan Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
*****
Arif Zafran memandang kearah assignment yang telah disiapkan oleh
Iman Damia dengan teliti.. Semuanya telah disiapkan sendiri, pastinya Iman
Damia sudah malas nak melayan dirinya sebab tulah disiapkan assignment
ni sendiri.. Tiba-tiba rasa bersalah menjalar dihatinya..
"Korang ni dah kenapa??” tanya Khairul sambil memandang Arif Zafran
yang sedari tadi membelek assignment yang telah disiapkan oleh Iman
Damia, manakala Saiful pula asyik termenung sahaja..
Saiful dan Arif Zafran hanya berdiam diri sahaja, masing-masing seperti
berada di alam sendiri..
“Woi!!” jerit Khairul dengan kuat, aku cakap boleh buat tak tahu je??
Dah sah termenung panjang ni..
“Kau ni kenapa Khai?? Tak boleh tengok orang senang ke??
Terjerit-jerit..” marah Arif Zafran, apabila Khairul menjerit tiba-tiba..
“Entah, kitaorang tengah pening ni.. Kau tak payahlah tambahkan pening
kitaorang!!” Saiful pun bersuara juga..
“Aik?? Aku pula yang kena marah?? Hoi, korang tu dah kenapa?? Nak emo
bagai, datang bulan ke??” tanya khairul, walaupun sebenarnya dia dah tahu
kenapa dengan dua orang sahabatnya itu..
“Kitaorang rasa bersalah..”
“Haah, rasa bersalah dengan Iman
dan Linda.. Mesti diaorang sedihkan sekarang ni..” pantas Saiful menyambung kata-kata Arif
Zafran..
Khairul tersenyum sinis.. “Tahu rupanya rasa bersalah, ingat dah tak
tahu macam mana rasa serba salah..”
Saiful dan Arif Zafran terdiam mendengar bicara Khairul yang agak sinis
itu..
“Aku rasa lebih baiklah korang pergi minta maaf dengan si Iman dan Linda
tu, daripada korang asyik termenung je, bukannya boleh buat apa pun..” Khairul
memberika cadangan, dah tak larat dia melihat wajah sedih sahabat-sahabatnya
itu..
“Tapi macam mana??” tanya Saiful dan Arif Zafran serentak..
Khairul tersenyum sahaja.. “I’ve got a good idea!!!”
*****
“Kau nak pergi ke birthday party adik Khairul tu??” tanya Iman
Damia kepada Linda..
“Entah, macam malas je aku nak pergi..” balas Linda, dia sebenarnya
taknak berjumpa dengan Saiful.. Walaupun dalam hatinya meronta untuk pergi,
tapi dia tak naklah berjumpa dengan orang yang sudah menyakitkan hatinya dan Iman
Damia..
“Pergi jelah, aku oklah.. Aku tahu kau pun mesti rindukan si Saiful tu
kan..”
“Tipulah kalau aku kata aku tak rindukan mamat tu, tapi hati aku masih
sakit lagi!! Dengan apa yang dia dah buat dekat kau..”
“Setiap manusia tidak lari daripada membuat silap Linda, termasuklah
Saiful dan kawan-kawannya tu..”
“Alah, kau cakap je lebih.. Kau nak ke pergi?? Nanti kang jumpa dengan
mamat yang kau benci tu..”
“Aku tak kisah, kau pergi aku pergi..” ujar Iman Damia, dia
seboleh-bolehnya ingin Linda pergi ke birthday party adik khairul itu..
Khairul telah memberitahunya yang Saiful benar-benar rasa bersalah dah sangat
berharap agar Linda akan datang ke birthday party adiknya itu..
“Oklah..” mendengar kata setuju daripada Linda membuatkan Iman Damia
tersenyum..
*****
Linda dan Iman Damia berjalan beriringan ketika memasuki rumah banglo
milik Dato’ Jamil ayahnya Khairul.. Agak ramai juga orang yang ada di situ,
maklumlah anak orang kaya pasti kawannya pun ramai..
“Cik Linda dan Cik Iman??”
Iman Damia dan Linda terus mengalihkan pandangan memandang kearah
suaranya yang memanggil nama mereka.. Kelihatan dua orang yang berakaian tuxedo
lengkap sedang tersenyum memandang kearah mereka..
