Ahad, 11 Mac 2018

Aku + Kau = Syntax Error


AKU + KAU = SYNTAX ERROR!!??

Oleh Red Violet



“Eisya Qistina!”,Farish Luqman menjerit memanggil nama Eisya.Dia melangkah laju kea rah Eisya.

‘Hish,mamat ni!asyik nak bertempek sebelah aku je’,gerutu Eisya di dalam hati.

“Apahal”,soal Eisya kasar.

“Alah,Rish panggil pun marah,Sya dari semalam asyik nak marah je,kenapa?datang bulan ek?”,soal Farish dengan nada lembut.

“Sukahati akulah nak marah pun,yang kau sibuk tu kenapa?”,jerkah Eisya.Dia tak kisah orang lalu-lalang yang memerhatikan dia.Dia memang selalu menengking Farish.Nak buat macam mana,lembut semacam.Geram Eisya dibuatnya.

“Eisya macam tak suka je kawan dengan Rish,takpelah Rish faham,mana ade orang nak kawan dengan Rish yang tak macam lelaki lain ni”,balas Farish sayu.

Eisya mengeluh perlahan sebelum berkata. “Mana ade aku tak suka kawan dengan kau,aku cuma tengah bengang sekarang ni,sebab tu aku marah kau tadi”,dalih Eisya.

Hakikatnya dia memang tidak berapa suka dengan Farish yang dah serupa pondan tu.Baru marah sikit dah terasa.Dahlah aku ni jenis yang suka cakap lepas!.

“Betul ni?”,soal Farish sambil mengelip-ngelipkan matanya.

“Hish,betullah!hah,kau nak apa jerit-jerit panggil nama aku tadi?”,soal Eisya.

“Rish nak ajak Sya buat assignment sekali kat rumah Rish”,kata Farish.

“Malaslah,aku nak balik rumah cepat”,balas Eisya.

“Alah,kalau tak nak buat kat rumah Rish,kita buatlah kat rumah Sya,lagipun Rish tak pernah pergi rumah Sya lagi”,kata Farish sambil membuat muka yang penuh mengharap.

“Kau tak payah nak buat muka macam tulah,aku lempang muka tu kang!tak payah!petang ni aku datang rumah kau,dah lah aku balik dulu”,kata Eisya tegas lalu berlalu.

“Sya tak nak Rish hantarkan ke?”,soal Farish kuat.

“Tak payah!aku boleh balik sendiri”,balas Eisya tanpa menoleh ke arah Farish.

~@~@~@~

“Assalamualaikum aunty”,Eisya memberi salam kepada Datin Fariza a.k.a mama Farish yang sedang menyiram pokok bunganya.

“Waalaikumussalam,Eisya rupanya,aunty ingat sapalah tadi”,balas Datin Fazira mesra.

“Hehehe,maaflah terkejutkan aunty..,Rish mana aunty?”,soal Eisya lalu mnyalami tangan Datin Fazira.Kemudian dia memerhatikan rumah 3 tingkat itu.

“Dia ada kat dalam,biasalah tu,kalau tak kat rumah,mesti dia melekat dengan kamu..,dia tu mana ada kawan selain kamu,takde sapa nak kawan dengan Farish tu”,keluh Datin Fazira.

“Sabarlah aunty”,ujar Eisya perlahan.

“Aunty bukan apa,semenjak ayahnya pergi,perangainya makin menjadi-jadi,aunty ingat jadilah macam lelaki sikit,tapi perangai dia dah mengalahkan kita yang perempuan ni,lembut sangat!”,kata Datin Fazira geram.

“Aunty janganlah risau,nanti-nanti hilanglah lembut dia tu”,pujuk Eisya.

“Harap-harap macam tulah Eisya,terima kasihlah sebab sudi berkawan dengan anak aunty,aunty terhutang budi dengan Eisya”,kata Datin Fazira.

“Takpelah aunty,lagipun Eisya memang takde kawan pun”,balas Eisya.

“Emm..,Eisya,pasal tawaran aunty tu Eisya memang tak nak ke?”,soal Datin Fazira.

“Tawaran?tawaran apa?”,soal Eisya pelik.

