Ahad, 8 April 2018

My Mr. Bad Boy

MY MR. BAD BOY

Oleh Atiqah Asfah






“FAIZ, please jangan buat I macam ni.. I betul-betul cintakan you, Faiz.. Lepas apa yang kita dah lalui bersama, takkan you nak tinggalkan I macam tu saja??”

Lelaki yang digelar Faiz itu hanya tersenyum sinis, matanya memandang kearah kawan-kawannya yang masing-masing sedang menahan gelak melihat drama petang itu dan semestinya pelakon utama ialah Faiz bersama watak sampingan iaitu perempuan yang memujuk itu..

“Faiz, say something sayang.. Janganlah diam saja, I tahu you cintakan I jugakan..” sekali lagi perempuan itu memujuk lelaki yang kelihatan tiada langsung berminat untuk melayannya itu..

Lelaki itu mengeluh.. “Fina, please jangan nak malukan diri you sendiri kat sini.. I tak pernah pun cakap yang kita ada apa-apa ok.. Cintakan you?? Please don’t make me laugh!!” sarkastik lelaki itu berkata tanpa sedikit pun kisah dengan perasaan perempuan yang bernama Fina itu..

“Faiz, apa yang you cakap ni?? Kita dah bersama hampir sebulan, takkan you tak ada perasaan langsung dekat I?? You cakap I special, tak macam perempuan lain yang you kenal dulu..”

Lelaki itu tergelak.. “Guys, did you hear that?? Perempuan ni memang lawak betullah..” kata-kata lelaki itu disambung dengan gelak tawa dari kawan-kawannya yang lain..

Fina mengetap bibir melihat dirinya diketawakan.. “Faiz!!”

Lelaki itu memandang tajam kearah Fina, kecut perut Fina melihat pandangan lelaki itu, tak pernah sekalipun lelaki itu berbuat demikian sepanjang perkenalan mereka..

Listen to me carefully, Fina!! Bila aku cakap kau special, tak bermakna yang aku cintakan kau.. Untuk perempuan yang berjaya bertahan dengan aku lebih dua minggu, semuanya aku cakap special, did you understand??” tiada lagi I dan you dalam bicaranya.. Hanya tinggal kau dan aku..

What do you mean??”

Come on Fina.. Aku rasa kau tahu apa yang aku maksudkan, jadi tak payahlah buat-buat tak faham kat sini.. Aku layan kau dengan perempuan-perempuan sebelum ni pun sebab korang yang terhegeh-hegeh dekat aku dan atas keinginan aku sendiri..”

How could you do this to me, Faiz..”

“Fina.. Just go, kalau kau rasa kau tak nak malukan diri kau kat sini or malukan family kau.. Aku nasihatkan kau pergi sekarang!! Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi..” amarang tegas diberikan..

You!!”

And satu lagi, kau ingat aku bodoh?? Cinta?? Habis Dato’ Faizal tu apa cerita?? Bukan dia sugar daddy kau ke?? Oh, bila kau ingat aku suka kau, kau boleh lari dekat aku pula?? Yelah dah dapat lelaki yang jauh lebih hensem dan kayakan..”

Fina sudah tercengang..

“Satu lagi aku nak cakap.. Sudah-sudahlah kau rosakkan masjid orang lain, nanti karang kau kahwin, masjid kau pula yang hancur.. Ops sorry, adakah lelaki yang nak dekat perempuan macam kau ni??!!”

Fina mengetap bibir, wajahnya sudah merah menahan malu apabila mata-mata orang yang ada di café itu terarah kearahnya.. Kakinya sudah melangkah laju keluar pergi dari situ, tidak sanggup lagi dia menahan malu..

Lelaki itu tersenyum sinis..



OUR Mr. Bad Boy a.k.a Faiz Zuraimin, sudah menambahkan bilangan perempuan yang dipatahkan hatinya tanpa belas kasihan.. Bravo!!”

Faiz Zuraimin tersenyum, tangannya laju menumbuk bahu Mubin a.k.a kawan rapatnya itu..

“Faiz, bilalah kau nak insaf?? Dah berapa banyak perempuan yang kau sakitkan.. Dah-dahlah wei..” Izzudin menegur....

“Alah Bob, rilekslah.. Bukan Faiz yang nak sangat sakitkan hati diaorang tu.. Diaorang yang bodoh sebab nak dekat si Faiz ni, walaupun tahu Mr. Bad Boy ni hati keras dengan perempuan..” selamba Alif membalas kata-kata Izzudin, Izzudin menggelengkan kepalanya..

Faiz Zuraimin hanya tersengih mendengar bicara kawan-kawannya itu..

“Aku tahu Din apa yang aku buat ni tak baik.. Tapi nak buat macam mana, bukan aku tak cuba nak buka hati untuk perempuan-perempuan tu.. Diaorang yang tak berjaya nak buka kunci hati aku ni.. Kalau diaorang berjaya, dah lama aku jadi milik diaorang..” Faiz Zuraimin berkata sambil mengenyitkan matanya..

“Faiz, sampai suatu saat nanti.. Bila ada orang yang dah berjaya buka kunci hati kau tu dan dia tahu yang kau tu suka sakit dan patahkan hati perempuan, kau rasa dia boleh terima kau??” Izzudin seperti biasa, tegas dalam menyatakan pendapatnya..

Faiz Zuraimin diam, dia memandang kearah Alif dan Mubin silih berganti..

“Ok, berhenti cakap pasal perempuan-perempuan tu.. Kita datang sini sebab nak happy-happy, janganlah gaduh pula..” Mubin cuba untuk menceriakan keadaan..

“Aku setuju, tak payahlah kita bincangkan hal ni lagi.. Kitakan nak raikan Faiz, lepas ni dia dah taka da masa nak jadi Mr. Bad Boy dah.. Dia akan sibuk dengan pejabat dia nanti, CEO lah katakan..” Alif turut menyampuk..

Izzudin mengeluh, pandai betul kawan-kawannya cuba untuk menukar topik pembicaraan mereka.. Setiap kali dia memberi teguran, pasti ada saja yang mereka bangkitkan..

“Din, janganlah marah..” Faiz Zuraimin sudah menolak lembut bahu Izzudin yang langsung tidak memberi respon..

Izzudin memandang perlahan kearah ketiga-tiga kawannya itu..

“Korang tahukan yang aku care pasal korang..” lembut Izzudin berkata, memang antara mereka berempat, Izzudin adalah yang paling ambil berat tentang kawan-kawannya yang lain.. Kalau boleh sekecil-kecil hal pun dia nak bantu..

“Tahu!!” sahut ketiga-tiga kawan itu..

“Jadi korang tahu kenapa aku asyik bangkitkan hal ni?? Pasal sakitkan hati perempuan semua ni??” kening diangkat sambil bertanya..

“Sebab kau anggap kitaorang macam ahli keluarga kau sendiri..” Mubin membalas..

“Sebab kau tak nak suatu hari nanti kitaorang pun berada dalam keadaan macam itu..” disambung oleh Alif..

“Sebab kau tak nak kitaorang menyesal pada masa akan datang..” dan disambut oleh Faiz Zuraimin..

“Jadi??”

“Jadi, kitaorang semua pun sayang kau..” serentak ketiga-ketiga lelali itu berlari kearah Izzudin dan berusaha untuk memeluk Izzudin..

Izzudin tergelak, dia segera menepis tangan-tangan mereka bertiga yang cuba untuk menyentuh tubuhnya.. Sungguh, dia memang tak boleh marah lama-lama dengan tiga orang kawannya itu..

“Dah, lepaskan aku!! Kata nak pergi happy-happy tadi!! Karang ada pertumpahan darah pula nanti..” Izzudin menggertak kawan-kawannya yang tidak henti-henti mencuba untuk memeluknya..

Akhirnya mereka berempat ketawa melihatkan sikap kebudak-budakan masing-masing.. Entah bila lagilah mereka dapat bergembira bersama macam itu.. Lepas ni masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.. Al-maklumlah, dah graduate..



FAIZ Zuraimin menendang kuat tayar keretanya yang bocor itu, bibirnya sudah mula mengeluarkan kata-kata kasar..

Damn it!! Masa nilah kau nak buat hal!!” jerit Faiz Zuraimin kuat, marah mula menguasai dirinya.. Tangannya mencapai telefon yang berada di poket, melihat telefonnya hitam saja walaupun telah ditekan banyak kali membuatkan lelaki itu hilang sabar..

“Argh!! Sial!!” telefon I Phone 7 nya itu dicampak kuat ke atas jalan tar sehingga kelihatan kesan retak akibat hentakan yang sangat kuat itu..

Faiz Zuraimin menarik nafas panjang,cuba untuk menenangkan dirinya itu.. Setelah beberapa kali berbuat demikian dan fikirannya sudah berasa tenang sedikit, dia mula memandang sekeliling.. Matanya tertancap kepada seorang gadis yang sedang duduk di perhentian bas tidak jauh daripada tempat dia berdiri sekarang.. Langkah dipanjangkan menghampiri gadis itu..

Sebaik saja sampai di perhentian bas, Faiz Zuraimin cuba menegur gadis itu.. Namun, belum sempat dia bersuara, gadis itu sudah lintang-pukang melarikan diri daripadanya.. Faiz Zuraimin terkedu..



JIHAN tersenyum melihat mesej daripada ibunya itu, sungguh dia amat merindukan ahli keluarganya.. Namun, untuk balik ke kampung itu adalah pilihan terakhirnya.. Walaupun sekarang dia sepatutnya cuti semester dan boleh balik ke kampung, tetapi dia tidak mahu berbuat demikian.. Dia perlu mencari duit, jadi cutinya itu dirahsiakan daripada pengetahuan orang tuanya.. Dia mengeluh perlahan..

“Bum!!” terlompat Jihan daripada tempat duduknya apabila ada bunyi letupan tiba-tiba menyinggah ke pendengaran telinganya..

Jihan melilau melihat sekeliling sebelum matanya terarah kepada sebuah kereta Audi TT yang sudah tersadai di tepi jalan.. Jihan hanya memerhatikan sahaja lelaki yang segak memakai sut keluar daripada kereta itu..  Setiap gelagat lelaki itu diperhatikan..

Jihan menggelengkan kepalanya setiap kali mendengar carutan yang terkeluar daripada mulut lelaki itu, mulutnya pula tidak sudah-sudah beristighfar.. Namun, mulutnya berhenti beristighfar apabila dia terperasa yang lelaki bersut itu sedang menghampiri dirinya..

‘Ya Allah, Kau selamatkanlah aku daripada segala bencana dan malapetaka Ya Allah..’ hati Jihan mula berdoa, degup jantungnya semakin kuat tatkala jarak dia dan lelaki itu semakin dekat..