“Ya saya Linda dan ini Iman, ada apa-apa yang boleh kami bantu??” tanya
Linda..
“Kami telah diarahkan untuk mengiringi Cik Linda dan Cik Iman ke dalam,
sila ikut kami..” ujar salah seorang lelaki yang bertuxedo itu..
Linda dan Iman Damia berpandangan sesama sendiri, tetapi mereka tetap mengikut
langkah 2 orang lelaki bertuxedo itu.. Sedang mereka berjalan untuk
menuju ke belakang rumah tiba-tiba lampu menjadi malap.. Orang ramai yang
tadinya berkumpul seperti hilang begitu sahaja..
Linda dan Iman Damia sudah mengenggam tangan masing-masing dengan erat,
takut pula tiba-tiba.. Takut dekat apa pun tak tahu, tapi seram pula bila lampu
bertukar malap..
“Cik Iman dan Cik Linda boleh duduk sini..” ujar lelaki bertuxedo itu
sambil menunjukkan 2 kerusi yang terletak berdekatan dengan kolam renang..
Iman Damia dan Linda seperti teragak-agak untuk duduk dikerusi itu,
yelah mana tak teragak-agak, kata ni birthday party tapi tak ada orang
langsung.. Walau bagaimana pun mereka tetap duduk dikerusi itu.. Setelah mereka
duduk 2 orang lelaki itu terus pergi dari situ..
“Kenapa ni Linda?? Takut aku dibuatnya..” ujar Iman Damia bila mereka
ditinggalkan..
Belum sempat Linda membalas tiba-tiba muncul cahaya daripada seberang
kolam renang, kelihatan sebuah pentas kecil yang siap ada piano dan mikrofon..
Arif Zafran dan Saiful muncul dari belakang pentas dan terus
bergerak mendapatkan mikrofon manakala Khairul pergi mendapatkan piano.. Bunyi lagu Sorry That I Loved You nyanyian Anthony Neely..Mereka terus bernyanyi manakala
Khairul memainkan piano..
Iman Damia dan Linda seperti terpukau, tersentuh mendengar
bait-bait lagu yang dinyanyikan itu.. Antaranya..
Sorry that I hurt you
Sorry that I fell through
Sorry I was falling in love with you
I'm sorry that it came true
But sorry doesn't turn back time
For all that I have done to you
I wish that I could make it right
Habis sahaja lagu itu dimainkan tiba-tiba datang beberapa orang memberikan bunga kepada Iman Damia dan Linda..
Sorry that I hurt you
Sorry that I fell through
Sorry I was falling in love with you
I'm sorry that it came true
But sorry doesn't turn back time
For all that I have done to you
I wish that I could make it right
Habis sahaja lagu itu dimainkan tiba-tiba datang beberapa orang memberikan bunga kepada Iman Damia dan Linda..
“I’m so sorry my love, because I make you hurt.. Please forgive
me dear..” Saiful bersuara sambil matanya memandang lembut kearah Linda..
“I’m so sorry because I can tell you the truth, about my feeling
for you.. I only know how to hurt you but I don’t know how to make you happy..
I love you Iman Damia..” Arif Zafran memandang Iman Damia dengan senyuman
ikhlas, seikhlas luahan hatinya tadi..
Iman Damia terkedu manakala Linda tersenyum..
Saiful dan Arif Zafran berjalan kearah mereka diikuti oleh
Khairul.. Sesampai sahaja dihadapan mereka, Saiful berlutut dihadapan Linda dan
Arif Zafran berlutut dihadapan Iman Damia..
“Can you be part of my life??” tanya Saiful..
“And can you always stay by my side with me..” sambung Arif
Zafran..
“Sejak bila kau suka aku?? Bukan ke selama ni kita tak pernah ngam
pun.. Kau pun bukannya selalu jumpa aku..”
Arif Zafran tersenyum mendengar bicara Iman Damia.. “Memanglah
selama ni kau dengan aku tak ngam, tapi tak bermakna aku tak boleh menaruh
perasaan dekat kau.. Hanya kau sahaja yang tak selalu jumpa aku, aku selalu
jumpa, perhatikan kau.. Perhatikan senyum gembira kau yang takkan aku nampak
bila kau berjumpa dengan aku, perhatikan gelak-ketawa kau yang takkan kau bagi
aku tengok.. Sejak bila aku suka kau?? Sejak aku tahu, kau memang tercipta
untuk aku, hanya untuk aku..” lembut Arif Zafran menuturkan kata-kata..