“Yang hari tulah,kan aunty ada kata kalau Eisya sudi berkawan dengan Farish,aunty akan bagi Eisya apapun yang Eisya nak,lagipun Eisya pernah selamatkan aunty masa aunty kena rompak dulu”,kata Datin Fazira.

“Eisya ikhlas nak berkawan dengan Farish dan Eisya ikhlas tolong aunty masa tu,aunty tak payahlah risau”,balas Eisya ikhlas.

“Betul ni?tapi kalau Eisya perlukan apa-apa,bagitahu je kat aunty,aunty akan tolong semampu aunty,ok?”,soal Datin Fazira.

“Ok..”,balas Eisya sambil tersenyum manis.

“Emm,pergilah masuk dalam,kamu berdua nak buat assignment kan?”,soal Datin Fazira.

“Haah aunty”,balas Eisya.

“Oklah kalau macam tu,Eisya masuklah dulu,aunty nak habiskan siram bunga ni dulu”,kata Datin Fazira.

“Ok”,balas Eisya lalu melangkah ke dalam baglo itu.

~@~@~@~

“Banyaknya assignment kau”,kata Eisya dengan mata membulat.Berterabur assignment di atas meja bulat itu.

“Ini bukan Rish punya assignmentlah Sya,budak kelas Rish suruh Rish buatkan,selalunya diorang bagi awal,tapi kali ni diorang bagi lewat pulak,dah lah esok kena hantar,kalau Rish tak siapkan,apa Rish nak jawab dengan diorang?”,soal Farish sambil membuat muka sedih.

“Jadi sebelum-sebelum ni pun diorang ada suruh kau buat assignment diorang”,?soal Eisya.

“Emm,diorang kata diorang tak sempat nak buat assignment ni,jadi diorang suruhlah Rish buatkan”,balas Farish.

“Habis yang kau tu sempat sangat ke?assignment kau pun tak siap lagi,kau nak siapkan assignment orang lain,dah-dah,letak assignment tu kat tepi,aku nak kat atas meja ni ada assignment kau je”,arah Eisya tegas.

“Ei,mana boleh macam tu,nanti diorang marah kalau Rish tak siapkan assignment diorang”,balas Farish sambil menggoyang-goyangkan badannya.

“Eh!kau jangan nak melawan boleh tak?kenapa pulak diorang nak marah kau?patutnya kau yang marah diorang sebab suruh kau buat kerja diorang”,balas Eisya geram.

“Rish kesiankan dioranglah,nanti kalau Rish tak siapkan assignment diorang,tak pasal-pasal dioarang kena marah dengan lecturer nanti”,kata Farish sambil menjuihkan bibirnya.

“Kalau kau tak tepikan assignment kawan kelas kau tu,dengan assignment kau aku bakar nanti”,ugut Eisya.

“Eii,tak baiklah Sya main ugut-ugut Rish”,kata Farish sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.

“Aku tak main-main ok!aku kira sampai 5,kalau kau tak ketepikan assignment tu,aku akan bakar dengan assignment kau sekali..,1..2..3”,

“Ok,ok..,Rish ketepikan ek,Eisya jangan bakar tau”,balas Farish kelam-kabut.

Eisya hampir tergelak melihat Farish yang gelabah itu.

‘Farish..Farish,harap badan je sado,tapi perangai mengalahkan aku yang perempuan ”,bisik hatinya.

~@~@~@~

Eisya menuam muka Farish.Dia menekan kuat pada lebam di muka Farish.Geram dia dengan Farish.Dia boleh biar je budak-budak yang suruh dia buat assignment diorang tu pukul dia.Nasiblah Datin Fazira tidak ada kat rumah.Kalau tak mesti dia terkejut melihat Eisya menenyeh muka anaknya itu.

“Auww!sakitlah Sya!buatlah perlahan sikit!”,marah Farish.

“Kau senyaplah!aku tambah lebam kau nanti kang!”,marah Eisya.

“Eii,jahatlah Sya ni,Rish baru je kena tumbuk!tak akanlah Eisya nak tambah lagi,tak nak kawan dengan Sya”,rajuk Farish.

“Itu jelah kau!aku marah tahunya nak merajuk je!dah kalau tak kawan sangat takpe!aku balik dulu”, balas Eisya geram.

“Eh janganlah macam tu Sya,Rish gurau jelah,tak akanlah tu pun nak marah”,pujuk Farish lembut.Dia mana boleh berjauhan dengan Eisya.

