JODOH KITA
Oleh Atiqah
Asfah
Aku melangkah ke arah
syarikat gergasi HD Holdings dengan ceria.. Aku tersenyum panjang sebelum
berhenti di kaunter penyambut tetamu..
“Maaf menganggu..Boleh tumpang tanya??” tanyaku..
“Boleh.. Nak tanya apa ya??” tanya penyambut tetamu itu nametag di
bajunya tertulis Adah..
“Pejabat Tengku Syah Ikmal dekat mana??”
“Oh, pejabat Tengku Syah Ikmal dekat tingkat 40, tingkat paling
atas sekali.. Ada urusan apa ya??”
“Oh, saya ada temu duga untuk jadi P.A kat sini dua minggu lepas..
Lepas tu saya dapat call, katanya suruh jumpa dengan Tengku Syah Ikmal..”
“Oh, Cik Nasehah ya??”
“Ya saya..”
“Oh, Cik Nasehah yang akan gantikan kak Rita sebagai P.A Tengku Syah
Ikmal tu ya..” Tanya perempuan itu..
“Ha’ah, katanya kak Rita akan ikut suaminya ke luar negara, jadi tu
yang temu duga mencari P.A tu dibuat..”
“Oh Cik Nasehah kenal ke dengan kak Rita??”
“Kenal, kami berdua jiran.. Kak Rita yang suruh saya datang temu
duga hari itu, yelah alang-alang dah habis belajar, dia suruh saya try minta kerja kat sini..”
“Oh, oklah.. Cik Nasehah bolehlah naik sekarang, karang bising pula
Tengku Syah Ikmal tu..”
“Oklah, saya naik dulu.. Terima kasih ya..” ujarku sambil
menundukkan sedikit kepala sebelum melangkah ke lif..
“Sama-sama..” Adah tersenyum melihat keramahan Nasehah Aqilah itu,
bersopan santun.. Biasanya pekerja baru ni sombong sikit apatah lagi dapat
jawatan yang tinggi, tapi Nasehah Aqilah sempoi je..
*****
“Assalamualaikum..” ucapku bila aku telah sampai ke meja Kak Rita..
“Waalaikumussalam..” balas Kak Sazzy..
“Cik Nasehah ya??” tanya kak Sazzy, setelah dia melihat
wajahku untuk seketika..
“Ya saya..”
“Saya Sazzy, boleh panggil kak Sazzy.. Rita ada cakap pasal awak,
awak jiran dia kan??”
“Ye saya”
Kak Sazzy tersenyum.. “Jangan risaulah, kalua ada apa-apa hal awak
boleh cakap dengan saya.. Oklah jom ikut saya, Tengku Syah Ikmal dah lama
tunggu awak..” ujar kak Sazzy..
Aku hanya mengangguk saja.. Kata pukul 9 pagi, sekarang baru pukul
9.10.. Lewat 10 minit je kot, takkan dah keluar ayat ‘lama menunggu pula’??
Tetapi kakiku masih tetap mengikut langkah kak Rita ke pejabat yang tertulis di
pintunya dengan huruf besar.. TENGKU SYAH IKMAL BIN TENGKU ISHAK (CEO HD
HOLDINGS)..
Kak Sazzy membuka pintu pejabat Tengku Ikmal setelah mendapat
kebenaran.. “Tengku Ikmal, ni Cik Nasehah Aqilah yang akan jadi P.A Tengku
untuk sementara..” ujar kak Sazzy kepada Tengku Syah Ikmal yang tekun menaip
sesuatu di laptopnya..
“Oh, terima kasih.. Awak boleh keluar..” balas Tengku Syah Ikmal
sambil tangannya masih laju menaip..
Ei, sombongnya!! Adoyai, tak pasal-pasal nanti aku kena dera dengan
dia ni!! Huhuhuhu..
“Baik Tengku..” kak Sazzy terus melangkah keluar, tetapi dia sempat
menepuk bahu perlahan dan berkata kepadaku.. “Rilekslah, bos kita tu taklah
sombong mana.. Nampak je macam sombong..” setelah berkata kak Sazzy terus
keluar..
Macam tu dia kata tak sombong!! Orang cakap dengan dia boleh pula
tak pandang, sibuk sangat dengan laptop dia tu!!
Seminit.. Dua minit.. Tiga minit.. Sepuluh minit.. Aku sudah
mengetap bibirku perlahan.. Sabar Nasehah sabar, ni dugaan untuk dapat kerja..
Setengah jam kemudian.. Aku dah memegang dadaku dan mengusapnya
perlahan-lahan, cuba menghilangkan rasa amarah yang mula nak membara tu..
Dahlah tak pelawa aku duduk, dah tu tak nak cakap apa-apa pula!! Ni yang
buatkan darah aku mengelegak ni!!
“Tengku Syah Ikmal, dari tadi saya berdiri kat sini.. Dah dekat
setengah jam dah, tak ada apa-apa ke yang Tengku Ikmal nak cakap??!!” Tanyaku
geram..
Tengku Syah Ikmal terus memberhentikan tangannya dari menaip
keyboard laptopnya, dia memandang aku sebelum
menyandarkan badannya ke kerusi empuknya itu..
“Marah ke??”
Aku tersenyum sinis.. “Taklah, buat apa saya nak marah!!”
“Tapi ayat awak tadi, macam menunjukkan awak tengah marah..”
ujarnya demgam wajah yang tenang..
“Buat apa saya nak marah?? Tengkukan bos dekat sini.. Kalau saya
marah bos, mesti saya kena buang kerja..” ujarku dengan sedaya upaya cuba
melembutkan suaraku..
“Buang kerja?? Hmm, boleh saya tanya sesuatu dekat awak??” tanya
Tengku Syah Ikmal, wajahnya masih seperti tadi tenang sahaja..
“Apa dia??” tanyaku kembali..
“Apa kesalahan pekerja yang boleh membuatkan dia di buang kerja??”
Tengku Syah Ikmal mengangkat kening ketika bertanyakan soalan itu kepadaku..
Aku mengetap bibir, ni mesti nak cakap pasal yang aku lewat sepuluh
minit tu!! “Kalau perkerja itu tak berdisiplin ketika bekerja..” walaupun aku
tahu dia akan mula mamberi ‘ucapan’ kepadaku, aku tetap memberikan jawapan
kepada soalannya tadi..
“Contoh??”
Aku menarik nafas sebelum menghembuskannya perlahan.. “Tak buat
kerja, makan gaji buta, tak menghormati orang atasan, bermasalah, datang kerja
lewat..”
Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Tengku Syah Ikmal pantas
memotong..
“ Datang kerja lewat… Awak datang pukul berapa tadi ya??” tanya Tengku Syah Ikmal..
“ Datang kerja lewat… Awak datang pukul berapa tadi ya??” tanya Tengku Syah Ikmal..
Aku menundukkan wajahku.. “9.10 pagi..”
“Semalam awak dapat call, orang yang call tu suruh awak
datang pukul berapa??”
Aku diam seketika.. Cuba menenangkan hatiku..
“Saya tanya je, kalau tak nak jawab tak apa..”
Aku mengetap bibir lagi, ada yang aku tempeleng nanti kang!! “Orang
yang call semalam cakap suruh datang pukul 9 pagi, tapi seelok-eloknya
datang sebelum pukul 9 pagi..”
“Hmm, dia kata datang pukul 9 pagi atau sebelum 9 pagilahkan..”
“Ya” sahutku perlahan..
“Dia tak ada kata datang lewat dari 9 pagikan..”
“Ya” sahutku sekali lagi dengan nada yang semakin perlahan..
“Jadi, boleh awak bagi saya satu alasan.. Kenapa awak lewat
datang??”
“Saya terlepas bas tadi, tu yang terlewat sikit sebab kena
tunggu..”
“Esok awak kena datang sebelum pukul 8.30 pagi, macam mana kalau
awak tak sempat nak kejar bas kalau hari ni pun tertinggal??”
“Esok saya keluar awal pagi, sebelum pukul 7, jadi saya takkan
terlewat datang lagi dah..” ujarku telus dari hati, yelah memang dah rancang
nak pergi awal pun.. Penat nak kena bebel..
“Kalau awak terlewat bangun??”
Aku diam, manalah aku tahu aku lewat bangun ke tidak..
“Awak tak ada motor or kereta..” Tengku Syah Ikmal bertanya
lagi apabila aku tidak menjawab soalannya tadi..
“Saya datang sini nak cari kerja dan saya baru dapat kerja..
Manalah saya mampu nak cari duit untuk beli kereta or motor..”
“Teksi??”
“Ada, tapi teksi mahal sangat, dahlah jarak rumah saya dari
syarikat ni jauh juga.. Manalah saya mampu, lainlah macam orang macam Tengku..”
ujarku geram, banyak soalan pulalah mamat ni!!
“Takkanlah tak ada seorang
pun yang boleh hantar??”
“Saya tak ada keluarga dekat sini.. Keluarga saya dekat Perak, saya
tinggal dengan kawan je sini..”
“Kawan awak tak boleh hantar??”
“Tempat kerja kawan saya tak sehaluan dengan saya..”
“Rumah awak dekat mana??”
“Ampang..”
“Rumah saya pun dekat Ampang..”
Nasehah mengangkat kening.. “Apa kena mengenanya Tengku tinggal
dekat Ampang dengan tempat tinggal saya??”
“Awak pergi dengan saya.. Jadi tak ada alasan lewat atau apapun..”
“Hah!! Takpe, selagi saya boleh usaha sendiri buat apa saya nak
menyusahkan Tengku pula..”
“I don’t want hear anything!! Pastikan esok sebelum pukul 8
pagi awak dah siap..”
“Tak payah, saya..” aku terus berhenti berkata bila Tengku Ikmal
dan menjelingku tajam..
“Suka hati Tengkulah, jangan cakap saya tak bagitahu nanti..”
ujarku, malas aku nak layan bos macam tu..
“Saya tak suka pekerja saya lewat, apatah lagi P.A saya.. Jadi tak
ada masalahkan kalau saya nak tumpangkan awak.. Lagipun mesti awak taknak
dibuang kerjakan??” tanyaTengku Ikmal Syah sambil mengankat keningnya..
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja mendengar kata-kata Tengku Syah
Ikmal.. “Oklah, boleh saya tahu apa yang perlu saya buat sekarang??”
“Awak boleh tanya dengan Sazzy apa yang perlu awak buat.. Oh ya,
disebabkan awak masih belum ada meja sendiri, awak akan duduk sementara di
pejabat saya..”
“Tak apalah saya duduk dengan kak Sazzy jelah..” ujarku, tak selesa
pula nanti kang aku nak buat kerja..
“Saya bos dekat sini dan bila saya bagi arahan awak kena ikut..
Jangan banyak alasan.. Lagipun saya perlu pastikan awak boleh buat kerja, kalau
tak saya terpaksa cari P.A lain..”
Aku mengeluh perlahan.. “Baik Tengku, sekarang boleh saya keluar??”
