I GOT YOUR HEART
Oleh Red Violet
Nur Humaira Zurina atau lebih dikenali
sebagai Humaira hanya memerhatikan perlakuan sahabat karibnya Mohamad Firhad
Shah yang sedang terbaring lemah di atas katil.
“Aku tak fahamlah dengan kau ni,Feina tu
dah tinggalkan kaulah,buat ape lagi kau nak tunggu dia?kau nak seksa diri sebab
perempuan tak guna tu tinggalkan kau?”,soal Humaira sinis.
“Watch your words Humaira!”,tegas
Firhad berkata sambil menyandarkan badannya di kepala katil .Dia tak suka bila Humaira
mengelar Feina dengan perkataan perempuan.
“Huh!kau masih nak bela perempuan
tu?hei,Shah!kau sendiri nampak dengan mata kepala kau kan?dia keluar dengan
lelaki lain!dia minta putus dengan kau dan malukan kau kat café hari tu!kau
masih lagi nak bela dia?”,soal Humaira geram.
“Kau kalau tak campur urusan aku tak boleh
ke?apa masalah kau ni!kau tak faham bahasa?”,marah Firhad.
“Apa masalah aku?kau tu yang kenapa?tak
akanlah sebabkan seorang perempuan kau sanggup seksa diri kau sendiri”,soal
Humaira.
“Ya!sebab aku cintakan dia!,kau jangan nak
sibuk urusan aku!aku menyesal ada kawan macam kau ni!kau tak pernah faham
perasaan aku!kau boleh berambus!jangan muncul depan aku lagi!”,tengking Firhad.Emosinya
berkecamuk.
Humaira terkejut.Selama dia berkawan dengan
Firhad baru pertama kali dia melihat Firhad mengamuk seperti itu.Dia hanya
mampu memandang muka bengis Firhad.
“Aku minta maaf kalau selama ni aku tak
pernah faham perasaan kau,aku minta maaf juga kalau aku tak mampu jadi kawan
yang baik untuk kau,aku tak mampu nak jadi seseorang yang sangat memahami diri
kau seperti Feina,tapi kau jangan lupa,aku akan sentiasa berada dengan di saat
duka ataupun suka,sebab kau sahabat karib aku,aku tak kisah kalau kau nak marah
aku macam mana sekalipun,tapi aku cuma tak nak kau terleka dengan cinta kau
terhadap Feina!”,kata Humaira sambil menundukkan kepalanya.Dia cuba menahan
tangisnya.
“Aku tahu kau cintakan dia,tapi jangan
sebabkan Feina kau sanggup ketepikan perasaan mama,kau tak nak makan sampai
demam,lepas tu kau tak nak makan ubat,kau tahu tak, mama kau risau sangat pasal
kau?,dia takut apa-apa jadi kat kau,tapi kau?kau terbaring lemah kat katil ni
hanya kerana seorang perempuan!kau bukan Firhad yang aku kenal!kau lemah!,aku
kecewa sangat dengan kau!kau nak aku pergikan?ok…tapi kau kena ingat! jangan
hanya kerana seorang perempuan ,kau sampai lupa mama kau!walau apa-apa
pun,syurga kau tetap bawah kaki ibu”,sambung Humaira lalu berlalu keluar dari
bilik Firhad.
Firhad hanya memerhatikan langkah Humaira
sebelum meraup mukanya perlahan.‘Apa yang aku buat ni!”,getus hatinya.
~@~@~@~
“Mama,Huaira tak datang ke hari ni?”,soal
Firhad kepada mamanya Puan Fatimah.
“Takde pulak,hah,alang-alang kamu cakap
pasala Humaira ni,mama nak tanya sikit,kenapa semalam Humaira turun dari bilik
kamu,matanya merah,kamu buat apa dengan dia?”,soal Puan Fatimah.
“Err…Fir termarah dia,Fir betul-betul tak
sengaja”,kata Firhad dengan muka kesal.
“Apa kamu kata kat dia?”,soal Puan Fatimah.
Firhad menceritakan dari A-Z kepada Puan
Fatimah.
“Kamu halau dia?kamu ni memanglah!punyalah
dia risau kat kamu bila mama kata kamu demam semalam!kamu boleh halau dia!hish
budak bertuah ni!kamu ni memang buat mama marah!memang betul apa Humaira cakap,budak
yang kamu tergila-gilakan tu memang tak boleh pakai!baru 2 hari lepas mama
nampak dia kat Pavillion peluk lelaki lain,huh!mama memang tak berkenan dengan budak
tu”,marah Puan Fatimah.
“Mama!”,
“Apa!kamu nak menangkan budak tu,dengar
Firhad!memang mama tak kenal dia, macam mana kamu kenal,tapi dari awal kamu
bawak dia jumpa mama,mama memang tak suka dengan dia!tergedik-gedik!menyampah
mama tengok!kamu ni memang takde taste ke?”,sindir Puan Fatimah.
“Mama!Fir cintakan dialah,boleh tak faham
perasaan Fir”,kata Firhad sebelum mengeluh perlahan.
“Itulah kamu,yang kamu tahu semua orang kena
faham perasaan kamu,tapi kamu ada faham perasaan orang lain? Mama risaukan
kamu,ade kamu kisah?kamu dok tersebut-sebut nama budak tu,Humaira risaukan
kamu,tapi kamu boleh halau dia?budak tu ade ingat kat kamu ke?sikit pun taklah
Firhad oii….,lepas ni pandai-pandailah kamu buat keputusan,mama tahu kamu dah
matang,sepatutnya kamu dah pandai bezakan yang mana kaca yang mana permata,jangan
jadi lemah hanya kerana seorang perempuan,jangan sampai kerana budak tu,kamu
kehilangan sahabat karib kamu tu”,tegur Puan Fatimah.
“Emm, yelah mama”,balas Firhad sambil
mengeluh perlahan.Fikirannya benar-benar buntu sekarang ni.Dia harus memilih
antara cinta atau persahabatan.
~@~@~@~
Firhad memerhatikan langkah Feina yang
sedang memeluk erat lengan seorang lelaki.
‘Hari tu lelaki lain,sekarang lelaki
lain,berapa banyak boyfriend dia ade ni!’,bentak Firhad perlahan.
“Hai,kalau aku tau dari awal,takdelah aku
sampai bergaduh dengan Humaira”,keluh Firhad perlahan.
‘Mama kau dengan Humaira dah cakap dari
awal dah,kau yang dok terhegeh-hegeh lagi,padanlah dengan muka kau!’,sindir
akalnya.
‘Tak salahkan kita cuba percaya dan setia
pada pasangan kita’,balas hatinya.
‘Itu bukan setia namanya!tapi bongok!orang
dah jelas-jelas curang,kau masih nak setia,..giler!’,kutuk akalnya.
“Arg!boleh jadi gila aku macam ni!”,bentak
Firhad.
~@~@~@~
“Hei,Ira!”,tegur
Zura sambil menepuk bahu Humaira.
Terkejut Humaira apabila bahunya ditepuk
secara tiba-tiba.Dia menjeling Zura tajam.
“Kau kalau tak kejutkan aku tak boleh
ke”,marah Humaira.
“Ek eleh minah,aku pulak kena marah,masalahnya
aku panggil kau dari tadi kau tu yang tak dengar”,balas Zura sambil mencebikkan
bibirnya.
“Yeke?aku tak dengar pun”,balas Humaira
sambil menggaru kepalanya.
“Tulah kau,berapa lama kau tak korek
telinga,huh?”,soal Zura.
“Entahlah,berbulan-bulan juga,aku rasakan
taik telingan aku ni dah terlampau banyak sangatlah sebab tu tak dengar kau
cakap”,Humaira membuat loyar buruk.
“Tak senonoh!dah lah,aku sebenarnya tegur
kau ni sebab nak tanya,kau ni ade masalah ke?aku tengok minggu ni kau macam moody
je”,kata Zura.
“Entahlah!aku pun malas nak ingat!”,balas
Humaira .
“Ini mesti sebab kau gaduh dengan pakwe kau
tu kan?”,soal Zura sambil tersengih.
“Pakwe?sejak bila pulaklah aku ni ade
pakwe”,balas Humaira dengan muka pelik.
“Alah,yang Firhad Shah tu,yang selalu ajak
kau keluar lunch tu,dah lama aku tak tengok dia datang sini,ni mesti
sebab kau gaduh ngan dia kan?”,soal Zura.
“Mamat tu,huh!dia pakwe aku?memang
taklah!malaslah aku nak cakap pasal budak senget tu!”,marah Humaira.
“Yelah tu!kalau kau tak nak,bagi kat
aku,aku pun nak merasa ade pakwe handsome gak”,balas Zura sambil
mengangkat-angkat keningnya.
“Tak payah nak beranganlah,budak tu dah ade
kekasih hati,”,balas Humaira bengang.
“Hah!alahai,baru je fikir strategi nak
pikat dia,”,balas Zura sambil membuat muka sedih.
Humaira memandang muka sahabatnya pelik.
“Kau ni memang nak pikat dia ke?kau jangan
Zura,tunang kau tu nak letak mana?”,soal Humaira.
“Hehehe,tak boleh ek?takpelah macam tu”,balas
Zura sambil tersengih macam kerang busuk.
“Aku rasa ade wayar yang putuslah kat
kepala kau tu”,balas Humaira.
“Hish kau ni,aku gurau jelah,oh ya!pasal
Firhad Shah tu,kau gaduh ngan dia sebab dia dah ade kekasih ke?kau cemburu
ek?”,soal Zura.
“Mana ade!kau ni suka hati je!sebenarnya
dia baru break up ngan kekasih dia tu,aku nasihat bukannya dia nak
dengar,tapi aku pula kena marah,dia kata aku sebagai kawan dia tak faham
perasaan dia!tu yang aku bengang tu,nak sangat backup kekasih dia
tu”,balas Humaira dengan nada marah.Muka sudah merah menahan malu
“Habis kenapa muka kau tu merah
sangat”,soal Zura sambil tersenyum nakal.
“Aku terlebih pakai blusher
tadi”,jawab Humaira cuba menutup malu.
“Yelah,terlebih pakai blusher
sangat,sejak bila kau pakai benda alah tu?setahu aku kau tak reti pakai benda
tu,bagusnya alasan kau..,takde alasan yang lebih bagus ke?”,perli Zura.
Humaira menjeling Zura tajam.
“Yela-yelah,aku tak cakap dah...,jadi
sekarang ni kau nak tunggu dia pujuk kau ke?”soal Zura
“Malaslah
aku nak fikir!yang kau ni,apahal lama-lama sangat kat sini?nanti bos nampak tak
ke naya ?dah blah!”,halau Humaira.
“Oh kau,ok takpe-takpe”,balas Zura sambil
membuat muka sedih.
“Tak payah nak buat muka sedihlah!dah
lah,nanti lunch aku belanja”,pujuk Humaira.
“Ye ke?,kat mana?”,laju Zura menyoal.
“Wah,bukan main laju lagi kau ek?”,soal
Humaira.
“Orang nak belanjakan?ok kalau macam tu aku
blah dulu”,kata Zura sambil mengenyitkan matanya lalu malangkah ke mejanya.
Humaira hanya menggelengkan mukanya melihat
telatah kawannya itu.
~@~@~@~
Firhad duduk di sofa di ruang tamu,dia
memejamkan matanya.Hatinya tidak tenang.
‘Kenapa dengan aku ni?aku putus cinta
dengan Feina,tapi yang aku rindu Humaira,aku ni dah tak betul dah ke?’,Firhad
berkata-kata di dalam hati.
“Abang!”,Farhana menyergah abangnya Firhad.
Terkejut Firhad apabila di sergah
sebegitu.Bertambah terkejut apabila melihat Farhana.
“Bila adik balik?”,soal Firhad pelik.Setahu
dia adiknya masih di Australia sambung pengajiannya.Macam mana adiknya boleh
ada di sini.
“Adik tengah cuti semesta sebab tu adik
balik ,abang je yang tak tahu”,balas Farhana lalu duduk di sebelah Firhad
sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abangnya.
“Macam mana abang boleh tak tahu yang adik
nak balik?”,soal Firhad sambil menyambut tangan adiknya.
“Macam mana nak tahu kalau asyik sibuk
layan perasaan”,sindir Farhana.
“Apa maksud adik?”,soal Firhad.
“Yelah,kan abang baru clash dengan
Kak Feina,tapi bagus jugakan”,kata Farhana.
“Apa yang bagusnya?”,soal Firhad.
“Baguslah abang dah putus dengan Kak Feina
tu”,kata Farhana lagi.
“Wah!bukan main suka tengok abang putus
cinta”,balas Firhad sambil menjeling adiknya.
“Takdelah macam tu,adik memang tak suka Kak
Feina tu,sebelum sambung pengajian dah banyak kali adik jumpa dia dengan lelaki
lain,dah tu bertukar-tukar lelaki pulak tu,bila adik tanya Kak Feina siapa
diorang tu semua,dia cakap kawan rapat dia,kawan apa kalau dah sampai
berpeluk-peluk”,bersungguh-sungguh Farhana bercerita.
“Emm,abang dah tahu dah,abang malaslah nak
bercakap pasal ni”,balas Firhad.
“Yelah,oh ya!mama kata abang gaduh dengan
Kak Mai ek?”,soal Farhana.
“Emm,abang tak tahulah nak pujuk Humaira tu
macam mana”,kata Firhad sambil menggaru kepalanya
“Abang pujuk jelah,bertahun-tahun abang
kawan dengan Kak Mai,tak akanlah abang tak tahu apa yang dia suka”,kata
Farhana.
“Emm…err adik, abang nak tanya satu soalan
boleh?”,soal Firhad perlahan.
“Apa dia?”,balas Farhana.
“Err…,apa maksudnya kalau kita asyik
teringatkan seseorang dan kita rasa rindu sangat dengan dia?”,soal Firhad.
“Abang rindukan siapa?”,soal Farhana.
“Errr……a..adik tak payah tahulah”,balas
Firhad sedikit gagap.
“Abang rindukan Kak Humaira kan?”,soal
Farhana sambil mengangkat-angkat keningnya.
“Hish!yelah memang abang rindukan Humaira
puas hati?”,soal Firhad sambil menjuihkan bibirnya.
“Maknanya abang cintakan kak Humaira lah
kan?”,soal Farhana teruja.
“Hish,rindu tak bermakna cinta”,balas
Firhad.
“Abang ni pernh bercinta ke tidak?tak akan
lah abang tak tahu..,kalau abang asyik teringatkan dia kalau abang sangat
rindukan dia maknanya abang dah jatuh cinta dengan Kak Mai!”,jawab Farhana.
“Ye ke?”,soal Firhad blur.
“Ok,apa perasaan abang bila dapat tahu yang
Kak Humaira sebenarnya sudah bertunang?”,soal Farhana.
“Mestilah marah!dia sepatutnya beritahu
abang dulu”,tegas Firhad berkata
“Apasal pulak?dia tu cuma kawan abang je,dan
abang tak berhak nak halang dia”, kata Farhana.
“Err…tapi..”,
“Jawapannya senang je!...hati abang yang
tak benarkan,sebab abang cintakan Kak Mai”,Farhana memotong kata-kata abangnya.
Firhad memandang wajah adiknya sebelum
mengeluh.
“Renung-renungkan dan selamat beramal”,kata
Farhana lalu berlalu menuju ke biliknya.
‘Aku cintakan Humaira?’,bisik Firhad kepada
dirinya sendiri.
~@~@~@~
“Abang!cepatlah,”,gesa Farhana kepada
abangnya Firhad.
“Eish,cuba bersabar sikit”,tegur Firhad.
“Alah,orang dah lama tak keluar shopping
ngan abang tau,”balas Farhana sambil membuat muka sedih.
“Yelah-yelah adikku yang comel lagi
menawan,jom kita bergerak sekarang”, pujuk Firhad.
“Jom!”,balas Farhana lalu berlari ke arah
kereta Firhad.
Firhad hanya tersenyum melihat adiknya.
~@~@~@~
“Ira,kau tunggu kat sini dengan Irfan kejap
ek?aku nak ke ladies kejap”,kata Zura.
“Emm,jangan lama-lama sangat”,balas
Humaira.
“Yelah,tunang aku ni mana boleh kena
tinggal lama-lama,nanti dia rindukan aku yang comel ni”,balas Zura sambil
menjeling ke arah Irfan tunangnya.
“Eii,perasan!sapa nak rindukan awak?”,soal
Irfan.
“Owh,ok takpe!seminggu awak jangan telefon
ek!”,ugut Zura.
“Boleh ke awak tidur tanpa dengar suara
saya?”,perli Irfan.
“Awak!fine,memang confirm
saya takkan jawab call awak”,marah Zura.
“Ala saya gurau jelah,yelah,saya mana boleh
kena tinggal dengan awak,nanti saya rindu muka awak yang comel tu”,pujuk Irfan
sambil membuat mimik muka kesian.
Zura tersipu-sipu malu mendengar pujian
Irfan.
“Dah-dahlah tu,aku malaslah nak tengok
drama korang ni,karang kalau aku muntah hijau kat sini siapa yang nak tanggung?ni
yang malas aku nak ikut korang ni,yang kau tu nak ke tandas ke tidak
Zura?”,soal Humaira geram.
“Hehehe,sorry ok,terlebih acting pulak,aku pergi
tandas dulu ek”,kata Zura lalu melangkah laju ke tandas perempuan.
“Wei, Irfan!kau dah belikan hadiah untuk birthday
Zura belum?”,soal Humaira kepada Irfan
“Belum lagi,aku takde idealah nak bagi
hadiah apa,”,keluh Irfan.
“Kau bagilah dia kereta control mesti dia suka”,cadang Humaira.
“Kau ni suka sangat bagi idea
pelik-pelik,tahun lepas kau kata dia suka barbie doll, merajuk seminggu
Zura dengan aku tau,jenuh aku nak memujuk”,balas Irfan.
“Hehehe,aku sebenarnya teringin nak main
kereta control,tapi yang pasal barbie doll,aku cadang pun sebab
Zura suka tengok cerita barbie,setiap ahad dia akan tengok tau,tak
pernah miss pun tau,sebab tu aku cadangkan barbie doll”,balas
Humaira bersungguh-sungguh.
“Yelah-yelah,tapi bagilah aku cadangan yang
bernas sikit”,balas Irfan.
“Is it you Humaira?”,soal suara dari
belakang Humaira dan Irfan.
Humaira melihat ke arah suara yang memanggil
namanya itu.Feina!.
“Apa yang kau buat kat sini?”,soal Humaira
dingin.
“I jalan-jalan kat sini,tiba-tiba
nampak you,sebab tu I tegur,ni sapa?tak nak kenalkan dengan I ke?”,soal
Feina dengan suara yang gedik.
“Kenapa?kau nak jadikan dia salah satu
koleksi boyfriends kau ke?tak cukup lagi kau mainkan perasaan
Firhad!”,tegas Humaira berkata.
“Woo,takutnya…,kenapa?dia masih sedih ke I
tinggalkan dia?ataupun dia dah jadi giler sebab I tinggalkan dia?”,soal
Feina sinis.
“Eh,Feina!kau jangan nak melampau
sangat!”,marah Humaira.
“Sabar Ira”,tegur Irfan.
Zura yang baru balik dari tandas hanya
memerhatikan pelik.
“Huh!you ingat I takut?pleaselah,oh
pasal Firhad tu,sorrylah ye,dia memang tak setaraf dengan I,dia
tu layak duduk kat tapak kaki I je”,angkuh Feina berkata.
Pang!Humaira melempang muka Feina kuat.
‘Huh!kang dah kena’,ujar Humaira dalam
hatinya.
“Humaira!”, Firhad yang kebetulan berada di
situ memanggil nama Humaira dengan tegas.Dia terus melangkah kearah mereka
bersama Farhana.
‘Ah!janganlah berlaku salah faham
pula’,bisik hati Zura.
“Firhad,You tengoklah kawan You
ni,dia tampar muka I sebab I kata nak jumpa dengan You,dia
kata I ni tak layak dengan You,dia hina I”,rengek Feina
kepada Firhad.
“Apa kau buat kat Feina?”,soal Firhad kepada
Humaira tegas.
“Abang!tak akanlah abang percaya cakap
perempuan plastic ni?”,tegur Farhana.
“Kenapa Farhana cakap akak macam tu,akak
mangsa keadaan tau,akak dah cakap elok-elok dengan Humaira,tapi dia tiba-tiba
naik angin tak tentu pasal”,tipu Feina sambil membuat muka sedih.
Farhana sudah menjuihkan bibirnya.
‘Hipokrit betul minah ni!’,getus hatinya.
“Eii,dahlah,kau jangan nak melampau
sangat!jangan sesekali naikkan kemarahan aku!kesabaran aku ada had juga, jangan
sampai aku keluarkan kata-kata kesat kat kau!”,Humaira sudah mula naik angin.
“You,tengok tu,dia ugut I”,Feina
mengadu dengan nada yang gedik.
“Aku nampak kau lempang dia
tadi..kenapa..”,belum sempat dia menghabiskan ayatnya Humaira sudah memotong.
“Ye aku lempang dia,kenapa?kau marah?”,soal
Humaira marah.
“Of courselah aku marah!yang kau
pergi lempang perlahan sangat kenapa?lain kali kuat sikit,biar padan muka
dengan mulut busuk dia tu..aku layak kat tapak kaki kau? Kau fikir kau sapa?kau
fikir darjat kau tinggi sangat ke?dah lah kaki penuh daki”,kutuk Firhad.
Feina ternganga.Humaira tergamam.Irfan,Zura
dan Farhana menahan ketawa.
“What!You kata kaki I
ni penuh daki!berani You!”,marah Feina.
“Apa?marah?memang betulkan?and lagi
satu,kau fikir kau cantik sangat?kau pakai bedak tebal-tebal sampai 3 inci
sebab nak sorokkan muka kau yang penuh jeragat tu kan?”,kutuk Firhad lagi.
“You!...jangan sampai lepas ni You
melutut nak kat I balik!”,jerkah Feina.
“Urgh!tak hingin aku”,balas Firhad sambil
membuat muka geli.
“You..you..arg”,Feina terus
berlalu pergi dengan marah.
“Padan muka!”,kutuk Farhana.
Firhad kemudian memandang muka Humaira
sambil tersenyum.Humaira balas dengan jelingan maut.
“Mai….aku nak cakap sikit boleh?”,soal
Firhad lembut.
“Apa dia?”,balas Humaira tegas.
“Kau masih marah dengan aku lagi ke?”,soal
Firhad.
“Gila kau tak marah!kau halau aku dari
rumah kau kot!..siap tengking aku lagi! macamlah aku ni takde perasaan!”,marah
Humaira.
“Aku minta maaf,aku tau aku agak
melampau,kau maafkan aku ek?”,pujuk Firhad sambil membuat muka sedih.
“Hish!kalau tak ingatkan kau ni sahabat aku
dari kecik,dah lama aku debik muka kau ni,yelah-yelah aku maafkan kau”,balas
Humaira dengan muka cemberut.
“Macam tak ikhlas je”,kata Firhad.
“Nak aku maafkan ke tidak?”,soal Humaira
tegas.
“Ok-ok,sorry ek”,kata Firhad muka
comel sambil mengerdipkan matanya.
“Emm..”,balas Humaira dingin.
“Mai,aku ada benda lagi nak cakap ni”,kata
Firhad lagi.
“Apa lagi?”,soal Humaira geram. ‘Berapa
banyak soalan dia nak tanya ni’,bisik hatinya bengang.
“If I could rearranged the letters of
the ABC’s,I would put U and I together and next to each other forever”,kata
Firhad sambil merenung lembut mata Humaira.
Mata Humaira terkedip-kedip.Otaknya masih
metafsir apa yang cuba di sampaikan oleh Firhad.
“Apa yang kau cuba sampaikan ni?”,soal Humaira
dengan muka merah.Dia bagai memahami apa yang hendak di sampaikan oleh Firhad.
“Aku tak tahu macam mana aku boleh jatuh
cinta dengan kau,mulanya aku ingat mungkin aku rindukan kau sebab kita dah lama
tak jumpa,yelah,dulukan kita macam belangkas,kat mana ada aku kat situ ada
kau,tapi rupanya bukan..,aku baru sedar yang sebenarnya aku perlukan kau, I
need You..,Nur Humaira Zurina will you marry me?Be a best friend and
wife to me?A mother to my child.Grow old with me.Will you be my friend forever?”,soal
Firhad gementar.
Humaira menundukkan wajahnya.Ya,memang dia
juga sukakan Firhad,tapi dia malu!.
“Terima jelah Ira!”,kata Zura
“Haah!terima jelah,alang-alang kita boleh
naik pelamin serentak”,ujar Irfan pula.
“Yelah Kak Mai,Ana pun suka kalau akak jadi
kakak ipar Ana”,sokong Farhana.
“Mai…please”,rayu Firhad dengan nada
yang lembut.
“Err…bolehlah”,ujar Humaira malu-malu.Muka
sudah merah menahan malu.
“Yes!”,jerit Firhad,Farhana,Irfan dan Zura
serentak.
“Ok!mulai hari ni,aku panggil kau sayang
kau panggil aku abang,boleh sayang?”,soal Firhad.
“Kau nak kena debik!tak payah nak berabang
sayang sangatlah!”,marah Humaira.
Firhad tergamam apabila di marah.
“Kenapa pula?”,soalnya sedih
“Aku akan panggil abang untuk suami aku
je”,tegas Humaira.
“Masalahnya aku kan,husband to be
kau”,balas Firhad.
“Selagi kau tak jadi husband
aku,selagi tu aku tak akan panggil kau abang!dan kau pulak jangan nak berani
panggil aku sayang”,marah Humaira.
“Betul tu!apalah abang ni,kalau dah selalu
sebut sayang sebelum kahwin,nanti lepas kahwin dah takde feel tau”,tegur
Farhana.
“Entah kau ni!aku yang dah bertunang
setahun pun bersaya awak je”,kata Zura pula.
“Tahu takpe!”,sampuk Irfan
Firhad hanya membuat muka sedih.
“Jadi tak boleh lah ni?”,soal Firhad
mencuba nasib.
“Tak!”,serentak Humaira,Farhana,Zura dan
Irfan berkata.Akhirnya mereka tergelak bersama.
Humaira tersenyum melihat gelagat Firhad.‘Yes!akhirnya
aku jumpa juga Mr.Right aku’, bisik hatinya
Firhad membalas senyuman Humaira. ‘I’ll love you until jannah’,bisik Firhad
ditelinga Humaira perlahan.Humaira hanya tersenyum mendengarnya.
TAMAT
Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.
BalasPadamSangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
Bonus yang tersedia saat ini
Bonus new member Sportbook 100%
Bonus new member Slot 100%
Bonus new member Slot 50%
Bonus new member ALL Game 20%
Bonus Setiap hari 10%
Bonus Setiap kali 3%
Bonus mingguan Cashback 5%-10%
Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
Bonus Referral
Minimal deposit hanya 10ribu