Khairul dan Saiful sudah membeliakkan mata mereka, serius tak
sangka hati keras macam Arif Zafran rupanya tahu nak ber romantik juga rupanya..
Iman Damia tersenyum mendengar jawapan daripada Arif Zafran yang
selama ini dibencinya itu, ingatkan tak ada perasaan rupanya ada.. Tipulah
kalau dia kata dia tak suka Arif Zafran, walaupun kelihatan sombong tetapi
hatinya sangat lembut, bukan sekali dua dia melihat Arif Zafran membantu orang
tua melintas ataupun mengangkat barang tapi banyak kali dan tak sangka pula
sikap sombong lelaki itu sebenarnya kerana ingin rapatkan diri dengan perempuan
seperti dia..
Namun Linda dan Iman Damia tetap berdiam diri, Iman Damia tak tahu
nak cakap apa sebab wajah Linda muram seperti ada sesuatu yang menganggu
fikirannya saat itu.. Dia risau jika Linda tidak suka dengan keadaan ini..
“Linda??” panggil Iman Damia lembut..
Linda diam tidak berkutik
“Kenapa ini Linda?? Kau tak sihat??” tanya Iman Damia sambil
memegang dahi Linda, namun dengan pasntas Linda mengkap tangan Iman Damia dan
memegangnya erat..
“Aku pernah cakap dengan kau, walaupun dia dah berubah.. Tapi
selagi kemaafan tidak dipinta daripada aku takkan terima dia langsung!!” tegas
Linda bersuara, kata-kata yang pernah diucapkan perlu dikotakan dan dia tidak
menyesal kalau berbuat sedemikian..
Iman Damia tersenyum mendengar bicara Linda, nampaknya Linda memang
tekad untuk melakukan apa yang pernah diucapkan dahulu.. “Aku dah maafkan
diaoranglah Linda, aku tak kisah pun.. Benda dah lepas, biarlah dia berlalu..”
ujar Iman Damia sambil membalas pegangan Linda..
Linda merentap laju tangannya daripada genggaman Iman Damia, dia
terus berdiri daripada kerusi yang didudukinya sebentar tadi.. Jelas berubah
riak wajah Iman Damia akibat perbuatan drastiknya itu..
“Tolonglah Iman.. Jangan mudah memberi kemaafan setelah apa yang
diaorang dah buat dekat kau.. Diaorang tidak memohon maaf, tapi kau dah pun
memaafkan diaorang.. Kenapa?? Sebab aku?? Sebab kau ingat yang aku terlalu
cintakan Saiful?? Ya aku masih cintakan dia, sampai saat ini, detik ini.. Hati
aku masih sayangkan dia.. Tapi kalau dia tak boleh terima kau, aku takkan
pernah terima dia!!” jerit Linda, sungguh dia tidak suka apabila Iman Damia
terlalu mendahulukan perasaannya..
Mendengar sahaja kata-kata Linda, Saiful terus menundukkan
kepalanya kepada Iman Damia, perkara yang sama dilakukan oleh Arif Zafran dan
Khairul..
“Maafkan aku Iman, sebab aku terlalu angkuh dengan harta aku sampai
sanggup menghina kau.. Sungguh aku buat semua itu sebab aku ingat kau hanya nak
ambil kesempatan atas kebaikan Linda, masa yang kes Marry tumpahkan air itu, baru
aku tahu perkara sebenar.. Aku minta maaf..” ujar Saiful perlahan, serba salah
agaknya akibat kesalah fahaman yang berlaku..
“Aku pun minta maaf, niat aku pun sama dengan Saiful.. Tapi niat
aku lebih kepada mengusik saja, aku suka tengok kau marah-marah.. Sampaikan
satu tahap yang aku ingatkan yang aku tak boleh hidup kalau tak buli kau..
Padahal hakikatnya aku nak selalu jumpa kau, tapi aku tak ada alasan sebab
itulah aku selalu kenakan kau..” ujar Arif Zafran juga dengan nada perlahan..