“Saya dah cakapkan yang awak duduk bilik saya buat sementara ni!!”
ujar Tengku Syah Ikmal kuat sedikit, badannya yang disandarkan di kerusi terus
menegak memandang ke arahku..
Aku terkedu, mataku terkelip-kelip.. “Sa.. Saya tahu Tengku, saya
cuma nak keluar tanya kak Sazzy apa yang saya perlu buat.. Takkanlah saya nak
duduk sini tak buat apa-apa kot..” ujarku..
“Hah..” dapatku lihat Tengku Syah Ikmal mengetap bibirnya.. Menahan
malu agaknya, tulah tak tanya dah marah-marah.. Padan muka!!
“Ka.. Kalau macam tu, pergilah.. Lepas tu, tolong buatkan saya air
kopi ya..” ujar Tengku Syah Ikmal, selepas itu dia terus menaip semula di
laptopnya..
Aku tersenyum.. “Baik Tengku, saya keluar dulu..” Setelah berkata
aku terus melangkah keluar dari pejabat Tengku Syah Ikmal..
*****
“Kak Sazzy..” panggilku apabila sudah keluar dari Pejabat Tengku
Ikmal..
“Ya??”
“Apa yang saya kena buat??” tanyaku terus..
“Oh.. Ini ada beberapa fail, suruh Tengku tandatangan.. Fail yang
ini pula, awak cek kalau ada typing error and tengah hari nanti Tengku
Ikmal ada meeting dengan ahli Lembaga Pengarah, make sure dia datang ya, sebab pukul 11 nanti akak ada check
up dengan doktor lepas tu hari ni akak ambil half day je..” ujar
kak Sazzy sambil menghulurkan beberapa fail..
“Akak mengandung ke??”
“Yelah, tak nampak ke perut akak dah memboyot ke depan ni??”
“Oh haahlah..”
“Alah, ni mesti risau kalau akak dah ambil cuti bersalinkan?? Risau
kena dera dengan bos ya.. Jangan risaulah, bos tu ok je, kekadang je macam gorila,
tapi biasanya tak lama pun..”
Kata-kata kak Sazzy membuatkanku tersenyum seketika,
sekurang-kurangnya tenang sedikitlah hatinya mendengar kata-kata kak Sazzy
sebentar tadi..
“Oh ya, setiap pagi buatkan Tengku air kopi ya.. Pasal kerja pula
nanti tanya dengan Tengku, kalau tak faham tanya je dengan Tengku..” ujarnya
lagi sambil tersenyum ke arahku..
“Oklah.. Oh, tumpang fail ni kejap ya kak.. Saya nak buatkan Tengku
kopi, tadi dia minta..” ujarku lalu meletakkan semula fail yang diberi oleh kak
Sazzy tadi dimejanya..
“Kopi?? Pelik, biasanya Tengku minum kopi pagi je.. Takpelah, Nasehah
pergilah buat, karang tunggu lama-lama bising pula nanti bos kita tu..”
“Ok..” setelah itu aku terus melangkah ke pantry untuk membuatkan
air kopi yang diminta oleh Tengku Ikmal tadi, setelah siap aku terus ke pejabat
Tengku Ikmal..
Sampai sahaja dipintu pejabat, aku pantas mengetuk pintu.. “Masuk”
arah Tengku Syah Ikmal dari dalam.. Aku terus melangkah masuk..
“Ini air kopinya Tengku..” ujarku sambil meletakkan air kopi itu di
atas meja Tengku Syah Ikmal.. Tengku Syah Ikmal hanya mengangguk..
“Saya keluar dulu Tengku, nak ambil fail yang perlu Tengku
tandatangan..” kataku dan seperti tadi kata-kataku hanya dibalas dengan
anggukan sahaja oleh Tengku Syah Ikmal..
Aku terus melangkah keluar untuk mengambil fail yang aku tinggalkan
di meja kak Rita..
“Saya ambil ya kak Sazzy..” aku maklumkan terlebih dahulu kepada
kak Sazzy setelah mendapat balasan dari kak Sazzy aku terus mengangkat
fail-fail itu dan membawanya ke bilik Tengku Syah Ikmal.. Sekali lagi aku
mengetuk pintu bilik Tengku Syah Ikmal..
“Masuk..” arahnya, suaranya sedikit kuat..
Aku membuka pintu dan melangkah ke mejanya.. “Ini fail-fail yang
Tengku kena tandatangan..” ujarku lalu meletakkan beberapa fail diatas meja
Tengku Syah Ikmal..
Tengku Syah Ikmal mengangguk..
“
Tengah hari nanti Tengku ada meeting dengan ahli Lembaga
Pengarah..” ujarku lagi..
Sekali lagi Tengku Syah Ikmal mengangguk, matanya masih di laptopnya,
tapi tangannya sudah berhenti menaip..
“Er, saya duduk dulu ya Tengku..” ujarku..
“Sekejap..”
Aku memberhentikan langkah setelah mendengar suara Tengku Syah Ikmal..
“Ya?? Ada apa yang Tengku nak saya buat??”
Tengku Syah Ikmal memandangku untuk seketika sebelum bersuara..
“Disebabkan awak duduk di bilik saya, awak mesti akan keluar masuk.. Jadi
sementara awak duduk bilik saya ni, kalau awak nak keluar tak payah cakap
keluar je dan bilik awak nak masuk ketuk sekali lepas tu terus masuk.. Tak
payah nak tunggu saya bagi arahan..”
“Baik Tengku..”jawabku sambil mengangguk kepala tanda faham dengan
apa yang tengku Ikmal bagitahu..
“And tengah hari nanti lepas meeting temankan saya
makan tengah hari..”
“Makan tengah hari?? Tapi meeting tu biasanya dua jam lebih,
maksudnya pukul 2 petang macam tulah baru meeting habis..”
“So??” tanya Tengku Syah Ikmal sambil mengangkat keningnya..
“Itukan bukan waktu lunch dah.. Jadi kalau saya temankan
Tengku, bukan ke maksudnya saya curi tulang??”
Tengku Ikmal tersenyum..
Aku terkaku, alamak baru aku perasan yang bos aku ni hensem..
hatiku berkata..
Kau jangan nak feeling-feeling erk, ingat kau datang nak
bekerja!! Akalku mencelah..
Tahulah!! Hatiku membalas semula..
“Kalau saya yang suruh, takkanlah namanya curi tulang kot..”
“Tapi Tengku, tak payahlah kot.. Saya mesti dah makan time tu, jadi buat apa saya temankan
Tengku.. Baik saya buat kerja kat pejabat ni..”
“Siapa kata awak akan makan tengah hari nanti??”
“Habis tu takkan saya tak makan?? Tengku jangan buat lawak, dahlah
pagi ni saya tak makan, takkanlah tengah hari nanti saya tak makan juga..
Kesianlah perut saya Tengku..” aku dah mengusap-ngusap perutku..
Sekali lagi Tengku Syah Ikmal tersenyum dan sekali lagi aku
terkaku.. Tetapi akalku pantas mencelah disaat hatiku berkata..
“Saya ada kerja yang perlu awak siapkan masa tengah hari nanti, tu
yang saya ajak awak makan tengah hari sama lepas meeting dengan ahli
Lembaga Pengarah.. Jangan risaulah nanti saya yang belanja..”
“Oh, faham Tengku.. Jadi saya bolehlah makanlah kan..” ujarku
sambil tersenyum, huh nasib baik kalau tak gastrik aku nanti..
Tiba-tiba wajah Tengku Syah Ikmal bertukar serius, matanya tajam
memandang kearahku.. Alamak, apasal pula ni, aku ada buat salah ke??
“Kenapa awak tak makan pagi lagi??” tanya Tengku Syah Ikmal tegas..
“Hah, er tadi saya lewat bangun, tergesa-gesa nak datang sini tu
yang tak sempat nak makan tadi..” jawabku jujur..
“Lewat bangun?? Awak tak solat ke..??”
“Astagfirullah al-Azim.. Mestilah saya solat, lepas solat tertidur
kejap tu yang terlewat bangun..” takkanlah aku tak solat kot, agak-agaklah..
Umi dengan Abi aku dah didik aku dari kecil tau, mana boleh lewat-lewat solat
apatah lagi tak solat.. Minta penamparlah itu gamaknya kalau tak solat..
“Ok, dah ambil ni..” Tengku Syah Ikmal mengeluarkan dompetnya dan
menghulurkan sekeping duit lima puluh kepadaku..
“Nak buat apa??” tanyaku..
“Belilah roti, sekurang-kurangnya tak kosong perut awak tu, belikan
roti untuk saya sekali.. Lepastu belilah air kotak dua..”ujarnya..
“Tak payahlah Tengku, saya ada duit sendiri..” ujarku, segan nak
ambil duit tu, dahlah dia bagi aku tumpang dia pergi kerja, nanti lunch
nak belanja aku makan lagi..
“Tak apalah, sekali-sekala bos belanja..”
“Mana boleh Tengku, dahlah Tengku kata Tengku akan tumpangkan saya,
lunch nanti Tengku nak belanja saya lagi.. Biarlah kali ni saya yang
belanja Tengku pula.. Baru fair and lovely”
“Amb…”
“Biar saya yang belanja… Saya pergi dulu ya..” aku terus berpaling
dari Tengku Syah Ikmal.. Kalau aku lama-lama kat sini, mahu dia paksa juga aku
ambil duit tu.. Aku berlari sekejap ke meja kecil berdekatan dengan sofa untuk
meletakkan fail yang harus aku cek nanti, sebelum keluar dari pejabat Tengku Syah
Ikmal..
Tengku Syah Ikmal terkaku melihat Nasehah yang sudah berlari keluar
dari pejabatnya.. Seketika kemudian Tengku Syah Ikmal tersenyum..
*****
Aku mengetuk pintu pejabat Tengku Syah Ikmal sekali sebelum masuk
ke dalamnya seperti yang telah diarahkan oleh Tengku Syah Ikmal sebentar tadi..
Sebaik sahaja aku melangkah masuk, kelihatan seorang perempuan yang sedang
duduk di kerusi berhadapan dengan Tengku Syah Ikmal..
“Siapa you ni??” tanya perempuan itu kepadaku..
“Saya P.A Tengku Ikmal, gantikan kak Rita..” ujarku tanpa memandang
perempuan itu.. Gila!! Baju singkat bebenor paras paha je dahlah merah menyala,
bibirnya pun pekat juga belum dengan bulu matannya yang panjang tu.. Aku yang
sama jenis ni pun malu nak tengok..
“P.A you Ik?? Eiuu kolotnya..” ujar perempuan itu selamba..
Aku yang mendengar perempuan itu mengutukku terus menjeling perempuan itu..
“Kolot?? Sekolot-kolot dia pun, dia pandai jaga aurat dia, maruah
dia.. Bukannya tayangkan dekat orang yang bukan mahram dia macam you
tu..” sindir Tengku Syah Ikmal, aku yang mendengar terus tahan senyuman yang
mula mekar di bibir itu.. Aku terus melangkah duduk di sofa..