Eisya menjeling tajam muka Farish.Dia duduk kembali di sebelah Farish.

“Geramlah aku dengan kau ni!lemah sangat!cubalah jadi kasar sikit!ni tak,orang tumbuk sekali kau dah tumbang!harap badan je berotot-otot!tapi lembik!”,kutuk Eisya.

“Rish tahulah yang Rish ni lembik,tapi Sya tak payahlah cakap Rish macam tu,kalau Sya nak balik,balik jelah,Rish nak naik atas dulu”,kata Farish lalu melangkah menuju ke biliknya.

Eisya terkedu. ‘Dia merajuk dengan aku ke?”,bisiknya perlahan.

~@~@~@~

“Farish!”,Eisya menjerit memanggil nama Farish.Dia melajukan langkahnya untuk menyaingi langkah Farish.

Farish hanya berjalan tanpa mengendahkan panggilannya.

‘Eii,mamat ni!aku lempang sebijik kang!buat-buat pekak pulak!,dah lah dia berjalan je dari tadi!dia fikir Shopping Mall ni kecik ke,dah kematu kaki aku asyik berjalan je’,gerutu Eisya dalam hati.

“Mohamad Farish Luqman Bin Dato’ Fauzan!”,Eisya menjerit memanggil nama penuh Farish sekuat hatinya.

Farish terkejut.Dia memerhati sekelilingnya,semua mata sedang memandang ke arahnya.Dia kelam-kabut menuju ke arah Eisya.

“Hish!Apahal jerit-jerit panggil nama orang ni?!”,soal Farish sambil membuat muka serius.

“Kau tak payah nak buat mukalah dengan aku!karang aku gigit tangan kau”,balas Eisya sambil mengacah-acah ingin mengigit tangan Farish.

Farish melarikan tangannya.Dia membuat muka cemberut.

“Kalau setakat nak cari gaduh dengan Rish,tak payahlah nak panggil-panggil Rish”,ujar Farish geram.

“Aku gurau jelah,sejak bila pulak kau ni dah tak pandai nak bergurau hah?”,soal Eisya sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Rish takde masa nak main-mainlah!”,balas Farish sambil membuat muka.

“Yang kau nak emo sangat ni kenapa?aku cakap baik-baik,yang kau asyik nak marah aku ni kenapa?”,soal Eisya bengang. ‘Kalau ye pun nak marah aku,tak payahlah sampai nak cari pasal! Bukan dia tak tahu yang aku ni baran sikit orangnya!memang cari nahas betullah mamat ni’,bentak Eisya dalam hati.

“Habis selama ni,Sya boleh pulak marah kat Rish!apasal Rish tak boleh”,soal Farish marah.

“Kau pun tahu kan perangai aku macam mana,kau sendiri kata yang kau boleh terima aku sebagai kawan walaupun aku suka marah-marah!sekarang ni lain pulak!”,marah Eisya.

“Rish tak suka dengan perangai Sya!Sya suka kata Rish ni lembik!”,balas Farish.

“Habis selama ni,orang lain mengata kau,kau tak marah pulak!”,balas Eisya.

“Diorang lain,Sya tu lain!”,balas Farish.

“Apa yang lainnya?”,tengking Eisya.Mukanya sudah merah menahan marah.

“Rish malas nak cakap,Sya sendiri tahukan perangai Sya tu teruk!patutlah ramai yang tak suka dengan Sya!”,balas Farish garang.

“Owh!jadi itulah tanggapan kau terhadap aku selama ni!perangai aku teruk?at least aku masih ada harga setia kawan!kalau aku tahu yang perangai kau macam ni!aku biar je budak-budak yang belasah kau haritu pukul kau sampai mampus!”,jerkah Eisya.

Farish terkedu.Dia tahu Eisya betul-betul dah mengamuk ketika itu.Eisya hanya akan mengunakan kata-kata kesat jika dia terlalu marah.

“Err…”,Farish teragak-agak ingin berkata.Niat di hati hanya ingin mengusik sahaja,Tapi tak sangka yang Eisya akan mengamuk.Hatinya kecut melihat muka Eisya yang sudah merah itu.