Melihat lelaki itu sudah pun berada di bawah bumbung Perhentian bas itu semakin membuatkan Jihan menggigil ketakutan.. Imej lelaki itu mencarut berterbangan dalam mindanya..

Saat hujung matanya melihat bibir lelaki itu seakan-akan ingin bergerak, kakinya sudah diletakkan dalam keadaan bersedia.. ‘One, two, three and go!!’ larian laju terus dilakukan tanpa langsung memandang kearah belakang..



JIHAN tercungap-cungap mencari oksigen, penat berlari daripada lelaki sut itu masih terasa.. Namun, dia sudah berasa lega apabila dia yakin yang dia sudah jauh daripada perhentian bas itu..

“Ya Allah, nasib baik sempat lari tadi.. Kalau tak, mati aku..” ujar Jihan kepada dirinya sendiri..

Namun, saat indah dan lega Jihan itu tidak bertahan lama apabila ada tepukan di bahunya.. Mata diarahkan kearah orang yang menepuk bahunya dan wajahnya berubah pucat.. Sekali lagi kakinya sudah mula bersiap sedia.. Tapi seperti tahu tindakan Jihan yang selanjutnya, lelaki itu cepat-cepat bersuara..

I need a help.. Please don’t run again..”

Mendengar kata-kata lelaki itu membuatkan Jihan memandang kearah lelaki itu dari atas sampai ke bawah.. ‘Macam pernahku lihat saja lelaki ini..’

What kind of help??” melihat wajah lelaki itu yang kelihatan sangat terdesak, membuatkan Jihan berasa kesian..

Can I borrow your telephone??”

Jihan mengerutkan dahi.. Pakai smart-smart tak ada telefon ke?? Oh, lupa pula dia pergi campak I Phone 7 dia tadi.. Tak reti bersyukur betul, ada henset mahal pergi campak-campak.. Sempat Jihan merungut di dalam hatinya..

Miss?? Are you there??” melihat Jihan yang tidak memberi respon, sekali lagi lelaki iu bertanya..

Jihan tersengih mendengar pertanyaan lelaki itu.. Boleh pula dia terkhayal sekejap tadi.. Jihan terus menghulurkan telefonnya kepada lelaki itu..

Lelaki itu mengambil huluran Jihan.. Sebaik saja matanya melihat telefon Jihan, wajahnya berubah.. Dia kembali memandang kearah Jihan, Jihan dah buat muka beku..

Do you want to borrow my telephone or not??” dengan nada keras, Jihan berkata.. Mentang-mentanglah henset aku tak semahal henset dia, boleh pula dia buat muka macam itu.. Henset murah pun elok aku guna sampai sekarang, bukan macam hang!! Lagipun itu hadiah daripada ibu bapa dia kot, jangan berani-berani nak kutuk!!

Yes, I want..” laju lelaki itu menjawab, setelah Jihan sudah berura-ura untuk mengambil hensetnya balik..

Jihan sudah tersengih mengejek.. Tahu takut, dah tahu nak pinjam barang orang, lain kali baik sikit perangai.. Namun, sekali lagi dia melihat lelaki itu seperti terkial-kial ingin menggunakan telefonnya.. Jihan mencebik, laju tangannya merampas telefon Nokianya yang sudah berbalut dengan getah itu..

Give me the number..” malas ingin melayan perangai lelaki itu, Jihan terus meminta nombor telefon yang lelaki itu hendak dail..

“Er..”

Sir, the phone number??” sekali lagi Jihan bertanya apabila lelaki itu tidak memberi respon dengan persoalannya..

I don’t remember..”

Jihan sudah ternganga.. Beria-ria kejar aku dari perhentian bas sampai sini.. Nak pinjam telefon, tapi tak tahu nombor telefon yang nak ditelefon?? Parah ni..

Sir, then what can I help you??” tanya Jihan lagi, kesian pula melihat wajah lelaki itu sudah berpeluh-peluh..

Lelaki itu diam, kepalanya digaru..

“Hailah nasib, orang tanya, dia diam.. Nak kata bisu, taklah pula..” keluh Jihan..

“Aku diam sebab aku tak tahu nak buat apalah!!”

Jihan memandang laju kearah lelaki itu.. “Pandai cakap melayu, ingatkan orang luar negara mana yang sesat kat sini..”

“Ada aku cakap aku orang luar negara ke??” sinis lelaki itu berkata..

“Ek eleh, Encik oi.. Saya ni dah niat nak tolong tu bersyukur sikit.. Jangan nak berlagak kerek pula ya..” balas Jihan..

Terdiam lelaki itu mendengar balasan daripada Jihan.. Pertama kali ada perempuan yang lantang berkata begitu kepadanya..

Do you know who I am??” tanya lelaki itu..

Jihan mencebik.. “Kata Melayu!! Martabatkanlah sikit Bahasa ibunda kita..” sarkastik Jihan berkata..

Lelaki itu pula mencebik.. “Kau kenal tak aku siapa??!!” sekali lagi lelaki itu bertanya..

“Encik, encik kejar saya sampai sini.. Encik minta tolong saya, saya tolong.. Tapi sepanjang tempoh tu ada ke Encik cakap nama Encik dekat saya?? Ke Encik ingat saya ni ahli silap mata?? Tukang tilik yang boleh tahu nama Encik?? Atau, Encik ingat Encik ni popular sangat macam artis, sampai semua orang kena kenal Encik??” berdas-das jawapan Jihan berikan kepada lelaki kerek di depannya itu..

Lelaki itu sudah mengetap bibir menahan amarah..

Fine!! Nama aku Faiz Zuraimin.. Aku tak tahulah kau pura-pura tak tahu aku, atau ini salah satu taktik kau nak pikat aku.. Tapi aku ucapkan tahniah, sebab walaupun kau ni tak adalah cantik mana, tapi kau berjaya buat aku tertarik sikit..” sinis sekali lelaki itu berkata..

Mata Jihan sudah membulat mendengar kata-kata lelaki itu.. Faiz Zuraimin sudah tersengih melihat reaksi perempuan itu..

“Dan Encik ingat saya kisah siapa nama Encik??” berubah terus wajah Faiz Zuraimin mendengar kata-kata Jihan itu..

What??”

“Tak payah nak what-what sangatlah.. Encik Min, Encik nak saya tolong tak sebenarnya?? Kalau tak saya nak balik ni..”

“Encik Min?? Nama aku punya sedap kau panggil aku Min??”

Jihan membuat muka.. “Aduh.. Encik duduk bebel itu, bebel ini.. Cakap macamlah encik tu hensem sangat.. Panjang sangat mukadimahnya, padahal nak cakap nama saja pun.. Mana saya nak tangkap mana satu nama Encik!! Min sajalah saya dengar!!” marah Jihan..

“Kau!!”

“Encik Min!! Sebelum saya ubah fikiran saya ni, baik Encik cakap.. Sekarang ni apa yang saya boleh tolong encik!!” pintas Jihan, sebelum lelaki itu merepek ke topik lain pula..

Faiz Zuraimin mencebik kuat..

“Hmm, oklah.. Encik tak nak cakap tak apalah, malas saya nak tunggu Encik cakap.. Encik ada duitkan??”

Faiz Zuraimin mengerutkan dahinya, sebelum dia menganggukkan kepalanya..

“Dah tu kenapa Encik tak pakai duit encik tu saja.. Naiklah teksi ke bas ke..”

Mendengar bicara Jihan, membuatkan Faiz Zuraimin mengetuk dahinya.. Boleh pula dia tak terfikir perkara itu lebih awal.. Yelah disangkakan kalau minta tolong pekerjanya lebih senang, tak payahlah dia pening-pening nak uruskan keretanya.. Namun salah dia juga, satu nombor di telefonnya langsung dia tak hafal.. Hatta nombor ibu bapanya pun dia tak hafal..

“Dompet encik mana??”

Faiz Zuraimin memandang seketika kearah Jihan sebelum tersengih, dia mengeluarkan dompetnya daripada poket, dia ingin menghulurkan beberapa helai duit kertas.. Namun, baru dia tersedar yang dompetnya dipenuhi dengan kad bank sahaja.. Dia memang jarang ada duit cash, sebab dia biasa berbelanja dengan kad sahaja..

“Sorrylah, aku tak duit cash sekarang nak bagi dekat kau.. Apa kata, kalau kau bagi nombor akaun kau, nanti aku send..”

Jihan tersenyum sinis.. “Nombor telefon pun tak boleh ingat, apa encik rasa, encik boleh ingat ke kalau saya cakap nombor akaun saya??”

Faiz Zuraimin memandang tajam kearah Jihan, mulutnya ingin bersuara..

“Sebelum encik cakap benda lain, nah..” Jihan terus menghulurkan sekeping duit RM 50 kearah lelaki itu..

Faiz Zuraimin mengerutkan dahinya..

“Macam mana encik nak naik teksi kalau tak ada duit cash??” ujar Jihan dengan wajah bekunya, agak terasa juga dia dengan lelaki dihadapannya itu..

Berubah terus wajah Faiz Zuraimin.. Disangkakan perempuan di depannya ini ingin meminta upah daripadanya.. Rupanya perempuan itu ingin mengetahui jika dia ada duit cash ataupun tidak..

Melihat Faiz Zuraimin tiada reaksi itu membuatkan Jihan mengeluh.. Dia terus menyelitkan duit itu di poket baju lelaki itu sebelum berlalu pergi..

“Eh, kau nak pergi mana?? Kau tak naik bas ke??” laju Faiz Zuraimin bertanya apabila dia sedar yang perempuan itu pergi kearah bertentangan dengan perhentian bas..

“Rumah saya dekat-dekat sini, saya duduk dekat perhentian bas tadi sebab nak balas mesej mak saya saja..”

“Oh..” Faiz Zuraimin hanya mengangguk faham..

“Encik..” panggil Jihan..

“Ya??”

“Boleh tak lain kali, jangan nak pandang rendah dekat orang lain?? Jangan ingat setiap orang yang berikan pertolongan dekat encik nakkan habuan.. Atau sekurang-kurangnya jaga hati orang yang dah cuba nak tolong encik?? Daripada penglihatan saya, saya tahu encik kaya, tapi itu tak bermakna encik boleh buat sesuka hati encik saja..”

Terkedu Faiz Zuraimin mendengar kata-kata Jihan itu..

“Satu lagi.. Encik tahu tak, sekurang-kurangnya encik tertarik juga dengan saya.. Saya sedikitpun, langsung tak tertarik dengan encik.. Tak pastilah saya, kalau encik cakap encik tertarik itu sebab encik saja nak gembirakan saya dengan pertolongan saya yang tak seberapa itu.. Tapi jujur, saya tak tertarik langsung dengan orang kaya macam encik.. Sebab bagi saya orang macam encik ni, hanya kaya dari segi harta dan pangkat saja, tapi miskin dari segi adab dan akhlak..” habis meluahkan rasa, Jihan terus pergi tanpa langsung berpaling kearah lelaki yang dianggapkan terlalu angkuh dengan kekayaannya itu..

Faiz Zuraimin hanya memandang langkah Jihan yang sudah semakin jauh darinya itu sehinggalah bayangan perempuan itu hilang dari matanya.. Dia meraup wajahnya perlahan, entah mengapa kata-kata Jihan yang bernada sayu itu bagai pedang yang menusuk jantungnya beberapa kali..



JIHAN memandang kearah sekumpulan lelaki yang masuk ke dalam café itu, laju kakinya melangkah kearah mereka untuk mengambil order..

“Kau!!” laju Jihan memandang kearah salah seorang daripada empat orang lelaki yang bersuara itu, keningnya dikerutkan..

“Encik??”

“Faiz, kau kenal dia ke??” tanya Mubin kepada Faiz Zuraimin yang tidak lepas-lepaskan matanya daripada memandang kearah Jihan..

Seriously Faiz.. Kau cakap lepas kerja nak kurangkan sikit sikap bad boy kau tu..” Alif menyampuk..

Mendengar perkataan bad boy yang keluar daripada mulut Alif itu membuatkan mata Jihan tertumpu kepada Faiz Zuraimin yang masih memandang kearahnya itu.. Jihan tersenyum sinis..

“Jadi enciklah Mr. Bad Boy bulan lepas tu?? Patutlah saya macam kenal saja muka encik masa tu??” tanpa nada Jihan berkata..

“Masa tu??” tiga-tiga kawan Faiz Zuraimin bersuara serentak..

Nevermind.. Your order, please??” laju Jihan bersuara, memotong segala perbualan yang hendak dimulakan oleh lelaki-lelaki itu..

“Jihan!!”

Jihan berpusing apabila dirasakan ada seseorang memanggil namanya.. Anak bosnya, Nana yang turut bekerja sebagai pelayan disitu sudah menjeling kearahnya.

“Kenapa??” tanya Jihan..

“Kau pergi ambil order meja lain, biar aku settle yang ni..” bisik Nana perlahan ke telinga Jihan..

Jihan mengangguk, dia terus bergerak ke meja pelanggan yang lain.. Malas dia nak cari gaduh dengan anak bos itu, nanti ada saja masalah yang akan Nana cetuskan kalau permintaan perempuan itu tidak dituruti..

“Hai korang semua.. Hai, Faiz..” tergedik-gedik Nana bersuara dan melambaikan tangannya kearah lelaki-lelaki dihadapannya, terutamanya kearah Faiz Zuraimin..

Mereka berempat sudah membuat muka, menyampah dengan Nana itu.. Café ini memang merupakan tempat lepak mereka.. Namun semenjak Nana itu bekerja di sini, cuti semester kononnya, mereka memang jarang datang ke sini..



“JADI dialah yang buat you berubah hati Faiz??” jerit Fina, dia sudah meluru kearah Nana yang sedari tadi menempek di sebelah Faiz Zuraimin.. Fina menarik rambut Nana kuat..

“Auch!! Sakitlah gila!!” Nana turut menarik rambut si Fina dengan kuat..

Kedua-dua perempuan itu bergelut untuk menarik rambut, suara jeritan mereka menarik perhatian semua pelanggan..

Both of you, STOP!!” jerit Faiz Zuraimin..

Jihan menggelengkan kepalanya melihat gelagat kedua-dua perempuan itu.. Hmm, kan dah susah, nak sangat jadi bad boy..

Jihan membawa dulang yang dipenuhi dengan cawan berisi air-air yang diorder oleh pelanggan di situ.. Dia terpaksa melalui kawasan pergaduhan dua perempuan itu kerana air yang dibawa diorder oleh meja yang berada di belakang meja Faiz Zuraimin.. Melihat kedua perempuan yang sudah mula senyap apabila ditengkin oleh Faiz Zuraimin, membuatkan Jihan berjalan laju melintasi mereka..

Namun, keadaan yang disangka sudah tenang rupanya masih ada malapetakanya.. Belum sempat Jihan melepas kawasan itu.. Nana sudah mengambil salah-satu cawan yang ada diatas dulang yang dibawa oleh Jihan dan menyimbah air itu ke muka Fina..

Fina melompat ke belakang, terkejut dengan tindakan Nana yang tiba-tiba, bibirnya diketap kuat.. Jihan turut terkedu..

What is happening here??!!”

Jihan memandang kearah suara yang menjerit kuat itu.. Encik Kamal a.k.a bos dan ayah kepada Nana sudah melangkah kearah mereka.. Matilah aku..

“Jihan simbah air dekat muka dia..” laju Nana meletakkan kesalahan ke atas Jihan, Jihan sudah ternganga.. What??

“Jihan??” mata Encik Kamal tajam memandang kearah Jihan..

“Bukan saya.. Sa..”

“Saya tahu bukan awak yang buat, tapi kenapa awak bagi air tu dekat Nana?? Awak tahu perangai dia, dah tu awak pergi menggalakkan pula!!” tegas Encik Kamal berkata..

Jihan memandang Encik Kamal dengan riak tak percaya.. Aku galakkan anak dia bergaduh??

“Encik Kamal..”

“Saya tak nak dengar apa-apa alasan dari awak Jihan.. Cukuplah awak buat hal dekat cafĂ© saya ni.. Saya tak nak tengpk muka awak lagi..”

Jihan terdiam.. “Maksud encik??”

You’re fired!!”

Jihan ketawa tak percaya.. “Encik, saya tak buat salah.. Tapi saya yang kena pecat?? Seriously??”

Encik Kamal tidak bersuara, hanya pergerakan badannya sahaja sudah menjawab yang kata-katanya tadi bukan main-main.. Tangannya diarahkan ke pintu café..

Jihan mengeluh perlahan..

“Fi, Fina kan nama kau??” tanya Jihan tiba-tiba kepada Fina yang sedang kesejukan disimbah Jus Mangga..

Fina mengangguk..

“Kau marah tak kena simbah air??”

“Mestilah!!”

Jihan tersenyum.. Semua mata memandang pelik kearahnya diabaikan.. Hati jahatnya sekarang yang ingin diutamakan..

“Ambil ni, kau simbahlah dekat dia puas-puas..” Jihan memberikan dulang yang dibawa tadi kepada Fina sebelum pergi ke dalam untuk mengambil barangnya..

Langkah Jihan dihiasi dengan senyuman apabila telinganya menangkap jeritan Nana yang bergema di seluruh café.. Kena simbahlah tu.. Apabila barangnya sudah diambil, Jihan terus melangkah keluar dari café itu.. Matanya menangkap pandangan Faiz Zuraimin yang terarah kepadanya, terus wajahnya menjadi tegang.. Jihan tetap berjalan keluar tanpa menghiraukan kekecohan yang berlaku di café itu..

Sebaik sahaja Jihan melangkah keluar dari cafĂ© itu, dia mengeluh.. “Apalah nasib diriku yang malang.. Orang lain buat, aku yang kena.. Hmm, sabar sajalah..”

Jihan melangkah perlahan, dia sendiri tidak tahu nak pergi ke mana.. Nak cari kerja lain atau balik rumah sewanya saja?? Namun, belum habis Jihan berfikir, terdengar ada orang yang melaung-laung namanya..

Jihan segera berpusing, matanya menangkap figura Faiz Zuraimin dan kawan-kawannya yang lain.. Bibirnya diketap kuat, dia terus memusingkan badannya kembali untuk melarikan diri..

“Jihan hati-hati!!” belum sempat ayat itu sampai di fikiran sedar Jihan, Jihan sudah pun terhantuk di dinding yang berada didepannya.. Tulah tak menyempat-nyempat lagi nak lari, tak tengok kiri kanan dulu..

“Aduh..” jatuh terduduk Jihan dibuatnya, dahi yang sudah dapat dirasa benjolannya itu dipegang..

Are you okay??” tanya Faiz Zuraimin sebaik saja dia sampai di tempat Jihan terjatuh itu, Jihan pula cepat-cepat berdiri..

“Jihan, kau ok ke??” tanya Faiz Zuraimin sekali lagi apabila soalannya tadi tidak dijawab oleh Jihan..

“Ada nampak macam aku ok ke??” kasar Jihan membalas, amarahnya masih belum reda kepada lelaki itu.. Dulu anggap aku macam orang yang suka ambil kesempatan, lepas tu tadi jadi punca aku dibuang kerja.. Sekarang?? Nak tuduh atau buat masalah apa dekat aku??

Tergamam Faiz Zuraimin apabila mendengar suara lantang Jihan.. Marah sungguh perempuan itu..

“Sebelum encik cakap apa-apa, saya nak buat pengakuan dulu.. Bukan saya ya yang rancang semua yang jadi.. Saya tak rancang pun nak jumpa dengan encik, saya tak rancang pun si Fina tu datang lepas tu hal dengan kekasih baru encik si Nana tu.. And the most importantly, saya tak rancang pun supaya saya dipecat untuk konon-kononnya meraih simpati encik!!” laju Jihan berkata tanpa berhenti walau sekejap pun..

Faiz Zuraimin mengeluh perlahan, tahulah dia kenapa Jihan marah dengannya.. Mungkin Jihan fikirkan tujuan dia mengejar Jihan sekarang adalah untuk menuduh Jihan sepertimana ketika mereka berjumpa di perhentian bas dulu..

“Jihan, please.. Aku tak ada niat langsung nak tuduh kau apa-apa, aku cuma nak minta maaf kalau aku jadi punca kau kena buang kerja..” lembut sahaja Faiz Zuraimin berkata, entah mengapa untuk pertama kalinya dia meminta maaf kepada seorang perempuan dalam keadaan dia benar-benar ikhlas..

Jihan memandang mata Faiz Zuraimin, tidak tahu ingin percaya atau tidak kata-kata lelaki dihadapannya itu..

“Baiklah encik, saya maafkan encik.. Anggaplah itu bukan rezeki saya dan saya pun minta maafkan encik sebab fikir bukan-bukan tadi..”

Faiz Zuraimin tersenyum mendengar jawapan Jihan itu, hatinya berasa lapang sahaja apabila perempuan dihadapannya itu menerima permintaan maafnya..

“Oklah encik, saya nak pergi dulu..” Jihan terus pusing, kali ini dia mengelak daripada terhantuk di dinding lagi..

“Eh, Jihan kejap..” sebelum Jihan sempat pergi jauh, laju Faiz Zuraimin menghalang.. Jihan berpusing..

“Ya??”

“Kau nak pergi mana?? Nak pergi cari kerja ke??”

Jihan kerut dahi.. “Kalau ya pun saya nak cari kerja, itu urusan saya bukan encik..”

Faiz Zuraimin diam, tersentap hatinya mendengar jawapan Jihan.. Namun, ada betulnya juga, bukan urusannya untuk tahu ke mana dan di mana hala tuju Jihan..

“Encik ada apa-apa lagi nak cakap?? Kalau tak ada saya pergi dulu ya..” sekali lagi Jihan berpaling..

“Kau pandai masak!!??”

Jihan mengeluh, sekali lagi matanya memandang kearah lelaki yang tak habis-habis memaksanya untuk berpusing itu.. Apalah masalah mamat seorang ni??

“Macam yang saya cakap tadi..”

“Aku tahu ini bukan urusan aku, tapi kalau aku nak kerja aku, jadi ini akan jadi urusan aku kan??” laju Faiz Zuraimin memotong kata-kata Jihan..

“Maksud encik??”

Faiz Zuraimin tersenyum.. “Kebetulan, pembantu rumah aku ambil cuti dalam dua minggu sebab balik kampung lawat anak-anak dia.. Kau boleh kerja dengan aku kalau kau nak??”

“Maaf, saya tak selesa kerja dekat rumah encik..”

“Kenapa??”

“Tak nak saya, kalau tiba-tiba masa tu saya dengan encik saja macam mana?? Kalau kena tangkap basah macam mana?? Tak ingin saya kahwin dengan encik..” selamba Jihan berkata..

“Eh mulut kau ni memang celopar ya?? Bukan rumah akulah, rumah mak ayah aku, tak ada makna aku nak suruh kau kerja dekat rumah aku..” laju Faiz Zuraimin membalas, geram pula dia mendengar jawapan Jihan itu..

“Cakaplah awal-awal, pembantu rumah aku, rumah aku.. Poyo betul!! Harta mak ayah encik, harta diaoranglah bukan harta encik!! Suka-suka hati saja declare hak encik!! Penat lelah diaorang bekerja, encik pula yang dapat nama..”

Faiz Zuraimin terkedu.. Apa bezanya?? Harta mak ayah aku, aku punya jugalah, aku juga yang akan dapat nantikan??

“Selagi encik tak dapat harta-harta tu, itu bukan harta encik.. Jadi selagi belum dapat harta-harta tu, semua yang encik ada ni harta mak ayah encik!! Melainkan yang encik beli hasil gaji encik sendiri, faham!!” bagai mengetahui apa yang difikirkan oleh Faiz Zuraimin itu, laju Jihan memberikan jawapan..

Fine!! Kau nak ke tak nak kerja dekat rumah mak dan ayah aku!!” perkataan mak dan ayah dikuatkan..

Jihan tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.. Pandai pun dengar cakap..

“Hmm, saya janji dengan orang tua saya nak balik kampung bulan depan.. Kalau saya kerja dengan encik, maksudnya saya boleh kerja dua minggu sajalah?? Lepas tu saya kena cari kerja lain?? Hmm, baik tak payah..”

“Kalau macam itu kau kerjalah sebulan, buat apa kerja dua minggu saja..”

Jihan mengecilkan mata mendengar jawapan lelaki itu.. “Habis itu, pembantu rumah encik tu nak campak mana?? Agak-agaklah, encik kata dia cuti dua minggu saja..”

“Tak apa, nanti aku suruh dia tambah cuti, cuti sebulan terus.. Lagipun bukan selalukan dia dapat cuti..”

“Mak ayah encik tak marah ke??”

“Tak!! Alah, asal ada orang nak masak dan kemas rumah, diaorang ok saja.. Sekarang ni kau nak ke tak nak?? Tak nak sudah aku offer kat orang lain..”

Jihan menggaru kepalanya, nak ke tak nak??

“Tak nak tak apalah, aku pergi dulu..”

“Eh, saya nak encik..”

Faiz Zuraimin tersenyum mendengar jawapan Jihan itu.. “Aku tanya kau nak kerja ke tak?? Bukan nak aku atau tak..”

Berubah riak wajah Jihan.. Silap cakaplah pula, dahlah mamat ni kuat perasan..

“Ehem, encik ni agak-agaklah.. Mestilah saya nak kerja tu, takkan saya nak encik pula..” Jihan terbatuk kecil, sebelum menyambung kata-katanya..

“Bila saya boleh mula kerja encik??”  Jihan pantas menukar topik..

Faiz Zuraimin tersengih.. “Hmm, dua hari lagi boleh?? Pembantu aku.. No, I mean pembantu rumah mak ayah aku tu start cuti dua hari lagi..”

“Ok, boleh saja.. Nanti encik bagitahu mak dengan ayah encik ya.. Terima kasih sangat encik, hilang satu beban saya nak kena cari kerja tadi.. Encik Min memang terbaik..” ujar Jihan gembira, lega satu masalah dah selesai..

Faiz Zuraimin tersengih.. “Kau masih panggil aku Encik Min??”

Jihan turut tersengih.. “Macam saya cakap, masa tu encik cakap panjang lebar sangat.. Saya dengar Min saja..”

“Oklah, sebagai pendahuluan.. Aku nak kenalkan diri aku balik, aku..”

“Maaf encik, bas saya dah sampai.. Saya kena pergi dulu..” laju Jihan berlari apabila matanya tertancap kepada bas yang sudah mula menghampiri perhentian bas yang berada berdekatan dengan tempat mereka itu..

“Eh, Jihan.. Nombor telefon kau apa?? Macam mana aku nak contact??” terkejut Faiz Zuraimin apabila Jihan berlari tiba-tiba..

“Kalau saya cakap bukan encik ingat pun!! Encik kaya, pandai dan bijakkan?? Carilah nombor saya sendiri!!” jerit Jihan dalam lariannya itu, semoat lagi dia memuji lelaki itu, dia tidak ada masa nak pusing balik, dia hanya fokus untuk menaiki bas saja saat itu..

What??!!” terkejut Faiz Zuraimin mendengar jawapan Jihan itu, matanya tidak lepas daripada melihat Jihan yang sudah berjaya sampai ke perhentian bas itu sehinggalah apabila tubuh perempuan itu hilang disebalik bas itu..

“Wow, she is really interesting..” mendengar suara dari belakang, laju Faiz Zuraimin berpusing.. Lupa pula dia dengan kehadiran tiga kawan baiknya itu..

“Pertama kali, aku nampak ada perempuan berani tinggikan suara dekat Mr. Bad Boy kita ni, siap buat kau terpaksa cari nombor telefon dia pula tu..” Mubin mengenyitkan mata kepada Faiz Zuraimin..

“Pertama kali juga, aku nampak ada perempuan yang dengan selambanya tolak pelawaan untuk berdua saja dengan Faiz Zuraimin, satu-satunya waris salah seorang jutawan dekat Malaysia ni..” Alif turut mencelah..

Izzudin tersenyum sebelum menepuk bahu Faiz Zuraimin.. “Dan ini kali pertama aku nampak, kawan aku seorang ni bukan sebagai Mr. Bad Boy atau seorang anak jutawan, tetapi sebagai diri dia sendiri, meminta maaf dengan ikhlas kepada seseorang dan tersenyum gembira kepada makhluk yang bernama perempuan..”

Faiz Zuraimin hanya tersengih mendengar bicara ketiga-tiga kawannya itu..

“Dia ke perempuan yang dah berjaya buka kunci hati kau??” tanya Izzudin..

Faiz Zuraimin menarik nafas perlahan.. “Belum lagi, tapi setakat ni hanya dia saja perempaun yang mampu buat hati aku rasa resah melihat dia sedih, marah, atau kecewa.. Dan buat hati aku bergetar bila dia tersenyum gembira..” Dan mendengar jawapan dia itu membuatkan ketiga-tiga kawannya menjerit kegelian.

“Faiz.. Eh, silap.. Min, kau hutang satu cerita dekat kitaorang..” ujar Mubin tiba-tiba..

“Haah, kitaorang nak penjelasan dari awal hingga akhir ya, Min..” Alif turut bersuara dengan gaya gediknya.

Faiz Zuraimin hanya tersenyum saja melihat gelagat kawan-kawannya itu.. “Tengaoklah macam mana..”

“Selagi kau tak cerita, kitaorang menghantui hidup kau.. Hihihihi..” Izzudin membuat suara mengilai di telinga Faiz Zuraimin..

Faiz Zuraimin hanya ketawa gembira, ya hatinya sangat gembira sekarang ni.. Sebabnya?? Dia masih belum tahu lagi.. Hehehe..



“JIHAN.. Jihan masak apa hari ni??” tegur Datin Filza..

Jihan memusingkan badannya, dia tersenyum melihat majikannya yang sedang melangkah kearahnya itu..

“Masak lauk kampung saja, Datin.. Semalam kan Datin cakap yang Dato’ teringin nak makan lauk kampung..”

Datin Filza tersenyum mendengar jawapan Jihan.. Peka sungguh perempuan di depannya itu, baru di sebut saja terus dimasakkan..

“Apa ni Jihan, Datin-Datin ni?? Kan mama dah suruh panggil mama saja..”

Jihan menggarukan kepalanya.. “Tak selesalah Datin..”

“Takkanlah dah hampir dua minggu dekat sini masih tak selesa lagi dengan mama??” tanya Datin Filza dengan nada yang sedikit berjauh hati..

“Eh, bukan maksud Jihan, Jihan tak selesa dengan Datin.. Maksud Jihan, Jihan tak selesalah nak panggil Datin, mama.. Datin kan majikan Jihan, rasa tak elok pula Jihan panggil Datin, mama..” ujar Jihan, meluahkan ketidakselesaannya..

Datin Filza senyum.. “Mama tak pernah anggap pekerja-pekerja mama sebagai orang luar.. Mak Mah pun panggil mama ni, Pija saja.. Jadi mama tak rasa yang Jihan perlu panggil mama dengan panggilan Datin sebab mama pula yang rasa tak selesa nanti..”

Jihan tersenyum, dia tahu yang kedua ibu bapa Faiz Zuraimin itu memang seorang yang baik hati dan peramah.. Mak Mah yang dikatakan itu pula adalah pembantu rumah yang sedang bercuti itu..

“Oklah macam itu, Jihan panggil Datin dengan panggilan mama.. Tapi, kalau depan Encik Min, Jihan panggil Datin tau..”

“Kenapa??”

“Jihan tak naklah nanti Encik Min fikir yang Jihan nak ambil kesempatan.. Jihan nak kerja dengan gembira kat sini, tak naklah nanti ada yang tak suka kalau Jihan panggil Datin, mama..” Jihan menundukkan kepalanya, itulah yang menganggu fikirannya sekarang, dia tidak mahu hubungan dia dan keluarga itu rosak apabila Faiz Zuraimin memikirkan yang dia mahu mengambil kesempatan seperti sebelum ini..

“Oklah, janji Jihan panggil mama pun mama dah gembira..”

Jihan tersenyum.. “Ma.. Mama..”

“Ya sayang??”

“Er.. Jihan dah siap masak, dah kemas rumah, tinggal nak tunggu baju siap basuh saja, lepas tu tinggal nak sidai.. Halaman rumah, petang sikit baru Jihan kemas dan siram pokok bunga..”

Datin Filza mengangguk, dia tahu rutin harian Jihan.. Memang kerana itu jugalah rutin harian Mak Mah.. “Jadi??”

“Boleh tak kalau Jihan nak tanya satu soalan sikit??”

Datin Filza ketawa perlahan.. “Ya Allah, ingatkan apalah tadi.. Jihan nak tanya apa, tanya saja, mama jawab..”

“Erm.. Sorrylah kalau Jihan tertanya soalan yang pelik-pelik, tapi Jihan curious sangat.. Erm, mama dengan papa baik sangat, tapi kenapa ya Encik Min tu jahat, eh bukan maksud Jihan bad boy??” Jihan menepuk mulutnya yang tersasul itu..

Sekali lagi Datin Filza ketawa.. “Faiz memang macam tu, semuanya sebab waktu dia kecil, semua kawan dia nak kawan dengan dia sebab dia kaya, sampailah dia sekolah menengah.. Bila terasa seperti digunakan, dia jadilah jahat or bad boy macam yang Jihan cakap tu..”

Jihan tersengih..

“Tapi, sebenarnya dia anak yang sangat baik.. Dia cuma rasa kecewa apabila dia fikir orang yang dianggap rapat dengan dia semuanya bersebab.. Sebab tulah dia tak ramai kawan, kawan dia tu tiga orang tu sajalah.. Sebab tulah setiap kali orang beri dia pertolongan, dia fikirkan semuanya sebab inginkan balasan..”

Jihan menganggukkan kepalanya..

“Mama tahu cara dia fikir tu tak elok sangat, cara dia perdaya perempuan-perempuan kat luar tu kononnya nak beri mereka pengajaran tu pun tak baik.. Tapi, mama tak boleh buat apa-apa, sebab mama tahu suatu masa dulu dia pernah terluka teruk dan mungkin ini caranya dia nak hilangkan kesakitan itu..” sayu suara Datin Filza..

Jihan tersentuh melihat wajah sayu Datin Filza, Jihan terus memeluk tubuh wanita tua itu yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri..

“Sabar mama, Insya Allah.. Suatu hari nanti ada seseorang yang boleh sedarkan Encik Min, sedarkan dia yang semua dia buat ni salah..” lembut Jihan memujuk..

“Insya Allah, mama pun harap macam itu..” Datin Filza membalas pelukan Jihan, terasa tenang sedikit hatinya.. Gembira dia apabila dia boleh meluahkan rasa hatinya kepada seseorang yang sudah mula dianggap seperti anaknya sendiri..



FAIZ Zuraimin tersenyum mendengar perbualan antara Datin Filza dan Jihan disebalik pintu dapur itu.. Semenjak dia mengenali Jihan, dia mula berubah.. Tiada lagi perempuan untuk disakitkan, tiada lagi orang untuk diperlekehkan.. Dia mula menjadi dirinya semula seperti 10 tahun yang lalu dan dia harap ini merupakan permulaan yang baik untuk dirinya dan keluarganya juga..

“Insya Allah.. Mama, papa.. Faiz dah hampir jumpa orang yang akan sedarkan Faiz.. Faiz akan cuba untuk berubah..” bicara Faiz Zuraimin dengan dirinya sendiri, sebelum kakinya diaturkan ke ruang tamu, tidak mahu menganggu perbualan mamanya dengan Jihan..



JIHAN melangkah masuk ke rumah besar milik Datin Filza dan Dato’ Afendi, ibu bapa kepada Faiz Zuraimin, Jihan tersenyum, hari ini adalah harinya yang terakhir untuk bekerja di situ sebelum dia akan balik ke kampungnya malam ini, hatinya amat gembira..

Langkah Jihan terhenti apabila matanya menangkap kelibat orang yang agak rami di ruang tamu.. Ada majlis apa-apa ke?? Rasanya Datin Filza dengan Dato’ Afendi tak ada cakap apa-apa pun semalam tentang ada orang nak datang..

“Wow!! Perempuan berlagak baik dah datang!!”

Jihan terkedu melihat Nana sedang tersenyum sinis kearahnya, mendengar kata-kata Nana itu lebih membuatkan dia terkejut..

“Ada apa ni??” tanya Jihan.. Pelik melihat Faiz Zuraimin dan kawan-kawan Faiz Zuraimin turut berada di situ.. Yang membuat dia bertambah pelik apabila Nana dan Encik Kamal turut berada di situ..

Nana ketawa.. “Ada apa ni?? Bukan kitaorang yang sepatutnya tanya kau, apa yang kau rancang sebenarnya??”

“Rancangan apa??”

“Sampai bila kau nak berpura-pura, perempuan tak guna!!” kuat suara Faiz Zuraimin bergema di ruang tamu..

Berdesing telinga Jihan apabila dia dikatakan perempuan tak guna.. Tetapi melihat mata Faiz Zuraimin yang memandangnya dengan penuh amarah membuatkan dia berasa pelik, apa yang telah dia lakukan??

“Jaga bahasa awak, Encik Min!!” bergetar suara Jihan, menuturkan kata-katanya..

Dengan perempuan sial macam kau ni!! Buat apa aku nak jaga mulut aku ni??” sinis sekali Faiz Zuraimin berkata..

“Faiz.. Bagitahu saja perkara sebenar, tak payahlah hina-hina orang macam tu..” tegur Mubin..

“Mubin!! Kau nak aku cakap elok-elok dengan perempuan yang mejadi punca aku berubah selama ni??!! Kalau tak disebabkan dia!! Aku takkan buat kerja bodoh macam nilah, aku takkan jadi jahat macam yang dia cakap hari tu!!”

“Bukan dia yang salah Faiz, yang salah arwah ayah dia!!”

“Tapi dia adalah keturunan jantan tak guna tu!!”

Jihan diam.. “Arwah ayah?? Apa maksud encik ni??”

“Ni maksud aku!!” Faiz Zuraimin mencampakkan sekeping gambar di atas meja, terkejut Jihan apabila mendapati itu adalah gambar ahli keluarganya yang hilang sebulan lepas..

“Macam mana gambar ni boleh ada dekat encik??” terketar-ketar Jihan bertanya..

“Aku yang jumpa, masa kau berhenti kerja hari tu!! Nasib baik tau aku jumpa gambar ni dan kebetulan ayah aku kenal ayah kau ni!! Kalau tak, aku tak tahulah apa pula rancangan jahat yang kau nak buat dengan keluarga Faiz ni..” lantang Nana berkata..

“Rancangan jahat??”

“Kau ni berpura-pura tak tahu ke?? Atau sebab takut rahsia kau dah bocor?? Hmm?? Berlagak alim, tegur aku.. Rupanya kau anak kepada orang yang dah musnahkan hidup aku!! Sekarang ni, sebab rancangan ayah kau gagal, kau pula nak teruskan??” sarkastik Faiz Zuraimin berkata..

Jihan diam, kepalanya pening.. Dia tidak faham dengan apa yang cuba mereka katakan?? Rancangan jahat?? Musnahkan hidup??

“Jihan, arwah ayah kau yang dah buat hati Faiz terluka dan trauma sepuluh tahu dahulu.. Arwah ayah kau adalah pemandu peribadi uncle Afendi dan aunty Filza, diaorang sangat percayakan dia.. Tapi, suatu hari dia culik Faiz untuk dapatkan duit, seseorang yang diaorang percaya telah tikam belakang diaorang..” jelas Alif supaya Jihan faham apa yang sedang berlaku sekarang..

“Jadi, korang ingat saya datang sini sebab nak buat perkara yang sama??” tanya Jihan tanpa nada, dia sudah mulai faham dengan situasi yang sedang berlaku ini..

“Habis tu, kalau bukan sebab duit.. Takkanlah kau merayau dekat sini, sedangkan rumah kau dekat Pahang sana??”

Jihan memandang tajam kearah Faiz Zuraimin, sebelum tersenyum sinis..

“Namapaknya encik dah cari maklumat tentang keluarga saya.. Tapi encik masih tertinggal sesuatu..”

“Maksud kau??”

“Encik check background saya.. Tapi encik tak pelik ke, kenapa saya berbinti kan dengan nama selain dengan nama orang yang encik kata dah musnahkan hidup encik??”

Faiz Zuraimin terdiam..

“Nama arwah adalah Mustafa, tetapi dalam kad pengenalan dan surat beranak saya berbinti kan dengan nama Mohamad Mustapha.. Nama yang hampir sama, tapi orang yang berlainan..”

Sekali lagi Faiz Zuraimin terdiam..

“Alah, mesti ada typing error..” Nana cuba membuat kesimpulan..

Jihan tersenyum sinis.. “Banyak sangat typing error tu, kalau Mustafa tertukar kepada Mustapha itu tak pelik.. Tapi macam mana pula ada penambahan Mohamad??”

“Walaupun orang yang lain, tapi tetap saudara dekat saya, dia pak cik saya.. Sebab dia isteri dia, mak saya sekarang adalah kakak kepada mak kandung saya yang dah meninggal dunia akibat kemalangan dua puluh tahun lepas..”

“Alah, sama sajalah pak cik kau jugakan??”

“Sama.. Memang sama, tapi jalan cerita yang saya faham tak sama.. Macam mana Encik Min boleh kata yang saya nak balas dendam untuk arwah pak cik saya, sedangkan hidup kami turut musnah disebabkan dia??!!”

“Maksud kau??” tanya Izzudin..

“Kami berpindah ke Pahang sebab kami dihina dan dicaci oleh penduduk kampung.. Kami turut mendapat tempias atas apa yang arwah dah buat..”

“Alahai nak buat cerita apa pula ni?? Siapa pula yang mengarah kali ni?? Mak cik kau pula??” pintas Faiz Zuraimin.. Laju tangan Jihan hinggap di pipi lelaki itu..

“Kau!!”

“Duit gaji saya, ambil semuanya, anggaplah duit yang tak seberapa itu kata maaf saya untuk arwah ayah saya.. Kalau tak cukup, saya minta maaf, buat masa sekarang ni saya tak boleh bayar, tapi kalau saya dah ada duit saya akan cuba bayar.. Maaf kalau awak rasa saya yang merancang semuanya, daripada kereta awak rosak, sampailah waktu awak berikan saya kerja dekat sini..”

“Maaf sebab saya tampar awak, sebab awak biadab sangat, mak saya tak ada kaitan dengan semua ni.. Awak nak letakkan kesalahan kepada saya, saya tiada masalah, tapi bukan dekat mak saya ataupun arwah!! Cukuplah, arwah tak ada dah dekat dunia ni, jadi janganlah asyik mencari kesalahan dia!! Saya harap yang kita takkan berjumpa lagi supaya saya tak buat rancangan jahat dekat keluarga awak lagi.. Saya minta diri dulu...” Jihan menundukkan kepalanya, tangannya laju mengambil gambar keluarga yang tercampak di meja sebelum melangkah pergi..

“Saya belajar dekat sini dan sekarang tengah cuti semester, sebab tu saya ada dekat sini dan bukannya dekat Pahang..” habis berkata, Jihan terus hilang sebalik gerbang pintu rumah besar itu, tanpa menoleh lagi..

“Sial!!” jerit Faiz Zuraimin..

 “Faiz, kau marah sekarang ni sebab kau tak boleh terima orang yang kau suka ada kaitan dengan orang yang culik kau dulukan..” Mubin berkata, geram melihat sikap kebudak-budakan kawannya itu..

“Kau marah sebab kau fikir orang yang dah buat kau sedar kesilapan kau selama ini nak buat kau menderita macam dulu..” Seperti biasa Alif menyambung..

“Kau marahkan diri kau, sebab kau sakitkan hati orang yang kau cinta, sebab kau nampak air mata orang yang kau sayang hampir tumpah sebab kata-kata kau.. Tapi kau ego, kau nak letakkan kesalahan juga dekat dia, walaupun kau sendiri tahu dia tak ada kena-mengena dengan semua ni..” Izzudin berkata sinis dan seperti biasa, kata-katanya kadang-kadang sinis itu menyentap hati Faiz Zuraimin..

Faiz Zuraimin berdengus kuat, cuba menafikan kebenaran kata-kata yang didengarnya itu.. Dia meraup rambutnya beberapa kali, cuba menghilangkan amarah dihatinya..



“APA yang Faiz dah cakap dengan Jihan??!!” bergema suara Datin Filza di ruang tamu, terkejut dia melihat Jihan keluar dari rumah besarnya dengan tangisan..

“Pija, dahlah tu.. Awak tu bukan sihat sangat..” tegur Dato’ Afendi..

“Abang, tengoklah anak abang ni.. Pija ingatkan dia dah insaf, tapi rupa-rupanya perangainya masih sama, suka nak sakitkan hati perempuan!!” marah Datin Filza..

“Ma!! Dia adalah anak saudara kepada orang yang dah buat Faiz macam ni!! Salah ke kalau Faiz buat dia macam tu??” Faiz Zuraimin memberontak..

Datin Filza tergelak mendengar bicara anak terunanya itu.. “Kamu jangan nak buat gila ya Faiz!! Dia anak saudara arwah saja, bukannya orang buat kamu macam ni!!”

Faiz terkedu.. “Mama tahu dia anak jantan tak guna tu??”

“Faiz sudah!! Jaga mulut kamu tu, kenapa biadab sangat!! Kamu dah lupa ke arwah yang dulu jaga kamu?? Salah dia sikit tu kamu pandang, pengorbanan dia ada kamu pandang..”Dato’ Afendi bersuara kuat..

“Maksud papa??”

“Dahlah Faiz, kamu dah dapat apa yang kamu nakkan, kamu dah pun sakitkan hati Jihan.. Gembiralah kamu sekarang..” Datin Filza mengeluh, sedih hatinya melihat perangai anaknya yang disangkakan dah mula berubah itu..

I need an explaination papa,mama!!” Faiz Zuraimin memandang papa dan mamanya yang seperti menyembunyikan sesuatu darinya itu..

Datin Filza memandang anaknya itu.. “Dari waktu kamu bawa Jihan ke sini, mama dah tahu siapa dia sebenarnya.. Tapi mama dan papa diamkan, sebab tahu kamu akan buat perangai macam ni!!”

“Ma??”

“Mama nampak perubahan kamu disebabkan Jihan, sebab tu mama diamkan perkara sebenar.. Mama tak nak kamu benci dia, benci orang yang kamu cinta hanya sebab perkara yang dah lama berlaku..” mengalir air mata Datin Filza sebaik sahaja kata-katanya dilafazkan..

“Dahlah Faiz.. Mama kamu dah penat.. Kalau ada masa banyak sangat, lebih baik kamu habiskan masa kamu dekat office sana..” tegas Dato’ Afendi memberikan arahan, dia memegang bahu isterinya yang sudah teresak itu..

“Tapi, mama, papa..”

“Pergi Faiz, belum masanya kamu untuk tahu perkara sebenar.. Bila kamu dah yakin dan ubah perangai kau yang suka tunding kesalahan kepada orang lain tu, barulah datang dekat papa dan mama.. Tapi selagi kamu masih dengan perangai bad boy kamu tu, anggap sajalah yang Jihan tu tak pernah wujud dalam hidup kamu.. Cukuplah selama ni dia dan keluarga dia dah terseksa, papa tak nak tambah lagi kesengsaraan keluarga mereka dengan sikap kamu tu..” habis berkata, Dato’ Afendi terus memimpin isterinya, Datin Filza ke bilik mereka..

Faiz Zuraimin mengeluh perlahan.. Aku dah buat silap ke??



JIHAN memandang keluar tingkap cuba mencari kelibat ibunya yang tidak kelihatan di dalam rumah.. Matanya menangkap beberapa kelibat orang dibawah pokok berdekatan rumahnya, sedang duduk di bangku yang tersedia di situ.. Matanya dikecilkan untuk melihat wajah orang yang ada di situ..

Apabila matanya sudah dapat mengenal pasti identiti orang yang berada di bawah pokok itu, Jihan terus melangkah laju menuruni anak tangga sebelum berlari mendapatkan ibunya..

“Aduh, au, sakitnya..” rungut Jihan dalam larian, kesakitan mencucuk di tapak kakinya.. Tulah berlari tanpa pakai selipar, mahu tak menderita kakinya menahan kesakitan sekarang..

Mendengar rungutan Jihan yang agak kuat itu membuatkan semua mata tertumpu kearah Jihan yang semakin lama, semakin perlahan langkahnya itu..

“Jihan!! Apalah bijak sangat kamu ni?? Lari tak pakai selipar kenapa??” Puan Salmah, ibu kepada Jihan sudah mula membebel melihat anak daranya membuat perangai kanak-kanaknya itu..

Jihan tidak membalas sehinggalah dia berdiri di sebelah ibunya, dia cuba menahan sakit kakinya dan berdiri didepan ibunya dan memandang tajam kearah tetamu-tetamu yang hadir..

“Apa lagi yang Dato’, Datin, Encik Min dan kawan-kawan Encik Min ni tak puas hati dengan keluarga saya?? Nak cari gaduh?? Langkah mayat saya dulu..” dalam termengah-mengah itu sempat Jihan memberi amaran..

Terkedu semua manusia didepan Jihan itu apabila tiba-tiba diberikan amaran..

“Adoi.. Sakitlah ibu..” jerit Jihan kesakitan apabila telinganya yang ditutupi tudung itu dipulas kuat oleh Puan Salmah..

“Biadab sangat kamu ni kenapa?? Tetamu datang rumah kita ni, Jihan.. Kenapa kamu cakap macam tu??” marah Puan Salmah..

“Diaoranglah keluarga yang Jihan cerita dekat ibu masa tu.. Takkanlah ibu dah lupa kot??” Jihan mengingatkan ibunya kembali..

“Ya, ibu ingat..”

“Dah tu?? Ibu nak Jihan saja diaorang buat apa-apa dekat ibu?? Entah apa tuduhan diaorang nak buat dekat kita kali ni..” sarkastik sekali ayat Jihan, namun ayat itu ditujukan kepada orang yang dia tengah jeling saja, siapa lagi kalau bukan Encik Min tu..

“Kamu kata dah redha dengan apa yang dah jadi.. Kamu kata kamu dah maafkan arwah ayah dengan keluarga Dato’ Afendi, kamu cakap setiap ada hikmah.. Tapi kenapa sekarang kamu buat perangai sebaliknya??”

Jihan mengetap bibir, selama ini dia turut meletakkan kesalahan kepada arwah pak ciknya yang sudah dianggap ayahnya sendiri itu.. Namun apabila mengetahu perkara sebenar, dia dah pun berjanji kepada Puan Salmah untuk memaafkan arwah ayah dan keluarga Dato’ Afendi itu..

 “Jihan takut kalau diaorang apa-apakan ibu..”

Puan Salmah menggelengkan kepalanya.. “Ada kamu nampak ibu kena tikam ke?? Kena tembak ke?? Tak adakan??”

Jihan diam, kepalanya ditundukkan..

Puan Salmah mengusap lembut bahu anaknya itu.. Dia tahu Jihan risaukan dirinya, namun dia tetap tak suka bila anaknya bersikap begitu..

“Dah, Jihan masuk dalam ya.. Buatkan air untuk tetamu kita, penat diaorang berjalan jauh..” lembut Puan Salmah memberikan arahan, Jihan menganggukkan kepalanya, dia mula melangkah..

“Aduh..” Jihan mengetuk kepalanya, macam manalah dia terlupa yang kakinya masih sakit akibat lariannya tadi..

“Kau nak pinjam kasut aku?? Aku ada kasut lain kat kereta..” kata Faiz Zuraimin sambil menunjukkan keretanya yang terparking elok di sebelah bangku yang sedang mereka duduk itu.. Lagipun hatinya kesian, melihat kerutan di dahi Jihan akibat menahan kesakitan..

“Tak nak!!” laju Jihan membalas, dia terus berjalan dan sekali lagi langkahnya terhenti.. Sakitnya kaki aku!!

“Bolehlah..” Faiz Zuraimin mengerutkan dahi mendengar kata-kata Jihan yang tiba-tiba berpusing kembali itu..

“Bolehlah.. Saya nak pinjam kasut..” ujar Jihan, bibirnya diketap apabila dia melihat senyuman di wajah orang-orang yang duduk di bangku-bangku di bawah pokok itu..

Faiz Zuraimin tersenyum, tercuit hatinya melihat wajah malu Jihan.. Terus kasutnya di buka dan diberikan kepada Jihan..

“Terima kasih..” Jihan terus mengambil kasut itu dan memakainya..

“Kasih kau diterima..” jawapan lelaki itu membuatkan Jihan mengangkat kepalanya semula.. Matanya memandang kearah Faiz Zuraimin yang tersenyum kearahnya, dia cepat mengalihkan pandangannya itu.. Selesai memakai kasut lelaki itu, Jihan terus pergi dari situ..




“KAU marahkan aku lagi??”

Jihan diam, dia tidak menjawab pertanyaan lelaki itu yang kali ini sudah masuk kali kelima agaknya..

“Marah betul kau dekat aku..”

Jihan tersenyum.. “Saya tak ada hak nak marah dekat encik, macam yang encik cakap, saya yang bersalahkan??”

“Jihan, maafkan aku, aku tahu mulut aku celopar sangat masa tu.. Aku tak fikirkan perasaan orang lain, aku hanya nak puaskan hati aku saja..”

“Tak apalah encik ,benda dah lepas.. Saya tak nak ungkit-ungkit lagi..”

Faiz Zuraimin mengeluh, dia nampak jelas riak kecewa di wajah Jihan masih kekal, sama seperti saat dia melontarkan kata-kata yang melukakan hati perempuan itu dulu..

“Jihan..”

“Encik, boleh saya tanya sesuatu??”

“Apa dia??”

“Kenapa encik habiskan masa, tenaga dan duit minyak saja untuk datang ke sini?? Encik tak puas hati sebab saya macam itu saja masa tu?? Atau duit masa tu tak cukup?? Atau encik tak puas hati sebab encik tak puas hati sebab encik tak boleh malukan saya depan orang ramai macam encik buat dekat perempuan-perempuan yang encik kenal sebelum ni??”

Faiz Zuraimin mencebik kuat.. “Kau ni kenapa ya?? Dulu bukan kau ke yang cakap dekat aku untuk tolong bersangka baik dengan orang, kenapa sekarang ni kau asyik nak bersangka buruk dengan aku??”

“Oh, ingat encik dengan pesanan saya?? Ingatkan tak ingat..” jelingan diberikan kepada lelaki yang sedang berdiri disebelahnya itu..

“Jihan, I’m sorry.. Aku betul-betul minta maaf kalau aku dah sakitkan hati kau.. Masa tu aku terlalu marah, aku junjung sangat ego aku, sampai aku cakap yang bukan-bukan..”

Jihan memandang lelaki disebelahnya itu, dari riak wajah lelaki itu, dia tahu yang lelaki itu benar-benar rasa bersalah..

“Macam yang ibu saya cakap tadi encik.. Saya dah redha dengan apa yang berlaku, mungkin ada hikmah kenapa arwah ayah buat macam itu.. Dia dah terima balasan atas perbuatan dia, jadi saya harap encik sekeluarga boleh maafkan dia..” ujar Jihan, ya arwah ayahnya telah dipenjara sebaik saja tertangkap menculik Faiz Zuraimin dan meninggal di dalam lokap akibat serangan jantung..

“Sebab itulah aku ke sini dengan keluarga aku.. Aku dah maafkan arwah ayah kau, mama dan papa pun dah maafkan arwah ayah kau.. Aku dah tahu cerita yang sebenar sebab kenapa arwah uncle Mustafa buat macam itu..”

Jihan tersenyum tipis.. “Alhamdulillah kalau macam itu..”

“Jihan, memang ada hikmah kenapa semua ni terjadi.. Maafkan aku sebab aku asyik letakkan kesalahan dibahu kau sedangkan kau sendiri tidak mahu ini terjadi, mungkin ini adalah perancangan Allah kepada kita..”

Jihan kerut dahi.. “Maksud encik??”

“Allah hantarkan kau dekat aku untuk sedarkan aku daripada kesilapan yang aku asyik buat sebab dendam aku.. Dan Allah jadikan kau anak kepada lelaki yang dulunya aku sangka jahat sebab telah culik aku untuk duit.. Tapi, rupa-rupanya dia lakukan kerana ada sebab dia tersendiri..”

Jihan diam, dia masih menunggu lelaki itu menjelaskan maksud disebalik kata-katanya..

“Betul cakap mama, papa dan kawan-kawan aku.. Aku sendiri yang cipta dendam dalam hati aku, aku letakkan kesalahan dekat orang lain sampai aku tidak tahu kebenaran yang sebenar kerana sibuk mencipta kebenaran aku sendiri.. Aku anggap arwah yang bersalah, sedangkan dia buat semua tu kerana terlalu kasihkan keluarganya, aku tak pernah untuk cuba untuk memahami dia dan untuk itu aku rasa berdosa sangat..”

Melihat Jihan yang masih berdiam diri itu, Faiz Zuraimin terus menyambung kata-katanya..

“Kau tahu tahu tak, kunci hati aku untuk cinta dan percayakan orang lain sudah lama aku buang.. Tapi dengan kau saja, kunci yang aku buang jauh itu bagai telah pun dijumpai, malah kunci itu telahpun membuka mangga yang merantai hati aku ni..”

“Kau nak cakap apa ni?? Berbelit sangatlah, straight to the point sajalah..” balas Jihan, pening kepalanya cuba memahami maksud setiap kata-kata lelaki itu..

Faiz Zuraimin tersenyum.. “Lupa pula kau ni tak boleh pakai ayat-ayat pelik, nanti sikit saja yang kau dengar, yang lain kau tinggal..”

Jihan mencebik mendengar bicara Faiz Zuraimin itu..

“Jihan aku cintakan kau..”

Jihan terkedu..

“Kau saja perempuan yang mampu buat aku tak keruan, walau sesaat saja aku tak mendengar suara atau melihat wajah kau..”

Jihan diam..

“Jihan, jangan lari.. Aku tahu kau nak lari pecut lagikan?? Macam yang selalu kau buat..” bagai dapat membaca niat hati Jihan, pantas Faiz Zuraimin memotong..

Jihan mengetap bibirnya kuat, alamak, kantoi!!

“Aku harap kita boleh mulakan semua ini semula.. Sekarang kita berdua dah tahu kebenaran, jadi dah tak ada alasan untuk aku nafikan perasaan yang sudah mula tumbuh dekat hati aku ni untuk kau..”

Jihan memandang wajah mengharap Faiz Zuraimin itu, terpancar keikhlasan di mata lelaki itu.. Sebelum mengangguk perlahan.. Dia juga tidak boleh menolak, lelaki itu juga sudah mula bertakhta dalam hatinya walaupun tempoh pengenalan mereka singkat..

Faiz Zuraimin tersenyum.. “Ok mula-mula berhenti panggil aku encik..”

Jihan angguk kepala tanda setuju.. Kalau nak bercinta mestilah tak payah ayat-ayat formalkan?? Baru sweet.. Hehehe, gatal pula aku ni tiba-tiba..

“Nama aku Faiz Zuraimin..”

“Nama saya Nur Jihan..”

Faiz Zuraimin menarik nafas.. “Jihan..”

“Ya, Min??”

Faiz Zuraimin kerut dahi.. “Kan aku dah bagitahu nama panjang aku, kenapa still panggil Min??”

Jihan tersenyum.. “Sebab itu yang saya nak panggil awak.. Kenapa?? Tak boleh ke saya panggil awak Min??”

“Hmm, boleh.. Tapi dengan satu syarat..”

Jihan membuat muka.. “Nak panggil Min pun kena bersyarat??”

“Mestilah..”

“Apa dia??” balas Jihan malas..

“Kau boleh panggil aku Min, tapi lepas kahwin nanti kau kena panggil aku abang.. Amacam??” Faiz Zuraimin bertanya sambil mengangkat keningnya..

“Ei, sesuka hati awak saja.. Siapa kata saya nak kahwin dengan awak, Min??”

Faiz Zuraimin sudah membuat muka sedih.. “Kau tak sudi ke kahwin dengan aku??”

Jihan tersengih.. “Boleh kalau kau nak aku kahwin dengan kau..”

“Betul ke??” bersinar-sinar mata Faiz Zuraimin mendengar bicara Jihan itu..

“Hmm, tapi ada syaratnya..” sekarang Jihan pula yang tersenyum sambil mengangkat keningnya..

“Untuk kau, aku sanggup terima semua syarat..”

“Saya nak semua harta awak..”

Faiz Zuraimin memandang Jihan sebelum memberikan jawapan.. “Ambillah, bila kau dah jadi isteri aku, semua hak aku adalah hak kau..”

“Tak nak!! Semua hak awak, hak saya dan hak saya adalah hak saya..” tegas Jihan berkata..

Fine, aku akan minta peguam aku untuk berikan semua harta aku dekat kau..”

“Apa awak ada harta ke sekarang?? Bukan semuanya harta mama dan papa awak??”

Faiz Zuraimin diam seketika.. “Aku dah mula berkerja dengan ayah aku, aku dah ada duit aku sendiri.. Walaupun mungkin tidak banyak lagi macam harta mama dan papa.. Tapi, kau jangan risau, aku dah ada rumah dan kereta sendiri.. Aku akan tukar semua benda dari nama aku ke nama kau..”

“Sanggup ke awak buat semua itu?? Atau hanya sekadar kata-kata saja??”

Faiz Zuraimin tersenyum.. “Kalau kau tak percaya aku, kau boleh tanya Izzudin..”

Jihan kerut dahi, dia memandang kearah tiga orang lelaki yang duduk tidak jauh dari tempat mereka itu, bersama-sama dengan adik-adik Jihan..

“Betul Jihan, kalau kau nak semua settle hari ni mungkin tak bolehlah, tapi dalam minggu ni Insya Allah..” sahut Izzudin..

“Sekarang kau percaya?? Izzudin tu peguam untuk syarikat aku, kalau dia dah kata boleh, dalam masa seminggu semuanya akan siap..”

“Ok, awak dah pass untuk terima syarat sebenar saya..” Jihan berkata sambil tersenyum, gembira dia mendengar jawapan Faiz Zuraimin, lelaki yang juga sudah mula mendapat tempat dihatinya itu..

“Maksud kau??”

“Saya dah kata, saya tak pentingkan harta ataupun pangkat.. Saya nak test awak saja tadi, sama ada awak percayakan saya atau masih ragu-ragu dengan saya..” Jihan menjelaskan tujuan sebenar dia berkata sebegitu..

“Aku jujur Jihan, kalau betul yang kau minta sekalipun.. Aku akan tetap tunaikan..” serius wajah Faiz Zuraimin menuturkan kata-katanya..

Jihan senyum.. “Saya nak satu saja dari awak, Min..”

“Apa dia??”

“Berhenti dari permainkan hati perempuan.. Don’t be Mr. Bad Boy anymore, kalau awak tetap nak jadi Mr. Bad Boy, just be my Mr. Bad Boy..”

Faiz Zuraimin tersenyum.. “Sanggup kau nak terima aku, Mr. Bad Boy ni??”

Jihan tersengih.. “Itu bukan satu masalah.. Saya bukan macam perempuan yang awak kenal, saya hanya perlu tukar bad tu jadi kind and I don’t think that will a problem for me..”

Confidentnya..”

“Yup saya memang selalu yakin.. Sebab sekurang-kurangnya saya ada dua minggu or paling-paling pun sebulankan untuk ubah awak?? Macam tempoh masa yang awak bagi dulu dekat perempuan-perempuan sebelum ni.. Saya akan manfaatkan masa yang ada..” kata Jihan dengan nada yang sangat yakin..

“Jihan, cinta aku dekat kau tak ada tempoh masa.. Aku betul-betul cintakan kau, tak ada istilah dua minggu atau sebulan..” balas Faiz Zuraimin bersungguh-sungguh, dia tidak mahu Jihan berfikir yang kata-kata cinta darinya itu hanya sekadar gurauan dan bukannya sebenar-benarnya..

“Ok, jomlah kita berhenti lari dari tajuk ya.. Just answer me, Min.. Adakah awak nak jadi, My Mr. Bad Boy??”

Faiz Zuraimin tersenyum.. “Of course!! Sebab aku pun yakin, setiap aku buat silap, kau ada untuk betulkannya.. Dan hati aku yakin yang aku pun cintakan kau, jadi hari ni aku isytiharkan, that I’m is your Mr. Bad Boy..”

Jihan tersenyum apabila melihat Faiz Zuraimin mengenyitkan matanya.. Jelas gembira raut wajah lelaki itu..

“Ok, deal..”

“Tapikan, kau belum cakap I love you lagi dekat aku..” Mati terus senyuman Jihan mendengar bicara Faiz Zuraimin itu..

Belum sempat Faiz Zuraimin bertanya lebih lanjut, Jihan laju berlari kearah rumahnya.. Terkejut Faiz Zuraimin melihat tindakan drastik perempuan yang bukan sahaja sudah mengetuk, malah sudahpun masuk ke dalam hatinya itu..

“Jihan!! Say you love me!!” jerit Faiz Zuraimin kuat, sehingga mencetuskan ketawa kawan-kawannya dan adik-adik Jihan..

I love you, Min!! My Mr. Bad Boy!!” balas Jihan saat dia berhentikan lariannya seketika, dia mengenyitkan mata kearah lelaki itu dan tersenyum nakal sebelum kembali berlari..

Faiz Zuraimin memegang jantungnya yang sudah mula berdegup kuat melihat aksi Jihan tadi, dia tersenyum..

Love you too, Jihan!! My only love!!” balas Faiz Zuraimin kuat supaya sampai dipendengaran Jihan yang sudah mula menaiki tangga kayu untuk naik ke rumah..  Pengakuan cintanya itu mendapat tepukan gemuruh dari penonton-penontonnya yang duduk tidak jauh dari situ..

Jihan tidak membalas, dia hanya membuat tangan berbentuk ‘ok’, tanda dia terima kata-kata cinta dari Mr. Bad Boynya itu.. 

Faiz Zuraimin tersenyum gembira.. Inilah perasaan apabila seseorang sedang dilamun cinta?? Cinta yang dianggap selama ini hanya satu permainan dan fantasi.. Kini, ianya menjadi satu realiti dalam hidupnya dan Jihan adalah perempuan yang berjaya mencipta fantasi tersebut menjadi satu realiti..



“GEMBIRA saya tengok anak-anak kita tu..” ujar Datin Filza, sudah lama dia memerhatikan gelagat dua merpati sejoli itu.

“Datin tak kisah ke kalau anak saya dengan anak datin??” tanya Puan Salmah..

Datin Filza tersenyum.. “Janganlah panggil datin, Sal.. Panggil Pija sajalah..” dia menepuk bahu Puan Salmah lembut..

Puan Salmah terus tersenyum.. “Yelah, Pija.. Awak tak kisah ke kalau anak-anak kita tu bersama?? Setelah awak tahu kebenaran yang arwah pak cik dia tu pernah culik anak awak??”

Datin Filza menggelengkan kepalanya.. “Benda yang dah lepas, biarlah dia berlalu.. Saya dengan suami pun sempat melawat arwah dulu, saya pun tahu yang dia dah insaf.. Biasalah tu bila manusia terkadang dikaburi dengan wang ringgit, lagipun saya tahu.. Sebenarnya arwah buat begitu sebab masa tu arwah perlukan duit untuk kos kelahiran anak awak yang bongsu tu kan??”

Puan Salmah tersenyum hambar..

“Dahlah, kami yang bersalah dulu.. Sebab kami tak ambil perhatian dengan hal ehwal pekerja kami, sampaikan dia terpaksa buat macam tu.. Kalau kami tahu lebih awal, mesti arwah takkan bertindak sedemikian..” bicara Datin Filza kesal..

“Kami sekeluarga tak pernah letakkan kesalahan dekat Pija dan suami.. Silap saya sebab tak tahu yang suami saya tertekan masa tu untuk mencari duit..” Puan Salmah berkata untuk menenangkan Datin Filza..

“Terima kasih Sal, saya betul-betul rasa bersalah.. Arwah sangat baik dengan kami dalam keadaan susah mahupun senang, tapi bila dia susah kami tak sedar dan tak tolong dia..”

“Tak apalah, Pija.. Masa tu pun Pija bukannya sekaya sekarang, kalau Pija nak tolong semua orang, susak juga untuk Pija sekeluarga.. Dahlah, macam yang Pija cakap tadi, yang dah lepas, biarlah dia pergi.. Jadi anggaplah itu kesilapan kita dahulu yang tidak kita sengaja lakukan..”

Datin Filza sudah tersenyum mendengar kata-kata Puan Salmah itu, tenang sikit hatinya sekarang.. “Kenapalah sekarang baru kita jumpa..”

“Salah kami juga, pindah tak bagitahu keluarga Pija..”

“Pija!! Tengok anak awak seorang ni, tak menyempat-nyempat betul..” laung Dato Afendi dari ruang tamu rumah kayu itu..

“Suami awak panggil itu..” ujar Puan Salmah, mereka berdua pantas pergi ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku..

“Kenapa bang?? Apa lagi yang si Faiz tu buat??” tanya Datin Filza..

Puan Salmah memandang Jihan yang baru keluar dari biliknya itu, Jihan hanya menggeleng tanda tidak tahu..

“Awak tanyalah anak awak sendiri..” balas Dato’ Afendi sambil menunjuk kearah Faiz Zuraimin yang sedang duduk di pintu rumah..

“Apa lagi Faiz?? Apa yang kamu buat?? Kata dah tak nak buat perangai..”

Faiz Zuraimin buat muka cemberut.. “Papa tu yang over sangat.. Orang minta benda kecil saja, nak dibesar-besarkan pula..”

“Banyak kamu benda kecil.. Kamu ingat benda kahwin ni kecil??”

“Kahwin?? Apa yang abang cakap ni??” tanya Datin Filza, pelik denga kata-kata suaminya itu..

“Anak awaklah ni, boleh pula dia minta kita pinangkan Jihan minggu depan..”

Laju mata Jihan mencari sepasang mata milik Faiz Zuraimin, Faiz Zuraimin hanya tersengih kerang busuk saja bila Jihan sudah menjengilkan matanya..

“Lah itu saja ke.. Boleh sangat, boleh ya Sal??” tanya Datin Filza kepada Puan Salmah..

“Benda yang baik tak elok kalau kita lewatkan, saya ok saja..” balas Puan Salmah..

“Itu baru permintaan pertama dia, awak boleh dengar permintaan kedua dia..”

Berkerut dahi Puan Salmah dan Datin Filza mendengar bicara Dato’ Afendi..

“Apa yang dia minta??”

“Dia kata kalau boleh esoknya terus kahwin..”

Mendengar jawapan suaminya itu membuatkan Datin Filza membulatkan matanya.. “Bertuah punya budak, dah gatal sangat apa sampai nak kahwin terus..”

“Alah buka salah Faiz, Jihan yang goda Faiz..” ujar Faiz Zuraimin membela diri, semua mata sudah tertumpu kearah Jihan..

“Eh, saya pula.. Bila saya goda awak!! Pandai-pandai awak cipta alasan, saya sepak muka awak nanti, Min!!” Jihan memberi amaran, jelingan Puan Salmah sudah cukup membuatkan dia kecut-perut..

“Yang tadi kau kenyit-kenyit mata dekat aku tu apa?? Kalau bukan nak goda aku, tadi tu apa maksudnya..”

Jihan tersenyum lebar mendengar jawapan lelaki itu, bibirnya diketap kuat..

“Sekejap ya, ibu, mama dan papa.. Jihan ada urusan dengan Mr. Bad Boy ni..” ujar Jihan, dia sudah mula menghampiri Faiz Zuraimin..

Faiz Zuraimin mengundur perlahan-lahan, matanya menangkap niat jahat disebalik senyuman cinta hatinya itu..

“Hehehe, apa yang kau nak buat Jihan??”

Jihan hanya tersengih mendengar pertanyaan Faiz Zuraimin itu.. Faiz Zuraimin sudah menelan air liurnya laju, seram melihat senyuman Jihan itu..

“Saya goda awak?? Awak nak sangat saya goda awak?? Meh saya tunjukkan cara saya menggoda..” Jihan terus mengambil penyapu lidi yang terletak elok di sebelah tanggan rumah kayunya itu lalu mengejar Faiz Zuraimin..

“Ampun, Jihan.. Jangan kejar saya, saya tak pakai selipar ni.. Aduh..” Faiz Zuraimin dah mengadu kesakitan, takut punya pasal sampai selipar pun lupa pakai..

“Siapa suruh gatal sangat hah!!” Jihan tidak peduli tentang kaki lelaki itu, perasaan geramnya diutamakan..

“Yelah aku janji tak gatal lagi..” pujuk Faiz Zuraimin..

“Dah berhenti lari..” arah Jihan, dia sudah memperlahankan lariannya.. Faiz Zuraimin turut berbuat demikian apabila dia sudah betul-betul memastikan yang Jihan sudah betul-betul berhenti berlari..

“Nah..” Jihan menghulurkan kasut yang tadi dipakainya kepada Faiz Zuraimin, lelaki itu mengambil hulurannya..

“Kau marah??”

Jihan menggeleng, dia tersenyum..

“Habis tu??”

“Kalau Min nak kahwin dengan Jihan, tunggu bad tu jadi kind dulu, ok?? Lepas tu, kalau Min nak suruh papa dan mama masuk meminang, baru Jihan terima, boleh??”

“Betul??”

“Yup!!”

“Kalau macam tu, ok!! Sekarang ni saya nak jadi your Mr. Kind Boylah, tak nak jadi your Mr. Bad Boy..”

Jihan tersenyum.. “Saya yang tentukan bila bad tu nak ditukarkan.. Tunggu ya, Mr. Bad Boy!!” sekali lagi Jihan mengenyitkan matanya..

“Ma, pa, ibu!! Tengok Jihan goda Faiz..” jerit Faiz Zuraimin..

Jihan tersenyum melihat gelagat lelaki dihadapannya itu.. Manakala pemerhati yang lain termasuk Puan Salmah, Dato’ Afendi dan Datin Filza sudah menghamburkan tawa mendengar jeritan Faiz Zuraimin..


 TAMAT