“You ni kenapa?? Sindir-sindir I pula, selama ni I
pakai tak pula you bising.. Apasal hari ni you macam ni pula..” ujar
perempuan itu dengan gaya mengada-ngadanya..
“I tak bising selama ni, sebab I malas nak masuk
campur hal you.. Lagipun you bukan siapa-siapa dengan I..”
“You!! Sampai hati you cakap I bukan
siapa-siapa dengan you!! Mama you dengan Mummy I kan dah
rancang pertunangan kita!! You jangan pura-pura lupa Ik!!”
“Belum tentu pun pertunangan kita tu akan jadi.. I belum
bagi kata putus lagi, you je yang lebih-lebih..”
“You tak boleh buat I macam ni!! I tak kira, I
akan cakap dengan Mama you untuk cepatkan tarikh pertunangan kita!!”
“Ada apa-apa lagi yang you nak cakap??”
“I nak lunch dengan you hari ni..”
“I ada meeting dengan ahli Lembaga Pengarah lunch
ni..” kata Tengku Syah Ikmal acuh tidak acuh..
“Kesiannya you, jadi mesti you tak makan nanti..
Takpelah kalau macam tu, I temankan you lunch lepas you
meetinglah..”
“Lepas meeting dengan ahli Lembaga Pengarah, I ada meeting
dengan Dato’ Ahmad, I makan dengan dia je..” kata-kata Tengku Syah Ikmal
membuatkan aku memandang kearahnya.. Meeting dengan Dato’ Ahmad, aku
rasa mana ada dalam schedule dia.. Ke baru je kejap tadi Dato’ Ahmad tu call.. Alahai, kalau aku tahu tadi, aku
beli roti banyak sikit..
“I temankan you..”
“Buat apa?? You bukan tahu apa-apa pun, lagipun I
boleh pergi dengan my P.A.. So you tak payah susah-susah
nak temankan I..” sekali lagi aku mengalihkan pandanganku kearah Tengku Syah
Ikmal.. Aku temankan dia?? Aku pun baru masuk hari ni, manalah aku tahu
apa-apa..
“Dahlah Sally, I malas nak dengar you bising-bising
dekat sini.. I ada banyak lagi kerja yang I kena buat, kalau you
tak ada apa-apa lagi nak cakap.. Baik you blah je dari sini!!” ujar
Tengku Syah Ikmal dengan tegas..
“Tapi I…”
“You nak keluar atau nak I suruh security yang
tolong bawa you keluar??”
“Habis tu perempuan tu boleh je duduk dekat bilik you..”
perempuan a.k.a Sally itu menuding kearahku..
“Biarlah dia, dia P,A I and you bukan P.A I..
Pekerja I pun bukan, so you tak ada kepentingan pun dekat
sini..”
“Memanglah I bukan pekerja you, tapikan Sazzykan half day
hari ni.. Jadi suruhlah dia duduk dekat tempat Sazzy.. Buat apa dia duduk dekat
pejabat you!!”
“I nak suruh dia duduk dekat pejabat I ke, duduk
dekat mana ke.. Suka hati I lah, yang you sibuk kenapa?? Dah
keluar!! I kira sampai tiga.. Kalau you tak keluar dari bilik I
dalam kiraan tiga, I call security..”
“You!!”
“Satu..”
“Tapi I…”
“Dua..”
“Ish!!” Sally bangun dari kerusi, kakinya dihentak-hentakkan
sebelum keluar..
Aku tersenyum melihat Sally yang macam budak-budak itu..
Hentak-hentak kaki bagai, aku tolak kang!!
“Nasehah..” panggil Tengku Syah Ikmal..
“Ya Tengku..” Aku terus berdiri dan pergi ke hadapan meja Tengku Syah
Ikmal..
“Ini fail yang awak kena siapkan sebelum pukul 2 petang ni..”
Tengku Syah Ikmal terus menghulurkan lima fail hitam kepadaku..
“Apa yang saya kena buat??”
“Tadi Sazzy ada bagi awak fail kan??”
“Ya ada, kenapa ya?”
“Apa yang awak kena buat??” soalanku dibalas soalan oleh Tengku Syah
Ikmal..
“Saya kena cek kalau ada typing error..”
“Hah, yang ni pun kena cek typing error..”
“Oh, ok..” aku mengigit bibir, banyaknyalah.. Dahlah fail kak Sazzy
bagi ada tujuh, campur fail Tengku Ikmal bagi, semuanya ada 12 fail.. Peninglah
jawabnya mata aku nanti, melihat huruf-huruf tu..
“Oklah, kalau macam tu.. Awak boleh buat kerja awak..”
“Ok.. Eh terlupa pula, ni yang Tengku pesan tadi..” aku
menghulurkan plastik yang berisi roti dan air kotak seperti yang Tengku Syah Ikmal
pesan tadi..
“Hmm, terima kasih..” Tengku Syah Ikmal mengambil plastik itu
dariku..
“Saya duduk dulu..” aku terus melangkah ke sofa, fail-fail yang
Tengku Syah Ikmal bagi aku letak bersebelahan dengan fail-fail yang diberi oleh
kak Rita tadi.. Aku terus mencapai sebuah fail..
“Makan dulu, baru buat..” ujar Tengku Syah Ikmal sambil matanya
memandang kearahku..
“Hah, ok..” aku terus membuka plastik roti perisa jagung itu dan
memakannya.. Hmm, bolehlah untuk alas perut..
Tengku Syah Ikmal tersenyum sambil tangannya masih laju menaip di laptop..
*****
Aku memerhatikan sekeliling restoran itu.. Mataku galak memandang
kearah pintu masuk restoran..
“Awak ni kenapa??” tanya Tengku Syah Ikmal yang sedari tadi
memerhatikan gerak geriku..
Aku memandang Tengku Syah Ikmal sebelum tersenyum malu.. “Saya
tengok kalau Dato’ Ahmad dah datang.. Tengku katakan Tengku ada meeting
dengan Dato’ Ahmad lepas meeting dengan ahli Lembaga Pengarah..”
Tengku Syah Ikmal tergelak mendengar kata-kataku.. Aku mengerutkan
dahi, aku buat lawak ke tadi??
“Dato’ Ahmad takkan datang..”
Sekali lagi aku mengerutkan dahi mendengar bicara Tengku Syah Ikmal..
“Mesti sebab Tengku lambat sangatkan…”
“Eh, saya pula yang disalahkan..”
“Yelah, Tengku solat lambat sangat.. Kata meeting pukul 2
petang, tapi Tengku solat sampai pukul 2.50 petang.. Lepas tu, tayar kereta
Tengku pula buat hal, dahlah Tengku tak reti nak tukar..” ujarku panjang
lebar.. Aku apabila azan berkumadang aku terus bergerak ke surau untuk solat,
jadi aku tak lewatlah..
“Eh.. Eh.. Eh, saya pula yang kena?? Habis tu, yang saya kena
hantar awak ke rumah awak sebab nak tukar baju, tak sampai pukul 3 lebih
juga??”
Aku mengetap bibir.. “Eh kejap, memanglah saya kena tukar baju..
Dah Tengku pergi tolak saya masa saya tengah tukar tayar kereta Tengku.. Habislah
basah baju saya kena lecak.. Lagipun Tengku yang kata nak hantar saya ke rumah,
sebab baju saya basah sangat..” kataku taknak mengalah..
“Yelah, saya mengaku.. Saya yang tertolak awak masa awak tengah
betulkan tayar dan saya yang kata nak hantar awak balik rumah untuk tukar baju
sebab baju awak basah sangat.. Tapi, lepas tu awak pergi sembang dengan jiran
awakkan, hampir setengah jam juga saya tunggu tu apa kes??..”
Aku terus diam, alamak!! Nak bagi alasan apa pula ni?? “Er..”
“Hmm..” Tengku Syah Ikmal tersenyum sambil mengangkat kening
memandang kearahku.. Aku memuncungkan bibir..
“Yelah, saya yang salah..”
Kataku sambil menundukkan kepala.. Mendengar bicaraku Tengku Syah Ikmal
tersenyum..
“Tengku nak saya set masa dengan Dato’ Ahmad?? Kalau nak nanti saya
call P.A dia..” ujarku..
“It’s okay.. Kalau awak nak setkan masa saya dengan dia
pun.. Takkan boleh punya, dia sekarang dekat Singapore..”
“Singapore?? Bila dia pergi?? Aik, takkan sebab Tengku lewat
je terus dia ke Singapore??” aku yang menundukkan kepala tadi terus
mengangkat kepala mendengar kata-kata Tengku Syah Ikmal itu..
“Dia dah pergi Singapore dua hari lepaslah..”
“Apa?? Jadi Tengku…” aku memberhentikan kata-kataku apabila melihat
senyuman Tengku Syah Ikmal.. Sah aku terkena!!
“Tengku memang macam ni ya??” tanyaku..
“Macam apa ya??” tanyanya kembali kepadaku..
“Suka kenakan orang yang baru kerja first day macam saya
ni??” ujarku geram, punya aku takut kalau ada meeting penting ke apa..
Rupanya, itu alasan untuk dia mengelak dari si Sally tu je..
“Hmm, rasanya dengan awak je kot..”
“Yelah tu..”
“Terpulanglah awak nak percaya atau tak dengan apa yang saya
cakap.. Tapi saya cakap terus terang je.. Awaklah orang first yang saya
suka kenakan dan awaklah orang first yang buat saya asyik tersenyum je
sepanjang hari ni..”
Aku mengangkat kening sambil memandang kearah Tengku Syah Ikmal
yang kelihatan bersungguh-sungguh memberitahuku.. “Hmm, ok saya percaya..”
habis sahaja aku berkata perutku sudah berbunyi dengan kuat.. Aku terkedu..
Tengku Syah Ikmal tersenyum.. “Lapar ya??”
“Orang lunch pukul 12 tengah hari, saya lunch pukul 4
petang, itu pun belum order makanan lagi.. Takkanlah tak lapar kot..”
“Awak orderlah apa-apa yang awak nak.. Saya belanja..”
“Memang Tengku kena belanja saya.. Disebabkan Tengku perut saya ni
terpaksa menahan kelaparan tau.. Kesian perut saya ni…” ujarku sambil mengusap
perlahan perutku yang dah berbunyi itu..
“Yelah saya belanja..” ujar Tengku Syah Ikmal sambil tersenyum
melihat gelagatku..
*****
“Aik, kenapa anak Mama ni?? Dari tadi asyik tersenyum-senyum.. Ada
berita gembira ke??” tanya Puan Isma, dia melangkah duduk disebelah kerusi
bersebelahan dengan Tengku Syah Ikmal..
Tengku Syah Ikmal memandang Puan Isma sambil tersenyum.. “Taklah..
Cuma Syah teringatkan P.A bar Syah yang akan gantikan Rita..”
Puan Isma tersenyum mendengar bicara satu-satu anak lelakinya itu
yang juga merupakan anak tunggalnya.. “Mesti P.A Syah tu special
sangatkan.. Sampai anak Mama tersenyum-senyum je..”
“Hmm, dia lain dari yang lainlah Ma.. Dia bukan macam perempuan
yang selama ni Syah jumpa.. Tapi yang paling penting, dia pandai jaga aurat dan
solat dia..” ujar Tengku Syah Ikmal sambil tersenyum..
“Alhamdulilah kalau macam tu, susah tau nak cari perempuan yang
macam tu sekarang ni.. Baik Syah pikat cepat..”
“Apalah Mama ni, Syah kenal dia pun tak sampai sehari kot..”
“Tak sampai sehari?? Tapi dah tersenyum-senyum macam kenal dah
setahun?? Hmm, elok benarlah tu kalau dibawa jumpa dengan Mama.. Nak juga Mama
kenal dengan dia, perempuan pertama yang berjaya membuatkan anak Mama yang
selama ni tak reti nak tersenyum ni, asyik tersenyum je.. Yang paling penting,
dia perempuan yang pertama yang Syah ceritakan dengan Mama..”
“Mama ni, malulah dia nanti.. Kalau tiba-tiba Mama nak jumpa dengan
dia..”
“Kalau macam tu, esok tengah hari Mama datang pejabat Syahlah..
Boleh Mama ajak dia lunch sekali, jadi dia taklah malu sangat kan..” cadang
Puan Isma..
“Hmm, Syah ikut je..” ujar Tengku Syah Ikmal..
“Ikut je?? Padahal suka..” Tengku Syah Ikmal tersengih mendengar
bicara Puan Isma..
*****
Aku melangkah keluar setelah mendengar bunyi hon kereta di hadapan
rumah teresku.. Setelah melihat Tengku Syah Ikmal berada didalam kereta itu,
aku terus melangkah keluar.. Aku mengetuk cermin kereta BMW series 5
berwarna hitam itu sebelum membuka pintu untuk masuk di tempat duduk disebelah
tempat duduk pemandu..
“Assalamualaikum Tengku..” ujarku, setelah aku masuk ke dalam
kereta BMW series 5 berwarna hitam itu..
“Waalaikumusalam..” sahut Tengku Syah Ikmal..
“Tengku dah makan??” tanyaku, takkanlah nak diam je kan…
“Dah..”
“Tengku makan apa??”
“Makan bihun goreng..”
“Eh, samalah kita.. Saya pun makan bihun goreng..”
“Siapa masak??” tanya Tengku Syah Ikmal, sambil matanya tertumpu
pada jalan raya..
“Tak payahlah tanya, mestilah saya yang masak..” ujarku sambil
mengangkat kening, bukan nak sombong saja nak memeriahkan keadaan..
“Awak masak?? Macam tak percaya je..”
“Eh, mestilah saya yang masak.. Bukan nak berlagaklah, tapi kat
kolej dulu saya ni tau yang jadi chef.. Hah, itu belum saya cakap dekat rumah
saya tu.. Setiap kali saya balik je, mesti kakak saya suruh saya masak..”
“Dari cerita awak tu, saya rasa awak ni macam jadi kuli je..” gurau
Tengku Syah Ikmal..
“Mana ada saya jadi kuli.. Dah saya suka memasak, bila orang suruh
saya masaklah.. Jadi itu bukan kuli namanya..”
“Kenapa awak suka memasak?? Biasanya perempuan zaman sekarang ni tak
minat memasak, mereka lebih menumpukkan kepada fesyen-fesyen terkini..
Entah-entah memasak pun diaorang tak tahu..”
Aku tersenyum mendengar soalan Tengku Syah Ikmal.. “Sebab saya suka
memasaklah.. Bila saya masak, mesti saya penatkan.. Tapi, saya suka sangat
tengok orang makan makanan yang saya masak.. Saya rasa penat saya akan hilang
dan saya akan gembira sebab orang lain sudi makan makanan saya.. Mak saya pun
selalu cakap, lantaklah makanan yang kita buat sedap ke tidak yang penting kita
buat dengan ikhlas..”
“Jadi, awak tak kisahlah kalau orang lain suruh awak masak??”
“Tak, lagipun daripada saya duduk tak buat apa-apa pun kan, baik
saya memasak..” ujarku dengan jujur..
“Hmm, awak boleh masak makanan apa je??”
“Saya boleh masak makanan orang melayulah, makanan western
tu saya tahu sikit-sikit jelah sebab saya dengan keluarga saya memang tak makan
pun makanan western tu, maklumlah lidah melayu..”
Tengku Syah Ikmal tersenyum.. “Kalau awak masakkan untuk saya tengah
hari esok boleh?? Tak payah keluar lunch..”
“Eh, boleh je.. Tengku nak makan apa.. Kari?? Masak merah?? Tiga
rasa?? Tom yam?? Saya boleh masakkan…”
“Hmm, semuanya macam sedap je.. Tak tahu saya nak pilih mana
satu..”
“Agak-agaklah Tengku.. Manalah larat saya nak masak semua tu sekali
gus..”
“Hahaha, saya guraulah.. Hmm, saya nak makan masak merahlah..”
“Ok, Tengku nak ayam ke ikan??”
“Ayamlah…”
“Siap!! Tapi tak panaslah, sebab saya masak pagi..”
“Saya tak kisah, awak dah sudi nak masakkan untuk saya pun saya dah
bersyukur.. Lagipun kalau sedap, boleh awak masak setiap hari.. Jimat duit
makan saya..”
Aku terus menjeling Tengku Syah Ikmal yang sudah tertawa itu..
“Bankrap saya dapat bos macam Tengku ni..”
“Kalau taknak bankrap kahwinlah dengan saya..”
“Huh, taknak saya, stress saya kalau dapat suami macam
Tengku..” ujarku selamba..
“Awak nak cakap kalau kahwin dengan saya menyusahkanlah, sampai stress??”
kata Tengku Syah Ikmal, riak wajahnya berubah tiba-tiba.. Seperti tengah
berjauh hati..
“Alah Tengku.. Saya gurau je, tu pun tak boleh.. Lagipun, mesti
Tengku ada ramai yang minatkan?? Yelah dahlah kaya, comel, smart…” aku
menghentikan seketika bicaraku.. Dapatku lihat senyuman kembali terukir dibibir
Tengku Syah Ikmal.. Setelah itu, aku menyambung kata-kataku semula..
“Sasa, mukanya putih.. Tu yang saya tak nak masuk jarum.. Karang
ada perempuan yang kejar saya dengan spatula sebab rampas Tengku dari dia..”
“Saya mana ada girlfriend..”
“Yelah tu, orang macam Tengku ni mesti kenal ramai perempuan..
Takkanlah seorang pun tak sangkut..”
“Saya tak rasa yang diaorang layak untuk saya..”
Aku terus memandang kearah Tengku Syah Ikmal apabila mendengar
bicaranya itu.. Tak layak?? Hmm, kalau orang yang setaraf dengan dia pun dia
kata tak layak.. Apatah lagi orang kampung macam aku ni.. Keluh hatiku
perlahan..
Nasehah, wake up!! Dia gurau je tadi, dia bukannya
sukakan kau pun, dia cuma anggap kau sebagai pembantu peribadinya SAHAJA!!
Setelah itu aku terus mengalihkan pandangan dan memandang keluar
tingkap.. Nasehah, takkanlah kau suka dengan bos kau sendiri?? Takkanlah dalam
masa dua hari?? Hatiku berbolak balik dengan perasaanku sendiri..
*****
“Nasehah..” panggil Tengku Syah Ikmal..
“Ye Tengku, ada apa-apa yang boleh saya bantu??” tanyaku seiring
dengan langkahku yang sudah melangkah kearah meja Tengku Syah Ikmal..
“Tolong berikan fail ni dekat bahagian kewangan..”
“Baik Tengku.. Saya keluar dulu..” aku mengambil fail yang
dihulurkan oleh Tengku Syah Ikmal itu sambil menundukkan kepala sebelum keluar
dari pejabat..
*****
Nasehah mengetuk bilik Tengku Syah Ikmal sebelum melangkah masuk..
Tiba-tiba langkahnya terhenti..
“Assamualaikum, mak cik ni siapa ya??” tanya Nasehah apabila
terpandang seorang wanita yang kelihatan berumur dalam anggaran 5o tahun sedang
duduk diatas kerusi dimana dia selalu duduk..
“Waalaikumusalam..” jawab mak cik itu, tapi mak cik itu hanya
tersenyum sahaja memandang kearah Nasehah tanpa membalas pertanyaan Nasehah..
Nasehah turut membalas senyuman mak cik itu.. “Maaf mak cik, mak
cik ni siapa ya?? Nak jumpa dengan Tengku ke??” tanya Nasehah sekali lagi..
“Mama..” suara Tengku Syah Ikmal yang baru sahaja melangkah masuk
ke dalam pejabatnya itu kedengaran. Nasehah membulatkan matanya.. Mama??
Puan Isma hanya tersenyum sahaja melihat muka pucat Nasehah, Nasehah
menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat..
“Mama dah lama sampai ke??” seperti sudah menjadi kebiasaan, Tengku
Syah Ikmal menyalami mamanya yang tercinta itu, kedua belah pipi wanita
kesayangannya itu turut dicium..
“Tak adalah baru saja.. Siapa dia ni?? P.A Syah ke??” tanya Puan
Isma, matanya dikenyitkan kepada Tengku Syah Ikmal.. Tengku Syah Ikmal
tersengih..
“Ha’ah, yang gantikan Rita.. Nasehah namanya..” Puan Isma
menganggukkan kepalanya, padahal dia sudah tahu perkara itu saja pura-pura tak
tahu..
Nasehah mengetap bibir, tak tahu nak buat apa saat ini..
“Berapa umur??”
Nasehah memandang Puan Isma seketika, tiba-tiba telinganya
mendengar deheman daripada Tengku Syah Ikmal, dari gerak mata lelaki itu baru Nasehah
perasan yang soalan itu ditujukan kepadanya..
“24 tahun.. Er, Tengku..”
Puan Isma tersenyum.. “Tak ada Tengkulah.. Mak cik orang biasa
saja, kahwin dengan Tengku tu yang nama anak mak cik pun Tengku..”
Sekali lagi bibir diketap, Nasehah menggaru kepalanya yang tidak
gatal itu..
“Maaf, puan??”
Kali ini Puan Isma gelak, geli hatinya melihat Nasehah gelisah,
macam berdepan dengan mak mertua sahaja lagaknya.. “Panggil Aunty Isma
sajalah, nak panggil mama pun boleh..”
Nasehah terbatuk, dia hanya tersengih sahaja selepas itu.. “Maaf ya
aunty Isma, saya tak tahu yang aunty tak ada Tengku..
Pandai-pandai saya saja buat andaian..”
“Tak apalah, aunty tak kisah pun..”
“Ma, jomlah.. Kata nak keluar lunch..” Tengku Syah Ikmal
sudah bersuara, kesian pula melihat Nasehah seperti tidak selesa dengan gurauan
mamanya sebentar tadi..
“Oh ya, Nasehah jomlah ikut sekali..” pelawa Puan Isma..
“Eh tak apalah, saya makan dengan kak Sazzy nanti.. Saya dah janji
dengan dia tadi..” tolak Nasehah dengan lembut, tak selesa pula dia nak makan
sekali dengan mereka.. Semalam dah dibelanja, takkanlah hari ni pun dibelanja
juga..
“Alah, sekali-sekala saja.. Aunty nak juga kenal-kenal
dengan P.A anak aunty ni..” pujuk Puan Isma..
Nasehah jadi serba-salah, matanya dikelir kepada Tengku Syah Ikmal,
lelaki itu hanya mengangkat keningnya seolah-olah menanti jawapan darinya..
“Tapi saya dah janji dengan kak Sazzy..” Nasehah tetap memberikan
jawapan itu, tak nak dia makan sekali dengan dua-beranak itu, tak selesa..
Puan Isma sudah membuat muka kecewa, Nasehah pula semakin
serba-salah melihat raut wajah wanita tua itu..
Tiba-tiba Nasehah terasa telefonnya bergetar, dia terus mengambil
telefonnya.. Mesej yang masuk, dia baca.. Untuk seketika lidahnya digigit
perlahan..
“Dari Sazzy??” tanya Tengku Syah Ikmal.. Nasehah hanya mampu
mengangguk perlahan.. Tengku Syah Ikmal tersenyum..
“Macam mana Tengku tahu??” tanya Nasehah apabila dia baru tersedar
yang jangkaan lelaki itu tepat tentang siapa yang mesejnya..
“Mestilah saya tahu, baru tadi Sazzy cerita yang dia nak makan
dengan husband dia.. Husband Sazzy kan balik awal dari outstation,
tu yang nak makan sekali dengan isteri tercinta dia..” bersahaja saja riak
wajah Tengku Syah Ikmal memberi jawapan..
Nasehah sudah mencebik perlahan.. “Dah tahu tadi tak cakap
awal-awal.. Sengaja saja!!”
“Ya??” tanya Tengku Syah Ikmal apabila melihat bibir Nasehah seperti
bergerak.. Nasehah pantas menggeleng..
“Jadi Nasehah bolehlah makan dengan kami??” tanya Puan Isma dengan
wajah yang terpancar cerianya itu..
Nasehah mengeluh perlahan, dalam hatinya serba-salah untuk makan
dengan mereka. Namun, dia juga tidak sanggup menolak pelawaan Puan Isma itu,
kalau tadi ada alasan tak apalah sekarang sudah tak ada.. Akhirnya, Nasehah
hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja..
*****
Nasehah memandang komputer di depannya dengan tekun, tangannya laju
menekan keyboard untuk menyiapkan kerjanya.. Hari ini dia baru sahaja
mendapat mejanya sendiri, tak adaah jauh sangat daripada pejabat Tengku Syah
Ikmal, hanya di depan bilik lelaki itu sahaja..
Namun, Nasehah tetap bersyukur, sekurang-kurangnya dia tidak perlu
sebilik dengan lelaki itu lagi.. Setelah apa yang berlaku semalam, dia sudah
betul-betul tak selesa untuk bekerja dalam bilik yang sama dengan lelaki itu..
Nasib baik juga, pagi tadi dia dah dapat meja sendiri, kalau tak mahu dia
merempat kat mana-mana, asalkan bukan duduk di bilik lelaki itu..
“Nasehah, masuk bilik saya..” arahan Tengku Syah Ikmal melalui intercom,
menyedarkan Nasehah yang terleka seketika memikirkan hal semalam..
“Baik, Tengku..” jawab Nasehah, kakinya pantas di arahkan ke
pejabat lelaki itu.. Apabila mendapat keizinan untuk masuk, barulah Nasehah
masuk..
“Ya Tengku?? Ada apa yang boleh saya tolong??” tanya Nasehah..
Tengku Syah Ikmal tidak memandang kearah Nasehah, seperti masa dia
masuk ke pejabat lelaki itu kali pertama, tiada reaksi atau arahan yang
diberikan..
“
Tengku??” panggil Nasehah sekali lagi..
Seperti tadi, Tengku Syah Ikmal langsung tidak berganjak, matanya
tetap difokuskan di laptopnya tanpa langsung menghiraukan Nasehah..
Nasehah mengeluh perlahan, sudahlah kerjanya sangat banyak hari
ini.. Sebaik sahaja sampai di pejabat tadi, meja barunya dah bertimbun dengan
kerja.. Sudahlah hampir lewat dia sampai tadi, nasib baik sempat datang sebelum
pukul 8.30, kalau tak.. Naya dia dibuatnya.. Yalah, dia sudah tidak menumpang bosnya itu..
“Tengku, Tengku ada apa-apa hal ke panggil saya??” sekali lagi Nasehah
mencuba untuk menarik perhatian bosnya itu..
Sebaik sahaja Nasehah selesai berbicara, mata Tengku Syah Ikmal
terarah kepada Nasehah, pandangan lelaki itu amat tajam sehingga Nasehah
menundukkan wajahnya..
“Sekarang ini kau bos ke aku??!!” dengan suara yang amat sarkastik,
Tengku Syah Ikmal melontarkan soalan..
“Tengku bos..”
Tengku Syah Ikmal tersenyum sinis.. “Baguslah kalau kau tahu,
ingatkan tak sedar yang diri tu kuli kat sini!!”
Nasehah diam, dia mengetap bibirnya menahan sabar..
“Dengar sini ya perempuan!!?? Kau tu orang bawahan aku, kuli aku..
Jadi jangan pernah sesekali persoalkan kenapa aku panggil kau.. Kau faham!!”
jerkah Tengku Syah Ikmal kuat..
“Faham Tengku..”
“Bagus.. Sekarang ni, kerja yang aku bagi tadi.. Aku nak kau
siapkan sebelum minggu depan!! Semua sekali!!”
Nasehah tergamam.. Semua sekali??
“Tak boleh siap ke??” Tengku Syah Ikmal memandang Nasehah sambil
mengangkat keningnya..
“Hmm, banyak kerja Tengku bagi, saya takut tak sempat siap.. Setahu
saya yang urgent tender dengan Bumi Hijau dan Grow Sdn Bhd saja..
Yang lain semuanya lambat lagi daripada tempoh yang diberikan supaya
disiapkan..”
“I don’t care!! Yang saya tahu, semua siap!! Kalau kau kerja
sini niat nak kerja senang saja.. Dengan senang hati aku relakan kau berambus
dari syarikat aku!! Aku tak suka pekerja yang tahu mencipta alasan saja!!”
bentak Tengku Syah Ikmal kuat, tangannya menghentak meja kerjanya dengan kuat..
Nasehah tersentak, terkejut dengan suara dan bunyi hentakan yang
kuat itu,, Mata Tengku Syah Ikmal yang tajam memandangnya itu membuatkan dia
mengenggam kuat tangannya, menahan daripada air matanya mengalir..
“Baiklah Tengku, saya cuba untuk siapkan..”
“Bukan cuba!! Tapi kena siapkan!!”
“Baik Tengku, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu..” pamit Nasehah,
apabila tiada balasan daripada Tengku Syah Ikmal.. Nasehah menundukkan
kepalanya dan keluar, dia tidak boleh berdiri lama di sini, sungguh hatinya tak
kuat, kenangan lama mencengkam dadanya..
*****
Nasehah memandang sekujur tubuh yang lemah terbaring di tengah
jalan raya.. Tangannya bergetar, mulutnya tak terkata.. Bunyi jeritan daripada
orang sekeliling bagaikan tiada kesan kepadanya.. Dia kekal terpegun tanpa ada
daya untuk melakukan apa-apa.. Darah yang mengalir dari tubuh lemah itu
dipandang sayu, air mata mengalir laju tanpa ada esakan..
“Maafkan aku.. Maafkan aku..”
“Nasehah!! Nasehah!!” panggilan dan tamparan di pipi menyedarkan Nasehah
kembali ke realiti.. Namun, bayangan mimpinya itu masih menghantui mindanya,
masih jelas bagaikan baru sahaja berlaku..
“Kau ok ke tak ni??” lembut Intan bertanya, Intan merupakan rakan
yang turut menyewa dengan Nasehah.. Mereka sudah kenal lama dari zaman sekolah
lagi..
“Intan.. Aku mimpi benda itu lagi, Intan.. Aku takut..” Nasehah
mengadu kepada Intan, air mata dialirkan selajunya seiring dengan ketakutan
yang semakin kuat dirasakan..
“Nasehah, jangan menangis. Aku ada dengan kau ni..” pujuk Intan,
dia menepuk bahu rakannya itu perlahan untuk memberikan semangat kepada Nasehah..
“Aku takut Intan..”
“Shh.. Nasehah berhenti menangis, semua itu bukan salah kau.. Bukan
salah siapa-siapa, jadi kau tak perlu takut..”
“Tapi..”
“Nasehah!! Tolonglah, walaupun kau dah jumpa dengan keluarga dia,
walaupun keluarga dia salahkan kau!! Kau kena kuat dan kau kena lawan!! Ini
bukan salah kau, jangan biarkan diaorang anggap semua ni salah kau!!” Intan
memandang kearah mata Nasehah yang semakin kuat esakannya itu..
“Bagitahu diaorang yang ini hanya satu kesilapan.. Kau atau dia tak
jangka yang benda ini akan berlaku.. Cukuplah kau dah sengsara selama ini,
cukuplah kau dah pendam rasa bersalah selama ini.. Kau tak layak untuk tanggung
kesakitan ini seorang diri sebab kau tak salah..” lembut suara Intan berkata,
dia memeluk Nasehah..
“Tetap salah aku Intan..”
“Nope!! Kalau ada yang bersalah, kau orang berdua yang
bersalah, tak ada kau atau dia!! Dua-dua bersalah.. Jadi jangan cakap hanya kau
yang bersalah!!”
Nasehah diam, dia tak tahu nak cakap apa..
“Nasehah, tolong.. Jangan salahkan diri kau sendiri, aku tak
sanggup tengok kau terseksa lagi..”
Nasehah mengetap bibirnya perlahan, sebelum mengangguk perlahan..
Dia tak nak merisaukan Intan, cukuplah selama ini rakannya itu sentiasa ada
saat duka dan sukanya, dia tak nak membebankan Intan dengan masalahnya lagi..
*****
“Hari ini, semua ada dekat meja aku!!”
Nasehah mengeluh setiap kali kata-kata Tengku Syah Ikmal pagi tadi
berlegar-legar di kepalanya.. Kepalanya sudah tepu asyik melihat komputer
sahaja seminggu ini.. Tiada masa langsung dia nak rehat..
“Nasehah, tak keluar makan lagi ke hari ini??”
Nasehah memandang kearah kak Sazzy yang sudah bersiap sedia untuk
keluar lunch dengan suaminya itu.. Seperti biasa dia hanya menggeleng
kepala untuk jawapan kepada soalan wanita itu..
“Kenapa?? Banyak lagi ke kerja yang Tengku bagi??” prihatin Sazzy bertanya,
kesian dia melihat Nasehah berpulun untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan
oleh bos mereka itu.. Bukan dia tidak mahu tolong, tapi Tengku Syah Ikmal sudah
beri amaran kepadanya supaya tidak masuk campur.. Kalau ikut kepala dia nak
juga dia lawan, tapi takut akan merumitkan keadaan dan pasti mangsanya nanti
adalah Nasehah sendiri..
“Bolehlah kak..” jawab Nasehah ringkas..
“Kesian kau.. Apalah Tengku fikir, tak pernah akak tengok dia buat
perangai macam ni.. Melampau sangat..” rungut Sazzy, geram dengan sikap bos
mereka itu yang biasanya sangat prihatin kepada kebajikan pekerjanya.. Namun,
apa yang silapnya dengan Nasehah sampai diperlakukan sedemikian..
Nasehah tersenyum mendengar rungutan kak Sazzy itu.. Dia tahu kak
Sazzy marah dengan Tengku Syah Ikmal, namun dia merasa yang ini memang sudah
nasib dia..
“Tak apalah kak, lagipun tinggal sikit lagi ni.. Siap saja nanti, Nasehah
terus hantar dekat Tengku..”
“Bila kena hantar??”
“Hari ni..”
Sazzy kerut dahi.. “Hari ni?? Tengku bukan half day ke??”
Nasehah pula yang mengerutkan dahinya.. “Tengku tak bagitahu saya
pun.. Lagipun saya tak nampak dia keluar dari pejabat..”
“Ish, mati-mati akak ingat Tengku dah bagitahu dekat Nasehah.. Tadi
masa Nasehah ke toilet tadi, dia keluar tergesa-gesa.. Dia kata nak inform
dekat Nasehah, dia tak sempatlah kut tadi..” terang Sazzy..
Nasehah termangu seketika.. “Habis tu, macam mana saya nak bagi
dekat Tengku kerja-kerja ni semua..”
“Esok sajalah..”
Laju Nasehah menggelengkan kepalanya.. “Tak boleh kak, nanti dia marah
dekat saya.. Nanti makin berganda pula kerja yang dibagi dekat saya nanti..”
Sazzy memandang wajah Nasehah yang kelihatan letih itu, betul juga
kata Nasehah itu.. Sudahlah mood bos mereka tak menentu, nanti ditambah
pula kerja P.Anya itu kalau kerja yang sedia ada tidak disiapkan..
“Email saja tak boleh??”
“Tengku dah kata yang dia nak dua-dua sekali.. Email dan
Salinan lengkap sekali..”
Sazzy diam, dia cuba memikirkan sesuatu untuk membantu Nasehah..
“Akak send alamat rumah Tengku dekat Nasehah ok??”
“Akak tahu ke?? Kalau tahu oklah, senang sikit.. Nasehah nak settle
semua..” jawab Nasehah laju, lega akhirnya dia dah dapat penyelesaian.. Tak
sanggup dia nak tunda-tunda..
“Nanti akak send..”
“Terima kasih kak, kalau tak ada akak tadi.. Tak tahulah macam
mana.. Mahu kena hamun dengan Tengku esok..”
Sazzy senyum.. “Ni saja yang akak mampu tolong kau..”
Nasehah membalas senyuman kak Sazzy, dia tahu wanita itu kesiankan
dirinya dan serba-salah.. Namun, dia tak salahkan kak Sazzy, amaran dari bos
sendiri untuk tiada pekerja yang boleh membantunya.. Jadi, dia tak nak salahkan
siapa-siapa..
“Akak dah tolong Nasehah ni pun, Nasehah dah bersyukur sangat kak..
Akak tak payah risaulah, tak adalah banyak sangat kerjanya.. Dahlah kak, nanti
suami akak tunggu lama pula..”
Sazzy tersengih.. “Ha’ahlah lupa pula suami akak dah tunggu dekat
bawah.. Oklah akak pergi dulu, jangan lupa turun makan tau.. Kalau tak sempat,
mesej akak ya.. Akak tapaukan..”
“Ok kak..”
*****
“Assalamualaikum..” Nasehah memberi salam sambil menekan loceng..
Setelah beberapa kali berbuat demikian, barulah pintu rumah agam itu dibuka..
“Waalaikumussalam..” jawab seorang wanita tua yang membuka pintu..
Senyuman dilemparkan kepada mak cik itu..
“Tengku Syah Ikmal ada tak mak cik??”
“Maaf, anak siapa ya??”
Nasehah tersengih, terlupa pula nak perkenalkan diri..
“Saya Nasehah, pekerja Tengku Syah Ikmal.. Tengku suruh saya hantar
fail-fail ni dekat dia hari ni.. Tapi dia keluar tiba-tiba tadi, tu yang saya
hantar ke rumah dia..”
“Oh ya ke.. Kalau macam itu masuklah dulu, Tengku ada dekat
dalam..” pelawa mak cik itu.. Nasehah menganggukkan kepalanya dan melangkah
masuk..
“Nasehah duduk dekat sofa itu dulu, mak cik panggilkan Tengku..” Nasehah
hanya menurut arahan mak cik itu tanpa bantahan..
Nasehah memandang ruang tamu rumah agam milik Tengku Syah Ikmal
yang kelihatan kemas dan elegen.. Sangat teratur susunannya dipadanka dengan
warna biru laut yang membuatkan kawasan itu kelihatan tenang sahaja..
Tiba-tiba Nasehah memegang perutnya, mukanya berkerut.. Dia mengeluh
perlahan, perutnya sudah mula membuat hal.. Hatinya dah mula resah, sudah
beberapa minit dia menunggu tetapi bayangan Tengku Syah Ikmal masih tidak
kelihatan..
‘
Tak boleh jadi ni, aku kena cari Tengku sendiri..’ tekad hati Nasehah..
Kalau nak tunggu karang ada yang pengsan pula dekat sini.. Nasehah mula bangun
dah melangkah ke ruang tengah rumah agam itu..
“PRANG!!!” terperanjat Nasehah apabila ada sebuah pinggan yang
tercampak betul-betul di hadapannya sebaik sahaja kakinya jejak di ruang
tengah..
Perlahan-lahan Nasehah
melihat kearah pinggan itu dibaling.. Mata-mata yang tertancap kearahnya
membuatkan Nasehah berasa kekok.. Namun sepasang mata yang memandang kearah Nasehah
membuatkan Nasehah terkedu..
Dapat dirasa wajahnya seperti tiada darah yang mengalir, pucat..
Kepalaya mula berdenyut, perutnya mula rasa sakit yang teramat sangat.. Badan Nasehah
terhuyung-hayang cuba untuk menegakkan badannya.. Matanya mula berpinar sebelum
segalanya menjadi gelap..
*****
“Macam mana keadaan kawan saya doktor??” laju Intan menanyakan
keadaan Nasehah setelah doktor yang memeriksa Nasehah keluar..
“Alhamdulillah, keadaannya ok sahaja.. Tapi lain kali, ingatkan dia
untuk makan pada waktunya.. Gastrik dia ni teruk sikit, kalau selalu berlaku
macam ni, mungkin boleh bawa kepada penyakit yang lebih berbahaya.. Jadi, saya
sarankan untuk beberapa waktu ini, cik nasihatkan kawan cik untuk jaga waktu
makan dan tak perlu untuk diet sebab daripada yang saya lihat, sudah beberapa
hari kawan cik tak jaga makan, sebab tulah kesannya kali ini agak teruk..”
panjang lebar doktor itu menerangkan keadaan Nasehah, Intan mengangguk tanda
mengerti..
“Insya Allah doktor.. Boleh ke kalau saya nak tengok kawan saya??”
“Boleh, tapi dia tak sedar lagi..”
“Ok doktor, terima kasih..”
“Sama-sama..” doktor itu pun berlalu pergi…
Hilang sahaja kelibat doktor itu, mata Intan tajam memandang kearah
figura beberapa orang yang turut berada di situ..
“Puas hati kau!!??” keras suara Intan melontarkan kata-katanya
itu..
Tengku Syah Ikmal mencebik.. Melihat riak tak bersalah Tengku Syah
Ikmal itu, menambahkan amarah di hati Intan.. Tanpa menunggu sesaat wajah
tampan itu ditumbuk sekuat hati..
“Syah..” bergema suara Puan Isma dan Sally apabila tubuh sasa
Tengku Syah Ikmal terjelepok jatuh akibat penangan tumbukan Intan..
“KAU!!” jerit Tengku Syah Ikmal kuat..
“Marah??!! Marah!!?? Aku yang patut marah bukan kau!!?? Kau ni tak
ada hati ke hah?? Tak ada perasaan?? Boleh kau bagi kerja banyak macam itu
dekat pekerja baru kau, bos jenis apa kau ni??!!” tiada gentar, Intan memotong
bicara Tengku Syah Ikmal..
“Kau nak salahkan aku pula.. Dah memang dia layak pun dapat semua
itu, dia..” belum sempat Tengku Syah Ikmal berkata lebih lanjut, perutnya pula
menjadi sasaran kaki Intan.. Tercampak lelaki itu terkena tendangan padu Intan,
belum cukup dengan itu Intan meluru kearah Tengku Syah Ikmal, tubuhnya
didudukkan di atas tubuh lelaki itu, kaki-kakinya digunakan untuk menghalang
daripada tangan Tengku Syah Ikmal bergerak dan lengannya ditolak kuat pada
leher lelaki itu.. Terkapai-kapai lelaki itu mancari sumber oksigen..
“Berhenti.. Tolong jangan buat macam itu dekat anak mak cik..” rayu
Puan Isma, Sally pula sudah terjerit-jerit meminta tolong.. Namun, Intan tidak
berkutik sedikit pun..
“I.. In.. Intan..” mendengar suara itu, Intan bagai tersentak dan
kembali kepada fikiran warasnya, dia terus melepaskan Tengku Syah Ikmal.. Laju
dada Tengku Syah Ikmal bergerak, menunjukkan dia terlalu kekurangan oksigen
akibat tindakan Intan tadi..
“Kau.. Kau..” Tengku Syah Ikmal masih tersekat-sekat untuk bersuara
kerana dirinya masih kekurangan oksigen.. Namun sekali lagi bicaranya
dipotong..
“Maaf, maaf atas apa yang aku dah buat.. Aku hilang kawalan, aku
marah, aku tak boleh terima yang Nasehah terseksa sekarang ini..” ujar Intan perlahan,
air matanya yang ditahan gugur..
Terkedu Tengku Syah Ikmal dibuatnya, perempuan yang kelihatan
seperti binatang buas sebentar tadi bertukar tiba-tiba..
Intan melangkah kearah suara yang menghentikan perbuatan gilanya
tadi.. Namun pantas dihalang oleh Tengku Syah Ikmal dan Puan Isma..
“Bi.. Biarkan.. Di.. Dia..” Puan Isma dan Tengku Syah Ikmal
berpandangan sesama sendiri sebelum memberi ruang kepada Intan.. Intan terus
melutut, matanya masih tidak dapat menerima hakikat saat melihat wajah di
hadapannya itu semasa dia sampai ke hospital tadi..
“Tengku Sya Irdina.. Aku tak sangka yang kau masih hidup lagi, tapi
aku bersyukur, sekurang-kurangnya dengan tahu kau hidup.. Kurang sikit beban Nasehah..”
perlahan Intan menuturkan katanya dihadapan rakannya itu, rakannya yang sedang
duduk di atas kerusi roda, yang diingatkan sudah tidak bernyawa lagi.. Namun,
perancangan Tuhan siapa yang tahu..
“Aku tahu kau mungkin baru sihat.. Tapi aku perlukan kau untuk
terangkan perkara sebenar dekat keluarga kau.. Kesian Nasehah, Sya.. Dia dah
cukup menderita bila dia ingatkan kau dah tiada.. Cukuplah derita dia dulu Sya,
aku tak sanggup tengok dia menderita lagi..” teresak-esak Intan saat kata-kata
itu diluahkan..
Tengku Syah Ikmal memandang kearah mamanya, mereka berbalas
pandangan sebelum memandang kearah Tengku Sya Irdina..
“A.. Aku…” belum sempat Tengku Sya Irdina berkata, pintu wad di
mana Nasehah ditempatkan dibuka dengan kasar.. Muncul wajah pucat Nasehah,
matanya berair..
“Nasehah..” Intan terus mendapatkan Nasehah yang masih lemah itu..
“Kenapa kau keluar?? Kau tak sihatkan..” Intan cuba untuk membantu Nasehah
untuk masuk kembali ke dalam wad.. Namun, Nasehah mengeraskan badannya..
“Nasehah??” Intan kerut dahi..
“Tolong Intan, aku tak nak duduk sini.. Bawa aku balik..” lemah
suara Nasehah menuturkan hasratnya.. Intan menggelengkan kepalanya tanda tidak
setuju dengan kata-kata Nasehah itu..
“Tolong Intan, aku merayu dekat kau..” pujuk Nasehah lagi, air
matanya mengalir tanpa henti seiring dengan kata-katanya.. Intan sudah membuat
muka risau, dia risaukan keadaan Nasehah, namun Nasehah seperti dah tidak
sanggup untuk duduk di situ..
“Ok aku bawa kau balik.. Tapi kau kena jaga makan, makan ubat,
jangan buat macam ni lagi..” laju Nasehah mengangguk, dia sudah tidak peduli
dengan keadaan sekeliling, dia nak balik rumah sahaja saat itu..
Intan membantu Nasehah untuk berjalan.. Nasehah memandang Tengku
Sya Irdina dengan ekor matanya sebelum berlalu pergi tanpa kata..
*****
Tengku Syah Ikmal memandang surat perletakan jawatan yang sedia ada
berada di meja saat dia masuk ke dalam pejabatnya tadi, dia mengeluh perlahan..
Kepalanya terimbau perbincangannya dengan keluarganya malam tadi.. Hakikat
sebenar baru diketahui..
Selama ini mereka sekeluarga meletakkan kesalahan keatas Nasehah
yang langsung tidak diketahui siapa, mereka berbuat andaian yang Nasehah punca
Tengku Sya Irdina kemalangan 6 tahun lepas.. Mereka pernah menyaman Nasehah
namun disebabkan tiada bukti yang kukuh, Nasehah dibebaskan.. Mereka baru tahu Nasehah
yang mereka saman itu adalah Nasehah P.A baru Tengku Syah Ikmal setelah mereka
makan tengah hari dengan Nasehah dan kebetulan masa itulah kenalan Tengku Sya
Irdina menegur mereka dan identiti Nasehah diketahui..
Untuk menyalahkan Tengku Sya Irdina pun tidak boleh.. Adiknya itu
koma hampir 5 tahun, baru elok tahun lepas.. Emosi dan fizikal adiknya yang
masih tak stabil dan tak sempurna membuatkan mereka susah untuk berkomunikasi..
Apabila mendapat tahu siapa itu Nasehah, saat itulah, digunakan untuk membalas
‘dendam’ atas ketidaksempurnaa adiknya.. Namun, rupanya setelah berjumpa Nasehah,
baru mereka tahu Tengku Sya Irdina membuat perangai sebenarnya kerana ingin
berjumpa dengan Nasehah kerana dia fikir, dia telah membunuh Nasehah..
Rupanya orang yang disangka punca kepada kemalangan Tengku Sya
Irdina adalah orang yang cuba untuk menyelamatkan adiknya itu.. Lama juga
tempoh untuk Tengku Sya Irdina menceritakan perkara sebenar.. Daripada cerita
adiknya, dia dan Nasehah bergaduh akibat selisih faham di tepi jalan raya..
Beberapa kali juga Tengku Sya Irdina menolak Nasehah sehingga mereka asyik di
hon..
Sehingga satu tolakan yang kuat diberikan sehingga Nasehah jatuh
ditengah jalan, masa itu tiada banyak kereta tetapi Nasehah selamat.. Malang
pula kepada Tengku Sya Irdina kerana walaupun kereta tidak banyak, namun
masing-masing mengelak daripada melanggar Nasehah dengan melencongkan kereta
mereka dan akhirnya yang dilanggar adalah Tengku Sya Irdina.. Jadi mereka salah
faham, Nasehah fikir adiknya mati, adiknya fikir Nasehah mati..
Sekarang ini, dia pula dilanda serba-salah.. Sibuk ingin menghukum
orang.. Alih-alih diri sendiri yang salah.. Sekali lagi Tengku Syah Ikmal
mengeluh.. ‘Apa aku nak buat ni??’
*****
Mata Tengku Syah Ikmal tak lepas daripada memandang kearah Nasehah
yang sibuk melayan karenah Tengku Sya Irdina.. Sangkanya dia tidak akan bertemu
dengan perempuan itu lagi.. Namun sangkaannya meleset apabila waktu tengah hari
dia balik untuk makan di rumah, rupa-rupanya Nasehah sedang melawat adiknya
bersama dengan Intan..
“Syah..” panggil Puan Isma lembut.
“Ya mama..” sahut Tengku Syah Ikmal..
“Ini mungkin peluang terakhir kamu, jangan sia-siakan nak..”
mendengar kata mamanya itu membuatkan Tengku Syah Ikmal mengerutkan dahinya..
Puan Isma tersenyum.. “Mama tahu kamu faham maksud mama.. Kalau
dulu kamu tolak dia sebab fikir dia punca Dina kemalangan, sekarang tiada
alasan lagikan untuk menafikan perasaan kamu..”
Tengku Syah Ikmal tertunduk.. “Baru seminggu lebih ma kenal..
Itupun Syah dah layan dia teruk, manalah dia nak..”
Puan Isma menepuk lembut bahu anak lelakinya itu.. “Dia perempuan
pertama yang berjaya buat anak mama tersenyum sampai nampak gigi.. Janganlah
lepaskan dia, nanti kamu yang sakit Syah, jangan mengalah ya.. Seminggu yang
sudah itu bukan diri kamu, kamu ditutupi dengan dendam masa itu.. Mama tahu,
anak mama lebih baik daripada itu, jadi buktikanlah..”
“Entahlah ma..”
“Fikirkanlah yang terbaik Syah, mama sentiasa sokong Syah..”
*****
Nasehah sentiasa menghabiskan masa dengan Tengku Sya Irdiana semenjak
dua bulan lepas, keadaan Tengku Sya Irdina pun semakin membaik.. Namun, keadaan
Nasehah dan Tengku Syah Ikmal masih kekal tanpa cerita..
“Nasehah, kau masih marahkan abang aku ke??” tanya Tengku Sya
Irdina, lidahnya semakin lincah untuk bertutur tidak seperti sebelum ini..
Nasehah tersenyum.. “Taklah, dia mana ada buat salah dengan aku
pun.. Buat apa aku nak marah dia pula..”
“Habis tu kenapa kalau abang aku balik tengah hari kau macam tak
selesa saja.. Lepas tu kalau boleh kau nak balik rumah..” Tengku Sya Irdina
menyatakan apa yang diperhatikan sepanjang dua bulan Nasehah selalu
melawatnya..
Nasehah diam, tiada jawapan untuk soalan Tengku Sya Irdina.. Memang
dia tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.. Sebenarnya untuk datang ke sini
pun dia tidak selesa sebenarnya.. Namun atas pujukan Puan Isma yang menyatakan
Tengku Sya Irdina memerlukan kawan untuk membantu proses penyembuhannya, itulah
sebab dia menahan sabar untuk berulang-alik dari rumah kr sini..
“Nasehah.. Maafkanlah abang aku kalau dia ada buat kau tak selesa
ke apa.. Atau kau masih marah sebab dia berkasar dengan kau dan bagi kau kerja
banyak dua bulan lepas??”
“Tak adalah, aku tak marahkan dialah..”
“Jadi kau maafkan dialah..”
“Aku tak marahkan dia, jadi buat apa nak maafkan dia..”
“Alah, maafkanlah dia.. Aku tahu kau masih marahkan dia, maafkanlah
abang aku ya..” pujuk Tengku Sya Irdina..
Nasehah mengeluh.. “Yelah, aku maafkan.. Puas??”
“Yeah!! Abang, Nasehah dah maafkan abang.. Abang dah boleh cakap
dengan dia..” usai berkata, Tengku Sya Irdina terus memecut pergi dengan kerusi
roda elektriknya..
Nasehah tergamam.. Suara yang muncul daripada belakangnya itu
menambahkan dia lebih tergamam..
“Awak dah maafkan saya??”
Nasehah menggaru kepala..
“Nasehah, awak dah maafkan saya ke??” tanya Tengku Syah Ikmal
sekali lagi, kali ini lelaki itu berdiri di depan Nasehah..
Nasehah diam..
“Nasehah please say something.. Kalau awak nak marah saya
ke, hina saya ke, maki saya ke, buatlah but please talk to me..”
Nasehah mengetap bibir.. “Kalau awak nak saya maafkan awak, boleh..
Tapi dengan satu syarat..”
“Ok!!” laju lelaki itu sahut..
“Bagi saya kerja..”
Tengku Syah Ikmal tergelak mendengar syarat Nasehah itu.. “Itu
saja??”
“Yelah!!” Nasehah menjeling Tengku Syah Ikmal geram, gelak pula..
Ingat lawak.. Kalau tak fikirkan telinga ni dah beku kena bebel dengan Intan
sebab tak kerja-kerja, memang taklah aku nak tebalkan muka minta kerja dengan
lelaki itu..
“Boleh saya tahu kenapa awak nak kerja dengan saya??”
“Saya tak nak pun kerja dengan Tengku, saya suruh bagi saya
kerja..” Nasehah membetulkan kenyataan lelaki itu..
Tengku Syah Ikmal senyum.. “Yelah kerja dengan sayalah, habis awak
nak saya bagi awak kerja apa??”
Nasehah mencebik.. “Maksud saya kerja selain jadi P.A Tengku atau
kerja yang menyebabkan saya perlu berurusan dengan Tengku..”
Hilang senyuman yang terukir tadi.. “Jadi awak masih tak boleh
maafkan saya?? Awak tak boleh lupa apa yang saya dah buat??”
“Tengku dah lari jauh dari tajuk ni, saya minta kerja saja.. Tengku
bagi saya maafkanlah Tengku..”
“Hubungan kita akan jadi macam dulu tak kalau awak maafkan saya??”
Nasehah kerut dahi.. Tengku Syah Ikmal mengeluh..
“Saya tahu awak faham maksud saya Nasehah..”
Nasehah mengeluh.. “Insya Allah Tengku, bukan hak saya nak rosakkan
ukhuwah antara muslim..”
Mendengar jawapan Nasehah itu barulah Tengku Syah Ikmal kembali
tersenyum, gembira sungguh wajahnya saat itu..
“Kenapa awak minta berhenti, kalau akhirnya awak minta kerja dekat
saya juga??”
Sekali lagi Nasehah mengeluh.. “Bukan saya yang buat surat tu..
Tapi Intan, dia kata dia nak bagi pelajaran kat Tengku.. Jangan sesuka hati nak
dera orang dia kata..”
Bergema kawasan ruang tamu itu dengan tawa Tengku Syah Ikmal..
“Kalau macam itu kenapa awak tak datang saja cakap dengan saya.. Saya ingat
betul-betul awak yang buat surat itu..”
“Ei, tak nak saya.. Malulah dah hantar surat letak jawatan lepas tu
tayang muka macam tak ada apa-apa..”
“Tapi sekarang ni, hanya ada satu keja kosong.. Tetapi tetap kena
berurusan dengan saya, malah boleh kata awak akan pandang muka saya saja 24
jam..”
Nasehah mengerutkan dahinya.. “Kerja apa tu?? Melampau betul sampai
24 jam, tu lagi kejam dari dulu..”
“Awak nak tahu ke??”
“Apa dia??”
“Isteri saya..”
Nasehah membulatkan matanya.. “Habis tu Sally nak campak mana?? Nak
saya kena sembelih ke Tengku..”
“Awak ni, saya dengan Sally tak pernah ada apa-apa ya.. Dia dan
saya hanya sepupu dan tak lebih daripada itu..”
“Ok whatever.. Tapi dulu Tengku pernah cakap yang
perempuan-perempuan yang terkejar-kejarkan Tengku puntak layak dengan Tengku..
Apatah lagi saya, memang tak layaklah kan untuk Tengku..”
Tengku Syah Ikmal senyum.. “Maksud saya tak layak itu sebab
diaorang tak ada pakej yang saya nak..”
“Pakej apa yang Tengku nak??”
“Saya nak perempuan yang menutup aurat, boleh hormat orang tua..
Tak matrialistik, sopan santun, baik hati..”
Nasehah buat muka.. “Kalau macam itu, memang saya tak layaklah..”
“Siapa kata?? Sebab awak layak lah saya offer dekat awak..”
“Dahlah Tengku.. Saya tak main-main ni..”
“Saya pun..” Tengku Syah Ikmal membuat muka serius..
Nasehah menundukkan wajahnya..
“Oklah, saya bagi awak kerja.. Tapi kerja awak masih sama macam
sebelum ni, jadi P.A saya..”
“Tapi..”
“Saya tak pernah terima surat berhenti awak, saya cuma anggap awak
cuti tak bergaji.. Jadi kalau awak dah bersedia, saya rasa esok awak dah boleh
kerja macam biasa..”
Nasehah diam..
“Awak terima ya..”
Nasehah mengetap bibirnya, ini bukan saat dia untuk memilih.. Dia
sepatutnya bersyukur yang lelaki itu masih ingin menerimanya kerja.. “Insya
Allah, saya terima..”
“Tapi awak jangan risau..”
Nasehah mengangkat keningnya.. Tengku Syah Ikmal tersenyum..
“Tawaran saya tadi masih terbuka untuk awak..” kata Tengku Syah
Ikmal sambil mengenyitkan matanya..
“Tengku!!” laju bantal kecil yang ada di sofa dilayangkan ke muka
Tengku Syah Ikmal yang sudah sibuk bergelak-tawa itu..
Akhirnya mereka berdua sama-sama ketawa..
*****
“Dah lima bulan..”
“Hmm??”
“Dah lima bulan..” kata Tengku Syah Ikmal lagi kuat..
“Yelah saya tahulah awak cakap lima bulan, Syah oi.. Tapi apa yang
lima bulan..” balas Nasehah, dia sudah membahasakan Tengku Syah Ikmal dengan
panggilah Syah.. Namun ianya hanya untuk panggilan luar pejabatlah, dalam
pejabat kena kembali formal..
“Lima bulan lepas saya bagi awak tawaranlah jadi isteri sayalah..”
Nasehah diam, dah mula dah..
“Awak tak dapat jawapan lagi ke Nasehah??”
Nasehah diam lagi, matanya diarah kearah lain..
“Nasehah..”
“Syah, total perkenalan kita baru 7 bulan ok..”
“So, kalau dah jodoh apa boleh dijangka??”
Nasehah mengeluh, semakin lama dia mengenali lelaki itu semakin dia
sedar yang lelaki itu memang pantang mengalah apatah lagi kalau soal tawaran
itu dibangkitkan..
“Awak terima tak Nasehah?? Terimalah ya..”
“Tak nak..”
Tengku Syah Ikmal membuat muka masam, kecewa dengan respon Nasehah
yang selamba memberi jawapan tanpa teragak-agak langsung..
“Syah, kenapa awak nak sangat saya terima tawaran awak tu??”
“Sebab saya cintakan awak, I love you, saranghae, aishiteru,
jet’aime..”
Nasehah gelak.. “Itu saja ke?? Saya ingat ada banyak bahasa lagi
yang awak nak cakap..” perli Nasehah..
“Alah, tak sempat nak search lah, nantilah saya search
banyak-banyak, sampai awak tak terkata..”
Nasehah senyum.. “Awak serius ke dengan tawaran awak tu??”
“Yup!!”
“Yakinnya..”
Tengku Syah Ikmal tersenyum bangga.. “Mestilah saya yakin, saya
yakin awak dan saya berjodoh..”
“Macam mana awak boleh yakin sangat ni??”
“Sebab saya tahu, awak pun cinta saya..”
Nasehah angkat kening mendengar kenyataan Tengku Syah Ikmal itu.. “Wow,
terlebih yakin ni..”
“Habis awak tak suka saya ke?? Benci saya??” muka Tengku Syah Ikmal
dah berubah riak..
Nasehah tergelak.. “Tak adalah sampai macam tu..”
“Jadi betullah awak cintakan saya..”
“Tengku nak saya jujur ke??”
“Don’t call me Tengku, just call my name!!”
Nasehah senyum.. “Tengku tu kan termasuk nama awak..”
“Nasehah please..”
“Yelah Syah..”
Tengku Syah Ikmal senyum.. “Jawab soalan saya..”
“Fine, tapi sebelum tu saya nak pastikan sesuatu..” tegas
Nasehah bersuara..
“Apa dia..”
“Syah yakin kita berjodoh??”
“Insya Allah.. Dengan izin Allah, jodoh kita adalah untuk bersama..”
yakin Tengku Syah Ikmal menjawab..
“Pergi Perak, jumpa keluarga saya.. Kalau diaorang terima awak,
awak dapat persetujuan saya..” mendengar jawapan yakin lelaki itu, Nasehah
turut menjawab dengan yakin..
“Betul ni??” ceria betul wajah lelaki itu setelah mendapat jawapan
dari Nasehah.. Nasehah mengangguk..
“Jom!!”
“Pergi mana??”
“Perak..”
Nasehah gelak.. “Sabarlah ya pun, takkanlah awak nak menonong
pergi, terkejutlah keluarga saya..”
Tengku Syah Ikmal menggeleng kepala.. Nasehah angkat kening..
Tiba-tiba telefon bimbit
Nasehah berbunyi, dari ibunya.. Nasehah terus menjawab tanpa menunggu walaupun
sesaat..
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam ibu, ibu sihat??”
“Dah tak payah nak sihat tak sihat.. Balik sekarang, apalah kamu
ni.. Ada orang nak hantar rombongan pinang tak bagitahu ibu, terkejut ibu tahu
tak..” sekali lagi Nasehah kerut dahi..
Nasehah tiba-tiba membulatkan matanya, dia memandang kearah Tengku
Syah Ikmal yang dah tersengih macam kerang busuk itu..
“Ya ibu, Nas balik sekarang..” habis sahaja bicara dengan ibunya,
Nasehah terus menamatkan panggilannya..
“Syah!! Awak ni kan..”
“Jomlah kita pergi Perak..” laju Tengku Syah Ikmal mengajak
Nasehah, langsung tidak dihiraukan muka kelat Nasehah..
“Kenapa awak buat macam ni?? Tak bincang dengan saya?? Kalau tadi
saya tak setuju macam mana??”
Tengku Syah Ikmal senyum.. “Saya tetap akan pinang awak..”
“Kenapa awak yakin sangat ni Syah..”
Muka Tengku Syah Ikmal berubah serius.. “Sebab saya yakin awak dan saya,
adalah kita.. Jodoh awak dan saya, jodoh kita..”
Nasehah mengeluh, akhirnya dia hanya mampu tersenyum.. “Jomlah..”
Tengku Syah Ikmal angkat kening..
“Pergi Peraklah..”
“Untuk??” saja Tengku Syah Ikmal melontarkan soalan itu..
“Supaya saya boleh untuk kata saya terima dekat keluarga saya dan
awak..”
Tengku Syah Ikmal tersenyum lebar sebelum menjerit kuat tanpa
menghiraukan orang sekeliling.. “Here we come Perak!!”
Nasehah tersenyum melihat telatah Tengku Syah Ikmal itu.. ‘Ya
mungkin betul kata awak.. inilah jodoh kita.. Insya Allah..”
TAMAT
Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.
BalasPadamSangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
Bonus yang tersedia saat ini
Bonus new member Sportbook 100%
Bonus new member Slot 100%
Bonus new member Slot 50%
Bonus new member ALL Game 20%
Bonus Setiap hari 10%
Bonus Setiap kali 3%
Bonus mingguan Cashback 5%-10%
Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
Bonus Referral
Minimal deposit hanya 10ribu