“Aku tahulah aku ni bukan perempuan yang baik!tak macam kau!aku manalah layak kawan dengan orang terhormat macam kau ni!kau tak suka kawan dengan aku kan?it’s okay,aku boleh hiduplah tanpa kau!”,usai berkata Eisya terus melangkah pergi.

Farish terkulat-kulat memerhatikan langkah Eisya. ‘Eiii,tulah kau bergurau tak kena tempat!tak pasal-pasal dia dah mengamuk’,marah Farish kepada dirinya.

Farish hanya ingin bergurau dengan Eisya pada sebelum memberitahu Eisya yang selama 2 minggu dia berdiam diri kerana dia pergi belajar dengan pak ciknya Mejar Shariff untuk menjadi lelaki yang tulen,tapi nampaknya dia sudah tersilap langkah.

~@~@~@~

Eisya melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan perasaan marah.Tapi kemarahannya surut apabila mendengar ada suara orang terbatuk-batuk.Eisya bergegas masuk ke dalam bilik maknya Puan Elina.

“Mak,mak ok tak ni?”,soal Eisya perlahan.Dia menepuk-nepuk perlahan belakang Puan Elina.

“Mak..uhuk..mak ok je Sya,tak payahlah kamu risau”,balas Puan Elina sambil terbatuk-batuk.

“Ok apanya macam ni?kita pergi klinik ya?”,pujuk Eisya.

“Tak payahlah Sya,jangan membazir duit”,balas Puan Elina.

“Eisya ada duit sikit,kita pergi klinik ya mak?”,pujuk Eisya lagi.

Puan Elina terbatuk-batuk lagi.Kali ni lebih kuat.Tiba-tiba Puan Elina rebah di riba Eisya.Eisya terkejut.Dia lebih terkejut apabila melihat ada darah mengalir di calah bibir Puan Elina.

“Mak!mak bangun mak”,Eisya menggoncangkan bahu maknya perlahan.

~@~@~@~

“Apahal Sya tak datang hari ni?dia masih marah dengan aku ke?”,Farish berkata perlahan.
Ketika dia ingin melangkah ke arah café kolej laluannya di halang oleh Simon dan Fuad.

“Woi,pondan!lama tak nampak,mana minah yang selalu dengan kau tu,tak datang ke?selalunya kau asyik duduk bawah ketiak dia je”,ujar Simon sinis sebelum ketawa bersama Fuad.

“Kau tak menyusahkan diri sibuk pasal hal akulah!”,balas Farish berani.Mulai hari ni dia tak akan boleh di buli lagi.Itu tekadnya.

“Owh,dah berani kau sekarang!kau tak payah nak tunjuk lagaklah,aku rasa kalau minah tu tak tolong kau hari tu,kau mesti dah lunyai dengan aku tau!”,balas Simon marah.

“Ada aku kisah?dah lah Simon,tak payah nak tunjuk hebat depan aku,aku malaslah nak layan kau ni!”,balas Farish kasar.Dia betul-betul tiada mood ketika itu.Dia rasa nak balik rumah je apabila mengetahui yang Eisya tidak hadir ke kolej hari ni.

“Wei,pondan!kau tak payah nak berlagak hebat boleh tak?aku belasah kau macam hari tu,baru kau tahu”,kata Fuad pulak.

“Buatlah kalau kau berani,aku dah lama bengang dengan korang ni!kalau korang kacau aku lagi,aku tak akan teragak-agak bagitahu lecturer yang korang paksa aku buat kerja korang selama ni”,balas Farish berani.

“Huh!kau ada bukti ke?”,soal Simon berlagak.

“Aku rakam setiap semua perbualan kita masa korang paksa aku buat kerja korang,bukti itu lebih dari cukup!ataupun aku tunjukkan assignment korang atau boleh di katakan assignment aku yang di tulis nama korang yang berlambak di laptop aku tu,puas?”,soal Farish.

“Ka..kau ingat kitaorang takut!”,marah Fuad.

“Itu terpulang kepada korang sendiri,aku tak paksa korang,korang hanya perlu memilih sama ada berhenti kacau aku ataupun repeat semester”,kata Farish.

Fine!kali ni kau menang!tapi lain kali jangan harap!faham!,dah jom Fuad!”,kata Simon lalu mengajak Fuad untuk pergi dari situ.