“Aku pun minta maaf.. Aku bukan ada niat apa-apapun atau ada sebab
yang khusus kenapa aku nak buli kau.. Tapi nak buat macam mana aku kaan dengan
yaitan yang bertopengkan manusia.. Jadi aku pun terjebak sekali..” ujar Khairul
selamba tanpa ada riak serba salah menuturkan kata-katanya..
“Kau dah lebih..” ujar Arif Zafran dan Saiful serentak, geram
apabila disamakan syaitan.. Amboi buat nak sama-sama, dah buat nak tinggalkan
kesalahan kat mereka berdua.. Khairul tersengih..
“See, diaorang dah minta maaf..” ujar Iman Damia sambil
mengangkat keningnya..
Namun wajah Linda masih menunjukkan riak tidak puas hati..
“Aku pun minta maaf, aku ikut rancangan syaitan bertiga itu saja..”
Kedengaran suara Marry yang muncul tiba-tiba di sebalik kolam..
“Woi!!” jerit ketiga-tiga jejaka itu serentak mendengar bicara
Marry yang sudah tersendih kerang busuk itu..
Saat itu barulah kelihatan senyuman terpancar diwajah Linda, jelas
dia berpuas hati dengan kata-kata maaf yang diucapkan kepada Iman Damia..
Sungguh melihat wajah Iman Damia yang tersenyum lebar, membuatkan Linda turut
senyum..
“Iman, Linda, tak payah nak fikir panjang-panjang, terima je..
Lagipun adik aku dari tadi asyik menjeling je ni, dah tak sabar nak potong kek,
so kalau nak terharu ke apa buat nanti..” ujar Khairul sambil matanya
asyik memandang kedalam rumah, dapat dia melihat yang sedari tadi adiknya asyik
menjeling kearahnya sambil membuat tangan seperti penumbuk..
Linda, Iman Damia, Saiful dan Arif Zafran ketawa mendengar bicara
Khairul, lupa pula mereka yang mereka kini berada di birthday party adik
Khairul..
“Saiful I want to be part of your life..” ujar Linda
tiba-tiba, Saiful sudah tersenyum..
Iman Damia memandang kearah Arif Zafran yang kelihatan mengharap
itu.. “Arif Zafran, I also want always be by your side, together with you..”
“Yeah!!!” Arif Zafran dan Saiful sudah melompat-lompat sehingga
mereka pun turut melompat ke dalam kolam renang.. Khairul hanya meraup mukanya
melihat telatah sahabat-sahabatnya yang sudah seperti orang gila itu, terlebih
gembira betul!!
Iman Damia dan Linda pula berbalas senyuman, mereka ketawa sesama
sendiri.. Pastinya mereka juga gembira dengan apa yang berlaku, tapi tak lah
buat kerja gila macam Saiful dan Arif Zafran itu..
“Saiful!! Arif!! Kau orang naik sekarang!! Sebelum adik aku
bertukar jadi hijau, lenyek kau orang berdua dengan penumbuk yang dari tadi dia
tayang itu!! Baik kau orang naik!!” jerit Khairul kuat..
Masing-masing sudah menghamburkan ketawa melihat riak risau yang
jelas terpancar di wajah Khairul, agak-agaknya menyesal kot offer mereka
untuk membuat majlis maaf-bermaafan masa majlis birthday adiknya itu..
“Rilekslah Khai.. Aku dah roger dengan adik kau lambat sikit
tadi.. Dia kata ok..” ujar Marry kepada Khairul yang menggelabah tak tentu
pasal itu..
“Seriuslah dia tak marah??” tanya Khairul..
“Tak.. Aku cakap yang ini majlis memikat hati si dia, terus dia
tersenyum lebar lepas itu cakap kalau macam itu tak apa..” ujar Marry selamba..
Tiba-tiba mendengar seseorang sedang berdehem.. Mereka semua
mengalihkan pandangan kearah deheman itu, kelihatan keluarga Khairul sedang
tersenyum memandang mereka semua..
“Abang!! Abang dah kacau majlis adik, baik abang buat betul-betul
untuk majlis ini..” ujar adiknya Khalisya dan kata-kata adiknya membuatkan dia
tertanya-tanya..
“Buat betul-betul?? Maksud adik??” tanya Khairul..
“Yelah, majlis memikat si diakan?? Akak itukan yang abang nak
pikat..” ujar Khalisya sambil menunjukkan tangannya kearah Marry..
Marry sudah berubah menjadi pucat.. Patutlah laju Khalisya memberi green
light, rupanya sudah salah faham..
Arif Zafran dan Saiful sudah tersengih-sengih antara satu sama lain
mendengar bivara Khalisya itu.. Mereka tahu sebenarnya perasaan Khairul kepada Marry melebihi perasaan seorang kawan, dan bagi mereka ini masa yang tepat untuk Khairul berlaku jujur.. Sampai bila nak memendam perasaankan..
“Cepatlah abang.. Ini pertama kali abang suka seseorang, siap nak
buat majlis memikat lagi.. Adik dah bawa keluarga kita untuk support
abang.. Cepatlah, kesian bakal kakak ipar adik tunggu tu..”
Khairul menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, matanya memandang
Marry yang jelas terkejut mendengar kata-kata Khalisya, pastinya dia tak tahu
yang niatnya hendak menolong telah disalahtafsir..
“Alah Khairul.. Tak payah nak teragak-agak sangatlah.. Cakap
sajalah perasaan kau itu..” ujar Arif Zafran..
“Entah, tak payah nak malu-malu kucinglah wei.. Cepatlah, kitaorang
pun tukang support kau ni..” ujar Saiful pula..
Khairul mengetap bibir memandang kedua kawannya yang sudah membuat
muka gatal itu.. Sajalah nak mengenakannya..
“Marry atau nama sebenar kau Maria Binti Hashim.. Aku Khairul Bin
Dato Fendi, aku tak pandai nak buat ayat romatik, tak pandai nak cipta puisi
atau menyanyi.. Apatah lagi nak petik kata-kata pujangga.. Jadi aku akan cakap
terus terang tanpa berdolak-dalih.. Aku tak pernah suka sesiapa, aku anggap yang
aku masih muda untuk mengenal cinta..”
“Tapi hakikatnya, saat mata kita berlaga untuk kali pertama, aku
jatuh cinta pandang pertama.. Walaupun kau tak tahu, tapi aku tahu yang aku
sukakan kau.. Tak!! Aku rasa lebih kepada aku dah mula nak mengenal cinta dan
bersikap lebih dewasa bila berada dengan kau.. Aku takut kalau perasaan ini
akan menjauhkan kita, tapi aku turut sedar yang aku tak boleh asyik berlari
daripada kebenaran yang aku cintakan kau..”
“Maria, aku tak sempat nak cari ayat dalam Bahasa Inggeris macam
diaorang.. Jadi hanya ayat ringkas yang aku boleh cipta.. Will you be mine??
Please??” ujar Khairul dengan jujur, kali ini dia tidak ingin lagi menyembunyikan
perasaan kepada Maria atau lebih dikenali sebagai Marry itu..
Marry yang terkedu mendengar kata-kata Khairul itu tersenyum.. “Perasaan
awak dan saya sama, untuk menolak pasti saya tidak boleh sebab walaupun saya
tidak pasti dengan perasaan saya lagi, saya tetap rasa bahawa disisi awak saya
boleh jadi diri sendiri tanpa perlu berlakon.. Awak terima saya seadanya, tanpa
perlu saya menyembunyikan sikap saya, saya suka berada di sisi awak.. Jadi saya
rasa saya takkan menyesal untuk bagi jawapan untuk pertanyaan awak itu..”
Marry menarik nafas perlahan.. “Khai.. I want to be yours..”
Mendengar jawapan itu, Khairul terus berlari dan melompat ke dalam
kolam renang mengikut jejak kawan-kawannya.. Sungguh, dia berasa malu saat itu,
pertama kali meluah perasaan.. Nasib baik diterima..
“Alhamdulillah..” ucap mereka semua serentak..
Siapa sangka yang bercinta seorang, namun akhirnya yang menerima
cinta bukan seorang itu sahaja.. Perancangan indah yang dicipta Allah, jodoh
yang tidak pernah disangka dan luar daripada kotak pemikiran.. Namun, itulah
jodoh yang membahagiakan jika kena tempat dan gayanya.. Insya Allah, hubungan
yang tercipta, masjid yang dibina akan kekal untuk selamanya.. Amin..
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan