Selasa, 3 April 2018

Jodoh Kita


JODOH KITA

Oleh Atiqah Asfah



Aku  melangkah ke arah syarikat gergasi HD Holdings dengan ceria.. Aku tersenyum panjang sebelum berhenti di kaunter penyambut tetamu..

“Maaf menganggu..Boleh tumpang tanya??” tanyaku..

“Boleh.. Nak tanya apa ya??” tanya penyambut tetamu itu nametag di bajunya tertulis Adah..

“Pejabat Tengku Syah Ikmal dekat mana??”

“Oh, pejabat Tengku Syah Ikmal dekat tingkat 40, tingkat paling atas sekali.. Ada urusan apa ya??”

“Oh, saya ada temu duga untuk jadi P.A kat sini dua minggu lepas.. Lepas tu saya dapat call, katanya suruh jumpa dengan Tengku Syah Ikmal..”

“Oh, Cik Nasehah ya??”

“Ya saya..”

“Oh, Cik Nasehah yang akan gantikan kak Rita sebagai P.A Tengku Syah Ikmal tu ya..” Tanya perempuan itu..

“Ha’ah, katanya kak Rita akan ikut suaminya ke luar negara, jadi tu yang temu duga mencari P.A tu dibuat..”

“Oh Cik Nasehah kenal ke dengan kak Rita??”

“Kenal, kami berdua jiran.. Kak Rita yang suruh saya datang temu duga hari itu, yelah alang-alang dah habis belajar, dia suruh saya try minta kerja kat sini..”

“Oh, oklah.. Cik Nasehah bolehlah naik sekarang, karang bising pula Tengku Syah Ikmal tu..”

“Oklah, saya naik dulu.. Terima kasih ya..” ujarku sambil menundukkan sedikit kepala sebelum melangkah ke lif..

“Sama-sama..” Adah tersenyum melihat keramahan Nasehah Aqilah itu, bersopan santun.. Biasanya pekerja baru ni sombong sikit apatah lagi dapat jawatan yang tinggi, tapi Nasehah Aqilah sempoi je..

*****

“Assalamualaikum..” ucapku bila aku telah sampai ke meja Kak Rita..

“Waalaikumussalam..” balas Kak Sazzy..

“Cik Nasehah ya??” tanya kak Sazzy, setelah dia melihat wajahku  untuk seketika..

“Ya saya..”

“Saya Sazzy, boleh panggil kak Sazzy.. Rita ada cakap pasal awak, awak jiran dia kan??”

“Ye saya”

Kak Sazzy tersenyum.. “Jangan risaulah, kalua ada apa-apa hal awak boleh cakap dengan saya.. Oklah jom ikut saya, Tengku Syah Ikmal dah lama tunggu awak..” ujar kak Sazzy..

Aku hanya mengangguk saja.. Kata pukul 9 pagi, sekarang baru pukul 9.10.. Lewat 10 minit je kot, takkan dah keluar ayat ‘lama menunggu pula’?? Tetapi kakiku masih tetap mengikut langkah kak Rita ke pejabat yang tertulis di pintunya dengan huruf besar.. TENGKU SYAH IKMAL BIN TENGKU ISHAK (CEO HD HOLDINGS)..

Kak Sazzy membuka pintu pejabat Tengku Ikmal setelah mendapat kebenaran.. “Tengku Ikmal, ni Cik Nasehah Aqilah yang akan jadi P.A Tengku untuk sementara..” ujar kak Sazzy kepada Tengku Syah Ikmal yang tekun menaip sesuatu di laptopnya..

“Oh, terima kasih.. Awak boleh keluar..” balas Tengku Syah Ikmal sambil tangannya masih laju menaip..

Ei, sombongnya!! Adoyai, tak pasal-pasal nanti aku kena dera dengan dia ni!! Huhuhuhu..

“Baik Tengku..” kak Sazzy terus melangkah keluar, tetapi dia sempat menepuk bahu perlahan dan berkata kepadaku.. “Rilekslah, bos kita tu taklah sombong mana.. Nampak je macam sombong..” setelah berkata kak Sazzy terus keluar..

Macam tu dia kata tak sombong!! Orang cakap dengan dia boleh pula tak pandang, sibuk sangat dengan laptop dia tu!!

Seminit.. Dua minit.. Tiga minit.. Sepuluh minit.. Aku sudah mengetap bibirku perlahan.. Sabar Nasehah sabar, ni dugaan untuk dapat kerja..

Setengah jam kemudian.. Aku dah memegang dadaku dan mengusapnya perlahan-lahan, cuba menghilangkan rasa amarah yang mula nak membara tu.. Dahlah tak pelawa aku duduk, dah tu tak nak cakap apa-apa pula!! Ni yang buatkan darah aku mengelegak ni!!

“Tengku Syah Ikmal, dari tadi saya berdiri kat sini.. Dah dekat setengah jam dah, tak ada apa-apa ke yang Tengku Ikmal nak cakap??!!” Tanyaku geram..

Tengku Syah Ikmal terus memberhentikan tangannya dari menaip keyboard laptopnya, dia memandang aku sebelum  menyandarkan badannya ke kerusi empuknya itu..

“Marah ke??”

Aku tersenyum sinis.. “Taklah, buat apa saya nak marah!!”

“Tapi ayat awak tadi, macam menunjukkan awak tengah marah..” ujarnya demgam wajah yang tenang..

“Buat apa saya nak marah?? Tengkukan bos dekat sini.. Kalau saya marah bos, mesti saya kena buang kerja..” ujarku dengan sedaya upaya cuba melembutkan suaraku..

“Buang kerja?? Hmm, boleh saya tanya sesuatu dekat awak??” tanya Tengku Syah Ikmal, wajahnya masih seperti tadi tenang sahaja..

“Apa dia??” tanyaku kembali..

“Apa kesalahan pekerja yang boleh membuatkan dia di buang kerja??” Tengku Syah Ikmal mengangkat kening ketika bertanyakan soalan itu kepadaku..

Aku mengetap bibir, ni mesti nak cakap pasal yang aku lewat sepuluh minit tu!! “Kalau perkerja itu tak berdisiplin ketika bekerja..” walaupun aku tahu dia akan mula mamberi ‘ucapan’ kepadaku, aku tetap memberikan jawapan kepada soalannya tadi..

“Contoh??”

Aku menarik nafas sebelum menghembuskannya perlahan.. “Tak buat kerja, makan gaji buta, tak menghormati orang atasan, bermasalah, datang kerja lewat..”

Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Tengku Syah Ikmal pantas memotong..
“ Datang kerja lewat…  Awak datang pukul berapa tadi ya??” tanya Tengku Syah Ikmal..

Aku menundukkan wajahku.. “9.10 pagi..”

“Semalam awak dapat call, orang yang call tu suruh awak datang pukul berapa??”

Aku diam seketika.. Cuba menenangkan hatiku..

“Saya tanya je, kalau tak nak jawab tak apa..”

Aku mengetap bibir lagi, ada yang aku tempeleng nanti kang!! “Orang yang call semalam cakap suruh datang pukul 9 pagi, tapi seelok-eloknya datang sebelum pukul 9 pagi..”

“Hmm, dia kata datang pukul 9 pagi atau sebelum 9 pagilahkan..”

“Ya” sahutku perlahan..

“Dia tak ada kata datang lewat dari 9 pagikan..”

“Ya” sahutku sekali lagi dengan nada yang semakin perlahan..

“Jadi, boleh awak bagi saya satu alasan.. Kenapa awak lewat datang??”

“Saya terlepas bas tadi, tu yang terlewat sikit sebab kena tunggu..”

“Esok awak kena datang sebelum pukul 8.30 pagi, macam mana kalau awak tak sempat nak kejar bas kalau hari ni pun tertinggal??”

“Esok saya keluar awal pagi, sebelum pukul 7, jadi saya takkan terlewat datang lagi dah..” ujarku telus dari hati, yelah memang dah rancang nak pergi awal pun.. Penat nak kena bebel..


“Kalau awak terlewat bangun??”

Aku diam, manalah aku tahu aku lewat bangun ke tidak..

“Awak tak ada motor or kereta..” Tengku Syah Ikmal bertanya lagi apabila aku tidak menjawab soalannya tadi..

“Saya datang sini nak cari kerja dan saya baru dapat kerja.. Manalah saya mampu nak cari duit untuk beli kereta or motor..”

 “Teksi??”

“Ada, tapi teksi mahal sangat, dahlah jarak rumah saya dari syarikat ni jauh juga.. Manalah saya mampu, lainlah macam orang macam Tengku..” ujarku geram, banyak soalan pulalah mamat ni!!

 “Takkanlah tak ada seorang pun yang boleh hantar??”

“Saya tak ada keluarga dekat sini.. Keluarga saya dekat Perak, saya tinggal dengan kawan je sini..”

“Kawan awak tak boleh hantar??”

“Tempat kerja kawan saya tak sehaluan dengan saya..”

 “Rumah awak dekat mana??”

“Ampang..”

“Rumah saya pun dekat Ampang..”

Nasehah mengangkat kening.. “Apa kena mengenanya Tengku tinggal dekat Ampang dengan tempat tinggal saya??”

“Awak pergi dengan saya.. Jadi tak ada alasan lewat atau apapun..”

“Hah!! Takpe, selagi saya boleh usaha sendiri buat apa saya nak menyusahkan Tengku pula..”

I don’t want hear anything!! Pastikan esok sebelum pukul 8 pagi awak dah siap..”

“Tak payah, saya..” aku terus berhenti berkata bila Tengku Ikmal dan menjelingku tajam..

“Suka hati Tengkulah, jangan cakap saya tak bagitahu nanti..” ujarku, malas aku nak layan bos macam tu..

“Saya tak suka pekerja saya lewat, apatah lagi P.A saya.. Jadi tak ada masalahkan kalau saya nak tumpangkan awak.. Lagipun mesti awak taknak dibuang kerjakan??” tanyaTengku Ikmal Syah sambil mengankat keningnya..

Aku hanya menganggukkan kepala sahaja mendengar kata-kata Tengku Syah Ikmal.. “Oklah, boleh saya tahu apa yang perlu saya buat sekarang??”

“Awak boleh tanya dengan Sazzy apa yang perlu awak buat.. Oh ya, disebabkan awak masih belum ada meja sendiri, awak akan duduk sementara di pejabat saya..”

“Tak apalah saya duduk dengan kak Sazzy jelah..” ujarku, tak selesa pula nanti kang aku nak buat kerja..

“Saya bos dekat sini dan bila saya bagi arahan awak kena ikut.. Jangan banyak alasan.. Lagipun saya perlu pastikan awak boleh buat kerja, kalau tak saya terpaksa cari P.A lain..”

Aku mengeluh perlahan.. “Baik Tengku, sekarang boleh saya keluar??”

“Saya dah cakapkan yang awak duduk bilik saya buat sementara ni!!” ujar Tengku Syah Ikmal kuat sedikit, badannya yang disandarkan di kerusi terus menegak memandang ke arahku..

Aku terkedu, mataku terkelip-kelip.. “Sa.. Saya tahu Tengku, saya cuma nak keluar tanya kak Sazzy apa yang saya perlu buat.. Takkanlah saya nak duduk sini tak buat apa-apa kot..” ujarku..

“Hah..” dapatku lihat Tengku Syah Ikmal mengetap bibirnya.. Menahan malu agaknya, tulah tak tanya dah marah-marah.. Padan muka!!

“Ka.. Kalau macam tu, pergilah.. Lepas tu, tolong buatkan saya air kopi ya..” ujar Tengku Syah Ikmal, selepas itu dia terus menaip semula di laptopnya..

Aku tersenyum.. “Baik Tengku, saya keluar dulu..” Setelah berkata aku terus melangkah keluar dari pejabat Tengku Syah Ikmal..

*****

“Kak Sazzy..” panggilku apabila sudah keluar dari Pejabat Tengku Ikmal..

“Ya??”

“Apa yang saya kena buat??” tanyaku terus..

“Oh.. Ini ada beberapa fail, suruh Tengku tandatangan.. Fail yang ini pula, awak cek kalau ada typing error and tengah hari nanti Tengku Ikmal ada meeting dengan ahli Lembaga Pengarah, make sure  dia datang ya, sebab pukul 11 nanti akak ada check up dengan doktor lepas tu hari ni akak ambil half day je..” ujar kak Sazzy sambil menghulurkan beberapa fail..

“Akak mengandung ke??”

“Yelah, tak nampak ke perut akak dah memboyot ke depan ni??”

“Oh haahlah..”

“Alah, ni mesti risau kalau akak dah ambil cuti bersalinkan?? Risau kena dera dengan bos ya.. Jangan risaulah, bos tu ok je, kekadang je macam gorila, tapi biasanya tak lama pun..”

Kata-kata kak Sazzy membuatkanku tersenyum seketika, sekurang-kurangnya tenang sedikitlah hatinya mendengar kata-kata kak Sazzy sebentar tadi..

“Oh ya, setiap pagi buatkan Tengku air kopi ya.. Pasal kerja pula nanti tanya dengan Tengku, kalau tak faham tanya je dengan Tengku..” ujarnya lagi sambil tersenyum ke arahku..

“Oklah.. Oh, tumpang fail ni kejap ya kak.. Saya nak buatkan Tengku kopi, tadi dia minta..” ujarku lalu meletakkan semula fail yang diberi oleh kak Sazzy tadi dimejanya..

“Kopi?? Pelik, biasanya Tengku minum kopi pagi je.. Takpelah, Nasehah pergilah buat, karang tunggu lama-lama bising pula nanti bos kita tu..”

“Ok..” setelah itu aku terus melangkah ke pantry untuk membuatkan air kopi yang diminta oleh Tengku Ikmal tadi, setelah siap aku terus ke pejabat Tengku Ikmal..

Sampai sahaja dipintu pejabat, aku pantas mengetuk pintu.. “Masuk” arah Tengku Syah Ikmal dari dalam.. Aku terus melangkah masuk..

“Ini air kopinya Tengku..” ujarku sambil meletakkan air kopi itu di atas meja Tengku Syah Ikmal.. Tengku Syah Ikmal hanya mengangguk..

“Saya keluar dulu Tengku, nak ambil fail yang perlu Tengku tandatangan..” kataku dan seperti tadi kata-kataku hanya dibalas dengan anggukan sahaja oleh Tengku Syah Ikmal..

Aku terus melangkah keluar untuk mengambil fail yang aku tinggalkan di meja kak Rita..

“Saya ambil ya kak Sazzy..” aku maklumkan terlebih dahulu kepada kak Sazzy setelah mendapat balasan dari kak Sazzy aku terus mengangkat fail-fail itu dan membawanya ke bilik Tengku Syah Ikmal.. Sekali lagi aku mengetuk pintu bilik Tengku Syah Ikmal..

“Masuk..” arahnya, suaranya sedikit kuat..

Aku membuka pintu dan melangkah ke mejanya.. “Ini fail-fail yang Tengku kena tandatangan..” ujarku lalu meletakkan beberapa fail diatas meja Tengku Syah Ikmal..

Tengku Syah Ikmal mengangguk..
Tengah hari nanti Tengku ada meeting dengan ahli Lembaga Pengarah..” ujarku lagi..

Sekali lagi Tengku Syah Ikmal mengangguk, matanya masih di laptopnya, tapi tangannya sudah berhenti menaip..

“Er, saya duduk dulu ya Tengku..” ujarku..

“Sekejap..”

Aku memberhentikan langkah setelah mendengar suara Tengku Syah Ikmal.. “Ya?? Ada apa yang Tengku nak saya buat??”

Tengku Syah Ikmal memandangku untuk seketika sebelum bersuara.. “Disebabkan awak duduk di bilik saya, awak mesti akan keluar masuk.. Jadi sementara awak duduk bilik saya ni, kalau awak nak keluar tak payah cakap keluar je dan bilik awak nak masuk ketuk sekali lepas tu terus masuk.. Tak payah nak tunggu saya bagi arahan..”

“Baik Tengku..”jawabku sambil mengangguk kepala tanda faham dengan apa yang tengku Ikmal bagitahu..

And tengah hari nanti lepas meeting temankan saya makan tengah hari..”

“Makan tengah hari?? Tapi meeting tu biasanya dua jam lebih, maksudnya pukul 2 petang macam tulah baru meeting habis..”

So??” tanya Tengku Syah Ikmal sambil mengangkat keningnya..

“Itukan bukan waktu lunch dah.. Jadi kalau saya temankan Tengku, bukan ke maksudnya saya curi tulang??”

Tengku Ikmal tersenyum..

Aku terkaku, alamak baru aku perasan yang bos aku ni hensem.. hatiku berkata..

Kau jangan nak feeling-feeling erk, ingat kau datang nak bekerja!! Akalku mencelah..

Tahulah!! Hatiku membalas semula..

“Kalau saya yang suruh, takkanlah namanya curi tulang kot..”

“Tapi Tengku, tak payahlah kot.. Saya mesti dah makan time tu, jadi buat apa saya temankan Tengku.. Baik saya buat kerja kat pejabat ni..”

“Siapa kata awak akan makan tengah hari nanti??”

“Habis tu takkan saya tak makan?? Tengku jangan buat lawak, dahlah pagi ni saya tak makan, takkanlah tengah hari nanti saya tak makan juga.. Kesianlah perut saya Tengku..” aku dah mengusap-ngusap perutku..

Sekali lagi Tengku Syah Ikmal tersenyum dan sekali lagi aku terkaku.. Tetapi akalku pantas mencelah disaat hatiku berkata..

“Saya ada kerja yang perlu awak siapkan masa tengah hari nanti, tu yang saya ajak awak makan tengah hari sama lepas meeting dengan ahli Lembaga Pengarah.. Jangan risaulah nanti saya yang belanja..”

“Oh, faham Tengku.. Jadi saya bolehlah makanlah kan..” ujarku sambil tersenyum, huh nasib baik kalau tak gastrik aku nanti..

Tiba-tiba wajah Tengku Syah Ikmal bertukar serius, matanya tajam memandang kearahku.. Alamak, apasal pula ni, aku ada buat salah ke??

“Kenapa awak tak makan pagi lagi??” tanya Tengku Syah Ikmal tegas..

“Hah, er tadi saya lewat bangun, tergesa-gesa nak datang sini tu yang tak sempat nak makan tadi..” jawabku jujur..

“Lewat bangun?? Awak tak solat ke..??”

“Astagfirullah al-Azim.. Mestilah saya solat, lepas solat tertidur kejap tu yang terlewat bangun..” takkanlah aku tak solat kot, agak-agaklah.. Umi dengan Abi aku dah didik aku dari kecil tau, mana boleh lewat-lewat solat apatah lagi tak solat.. Minta penamparlah itu gamaknya kalau tak solat..

“Ok, dah ambil ni..” Tengku Syah Ikmal mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan sekeping duit lima puluh kepadaku..

“Nak buat apa??” tanyaku..

“Belilah roti, sekurang-kurangnya tak kosong perut awak tu, belikan roti untuk saya sekali.. Lepastu belilah air kotak dua..”ujarnya..

“Tak payahlah Tengku, saya ada duit sendiri..” ujarku, segan nak ambil duit tu, dahlah dia bagi aku tumpang dia pergi kerja, nanti lunch nak belanja aku makan lagi..

“Tak apalah, sekali-sekala bos belanja..”

“Mana boleh Tengku, dahlah Tengku kata Tengku akan tumpangkan saya, lunch nanti Tengku nak belanja saya lagi.. Biarlah kali ni saya yang belanja Tengku pula.. Baru fair and lovely

“Amb…”

“Biar saya yang belanja… Saya pergi dulu ya..” aku terus berpaling dari Tengku Syah Ikmal.. Kalau aku lama-lama kat sini, mahu dia paksa juga aku ambil duit tu.. Aku berlari sekejap ke meja kecil berdekatan dengan sofa untuk meletakkan fail yang harus aku cek nanti, sebelum keluar dari pejabat Tengku Syah Ikmal..

Tengku Syah Ikmal terkaku melihat Nasehah yang sudah berlari keluar dari pejabatnya.. Seketika kemudian Tengku Syah Ikmal tersenyum..

*****

Aku mengetuk pintu pejabat Tengku Syah Ikmal sekali sebelum masuk ke dalamnya seperti yang telah diarahkan oleh Tengku Syah Ikmal sebentar tadi.. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, kelihatan seorang perempuan yang sedang duduk di kerusi berhadapan dengan Tengku Syah Ikmal..

“Siapa you ni??” tanya perempuan itu kepadaku..

“Saya P.A Tengku Ikmal, gantikan kak Rita..” ujarku tanpa memandang perempuan itu.. Gila!! Baju singkat bebenor paras paha je dahlah merah menyala, bibirnya pun pekat juga belum dengan bulu matannya yang panjang tu.. Aku yang sama jenis ni pun malu nak tengok..

“P.A you Ik?? Eiuu kolotnya..” ujar perempuan itu selamba.. Aku yang mendengar perempuan itu mengutukku terus menjeling perempuan itu..

“Kolot?? Sekolot-kolot dia pun, dia pandai jaga aurat dia, maruah dia.. Bukannya tayangkan dekat orang yang bukan mahram dia macam you tu..” sindir Tengku Syah Ikmal, aku yang mendengar terus tahan senyuman yang mula mekar di bibir itu.. Aku terus melangkah duduk di sofa..

You ni kenapa?? Sindir-sindir I pula, selama ni I pakai tak pula you bising.. Apasal hari ni you macam ni pula..” ujar perempuan itu dengan gaya mengada-ngadanya..

I tak bising selama ni, sebab I malas nak masuk campur hal you.. Lagipun you bukan siapa-siapa dengan I..”

You!! Sampai hati you cakap I bukan siapa-siapa dengan you!! Mama you dengan Mummy I kan dah rancang pertunangan kita!! You jangan pura-pura lupa Ik!!”

“Belum tentu pun pertunangan kita tu akan jadi.. I belum bagi kata putus lagi, you je yang lebih-lebih..”

You tak boleh buat I macam ni!! I tak kira, I akan cakap dengan Mama you untuk cepatkan tarikh pertunangan kita!!”

“Ada apa-apa lagi yang you nak cakap??”

I nak lunch dengan you hari ni..”

I ada meeting dengan ahli Lembaga Pengarah lunch ni..” kata Tengku Syah Ikmal acuh tidak acuh..

“Kesiannya you, jadi mesti you tak makan nanti.. Takpelah kalau macam tu, I temankan you lunch lepas you meetinglah..”

“Lepas meeting dengan ahli Lembaga Pengarah, I ada meeting dengan Dato’ Ahmad, I makan dengan dia je..” kata-kata Tengku Syah Ikmal membuatkan aku memandang kearahnya.. Meeting dengan Dato’ Ahmad, aku rasa mana ada dalam schedule dia.. Ke baru je kejap tadi Dato’ Ahmad tu call.. Alahai, kalau aku tahu tadi, aku beli roti banyak sikit..

I temankan you..”

“Buat apa?? You bukan tahu apa-apa pun, lagipun I boleh pergi dengan my P.A.. So you tak payah susah-susah nak temankan I..” sekali lagi aku mengalihkan pandanganku kearah Tengku Syah Ikmal.. Aku temankan dia?? Aku pun baru masuk hari ni, manalah aku tahu apa-apa..

“Dahlah Sally, I malas nak dengar you bising-bising dekat sini.. I ada banyak lagi kerja yang I kena buat, kalau you tak ada apa-apa lagi nak cakap.. Baik you blah je dari sini!!” ujar Tengku Syah Ikmal dengan tegas..

“Tapi I…”

You nak keluar atau nak I suruh security yang tolong bawa you keluar??”

“Habis tu perempuan tu boleh je duduk dekat bilik you..” perempuan a.k.a Sally itu menuding kearahku..

“Biarlah dia, dia P,A I and you bukan P.A I.. Pekerja I pun bukan, so you tak ada kepentingan pun dekat sini..”

“Memanglah I bukan pekerja you, tapikan Sazzykan half day hari ni.. Jadi suruhlah dia duduk dekat tempat Sazzy.. Buat apa dia duduk dekat pejabat you!!”

I nak suruh dia duduk dekat pejabat I ke, duduk dekat mana ke.. Suka hati I lah, yang you sibuk kenapa?? Dah keluar!! I kira sampai tiga.. Kalau you tak keluar dari bilik I dalam kiraan tiga, I call security..”

You!!”

“Satu..”

“Tapi I…”

“Dua..”

“Ish!!” Sally bangun dari kerusi, kakinya dihentak-hentakkan sebelum keluar..

Aku tersenyum melihat Sally yang macam budak-budak itu.. Hentak-hentak kaki bagai, aku tolak kang!!

“Nasehah..” panggil Tengku Syah Ikmal..

“Ya Tengku..” Aku terus berdiri dan pergi ke hadapan meja Tengku Syah Ikmal..

“Ini fail yang awak kena siapkan sebelum pukul 2 petang ni..” Tengku Syah Ikmal terus menghulurkan lima fail hitam kepadaku..

“Apa yang saya kena buat??”

“Tadi Sazzy ada bagi awak fail kan??”

“Ya ada, kenapa ya?”

“Apa yang awak kena buat??” soalanku dibalas soalan oleh Tengku Syah Ikmal..

“Saya kena cek kalau ada typing error..

“Hah, yang ni pun kena cek typing error..”

“Oh, ok..” aku mengigit bibir, banyaknyalah.. Dahlah fail kak Sazzy bagi ada tujuh, campur fail Tengku Ikmal bagi, semuanya ada 12 fail.. Peninglah jawabnya mata aku nanti, melihat huruf-huruf tu..

“Oklah, kalau macam tu.. Awak boleh buat kerja awak..”

“Ok.. Eh terlupa pula, ni yang Tengku pesan tadi..” aku menghulurkan plastik yang berisi roti dan air kotak seperti yang Tengku Syah Ikmal pesan tadi..

“Hmm, terima kasih..” Tengku Syah Ikmal mengambil plastik itu dariku..

“Saya duduk dulu..” aku terus melangkah ke sofa, fail-fail yang Tengku Syah Ikmal bagi aku letak bersebelahan dengan fail-fail yang diberi oleh kak Rita tadi.. Aku terus mencapai sebuah fail..

“Makan dulu, baru buat..” ujar Tengku Syah Ikmal sambil matanya memandang kearahku..

“Hah, ok..” aku terus membuka plastik roti perisa jagung itu dan memakannya.. Hmm, bolehlah untuk alas perut..

Tengku Syah Ikmal tersenyum sambil tangannya masih laju menaip di laptop..

*****

Aku memerhatikan sekeliling restoran itu.. Mataku galak memandang kearah pintu masuk restoran..

“Awak ni kenapa??” tanya Tengku Syah Ikmal yang sedari tadi memerhatikan gerak geriku..

Aku memandang Tengku Syah Ikmal sebelum tersenyum malu.. “Saya tengok kalau Dato’ Ahmad dah datang.. Tengku katakan Tengku ada meeting dengan Dato’ Ahmad lepas meeting dengan ahli Lembaga Pengarah..”

Tengku Syah Ikmal tergelak mendengar kata-kataku.. Aku mengerutkan dahi, aku buat lawak ke tadi??

“Dato’ Ahmad takkan datang..”

Sekali lagi aku mengerutkan dahi mendengar bicara Tengku Syah Ikmal.. “Mesti sebab Tengku lambat sangatkan…”

“Eh, saya pula yang disalahkan..”

“Yelah, Tengku solat lambat sangat.. Kata meeting pukul 2 petang, tapi Tengku solat sampai pukul 2.50 petang.. Lepas tu, tayar kereta Tengku pula buat hal, dahlah Tengku tak reti nak tukar..” ujarku panjang lebar.. Aku apabila azan berkumadang aku terus bergerak ke surau untuk solat, jadi aku tak lewatlah..

“Eh.. Eh.. Eh, saya pula yang kena?? Habis tu, yang saya kena hantar awak ke rumah awak sebab nak tukar baju, tak sampai pukul 3 lebih juga??”

Aku mengetap bibir.. “Eh kejap, memanglah saya kena tukar baju.. Dah Tengku pergi tolak saya masa saya tengah tukar tayar kereta Tengku.. Habislah basah baju saya kena lecak.. Lagipun Tengku yang kata nak hantar saya ke rumah, sebab baju saya basah sangat..” kataku taknak mengalah..

“Yelah, saya mengaku.. Saya yang tertolak awak masa awak tengah betulkan tayar dan saya yang kata nak hantar awak balik rumah untuk tukar baju sebab baju awak basah sangat.. Tapi, lepas tu awak pergi sembang dengan jiran awakkan, hampir setengah jam juga saya tunggu tu apa kes??..”

Aku terus diam, alamak!! Nak bagi alasan apa pula ni?? “Er..”

“Hmm..” Tengku Syah Ikmal tersenyum sambil mengangkat kening memandang kearahku.. Aku memuncungkan bibir..

“Yelah, saya yang salah..”  Kataku sambil menundukkan kepala.. Mendengar bicaraku Tengku Syah Ikmal tersenyum..

“Tengku nak saya set masa dengan Dato’ Ahmad?? Kalau nak nanti saya call P.A dia..” ujarku..

It’s okay.. Kalau awak nak setkan masa saya dengan dia pun.. Takkan boleh punya, dia sekarang dekat Singapore..”

Singapore?? Bila dia pergi?? Aik, takkan sebab Tengku lewat je terus dia ke Singapore??” aku yang menundukkan kepala tadi terus mengangkat kepala mendengar kata-kata Tengku Syah Ikmal itu..

“Dia dah pergi Singapore dua hari lepaslah..”

“Apa?? Jadi Tengku…” aku memberhentikan kata-kataku apabila melihat senyuman Tengku Syah Ikmal.. Sah aku terkena!!

“Tengku memang macam ni ya??” tanyaku..

“Macam apa ya??” tanyanya kembali kepadaku..

“Suka kenakan orang yang baru kerja first day macam saya ni??” ujarku geram, punya aku takut kalau ada meeting penting ke apa.. Rupanya, itu alasan untuk dia mengelak dari si Sally tu je..

“Hmm, rasanya dengan awak je kot..”

“Yelah tu..”

“Terpulanglah awak nak percaya atau tak dengan apa yang saya cakap.. Tapi saya cakap terus terang je.. Awaklah orang first yang saya suka kenakan dan awaklah orang first yang buat saya asyik tersenyum je sepanjang hari ni..”

Aku mengangkat kening sambil memandang kearah Tengku Syah Ikmal yang kelihatan bersungguh-sungguh memberitahuku.. “Hmm, ok saya percaya..” habis sahaja aku berkata perutku sudah berbunyi dengan kuat.. Aku terkedu..

Tengku Syah Ikmal tersenyum.. “Lapar ya??”

“Orang lunch pukul 12 tengah hari, saya lunch pukul 4 petang, itu pun belum order makanan lagi.. Takkanlah tak lapar kot..”

“Awak orderlah apa-apa yang awak nak.. Saya belanja..”

“Memang Tengku kena belanja saya.. Disebabkan Tengku perut saya ni terpaksa menahan kelaparan tau.. Kesian perut saya ni…” ujarku sambil mengusap perlahan perutku yang dah berbunyi itu..

“Yelah saya belanja..” ujar Tengku Syah Ikmal sambil tersenyum melihat gelagatku..

*****

“Aik, kenapa anak Mama ni?? Dari tadi asyik tersenyum-senyum.. Ada berita gembira ke??” tanya Puan Isma, dia melangkah duduk disebelah kerusi bersebelahan dengan Tengku Syah Ikmal..

Tengku Syah Ikmal memandang Puan Isma sambil tersenyum.. “Taklah.. Cuma Syah teringatkan P.A bar Syah yang akan gantikan Rita..”

Puan Isma tersenyum mendengar bicara satu-satu anak lelakinya itu yang juga merupakan anak tunggalnya.. “Mesti P.A Syah tu special sangatkan.. Sampai anak Mama tersenyum-senyum je..”

“Hmm, dia lain dari yang lainlah Ma.. Dia bukan macam perempuan yang selama ni Syah jumpa.. Tapi yang paling penting, dia pandai jaga aurat dan solat dia..” ujar Tengku Syah Ikmal sambil tersenyum..

“Alhamdulilah kalau macam tu, susah tau nak cari perempuan yang macam tu sekarang ni.. Baik Syah pikat cepat..”

“Apalah Mama ni, Syah kenal dia pun tak sampai sehari kot..”

“Tak sampai sehari?? Tapi dah tersenyum-senyum macam kenal dah setahun?? Hmm, elok benarlah tu kalau dibawa jumpa dengan Mama.. Nak juga Mama kenal dengan dia, perempuan pertama yang berjaya membuatkan anak Mama yang selama ni tak reti nak tersenyum ni, asyik tersenyum je.. Yang paling penting, dia perempuan yang pertama yang Syah ceritakan dengan Mama..”

“Mama ni, malulah dia nanti.. Kalau tiba-tiba Mama nak jumpa dengan dia..”

“Kalau macam tu, esok tengah hari Mama datang pejabat Syahlah.. Boleh Mama ajak dia lunch sekali, jadi dia taklah malu sangat kan..” cadang Puan Isma..

“Hmm, Syah ikut je..” ujar Tengku Syah Ikmal..

“Ikut je?? Padahal suka..” Tengku Syah Ikmal tersengih mendengar bicara Puan Isma..

*****

Aku melangkah keluar setelah mendengar bunyi hon kereta di hadapan rumah teresku.. Setelah melihat Tengku Syah Ikmal berada didalam kereta itu, aku terus melangkah keluar.. Aku mengetuk cermin kereta BMW series 5 berwarna hitam itu sebelum membuka pintu untuk masuk di tempat duduk disebelah tempat duduk pemandu..

“Assalamualaikum Tengku..” ujarku, setelah aku masuk ke dalam kereta BMW series 5 berwarna hitam itu..

“Waalaikumusalam..” sahut Tengku Syah Ikmal..

“Tengku dah makan??” tanyaku, takkanlah nak diam je kan…

“Dah..”

“Tengku makan apa??”

“Makan bihun goreng..”

“Eh, samalah kita.. Saya pun makan bihun goreng..”

“Siapa masak??” tanya Tengku Syah Ikmal, sambil matanya tertumpu pada jalan raya..

“Tak payahlah tanya, mestilah saya yang masak..” ujarku sambil mengangkat kening, bukan nak sombong saja nak memeriahkan keadaan..

“Awak masak?? Macam tak percaya je..”

“Eh, mestilah saya yang masak.. Bukan nak berlagaklah, tapi kat kolej dulu saya ni tau yang jadi chef.. Hah, itu belum saya cakap dekat rumah saya tu.. Setiap kali saya balik je, mesti kakak saya suruh saya masak..”

“Dari cerita awak tu, saya rasa awak ni macam jadi kuli je..” gurau Tengku Syah Ikmal..

“Mana ada saya jadi kuli.. Dah saya suka memasak, bila orang suruh saya masaklah.. Jadi itu bukan kuli namanya..”

“Kenapa awak suka memasak?? Biasanya perempuan zaman sekarang ni tak minat memasak, mereka lebih menumpukkan kepada fesyen-fesyen terkini.. Entah-entah memasak pun diaorang tak tahu..”

Aku tersenyum mendengar soalan Tengku Syah Ikmal.. “Sebab saya suka memasaklah.. Bila saya masak, mesti saya penatkan.. Tapi, saya suka sangat tengok orang makan makanan yang saya masak.. Saya rasa penat saya akan hilang dan saya akan gembira sebab orang lain sudi makan makanan saya.. Mak saya pun selalu cakap, lantaklah makanan yang kita buat sedap ke tidak yang penting kita buat dengan ikhlas..”

“Jadi, awak tak kisahlah kalau orang lain suruh awak masak??”
“Tak, lagipun daripada saya duduk tak buat apa-apa pun kan, baik saya memasak..” ujarku dengan jujur..

“Hmm, awak boleh masak makanan apa je??”

“Saya boleh masak makanan orang melayulah, makanan western tu saya tahu sikit-sikit jelah sebab saya dengan keluarga saya memang tak makan pun makanan western tu, maklumlah lidah melayu..”

Tengku Syah Ikmal tersenyum.. “Kalau awak masakkan untuk saya tengah hari esok boleh?? Tak payah keluar lunch..”

“Eh, boleh je.. Tengku nak makan apa.. Kari?? Masak merah?? Tiga rasa?? Tom yam?? Saya boleh masakkan…”

“Hmm, semuanya macam sedap je.. Tak tahu saya nak pilih mana satu..”

“Agak-agaklah Tengku.. Manalah larat saya nak masak semua tu sekali gus..”

“Hahaha, saya guraulah.. Hmm, saya nak makan masak merahlah..”

“Ok, Tengku nak ayam ke ikan??”

“Ayamlah…”

“Siap!! Tapi tak panaslah, sebab saya masak pagi..”

“Saya tak kisah, awak dah sudi nak masakkan untuk saya pun saya dah bersyukur.. Lagipun kalau sedap, boleh awak masak setiap hari.. Jimat duit makan saya..”

Aku terus menjeling Tengku Syah Ikmal yang sudah tertawa itu.. “Bankrap saya dapat bos macam Tengku ni..”

“Kalau taknak bankrap kahwinlah dengan saya..”

“Huh, taknak saya, stress saya kalau dapat suami macam Tengku..” ujarku selamba..

“Awak nak cakap kalau kahwin dengan saya menyusahkanlah, sampai stress??” kata Tengku Syah Ikmal, riak wajahnya berubah tiba-tiba.. Seperti tengah berjauh hati..

“Alah Tengku.. Saya gurau je, tu pun tak boleh.. Lagipun, mesti Tengku ada ramai yang minatkan?? Yelah dahlah kaya, comel, smart…” aku menghentikan seketika bicaraku.. Dapatku lihat senyuman kembali terukir dibibir Tengku Syah Ikmal.. Setelah itu, aku menyambung kata-kataku semula..

“Sasa, mukanya putih.. Tu yang saya tak nak masuk jarum.. Karang ada perempuan yang kejar saya dengan spatula sebab rampas Tengku dari dia..”

“Saya mana ada girlfriend..”
“Yelah tu, orang macam Tengku ni mesti kenal ramai perempuan.. Takkanlah seorang pun tak sangkut..”

“Saya tak rasa yang diaorang layak untuk saya..”

Aku terus memandang kearah Tengku Syah Ikmal apabila mendengar bicaranya itu.. Tak layak?? Hmm, kalau orang yang setaraf dengan dia pun dia kata tak layak.. Apatah lagi orang kampung macam aku ni.. Keluh hatiku perlahan..

Nasehah, wake up!! Dia gurau je tadi, dia bukannya sukakan kau pun, dia cuma anggap kau sebagai pembantu peribadinya SAHAJA!!

Setelah itu aku terus mengalihkan pandangan dan memandang keluar tingkap.. Nasehah, takkanlah kau suka dengan bos kau sendiri?? Takkanlah dalam masa dua hari?? Hatiku berbolak balik dengan perasaanku sendiri..

*****

“Nasehah..” panggil Tengku Syah Ikmal..

“Ye Tengku, ada apa-apa yang boleh saya bantu??” tanyaku seiring dengan langkahku yang sudah melangkah kearah meja Tengku Syah Ikmal..

“Tolong berikan fail ni dekat bahagian kewangan..”

“Baik Tengku.. Saya keluar dulu..” aku mengambil fail yang dihulurkan oleh Tengku Syah Ikmal itu sambil menundukkan kepala sebelum keluar dari pejabat..

*****

Nasehah mengetuk bilik Tengku Syah Ikmal sebelum melangkah masuk.. Tiba-tiba langkahnya terhenti..

“Assamualaikum, mak cik ni siapa ya??” tanya Nasehah apabila terpandang seorang wanita yang kelihatan berumur dalam anggaran 5o tahun sedang duduk diatas kerusi dimana dia selalu duduk..

“Waalaikumusalam..” jawab mak cik itu, tapi mak cik itu hanya tersenyum sahaja memandang kearah Nasehah tanpa membalas pertanyaan Nasehah..

Nasehah turut membalas senyuman mak cik itu.. “Maaf mak cik, mak cik ni siapa ya?? Nak jumpa dengan Tengku ke??” tanya Nasehah sekali lagi..

“Mama..” suara Tengku Syah Ikmal yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabatnya itu kedengaran. Nasehah membulatkan matanya.. Mama??

Puan Isma hanya tersenyum sahaja melihat muka pucat Nasehah, Nasehah menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat..

“Mama dah lama sampai ke??” seperti sudah menjadi kebiasaan, Tengku Syah Ikmal menyalami mamanya yang tercinta itu, kedua belah pipi wanita kesayangannya itu turut dicium..

“Tak adalah baru saja.. Siapa dia ni?? P.A Syah ke??” tanya Puan Isma, matanya dikenyitkan kepada Tengku Syah Ikmal.. Tengku Syah Ikmal tersengih..

“Ha’ah, yang gantikan Rita.. Nasehah namanya..” Puan Isma menganggukkan kepalanya, padahal dia sudah tahu perkara itu saja pura-pura tak tahu..

Nasehah mengetap bibir, tak tahu nak buat apa saat ini..

“Berapa umur??”

Nasehah memandang Puan Isma seketika, tiba-tiba telinganya mendengar deheman daripada Tengku Syah Ikmal, dari gerak mata lelaki itu baru Nasehah perasan yang soalan itu ditujukan kepadanya..

“24 tahun.. Er, Tengku..”

Puan Isma tersenyum.. “Tak ada Tengkulah.. Mak cik orang biasa saja, kahwin dengan Tengku tu yang nama anak mak cik pun Tengku..”

Sekali lagi bibir diketap, Nasehah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu..

“Maaf, puan??”

Kali ini Puan Isma gelak, geli hatinya melihat Nasehah gelisah, macam berdepan dengan mak mertua sahaja lagaknya.. “Panggil Aunty Isma sajalah, nak panggil mama pun boleh..”

Nasehah terbatuk, dia hanya tersengih sahaja selepas itu.. “Maaf ya aunty Isma, saya tak tahu yang aunty tak ada Tengku.. Pandai-pandai saya saja buat andaian..”

“Tak apalah, aunty tak kisah pun..”

“Ma, jomlah.. Kata nak keluar lunch..” Tengku Syah Ikmal sudah bersuara, kesian pula melihat Nasehah seperti tidak selesa dengan gurauan mamanya sebentar tadi..

“Oh ya, Nasehah jomlah ikut sekali..” pelawa Puan Isma..

“Eh tak apalah, saya makan dengan kak Sazzy nanti.. Saya dah janji dengan dia tadi..” tolak Nasehah dengan lembut, tak selesa pula dia nak makan sekali dengan mereka.. Semalam dah dibelanja, takkanlah hari ni pun dibelanja juga..

“Alah, sekali-sekala saja.. Aunty nak juga kenal-kenal dengan P.A anak aunty ni..” pujuk Puan Isma..

Nasehah jadi serba-salah, matanya dikelir kepada Tengku Syah Ikmal, lelaki itu hanya mengangkat keningnya seolah-olah menanti jawapan darinya..

“Tapi saya dah janji dengan kak Sazzy..” Nasehah tetap memberikan jawapan itu, tak nak dia makan sekali dengan dua-beranak itu, tak selesa..

Puan Isma sudah membuat muka kecewa, Nasehah pula semakin serba-salah melihat raut wajah wanita tua itu..

Tiba-tiba Nasehah terasa telefonnya bergetar, dia terus mengambil telefonnya.. Mesej yang masuk, dia baca.. Untuk seketika lidahnya digigit perlahan..

“Dari Sazzy??” tanya Tengku Syah Ikmal.. Nasehah hanya mampu mengangguk perlahan.. Tengku Syah Ikmal tersenyum..

“Macam mana Tengku tahu??” tanya Nasehah apabila dia baru tersedar yang jangkaan lelaki itu tepat tentang siapa yang mesejnya..

“Mestilah saya tahu, baru tadi Sazzy cerita yang dia nak makan dengan husband dia.. Husband Sazzy kan balik awal dari outstation, tu yang nak makan sekali dengan isteri tercinta dia..” bersahaja saja riak wajah Tengku Syah Ikmal memberi jawapan..

Nasehah sudah mencebik perlahan.. “Dah tahu tadi tak cakap awal-awal.. Sengaja saja!!”

“Ya??” tanya Tengku Syah Ikmal apabila melihat bibir Nasehah seperti bergerak.. Nasehah pantas menggeleng..

“Jadi Nasehah bolehlah makan dengan kami??” tanya Puan Isma dengan wajah yang terpancar cerianya itu..

Nasehah mengeluh perlahan, dalam hatinya serba-salah untuk makan dengan mereka. Namun, dia juga tidak sanggup menolak pelawaan Puan Isma itu, kalau tadi ada alasan tak apalah sekarang sudah tak ada.. Akhirnya, Nasehah hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja..

*****

Nasehah memandang komputer di depannya dengan tekun, tangannya laju menekan keyboard untuk menyiapkan kerjanya.. Hari ini dia baru sahaja mendapat mejanya sendiri, tak adaah jauh sangat daripada pejabat Tengku Syah Ikmal, hanya di depan bilik lelaki itu sahaja..

Namun, Nasehah tetap bersyukur, sekurang-kurangnya dia tidak perlu sebilik dengan lelaki itu lagi.. Setelah apa yang berlaku semalam, dia sudah betul-betul tak selesa untuk bekerja dalam bilik yang sama dengan lelaki itu.. Nasib baik juga, pagi tadi dia dah dapat meja sendiri, kalau tak mahu dia merempat kat mana-mana, asalkan bukan duduk di bilik lelaki itu..

“Nasehah, masuk bilik saya..” arahan Tengku Syah Ikmal melalui intercom, menyedarkan Nasehah yang terleka seketika memikirkan hal semalam..

“Baik, Tengku..” jawab Nasehah, kakinya pantas di arahkan ke pejabat lelaki itu.. Apabila mendapat keizinan untuk masuk, barulah Nasehah masuk..

“Ya Tengku?? Ada apa yang boleh saya tolong??” tanya Nasehah..
Tengku Syah Ikmal tidak memandang kearah Nasehah, seperti masa dia masuk ke pejabat lelaki itu kali pertama, tiada reaksi atau arahan yang diberikan..
Tengku??” panggil Nasehah sekali lagi..

Seperti tadi, Tengku Syah Ikmal langsung tidak berganjak, matanya tetap difokuskan di laptopnya tanpa langsung menghiraukan Nasehah..

Nasehah mengeluh perlahan, sudahlah kerjanya sangat banyak hari ini.. Sebaik sahaja sampai di pejabat tadi, meja barunya dah bertimbun dengan kerja.. Sudahlah hampir lewat dia sampai tadi, nasib baik sempat datang sebelum pukul 8.30, kalau tak.. Naya dia dibuatnya.. Yalah, dia sudah tidak menumpang bosnya itu..

“Tengku, Tengku ada apa-apa hal ke panggil saya??” sekali lagi Nasehah mencuba untuk menarik perhatian bosnya itu..

Sebaik sahaja Nasehah selesai berbicara, mata Tengku Syah Ikmal terarah kepada Nasehah, pandangan lelaki itu amat tajam sehingga Nasehah menundukkan wajahnya..

“Sekarang ini kau bos ke aku??!!” dengan suara yang amat sarkastik, Tengku Syah Ikmal melontarkan soalan..

“Tengku bos..”

Tengku Syah Ikmal tersenyum sinis.. “Baguslah kalau kau tahu, ingatkan tak sedar yang diri tu kuli kat sini!!”

Nasehah diam, dia mengetap bibirnya menahan sabar..

“Dengar sini ya perempuan!!?? Kau tu orang bawahan aku, kuli aku.. Jadi jangan pernah sesekali persoalkan kenapa aku panggil kau.. Kau faham!!” jerkah Tengku Syah Ikmal kuat..

“Faham Tengku..”

“Bagus.. Sekarang ni, kerja yang aku bagi tadi.. Aku nak kau siapkan sebelum minggu depan!! Semua sekali!!”

Nasehah tergamam.. Semua sekali??

“Tak boleh siap ke??” Tengku Syah Ikmal memandang Nasehah sambil mengangkat keningnya..

“Hmm, banyak kerja Tengku bagi, saya takut tak sempat siap.. Setahu saya yang urgent tender dengan Bumi Hijau dan Grow Sdn Bhd saja.. Yang lain semuanya lambat lagi daripada tempoh yang diberikan supaya disiapkan..”

I don’t care!! Yang saya tahu, semua siap!! Kalau kau kerja sini niat nak kerja senang saja.. Dengan senang hati aku relakan kau berambus dari syarikat aku!! Aku tak suka pekerja yang tahu mencipta alasan saja!!” bentak Tengku Syah Ikmal kuat, tangannya menghentak meja kerjanya dengan kuat..

Nasehah tersentak, terkejut dengan suara dan bunyi hentakan yang kuat itu,, Mata Tengku Syah Ikmal yang tajam memandangnya itu membuatkan dia mengenggam kuat tangannya, menahan daripada air matanya mengalir..

“Baiklah Tengku, saya cuba untuk siapkan..”

“Bukan cuba!! Tapi kena siapkan!!”

“Baik Tengku, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu..” pamit Nasehah, apabila tiada balasan daripada Tengku Syah Ikmal.. Nasehah menundukkan kepalanya dan keluar, dia tidak boleh berdiri lama di sini, sungguh hatinya tak kuat, kenangan lama mencengkam dadanya..

*****

Nasehah memandang sekujur tubuh yang lemah terbaring di tengah jalan raya.. Tangannya bergetar, mulutnya tak terkata.. Bunyi jeritan daripada orang sekeliling bagaikan tiada kesan kepadanya.. Dia kekal terpegun tanpa ada daya untuk melakukan apa-apa.. Darah yang mengalir dari tubuh lemah itu dipandang sayu, air mata mengalir laju tanpa ada esakan..

“Maafkan aku.. Maafkan aku..”

“Nasehah!! Nasehah!!” panggilan dan tamparan di pipi menyedarkan Nasehah kembali ke realiti.. Namun, bayangan mimpinya itu masih menghantui mindanya, masih jelas bagaikan baru sahaja berlaku..

“Kau ok ke tak ni??” lembut Intan bertanya, Intan merupakan rakan yang turut menyewa dengan Nasehah.. Mereka sudah kenal lama dari zaman sekolah lagi..

“Intan.. Aku mimpi benda itu lagi, Intan.. Aku takut..” Nasehah mengadu kepada Intan, air mata dialirkan selajunya seiring dengan ketakutan yang semakin kuat dirasakan..

“Nasehah, jangan menangis. Aku ada dengan kau ni..” pujuk Intan, dia menepuk bahu rakannya itu perlahan untuk memberikan semangat kepada Nasehah..

“Aku takut Intan..”

“Shh.. Nasehah berhenti menangis, semua itu bukan salah kau.. Bukan salah siapa-siapa, jadi kau tak perlu takut..”

“Tapi..”

“Nasehah!! Tolonglah, walaupun kau dah jumpa dengan keluarga dia, walaupun keluarga dia salahkan kau!! Kau kena kuat dan kau kena lawan!! Ini bukan salah kau, jangan biarkan diaorang anggap semua ni salah kau!!” Intan memandang kearah mata Nasehah yang semakin kuat esakannya itu..

“Bagitahu diaorang yang ini hanya satu kesilapan.. Kau atau dia tak jangka yang benda ini akan berlaku.. Cukuplah kau dah sengsara selama ini, cukuplah kau dah pendam rasa bersalah selama ini.. Kau tak layak untuk tanggung kesakitan ini seorang diri sebab kau tak salah..” lembut suara Intan berkata, dia memeluk Nasehah..

“Tetap salah aku Intan..”

Nope!! Kalau ada yang bersalah, kau orang berdua yang bersalah, tak ada kau atau dia!! Dua-dua bersalah.. Jadi jangan cakap hanya kau yang bersalah!!”

Nasehah diam, dia tak tahu nak cakap apa..

“Nasehah, tolong.. Jangan salahkan diri kau sendiri, aku tak sanggup tengok kau terseksa lagi..”

Nasehah mengetap bibirnya perlahan, sebelum mengangguk perlahan.. Dia tak nak merisaukan Intan, cukuplah selama ini rakannya itu sentiasa ada saat duka dan sukanya, dia tak nak membebankan Intan dengan masalahnya lagi..

*****

“Hari ini, semua ada dekat meja aku!!”

Nasehah mengeluh setiap kali kata-kata Tengku Syah Ikmal pagi tadi berlegar-legar di kepalanya.. Kepalanya sudah tepu asyik melihat komputer sahaja seminggu ini.. Tiada masa langsung dia nak rehat..

“Nasehah, tak keluar makan lagi ke hari ini??”

Nasehah memandang kearah kak Sazzy yang sudah bersiap sedia untuk keluar lunch dengan suaminya itu.. Seperti biasa dia hanya menggeleng kepala untuk jawapan kepada soalan wanita itu..

“Kenapa?? Banyak lagi ke kerja yang Tengku bagi??” prihatin Sazzy bertanya, kesian dia melihat Nasehah berpulun untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh bos mereka itu.. Bukan dia tidak mahu tolong, tapi Tengku Syah Ikmal sudah beri amaran kepadanya supaya tidak masuk campur.. Kalau ikut kepala dia nak juga dia lawan, tapi takut akan merumitkan keadaan dan pasti mangsanya nanti adalah Nasehah sendiri..

“Bolehlah kak..” jawab Nasehah ringkas..

“Kesian kau.. Apalah Tengku fikir, tak pernah akak tengok dia buat perangai macam ni.. Melampau sangat..” rungut Sazzy, geram dengan sikap bos mereka itu yang biasanya sangat prihatin kepada kebajikan pekerjanya.. Namun, apa yang silapnya dengan Nasehah sampai diperlakukan sedemikian..

Nasehah tersenyum mendengar rungutan kak Sazzy itu.. Dia tahu kak Sazzy marah dengan Tengku Syah Ikmal, namun dia merasa yang ini memang sudah nasib dia..

“Tak apalah kak, lagipun tinggal sikit lagi ni.. Siap saja nanti, Nasehah terus hantar dekat Tengku..”

“Bila kena hantar??”

“Hari ni..”

Sazzy kerut dahi.. “Hari ni?? Tengku bukan half day ke??”

Nasehah pula yang mengerutkan dahinya.. “Tengku tak bagitahu saya pun.. Lagipun saya tak nampak dia keluar dari pejabat..”

“Ish, mati-mati akak ingat Tengku dah bagitahu dekat Nasehah.. Tadi masa Nasehah ke toilet tadi, dia keluar tergesa-gesa.. Dia kata nak inform dekat Nasehah, dia tak sempatlah kut tadi..” terang Sazzy..

Nasehah termangu seketika.. “Habis tu, macam mana saya nak bagi dekat Tengku kerja-kerja ni semua..”

“Esok sajalah..”

Laju Nasehah menggelengkan kepalanya.. “Tak boleh kak, nanti dia marah dekat saya.. Nanti makin berganda pula kerja yang dibagi dekat saya nanti..”

Sazzy memandang wajah Nasehah yang kelihatan letih itu, betul juga kata Nasehah itu.. Sudahlah mood bos mereka tak menentu, nanti ditambah pula kerja P.Anya itu kalau kerja yang sedia ada tidak disiapkan..

Email saja tak boleh??”

“Tengku dah kata yang dia nak dua-dua sekali.. Email dan Salinan lengkap sekali..”

Sazzy diam, dia cuba memikirkan sesuatu untuk membantu Nasehah..

“Akak send alamat rumah Tengku dekat Nasehah ok??”

“Akak tahu ke?? Kalau tahu oklah, senang sikit.. Nasehah nak settle semua..” jawab Nasehah laju, lega akhirnya dia dah dapat penyelesaian.. Tak sanggup dia nak tunda-tunda..

“Nanti akak send..”

“Terima kasih kak, kalau tak ada akak tadi.. Tak tahulah macam mana.. Mahu kena hamun dengan Tengku esok..”

Sazzy senyum.. “Ni saja yang akak mampu tolong kau..”

Nasehah membalas senyuman kak Sazzy, dia tahu wanita itu kesiankan dirinya dan serba-salah.. Namun, dia tak salahkan kak Sazzy, amaran dari bos sendiri untuk tiada pekerja yang boleh membantunya.. Jadi, dia tak nak salahkan siapa-siapa..

“Akak dah tolong Nasehah ni pun, Nasehah dah bersyukur sangat kak.. Akak tak payah risaulah, tak adalah banyak sangat kerjanya.. Dahlah kak, nanti suami akak tunggu lama pula..”

Sazzy tersengih.. “Ha’ahlah lupa pula suami akak dah tunggu dekat bawah.. Oklah akak pergi dulu, jangan lupa turun makan tau.. Kalau tak sempat, mesej akak ya.. Akak tapaukan..”

“Ok kak..”

*****

“Assalamualaikum..” Nasehah memberi salam sambil menekan loceng.. Setelah beberapa kali berbuat demikian, barulah pintu rumah agam itu dibuka..

“Waalaikumussalam..” jawab seorang wanita tua yang membuka pintu.. Senyuman dilemparkan kepada mak cik itu..

“Tengku Syah Ikmal ada tak mak cik??”

“Maaf, anak siapa ya??”

Nasehah tersengih, terlupa pula nak perkenalkan diri..

“Saya Nasehah, pekerja Tengku Syah Ikmal.. Tengku suruh saya hantar fail-fail ni dekat dia hari ni.. Tapi dia keluar tiba-tiba tadi, tu yang saya hantar ke rumah dia..”

“Oh ya ke.. Kalau macam itu masuklah dulu, Tengku ada dekat dalam..” pelawa mak cik itu.. Nasehah menganggukkan kepalanya dan melangkah masuk..

“Nasehah duduk dekat sofa itu dulu, mak cik panggilkan Tengku..” Nasehah hanya menurut arahan mak cik itu tanpa bantahan..

Nasehah memandang ruang tamu rumah agam milik Tengku Syah Ikmal yang kelihatan kemas dan elegen.. Sangat teratur susunannya dipadanka dengan warna biru laut yang membuatkan kawasan itu kelihatan tenang sahaja..

Tiba-tiba Nasehah memegang perutnya, mukanya berkerut.. Dia mengeluh perlahan, perutnya sudah mula membuat hal.. Hatinya dah mula resah, sudah beberapa minit dia menunggu tetapi bayangan Tengku Syah Ikmal masih tidak kelihatan..
Tak boleh jadi ni, aku kena cari Tengku sendiri..’ tekad hati Nasehah.. Kalau nak tunggu karang ada yang pengsan pula dekat sini.. Nasehah mula bangun dah melangkah ke ruang tengah rumah agam itu..

“PRANG!!!” terperanjat Nasehah apabila ada sebuah pinggan yang tercampak betul-betul di hadapannya sebaik sahaja kakinya jejak di ruang tengah..

 Perlahan-lahan Nasehah melihat kearah pinggan itu dibaling.. Mata-mata yang tertancap kearahnya membuatkan Nasehah berasa kekok.. Namun sepasang mata yang memandang kearah Nasehah membuatkan Nasehah terkedu..

Dapat dirasa wajahnya seperti tiada darah yang mengalir, pucat.. Kepalaya mula berdenyut, perutnya mula rasa sakit yang teramat sangat.. Badan Nasehah terhuyung-hayang cuba untuk menegakkan badannya.. Matanya mula berpinar sebelum segalanya menjadi gelap..

*****

“Macam mana keadaan kawan saya doktor??” laju Intan menanyakan keadaan Nasehah setelah doktor yang memeriksa Nasehah keluar..

“Alhamdulillah, keadaannya ok sahaja.. Tapi lain kali, ingatkan dia untuk makan pada waktunya.. Gastrik dia ni teruk sikit, kalau selalu berlaku macam ni, mungkin boleh bawa kepada penyakit yang lebih berbahaya.. Jadi, saya sarankan untuk beberapa waktu ini, cik nasihatkan kawan cik untuk jaga waktu makan dan tak perlu untuk diet sebab daripada yang saya lihat, sudah beberapa hari kawan cik tak jaga makan, sebab tulah kesannya kali ini agak teruk..” panjang lebar doktor itu menerangkan keadaan Nasehah, Intan mengangguk tanda mengerti..

“Insya Allah doktor.. Boleh ke kalau saya nak tengok kawan saya??”

“Boleh, tapi dia tak sedar lagi..”

“Ok doktor, terima kasih..”

“Sama-sama..” doktor itu pun berlalu pergi…

Hilang sahaja kelibat doktor itu, mata Intan tajam memandang kearah figura beberapa orang yang turut berada di situ..

“Puas hati kau!!??” keras suara Intan melontarkan kata-katanya itu..

Tengku Syah Ikmal mencebik.. Melihat riak tak bersalah Tengku Syah Ikmal itu, menambahkan amarah di hati Intan.. Tanpa menunggu sesaat wajah tampan itu ditumbuk sekuat hati..

“Syah..” bergema suara Puan Isma dan Sally apabila tubuh sasa Tengku Syah Ikmal terjelepok jatuh akibat penangan tumbukan Intan..

“KAU!!” jerit Tengku Syah Ikmal kuat..

“Marah??!! Marah!!?? Aku yang patut marah bukan kau!!?? Kau ni tak ada hati ke hah?? Tak ada perasaan?? Boleh kau bagi kerja banyak macam itu dekat pekerja baru kau, bos jenis apa kau ni??!!” tiada gentar, Intan memotong bicara Tengku Syah Ikmal..

“Kau nak salahkan aku pula.. Dah memang dia layak pun dapat semua itu, dia..” belum sempat Tengku Syah Ikmal berkata lebih lanjut, perutnya pula menjadi sasaran kaki Intan.. Tercampak lelaki itu terkena tendangan padu Intan, belum cukup dengan itu Intan meluru kearah Tengku Syah Ikmal, tubuhnya didudukkan di atas tubuh lelaki itu, kaki-kakinya digunakan untuk menghalang daripada tangan Tengku Syah Ikmal bergerak dan lengannya ditolak kuat pada leher lelaki itu.. Terkapai-kapai lelaki itu mancari sumber oksigen..

“Berhenti.. Tolong jangan buat macam itu dekat anak mak cik..” rayu Puan Isma, Sally pula sudah terjerit-jerit meminta tolong.. Namun, Intan tidak berkutik sedikit pun..

“I.. In.. Intan..” mendengar suara itu, Intan bagai tersentak dan kembali kepada fikiran warasnya, dia terus melepaskan Tengku Syah Ikmal.. Laju dada Tengku Syah Ikmal bergerak, menunjukkan dia terlalu kekurangan oksigen akibat tindakan Intan tadi..

“Kau.. Kau..” Tengku Syah Ikmal masih tersekat-sekat untuk bersuara kerana dirinya masih kekurangan oksigen.. Namun sekali lagi bicaranya dipotong..

“Maaf, maaf atas apa yang aku dah buat.. Aku hilang kawalan, aku marah, aku tak boleh terima yang Nasehah terseksa sekarang ini..” ujar Intan perlahan, air matanya yang ditahan gugur..

Terkedu Tengku Syah Ikmal dibuatnya, perempuan yang kelihatan seperti binatang buas sebentar tadi bertukar tiba-tiba..

Intan melangkah kearah suara yang menghentikan perbuatan gilanya tadi.. Namun pantas dihalang oleh Tengku Syah Ikmal dan Puan Isma..

“Bi.. Biarkan.. Di.. Dia..” Puan Isma dan Tengku Syah Ikmal berpandangan sesama sendiri sebelum memberi ruang kepada Intan.. Intan terus melutut, matanya masih tidak dapat menerima hakikat saat melihat wajah di hadapannya itu semasa dia sampai ke hospital tadi..

“Tengku Sya Irdina.. Aku tak sangka yang kau masih hidup lagi, tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya dengan tahu kau hidup.. Kurang sikit beban Nasehah..” perlahan Intan menuturkan katanya dihadapan rakannya itu, rakannya yang sedang duduk di atas kerusi roda, yang diingatkan sudah tidak bernyawa lagi.. Namun, perancangan Tuhan siapa yang tahu..

“Aku tahu kau mungkin baru sihat.. Tapi aku perlukan kau untuk terangkan perkara sebenar dekat keluarga kau.. Kesian Nasehah, Sya.. Dia dah cukup menderita bila dia ingatkan kau dah tiada.. Cukuplah derita dia dulu Sya, aku tak sanggup tengok dia menderita lagi..” teresak-esak Intan saat kata-kata itu diluahkan..

Tengku Syah Ikmal memandang kearah mamanya, mereka berbalas pandangan sebelum memandang kearah Tengku Sya Irdina..

“A.. Aku…” belum sempat Tengku Sya Irdina berkata, pintu wad di mana Nasehah ditempatkan dibuka dengan kasar.. Muncul wajah pucat Nasehah, matanya berair..

“Nasehah..” Intan terus mendapatkan Nasehah yang masih lemah itu..

“Kenapa kau keluar?? Kau tak sihatkan..” Intan cuba untuk membantu Nasehah untuk masuk kembali ke dalam wad.. Namun, Nasehah mengeraskan badannya..

“Nasehah??” Intan kerut dahi..

“Tolong Intan, aku tak nak duduk sini.. Bawa aku balik..” lemah suara Nasehah menuturkan hasratnya.. Intan menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan kata-kata Nasehah itu..

“Tolong Intan, aku merayu dekat kau..” pujuk Nasehah lagi, air matanya mengalir tanpa henti seiring dengan kata-katanya.. Intan sudah membuat muka risau, dia risaukan keadaan Nasehah, namun Nasehah seperti dah tidak sanggup untuk duduk di situ..

“Ok aku bawa kau balik.. Tapi kau kena jaga makan, makan ubat, jangan buat macam ni lagi..” laju Nasehah mengangguk, dia sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling, dia nak balik rumah sahaja saat itu..

Intan membantu Nasehah untuk berjalan.. Nasehah memandang Tengku Sya Irdina dengan ekor matanya sebelum berlalu pergi tanpa kata..


*****

Tengku Syah Ikmal memandang surat perletakan jawatan yang sedia ada berada di meja saat dia masuk ke dalam pejabatnya tadi, dia mengeluh perlahan.. Kepalanya terimbau perbincangannya dengan keluarganya malam tadi.. Hakikat sebenar baru diketahui..

Selama ini mereka sekeluarga meletakkan kesalahan keatas Nasehah yang langsung tidak diketahui siapa, mereka berbuat andaian yang Nasehah punca Tengku Sya Irdina kemalangan 6 tahun lepas.. Mereka pernah menyaman Nasehah namun disebabkan tiada bukti yang kukuh, Nasehah dibebaskan.. Mereka baru tahu Nasehah yang mereka saman itu adalah Nasehah P.A baru Tengku Syah Ikmal setelah mereka makan tengah hari dengan Nasehah dan kebetulan masa itulah kenalan Tengku Sya Irdina menegur mereka dan identiti Nasehah diketahui..

Untuk menyalahkan Tengku Sya Irdina pun tidak boleh.. Adiknya itu koma hampir 5 tahun, baru elok tahun lepas.. Emosi dan fizikal adiknya yang masih tak stabil dan tak sempurna membuatkan mereka susah untuk berkomunikasi.. Apabila mendapat tahu siapa itu Nasehah, saat itulah, digunakan untuk membalas ‘dendam’ atas ketidaksempurnaa adiknya.. Namun, rupanya setelah berjumpa Nasehah, baru mereka tahu Tengku Sya Irdina membuat perangai sebenarnya kerana ingin berjumpa dengan Nasehah kerana dia fikir, dia telah membunuh Nasehah..

Rupanya orang yang disangka punca kepada kemalangan Tengku Sya Irdina adalah orang yang cuba untuk menyelamatkan adiknya itu.. Lama juga tempoh untuk Tengku Sya Irdina menceritakan perkara sebenar.. Daripada cerita adiknya, dia dan Nasehah bergaduh akibat selisih faham di tepi jalan raya.. Beberapa kali juga Tengku Sya Irdina menolak Nasehah sehingga mereka asyik di hon..

Sehingga satu tolakan yang kuat diberikan sehingga Nasehah jatuh ditengah jalan, masa itu tiada banyak kereta tetapi Nasehah selamat.. Malang pula kepada Tengku Sya Irdina kerana walaupun kereta tidak banyak, namun masing-masing mengelak daripada melanggar Nasehah dengan melencongkan kereta mereka dan akhirnya yang dilanggar adalah Tengku Sya Irdina.. Jadi mereka salah faham, Nasehah fikir adiknya mati, adiknya fikir Nasehah mati..

Sekarang ini, dia pula dilanda serba-salah.. Sibuk ingin menghukum orang.. Alih-alih diri sendiri yang salah.. Sekali lagi Tengku Syah Ikmal mengeluh.. ‘Apa aku nak buat ni??’

*****

Mata Tengku Syah Ikmal tak lepas daripada memandang kearah Nasehah yang sibuk melayan karenah Tengku Sya Irdina.. Sangkanya dia tidak akan bertemu dengan perempuan itu lagi.. Namun sangkaannya meleset apabila waktu tengah hari dia balik untuk makan di rumah, rupa-rupanya Nasehah sedang melawat adiknya bersama dengan Intan..

“Syah..” panggil Puan Isma lembut.

“Ya mama..” sahut Tengku Syah Ikmal..

“Ini mungkin peluang terakhir kamu, jangan sia-siakan nak..” mendengar kata mamanya itu membuatkan Tengku Syah Ikmal mengerutkan dahinya..

Puan Isma tersenyum.. “Mama tahu kamu faham maksud mama.. Kalau dulu kamu tolak dia sebab fikir dia punca Dina kemalangan, sekarang tiada alasan lagikan untuk menafikan perasaan kamu..”

Tengku Syah Ikmal tertunduk.. “Baru seminggu lebih ma kenal.. Itupun Syah dah layan dia teruk, manalah dia nak..”

Puan Isma menepuk lembut bahu anak lelakinya itu.. “Dia perempuan pertama yang berjaya buat anak mama tersenyum sampai nampak gigi.. Janganlah lepaskan dia, nanti kamu yang sakit Syah, jangan mengalah ya.. Seminggu yang sudah itu bukan diri kamu, kamu ditutupi dengan dendam masa itu.. Mama tahu, anak mama lebih baik daripada itu, jadi buktikanlah..”

“Entahlah ma..”

“Fikirkanlah yang terbaik Syah, mama sentiasa sokong Syah..”

*****

Nasehah sentiasa menghabiskan masa dengan Tengku Sya Irdiana semenjak dua bulan lepas, keadaan Tengku Sya Irdina pun semakin membaik.. Namun, keadaan Nasehah dan Tengku Syah Ikmal masih kekal tanpa cerita..

“Nasehah, kau masih marahkan abang aku ke??” tanya Tengku Sya Irdina, lidahnya semakin lincah untuk bertutur tidak seperti sebelum ini..

Nasehah tersenyum.. “Taklah, dia mana ada buat salah dengan aku pun.. Buat apa aku nak marah dia pula..”

“Habis tu kenapa kalau abang aku balik tengah hari kau macam tak selesa saja.. Lepas tu kalau boleh kau nak balik rumah..” Tengku Sya Irdina menyatakan apa yang diperhatikan sepanjang dua bulan Nasehah selalu melawatnya..

Nasehah diam, tiada jawapan untuk soalan Tengku Sya Irdina.. Memang dia tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.. Sebenarnya untuk datang ke sini pun dia tidak selesa sebenarnya.. Namun atas pujukan Puan Isma yang menyatakan Tengku Sya Irdina memerlukan kawan untuk membantu proses penyembuhannya, itulah sebab dia menahan sabar untuk berulang-alik dari rumah kr sini..

“Nasehah.. Maafkanlah abang aku kalau dia ada buat kau tak selesa ke apa.. Atau kau masih marah sebab dia berkasar dengan kau dan bagi kau kerja banyak dua bulan lepas??”

“Tak adalah, aku tak marahkan dialah..”

“Jadi kau maafkan dialah..”

“Aku tak marahkan dia, jadi buat apa nak maafkan dia..”

“Alah, maafkanlah dia.. Aku tahu kau masih marahkan dia, maafkanlah abang aku ya..” pujuk Tengku Sya Irdina..

Nasehah mengeluh.. “Yelah, aku maafkan.. Puas??”

“Yeah!! Abang, Nasehah dah maafkan abang.. Abang dah boleh cakap dengan dia..” usai berkata, Tengku Sya Irdina terus memecut pergi dengan kerusi roda elektriknya..

Nasehah tergamam.. Suara yang muncul daripada belakangnya itu menambahkan dia lebih tergamam..

“Awak dah maafkan saya??”

Nasehah menggaru kepala..
“Nasehah, awak dah maafkan saya ke??” tanya Tengku Syah Ikmal sekali lagi, kali ini lelaki itu berdiri di depan Nasehah..

Nasehah diam..

“Nasehah please say something.. Kalau awak nak marah saya ke, hina saya ke, maki saya ke, buatlah but please talk to me..”

Nasehah mengetap bibir.. “Kalau awak nak saya maafkan awak, boleh.. Tapi dengan satu syarat..”

“Ok!!” laju lelaki itu sahut..

“Bagi saya kerja..”

Tengku Syah Ikmal tergelak mendengar syarat Nasehah itu.. “Itu saja??”

“Yelah!!” Nasehah menjeling Tengku Syah Ikmal geram, gelak pula.. Ingat lawak.. Kalau tak fikirkan telinga ni dah beku kena bebel dengan Intan sebab tak kerja-kerja, memang taklah aku nak tebalkan muka minta kerja dengan lelaki itu..

“Boleh saya tahu kenapa awak nak kerja dengan saya??”

“Saya tak nak pun kerja dengan Tengku, saya suruh bagi saya kerja..” Nasehah membetulkan kenyataan lelaki itu..

Tengku Syah Ikmal senyum.. “Yelah kerja dengan sayalah, habis awak nak saya bagi awak kerja apa??”

Nasehah mencebik.. “Maksud saya kerja selain jadi P.A Tengku atau kerja yang menyebabkan saya perlu berurusan dengan Tengku..”

Hilang senyuman yang terukir tadi.. “Jadi awak masih tak boleh maafkan saya?? Awak tak boleh lupa apa yang saya dah buat??”

“Tengku dah lari jauh dari tajuk ni, saya minta kerja saja.. Tengku bagi saya maafkanlah Tengku..”

“Hubungan kita akan jadi macam dulu tak kalau awak maafkan saya??”

Nasehah kerut dahi.. Tengku Syah Ikmal mengeluh..

“Saya tahu awak faham maksud saya Nasehah..”

Nasehah mengeluh.. “Insya Allah Tengku, bukan hak saya nak rosakkan ukhuwah antara muslim..”

Mendengar jawapan Nasehah itu barulah Tengku Syah Ikmal kembali tersenyum, gembira sungguh wajahnya saat itu..

“Kenapa awak minta berhenti, kalau akhirnya awak minta kerja dekat saya juga??”

Sekali lagi Nasehah mengeluh.. “Bukan saya yang buat surat tu.. Tapi Intan, dia kata dia nak bagi pelajaran kat Tengku.. Jangan sesuka hati nak dera orang dia kata..”

Bergema kawasan ruang tamu itu dengan tawa Tengku Syah Ikmal.. “Kalau macam itu kenapa awak tak datang saja cakap dengan saya.. Saya ingat betul-betul awak yang buat surat itu..”

“Ei, tak nak saya.. Malulah dah hantar surat letak jawatan lepas tu tayang muka macam tak ada apa-apa..”

“Tapi sekarang ni, hanya ada satu keja kosong.. Tetapi tetap kena berurusan dengan saya, malah boleh kata awak akan pandang muka saya saja 24 jam..”

Nasehah mengerutkan dahinya.. “Kerja apa tu?? Melampau betul sampai 24 jam, tu lagi kejam dari dulu..”

“Awak nak tahu ke??”

“Apa dia??”

“Isteri saya..”

Nasehah membulatkan matanya.. “Habis tu Sally nak campak mana?? Nak saya kena sembelih ke Tengku..”

“Awak ni, saya dengan Sally tak pernah ada apa-apa ya.. Dia dan saya hanya sepupu dan tak lebih daripada itu..”

“Ok whatever.. Tapi dulu Tengku pernah cakap yang perempuan-perempuan yang terkejar-kejarkan Tengku puntak layak dengan Tengku.. Apatah lagi saya, memang tak layaklah kan untuk Tengku..”

Tengku Syah Ikmal senyum.. “Maksud saya tak layak itu sebab diaorang tak ada pakej yang saya nak..”

“Pakej apa yang Tengku nak??”

“Saya nak perempuan yang menutup aurat, boleh hormat orang tua.. Tak matrialistik, sopan santun, baik hati..”

Nasehah buat muka.. “Kalau macam itu, memang saya tak layaklah..”

“Siapa kata?? Sebab awak layak lah saya offer dekat awak..”

“Dahlah Tengku.. Saya tak main-main ni..”

“Saya pun..” Tengku Syah Ikmal membuat muka serius..

Nasehah menundukkan wajahnya..

“Oklah, saya bagi awak kerja.. Tapi kerja awak masih sama macam sebelum ni, jadi P.A saya..”

“Tapi..”

“Saya tak pernah terima surat berhenti awak, saya cuma anggap awak cuti tak bergaji.. Jadi kalau awak dah bersedia, saya rasa esok awak dah boleh kerja macam biasa..”

Nasehah diam..

“Awak terima ya..”

Nasehah mengetap bibirnya, ini bukan saat dia untuk memilih.. Dia sepatutnya bersyukur yang lelaki itu masih ingin menerimanya kerja.. “Insya Allah, saya terima..”

“Tapi awak jangan risau..”

Nasehah mengangkat keningnya.. Tengku Syah Ikmal tersenyum..

“Tawaran saya tadi masih terbuka untuk awak..” kata Tengku Syah Ikmal sambil mengenyitkan matanya..

“Tengku!!” laju bantal kecil yang ada di sofa dilayangkan ke muka Tengku Syah Ikmal yang sudah sibuk bergelak-tawa itu..

Akhirnya mereka berdua sama-sama ketawa..

*****

“Dah lima bulan..”

“Hmm??”

“Dah lima bulan..” kata Tengku Syah Ikmal lagi kuat..

“Yelah saya tahulah awak cakap lima bulan, Syah oi.. Tapi apa yang lima bulan..” balas Nasehah, dia sudah membahasakan Tengku Syah Ikmal dengan panggilah Syah.. Namun ianya hanya untuk panggilan luar pejabatlah, dalam pejabat kena kembali formal..

“Lima bulan lepas saya bagi awak tawaranlah jadi isteri sayalah..”

Nasehah diam, dah mula dah..

“Awak tak dapat jawapan lagi ke Nasehah??”

Nasehah diam lagi, matanya diarah kearah lain..

“Nasehah..”

“Syah, total perkenalan kita baru 7 bulan ok..”

So, kalau dah jodoh apa boleh dijangka??”

Nasehah mengeluh, semakin lama dia mengenali lelaki itu semakin dia sedar yang lelaki itu memang pantang mengalah apatah lagi kalau soal tawaran itu dibangkitkan..

“Awak terima tak Nasehah?? Terimalah ya..”

“Tak nak..”

Tengku Syah Ikmal membuat muka masam, kecewa dengan respon Nasehah yang selamba memberi jawapan tanpa teragak-agak langsung..

“Syah, kenapa awak nak sangat saya terima tawaran awak tu??”

“Sebab saya cintakan awak, I love you, saranghae, aishiteru, jet’aime..”

Nasehah gelak.. “Itu saja ke?? Saya ingat ada banyak bahasa lagi yang awak nak cakap..” perli Nasehah..

“Alah, tak sempat nak search lah, nantilah saya search banyak-banyak, sampai awak tak terkata..”

Nasehah senyum.. “Awak serius ke dengan tawaran awak tu??”

“Yup!!”

“Yakinnya..”

Tengku Syah Ikmal tersenyum bangga.. “Mestilah saya yakin, saya yakin awak dan saya berjodoh..”

“Macam mana awak boleh yakin sangat ni??”

“Sebab saya tahu, awak pun cinta saya..”

Nasehah angkat kening mendengar kenyataan Tengku Syah Ikmal itu.. “Wow, terlebih yakin ni..”

“Habis awak tak suka saya ke?? Benci saya??” muka Tengku Syah Ikmal dah berubah riak..

Nasehah tergelak.. “Tak adalah sampai macam tu..”

“Jadi betullah awak cintakan saya..”

“Tengku nak saya jujur ke??”

Don’t call me Tengku, just call my name!!”

Nasehah senyum.. “Tengku tu kan termasuk nama awak..”

“Nasehah please..”

“Yelah Syah..”

Tengku Syah Ikmal senyum.. “Jawab soalan saya..”

Fine, tapi sebelum tu saya nak pastikan sesuatu..” tegas Nasehah bersuara..

“Apa dia..”

“Syah yakin kita berjodoh??”

“Insya Allah.. Dengan izin Allah, jodoh kita adalah untuk bersama..” yakin Tengku Syah Ikmal menjawab..

“Pergi Perak, jumpa keluarga saya.. Kalau diaorang terima awak, awak dapat persetujuan saya..” mendengar jawapan yakin lelaki itu, Nasehah turut menjawab dengan yakin..

“Betul ni??” ceria betul wajah lelaki itu setelah mendapat jawapan dari Nasehah.. Nasehah mengangguk..

“Jom!!”

“Pergi mana??”

“Perak..”

Nasehah gelak.. “Sabarlah ya pun, takkanlah awak nak menonong pergi, terkejutlah keluarga saya..”

Tengku Syah Ikmal menggeleng kepala.. Nasehah angkat kening..

 Tiba-tiba telefon bimbit Nasehah berbunyi, dari ibunya.. Nasehah terus menjawab tanpa menunggu walaupun sesaat..

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam ibu, ibu sihat??”

“Dah tak payah nak sihat tak sihat.. Balik sekarang, apalah kamu ni.. Ada orang nak hantar rombongan pinang tak bagitahu ibu, terkejut ibu tahu tak..” sekali lagi Nasehah kerut dahi..

Nasehah tiba-tiba membulatkan matanya, dia memandang kearah Tengku Syah Ikmal yang dah tersengih macam kerang busuk itu..

“Ya ibu, Nas balik sekarang..” habis sahaja bicara dengan ibunya, Nasehah terus menamatkan panggilannya..

“Syah!! Awak ni kan..”

“Jomlah kita pergi Perak..” laju Tengku Syah Ikmal mengajak Nasehah, langsung tidak dihiraukan muka kelat Nasehah..

“Kenapa awak buat macam ni?? Tak bincang dengan saya?? Kalau tadi saya tak setuju macam mana??”

Tengku Syah Ikmal senyum.. “Saya tetap akan pinang awak..”

“Kenapa awak yakin sangat ni Syah..”

Muka Tengku Syah Ikmal berubah serius.. “Sebab saya yakin awak dan saya, adalah kita.. Jodoh awak dan saya, jodoh kita..”

Nasehah mengeluh, akhirnya dia hanya mampu tersenyum.. “Jomlah..”

Tengku Syah Ikmal angkat kening..

“Pergi Peraklah..”

“Untuk??” saja Tengku Syah Ikmal melontarkan soalan itu..

“Supaya saya boleh untuk kata saya terima dekat keluarga saya dan awak..”

Tengku Syah Ikmal tersenyum lebar sebelum menjerit kuat tanpa menghiraukan orang sekeliling.. “Here we come Perak!!”

Nasehah tersenyum melihat telatah Tengku Syah Ikmal itu.. ‘Ya mungkin betul kata awak.. inilah jodoh kita.. Insya Allah..”



TAMAT

1 ulasan:

  1. Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.

    Sangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
    Bonus yang tersedia saat ini
    Bonus new member Sportbook 100%
    Bonus new member Slot 100%
    Bonus new member Slot 50%
    Bonus new member ALL Game 20%
    Bonus Setiap hari 10%
    Bonus Setiap kali 3%
    Bonus mingguan Cashback 5%-10%
    Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
    Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
    Bonus Referral
    Minimal deposit hanya 10ribu

    BalasPadam