Farish hanya tersenyum melihat mereka. ‘Takut juga diorang dengan aku kan?hebat juga aku ni’,bisik hati Farish bangga.

~@~@~@~

Eisya mengetap bibirnya apabila mendengar khabar daripada doktor bahawa Puan Elina menghidapi kanser paru-paru.

“Mak saya tak boleh di selamatkan ke doktor?”,soal Eisya perlahan.

“Boleh,tapi kita perlu membuat pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang berada didalam badan Puan Elina dan ianya memerlukan kos yang besar,lebih kurang 50 ribu ringgit”,balas Dr. Asilah.

“Tapi saya takde duit sebanyak tu,saya kumpulkan duit dulu boleh tak?”,soal Eisya.

“Boleh,tapi saya harap tak mengambil masa yang lama,saya takut ketumbuhan itu akan makin membesar”,balas Dr.Asilah.

“Baiklah,terima kasih Doktor”,
“Sama-sama,saya pergi dulu”,kata Dr.Asilah lalu berlalu meninggalkan Eisya.

Eisya meraup mukanya perlahan. ‘Ya Allah,mana aku nak cari duit sebanyak tu”,keluh hatinya.

Eisya memejamkan matannya.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.Datin Fazira! ‘Aku kena minta tolong dari aunty’,kata Eisya.

~@~@~@~

“Eh,Eisya!masuklah,Farish mana?”,soal Datin Fazira sambil menjemput Eisya masuk ke rumahnya.

“Err,Eisya tak pergi kolej hari ni”,balas Eisya.

“Kenapa?Eisya tak sihat ke?”,soal Datin Fazira prihatin.

“Aunty pernah kata yang aunty boleh tolong kalau Eisya perlukan bantuan kan?”,soal Eisya.

“Ye,kenapa?Eisya ada masalah ke?”,soal Datin Fazira.

“Se..sebenarnya,mak Eisya di masukkan ke hospital petang semalam.Doktor kata mak Eisya ada kanser,dan perlukan pembedahan untuk selamatkannya,tapi kosnya tinggi,kalau boleh Eisya nak pinjam duit boleh”,soal Eisya perlahan.

“Ya Allah,mak Eisya sakit?berapa kosnya?nanti aunty bagi duit”,balas Datin Fazira.

“50 ribu..”,

“Aunty akan masukkan dalam akaun Eisya,Eisya bagi nombor akaun Eisya”,kata Datin Fazira.

“Baiklah nanti Eisya mesej kat aunty,terima kasih banyak aunty”,kata Eisya.Dia betul-betul bersyukur kerana dapat mengenali Datin Fazira.Walaupun kaya tetapi tidak sombong.

“Sama-sama”,balas Datin Fazira sambil menggosok bahu Eisya perlahan.Dia dah menganggap Eisya sebagai anaknya.

“Eisya akan ganti duit aunty balik bila Eisya ada duit nanti”,kata Eisya bersungguh-sungguh.

“Tak payahlah aunty ikhlas,Eisya anggap je ni hadiah dari aunty sebab sudi kawan dengan Farish”,balas Datin Fazira.

“Terima kasih aunty,terima-kasih sangat-sangat”,ujar Eisya.

“Emm..,lagipun aunty dah anggap Eisya sebagai anak aunty sendiri”,balas Datin Fazira.

“Thank aunty,err..Eisya nak minta diri dulu ya?Eisya nak temankan mak Eisya kat hospital”,kata Eisya sambil memnita diri untuk pulang.

“Ok,jalan tu baik-baik ya,nanti kalau ada masa aunty pergi jenguk”,kata Datin Fazira.

Eisya hanya mengangguk kepalanya lalu menyalami tangan Datin Fazira sebelum melangkah keluar.

Sebaik sahaja kakinya ingin menaiki motornya.Dia terdengar suara Farish memanggilnya.

“Eisya!”,panggil Farish.Mukanya serius ketika itu.

“Ada apa?”,soal Eisya malas.Dia masih terasa dengan kata-kata Farish tempoh hari.

“Aku tak sangka yang kau berkawan dengan aku selama ni sebabkan duit!”,marah Farish.

“Apa maksud kau ni!”,soal Eisya geram.

“Apa maksud aku?kau fikir aku tak dengar perbualan kau dengan mama aku?kau memang tak guna! Aku menyesal ada kawan macam kau!”,tengking Farish lalu berlalu dari situ.

Eisya hanya memerhatikan langkah Farish. ‘Kenapa kau selalu menuduh aku yang bukan-bukan Rish? Kau tahu tak?aku sangat perlukan kau saat ni,aku perlukan seorang sahabat untuk menyokong aku,tapi kau..’,Eisya mengeluh dalam hati.Matanya berair menahan tangis.

~@~@~@~

“Farish,jom ikut mama,kita pergi jenguk mak Eisya,dia sakit”,kata Datin Fazira sambil mengajak anaknya itu.
“Owh,jadi itulah alasan dia?pandai betulkan dia cipta alasan sebab nak kan duit”,balas Farish sinis.

“Apa Farish cakap ni?kenapa cakap Eisya macam tu!”,Datin Fazira memarahi Farish.

“Salah ke apa yang Farish cakap?betulkan?mama selama ni upah dia untuk berkawan dengan Farish kan?”,soal Farish .

“Mama tak faham,apa yang cuba kamu sampaikan ni?”,soal Datin Fazira bingung.

“Rish dah dengar semuanya mama!mama bagi duit kepada Eisya dengan balasan dia kena kawan dengan Rish kan?sampai hati mama buat Rish macam ni”,kata Farish.Dia begitu kecewa dengan Datin Fazira.

“Mama rasa kamu ni dah salah faham,semalam tu Eisya hanya ingin minta pertolongan mama untuk membiayai kos pembedahan maknya,bukannya seperti yang kamu cakap tu”,balas Datin Fazira.

“Sudahlah ma,Rish dah penat dengan semua ni!”,kata Farish.
“Ya!mama memang ada suruh dia kawan dengan kamu,mama tawarkan dia upah sebab mama tahu yang dia orang susah!mama juga berhutang nyawa dengan dia!dialah orang yang menyelamatkan mama semasa mama kena rompak kamu tahu!bila mama nak bagi dia duit,dia tolak sebab dia kata dia ikhlas nak berkawan dengan kamu,dia ikhlas tolong mama!dia minta tolong mama untuk membiayai kos rawatan maknya!mak dia sakit kanser Rish!kalau kamu tak tahu apa-apa jangan cakap yang bukan-bukan!dahlah kalau kamu tak nak ikut sudah!mama boleh pergi sendiri”,kata Datin Fazira lalu berlalu keluar daripada banglo itu.

Farish terkaku.Mak Eisya ada kanser!.Eisya pernah selamatkan mama?Ya Allah,kenapa aku tak tahu,Farish mengeluh kesal di dalam hati.

~@~@~@~

“Alhamdulillah,pembedahan berjalan lancar”,ujar Dr.Asilah.

“Terima kasih Doktor,terima kasih sangat”,ujar Eisya.Dia terus memeluk Datin Fazira yang berada di sebelahnya.

“Saya dah boleh jenguk mak saya?”,soal Eisya.

“Puan Elina belum sedarkan diri lagi,biarkanlah dia berehat dulu”,ujar Dr.Asilah.

“Ok,thanks Doktor”,ucap Eisya sekali lagi.

Doktor Asilah hanya mengangguk kepalanya sebelum meminta diri untuk beredar.

“Alhamdulillah,Mak Eisya dah selama”,ujar Datin Fazira.

“Ini semua kerana aunty,kalau aunty takde tak tahu Eisya nak buat macam mana,Eisya betul-betul berterima kasih dengan aunty”,

“Dah lah,aunty ikhlas nak tolong,dah jom kita pergi makan dulu,Eisya tak makan lagikan?”,kata Datin Fazira lalu menarik tangan Eisya.Eisya hanya mengikuti langkah Datin Fazira.

~@~@~@~

Eisya melangkah ke wad di mana Puan Elina ditempatkan.Dia baru selesai menunaikan solat zohor di surau hospital.Dia terkejut apabila melihat wajah Farish sebaik sahaja menolak pintu wad.

Datin Fazira dan Puan Elina hanya memerhatikan tingkahlaku mereka berdua.

“Kamu berdua pergi bincang kat luar,”,kata Datin Fazira lalu menolak badan Farish dan Eisya keluar.

“Err,jom kita duduk dulu”,ajak Farish sambil duduk di kerusi menunggu.

Eisya teragak-agak ingin duduk.Tapi akhirnya dia duduk juga.Dia terasa kekok bila duduk di sebelah Farish.Suara Farish sekarang agak gentle sikit membuatkan dia rasa lain macam sikit.

“Sya,Rish nak minta maaf sebab tuduh Sya macam-macam”,kata Farish memulakan bicara.

“Aku dah maafkan dah”,balas Eisya dingin.

“Sya masih marah kat Rish lagi ke?”,soal Farish lembut.

“Kan aku kata aku dah maafkan!kau tak dengar ke”,Eisya menaikkan suaranya sedikit.

“Ok,ok…,erm..Sya,Rish ada sesuatu nak cakap dengan Sya ni”,kata Farish gementar.

“Apa dia?”,soal Eisya.

“Ermm,sebenarnya kan Rish kan,sukakan Sya”,kata Farish dengan laju.

Eisya terbatuk-batuk apabila mendengar kata-kata Farish.Mukanya sudah merah.

“Eisya sebenarnya,Rish dah lama sukakan Eisya,bukan setakat suka je,tapi cinta sekali,Cuma Rish tunggu masa yang sesuai nak luahkan”,kata Farish.

“Habis tu ni masa yang sesuai ke?!”,soal Eisya pura-pura marah.Dia cuba menyembunyikan perasaan malunya

“Rish dah tak boleh nak tunggulah,boleh tak Sya terima Rish sebagai suami Sya?bolehlah ek?”,kata Farish sambil membuat muka comel.

“Kau nak aku lempang muka kau ke?!tak payah nak buat muka macam tu”,kata Eisya kasar.Hati dia bergetar apabila melihat Farish membuat muka comelnya itu.

“Dah nak kahwin mana boleh marah-marah”,kata Farish sambil tersenyum manis.

“Siapa nak kahwin dengan kau!jangan nak perasan boleh tak?”,soal Eisya bengang.

‘Sejak bila pulak aku kata setuju?memandai je mamat ni!”,getusnya geram.

“Rish yang cakap!Rish sebenarnya dah bagitahu dah tentang perasaan Rish kat mak Eisya,dah dia dah sedia menerima menantu yang kacak macam Rish ni”,kata Farish sambil membuat muka poyo.

“Itu mak aku!bukan aku!”,balas Eisya.

“Tak kisahlah sesiapa pun,yang Rish tahu Sya kena juga kahwin dengan Rish!”,ujar Farish tegas.

“Apahal pulak?”,soal Eisya.

“Sebab I’m in love with you,Nur Eisya Qistina,Sya dah amik hati Rish dan Sya perlu bertanggungjawab”,kata Farish tegas sambil merenung tajam muka Eisya.

Eisya menundukkan mukanya.Dia malu apabila Farish melihatnya seperti itu.

“Maknanya kena terima jugak lah ni?”,soal Eisya perlahan,

Farish tersenyum apabila mendengar soalan dari Eisya. ‘Ada harapan ni’,bisik hatinya.

“Wajib!”,

“Kalau macam tu apa boleh buat,tapi dengan satu syarat!”,

“Apa?”,

“Lepas kahwin,aku tak nak tandatangan borang poligami,aku harap kau faham maksud aku”,kata Eisya tegas.

“Ok,no problem”,yakin Farish berkata.

“Yakin betul kau!”,kata Eisya.

“InshaAllah,Rish akan cintakan Sya seorang je,until jannah”,ucap Farish perlahan sambil memandang muka Eisya dengan pandangan yang redup.

“Dah!jangan pandang anak dara orang macam tu!”,marah Eisya cuba menahan malu.

“Comellah Sya buat muka macam tu”,kata Farish sambil tersenyum gatal.

“Kau!..”kata-katanya terhenti sebelum menggelengkan kepalanya.

“Jaga pandangan!lepas kahwin nak tengok muka aku sampai bengkak mata tu pun aku tak kisah..tapi selagi kita tak kahwin jangan berani buat muka gatal macam tu”,tegur Eisya.

“Ok!”,balas Farish sambil tersenyum gembira.

Eisya hanya tersenyum.Alhamdulillah!akhirnya aku bersama dengan orang yang aku cintai.


TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan